BAB 5

Drama Completed 21201

Hari ini aku bertolak ke kerja dengan lebih awal. Tujuannya? Nak pujuk Haikal lah! Aku belikan dia rantai kunci teddy bear yang pegang perkataan ‘ i am sorry’. Harap-harap dia tak marah dekat aku.

Selepas memastikan dia tak datang lagi kerja, aku pantas meletakkan rantai kunci tersebut dan membancuhkan secawan kopi untuknya.

Aku mengerling ke arah meja Haikal. Dia dah datang dah 5 minit tadi. Hm, tak ada respond pun? Kopi yang aku buat tu tak diminum lagi. Mesti dah sejuk. Hadiah yang aku beri pula langsung tak diusik. Lalu aku memutuskan untuk tunggu dia sampai balik kerja.

Waktu rehat kali ini dia tak ajak pun aku keluar macam biasa. Kekoknya! Aku rasa janggal kalau bertembung dengan dia. Dia buat muka tak tahu je. “Psst.. Allyn..”

Aku berpaling ke arah suara itu. Macam suara Putri.
“Apa?”

“Kenapa dengan Haikal tu? Nak kata marah kau, tak jugak. Muka dia selamba je sepanjang hari tapi tak layan pun kau.”

Aku mengeluh. Ni kali kedua Haikal marah dengan aku sepanjang hidup. Cuma yang pertama tu lagi takut sebab muka dia marah. Kali kedua ni muka relaks tapi langsung tak layan aku. Sampai hati kau, Haikal!

6.30 petang. Semua orang dah balik kecuali Haikal dan aku. ‘Lambatnya Haikal balik..’ Getus hatiku.

Beberapa minit lepas tu, Haikal bangun dan bersiap-siap nak balik. Masa Haikal nak jalan, aku cepat-cepat halang laluan dia.

“Apasal kau ni?”

“Kalau kau tak nak cakap, janganlah bazirkan masa aku.” Haikal pun nak teruskan perjalanannya dan cepat-cepat juga aku halang. Dia ke kiri, aku ke kanan. Dia ke kanan, aku ke kiri.

“Haikal… Kenapa kau marah sangat ni?” Aku memandang tepat ke matanya.
Haikal tak menjawab. Sebaliknya dia juga merenung tepat ke dalam mataku.

Erk, aku rasa macam serba-salah pula bila dia pandang aku macam tu. Tiba-tiba dia berjalan makin dekat dengan aku.

Selepas beberapa saat dalam keadaan senyap, Haikal bersuara, “Allyn, kau rasa kenapa aku marah?”

Aduhai, tanya soalan pelik-pelik pula. Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Aku hanya mengangkat bahu. Sejurus selepas itu, Haikal mengeluh.

“Hm.. Aku pun tak tahu. Tapi seriously aku geram sangat. Buat apa kau ajak aku teman kalau ending dia kau balik dengan dia lepas tu tinggalkan aku pula.” Nasib baik Haikal cepat cair dengan muka kesian aku. Yeay! Lepas tu kitorang gelak-gelak macam biasa.

***

Minggu ni Alif ajak aku keluar. Dia kata dia nak bawa aku pergi tempat yang aku idamkan selama ni. Aku sendiri pun tak tahu tempat apa yang aku idamkan. Dia tahu? Haha, lawak pula rasanya.

Ni kali kedua aku naik kereta dengan dia. Dan kali kedua jugalah aku rasa kekok sangat! Alif pula tak henti-henti senyum dari tadi. Kadang-kadang dia tergelak kecil seorang diri. Gila? Tapi masih nampak handsome. Untungnya jadi dia. Selalu je gembira. Tak macam aku.

Sewaktu nampak Sunway Pyramid, tiba-tiba aku menjerit kecil. Aku pun memandang ke arah Alif, “Ice skating?” Dia hanya mengangguk seraya tersenyum.

“Saya tahu awak teringin sangat nak pergi sini.” Aku hanya tersengih sejak mendengarkan hal itu.

Aku masih ingat, sewaktu aku Tingkatan 4, aku ada menyertai kelab alam sekitar. Setiap akhir tahun, kelab tersebut akan mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang menarik. Sewaktu aku Tingkatan 4, kelab tersebut menganjurkan lawatan ke Sunway Pyramid untuk memberi pendedahan tentang cara bermain ice skating.

Aku ialah antara orang yang terawal yang mendaftar. Memandangkan itu memang menjadi idaman aku sejak menonton banyak drama korea yang memaparkan aksi-aksi ‘sweet’ dengan kekasih sewaktu bermain ice skating.

Sekiranya cikgu bertanya kepadaku tentang tempat yang ingin aku lawati, pasti Sunway Pyramid yang aku sebut dan pasti akan disambut oleh hilai tawa ‘rakan-rakanku’. Aku sangat terharu apabila presiden kelabku mencadangkan agar mengadakan lawatan ke situ.

Tetapi perasaan terharu itu bertukar menjadi benci kerana rupa-rupanya dia mempunyai rancangan untuk mengenakan aku. Dia menukarkan namaku kepada nama rakannya. Maka akhirnya aku tidak dapat menyertai lawatan itu.

“Amani?” Tegur Alif. Eh, aku tersedar. Aku ni asyik mengelamun je. Aku terus keluar kereta.

“Happynya! Dah lama dah nak main ice skating!” Aku terus berlari meninggalkan Alif.

Alif yang melihat hanya mampu gelak.

“Erm, tapi saya tak pandai..” Sambil menuturkan ayat itu, aku dah tersenyum-senyum, membayangkan Alif akan ajar aku macam dalam drama korea.

“Tak pandai pun masih mampu senyum? Lawaklah awak ni. Nanti saya ajar, okey? Pakai dulu kasut ni.”

Yes! Kalaulah aku pelakon, mesti sekarang ni dah ada kamera sana sini nak buat cerita aku jadi movie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience