Rate

Bab 26 Menjenguk Anis

Romance Completed 278137

"Anis, ini ada buah tangan buat Anis semoga cepat sembuh ya." Ucap Cikgu Farah dengan senyuman manisnya.

"Terima kasih Cikgu kerana sudi datang lawat Anis." Sahut Anis Umairah dengan senyuman tipis.

"Sama-sama Anis." Jawab Cikgu Farah dengan ramah sambil memegang tangan Anis.

"Cikgu-cikgu semua silakan duduk!" Pelawa ibu Adib Puan Saleha kepada beberapa orang guru yang datang iaitu cikgu Bakhtiar, Cikgu Farah dan Cikgu Azie.

"Terima kasih mak cik." Ucap mereka hampir bersamaan dan duduk di sofa yang ada di sediakan di ruangan Anis. Puan Saleha meletakkan beberapa minuman kotak dan kuih muih yang dia beli di kantin untuk di hidang kepada guru-guru yang datang melawat.

"Tak payah makcik susah-susah hidang ni semua. Kami datang untuk jenguk Anis." Ucap Cikgu Farah dengan ramah.

"Tidak menyusahkan pun Cikgu." Kata Puan Saleha pula.

Encik Amri dan Adib pun turut duduk di sofa  sementara Puan Saleha duduk di kerusi yang berada di tepi katil Anis.

Cikgu Farah cuba menceriakan suasana dengan memulakan perbicaraan.

"Macam mana sudah keadaan Anis sekarang?"

"Alhamdulillah keadaan Anis semakin membaik cikgu." Sahut Puan Saleha dengan bersemangat.

"Bila agaknya Anis akan keluar hospital ya?" Tanya Cikgu Bakhtiar pula.

"Kemungkinan esok Cikgu!" Jawab Encik Amri dengan suara beratnya.

"Syukurlah Anis tidak apa-apa." Sahut Cikgu Azie dengan suara lembut.

"Iya Cikgu, alhamdulillah." Sahut Puan Saleha dengan senyuman mengembang.

"Adib dan Anis ada kaitan keluarga ke?" Tiba-tiba Cikgu Bakhtiar bertanya kerana melihat keakraban mereka pada Anis.

"Betul Cikgu." Sahut Puan Saleha dan Encik Amri hampir bersamaan.

Mereka tergelak pelan dengan keadaan tersebut.

"Ibu bapa Anis kemana ya saya tidak ada tengok?" Tanya Cikgu Bakhtiar ingin tahu.

"Mereka ada perjalanan bisnes keluar negara, insya Allah minggu depan balik la tu!" Sahut Encik Amri ramah.

Cikgu Bakhtiar mengangguk faham.

"Kami ni pun ibubapa Anis juga, kalau ada apa-apa tentang Anis beberapa minggu ni boleh jumpa terus Adib ataupun kami." Sahut Puan Saleha sambil mengusap-gusap tangan Anis dengan lembut.

Anis hanya diam dan tersenyum hanya menjadi pendengar setia.

Suasana menjadi ceria dan gelak ketawa.

Adib berdiri mendekati katil Anis, ingin bertanya sekiranya Anis menginginkan sesuatu.

"Anis ada nak sesuatu ke abang tolong ambilkan?" Adib bertanya dan menatap Anis yang masih kelihatan lemah.

"Sebenarnya Anis nak air, Anis dahaga." Sahut Anis.

Cikgu Farah mengikuti mendekati Anis berdiri di sebelah Adib dan menyerahkan sebotol air mineral kepada Adib untuk di serahkan kepada Anis.

"Terima kasih Cikgu." Ucap Adib mengambil huluran tangan Cikgu Farah.

"Kalau dekat luar panggil nama saja, Farah." Ucap Cikgu Farah dengan malu-malu.

Adib menjadi serba salah melihat tingkah Cikgu Farah yang amat ketara baginya.

"Ohya baik Farah." Sahut Adib datar sambil tersenyum tipis.

Cikgu Farah tersipu-sipu malu yang berada di sebelah Adib dan segala perilaku Cikgu Farah tidak luput dari pandangan Puan Saleha dan Encik Amri. Dari tadi, Puan Saleha hanya memerhati Adib dan Cikgu Farah seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan fikirnya.

Puan Saleha menjadi curiga pada Adib, nanti dia mesti bertanya pada Adib sama ada apa yang dia fikirkan betul atau hanya salah faham sahaja.

"Kami balik dulu ya Anis!" Kata Cikgu Bakhtiar sambil melihat jam dipergelangan tangannya.

"Cikgu pun balik juga ya Anis, sebab tadi Cikgu tumpang kereta Cikgu Bakhtiar datang ke sini...kereta cikgu masih ada di sekolah." Kata Cikgu Azie dengan senyuman.

"Terima kasih ya kerana datang menjenguk Anis." Kata Puan Saleha.

Anis menyalam hormat kedua-dua cikgunya yang ingin pulang awal.

"Cikgu Farah belum mahu balik?" Tanya Cikgu Bakhtiar melihat Cikgu Farah yang belum berganjak dari tempatnya.

"Belum lagi Cikgu, nanti saya balik."

"Okay, kami balik duluan kalau macam tu. Nanti Cikgu balik ikut siapa ya?" Tanya Cikgu Bakhtiar pula kerana tadi mereka hanya menggunakan satu kereta untuk melawat Anis.

Cikgu Farah terdiam melihat Adib yang berada di sampingnya. Berharap agar Adib menawarkan dirinya untuk menghantarnya pulang.

Adib menjadi serba salah dengan tatapan cikgu Farah dan terpaksa menawarkan dirinya untuk menghantar Cikgu Farah pulang.

"Nanti saya yang hantar Cikgu Farah balik." Sahut Adib sambil melirik Anis yang berada di tepinya.

Anis cuma tersenyum melihat Adib yang gugup dan salah tingkah. Anis tahu Cikgu Farah ada hati dengan Adib dan Anis sedar diri... Dia bukan lawan Cikgu Farah, apa lagi Cikgu Farah cantik dan bekerjaya.

"Oh, baiklah kalau macam tu. Kami balik duluan ya assalamualaikum."

"Waalaikumussalam!" Jawab mereka hampir bersamaan.

Cikgu Bakhtiar dan Cikgu Azie pun keluar dari ruangan Anis.

"Adib, ibu pun nak balik ni...! Kata Puan Saleha pada Adib.

"Iya Adib, ayah ada perlu nak balik rumah." Sahut Encik Amri pula.

"Macam ni la, Cikgu Farah boleh ikut kami balik duluan. Sebab Adib kena temankan Anis di hospital." Kata Puan Saleha lambat-lambat.

Cikgu Farah menjadi serba salah dan tak sedap hati kerana Puan Saleha yang menawarkan untuk menghantarnya pulang. Kenapa bukan Adib? Menyesal dia tak ikut Cikgu Bakhtiar tadi balik kalau sudah begini jadinya. Yang dia rancang tidak menjadi.

"Betul Cikgu Farah, saya kena jaga Anis di sini. Cikgu boleh ikut ibu dan ayah saya." Sahut Adib sambil tersenyum tipis.

"Oh...baiklah, Cikgu balik dulu ya Anis." Kata Cikgu Farah sambil menghulurkan tangan dengan Anis.

"Terima kasih Cikgu!" Sahut Anis Umairah sambil menyambut huluran tangan Cikgu Farah menyalam hormat.

"Ibu dan ayah balik dulu ya Anis, nanti ibu datang lagi." Kata Puan Saleha sambil menyium kedua pipi Anis dengan penuh kasih.

"Baik ibu!" Sahut Anis sambil menyalam hormat kedua orang tua Adib.

Setelah semua orang telah pulang, Adib menutup semula pintu ruangan Anis dan duduk di tepi katil Anis.

"Terima kasih Abang Adib sudi jaga Anis." Ucap Anis Umairah sambil tersenyum manis.

"Anis tak perlu ucap terima kasih terus, Anis sudah menjadi tanggungjawab abang. Tak usah fikir yang bukan-bukan, abang nak Anis sihat seperti biasa." Sahut Adib sambil menyandarkan badannya di kerusi.

"Sebenarnya Anis bosan duduk dekat hospital ni!" Rungut Anis kedengaran.

"Kalau dah sihat, Anis takkan bosan...sabar dulu." Ucap Adib tersenyum melihat muncung Anis yang tajam tanda protes.

"Boleh tak kita keluar jalan-jalan?" Tanya Anis tiba-tiba.

"Rasanya boleh kalau sekitar hospital ni..." Kata Adib melihat Anis sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Jom keluar, Anis rasa dah sihat." Kata Anis segera turun dari katilnya.

"Perlahan-lahan Anis, tak pasal-pasal tambah seminggu bermalam di hospital kalau Anis tak hati-hati.

Anis menghentak-hentakkan kakinya tanda protes pada Adib.

Adib menggeleng pelan tersenyum, tak sangka Anis berkelakuan manja tanpa dia sedari di depan Adib.

Cikgu Farah nak Adib yang hantar, tapi Puan Saleha bijak ya ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience