BAB 4

Horror & Thriller Completed 5203

“Izati memang mati gantung diri pda zahirnya, tetapi pada aku, Izati mati dibunuh!” sekali lagi Alisya terperanjat mendengar penjelasan Amirah.

“ Apa kau merepek ni Amirah?” soal Alisya.

Sekali lagi Amirah merenung Alisya tajam.

“ Izati mati DIBUNUH!, Zaidi yang bunuh dia. Malam sebelum Izati ditemui gantung diri dalam bilik tu, dia jumpa aku. Dia menangis ceritakan segalanya pada aku. Izati sebenarnya hamil. Hamil anak Zaidi. Tetapi bila Izati minta Zaidi bertanggungjawab dia enggan. Katanya anak itu bukan milik dia. Izati tertekan dan kerana itu Izati bunuh diri. Jika Zaidi mahu bertanggungjawab perkara seperti ini tak mungkin berlaku Sya. Tak mungkin! Zaidi Pembunuh!”

Alisya menangis semahu-mahunya. Izati adalah kembar Amirah. Mereka merupakan anak yatim piatu dan dibesarkan dirumah kebajikan masyarakat. Takdir menentukan mereka berpisah dalam keadaan sedemikian. Izati pergi meninggalkannya di saat usia mereka masih mentah. Ibu bapa mereka pergi meninggalkan mereka ketika mereka berusia 3 tahun. Amirah terlalui merindui adik kembarnya itu. Alisya tergamam melihat keadaan Amirah. Kini baru dia mengerti mengapa Amirah terlalu bencikan Zaidi. Tetapi apa yang menjadi tanda Tanya mengapa Amirah tidak melaporkannya kepada pihak polis? Dan mengapa keputusan bedah siasat tidak menyatakan mengenai kehamilan Izati? Alisya termenung seketika.

“Aku tahu apa kau fikir Sya. Mesti kau tertanya-tanya kenapa pihak polis tak nyatakan pasal kehamilan Izati kan?” Amirah memandang Alisya yang sedang termenung seketika. Alisya sedikit kaget. ‘Bagai ada kuasa sakti pula perempuan sorang ini. boleh baca fikiran orang.’

“Kau fikir Zaidi itu siapa? Dia kaya dan bapanya seorang ahli korporat. Apa kau fikir mereka mahu nama baik mereka terjejas? Bapa Zaidi dah uruskan segalanya dan bukti kehamilan serta pemilik DNA janin yang dikandungkan Izati sudah dihapuskan. Mesti kau tertanya macam mana aku tahu semua kan? Allah itu maha kaya Sya. Rahsia tak pernah kekal sebagai rahsia.” Kata-kata Amirah itu penuh dengan makna tersurat.

Alisya sekali lagi tergamam dengan cerita Amirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience