bab16

Romance Series 14769

"Heii bangun bangun". jerita Feena kepada Naim. Kelihatan Naim begitu lena tidur. Sampai tak sedar matahari sudah semakin meninggi.

"Heiii bangunlahh, jomlah makan. I buat nasi goreng macam Khairul semalam. Khairul ajar i masak.
I am very happy. Now I'm good at cooking. walau pun hanya nasi goreng". Terseyum Naim memandang Feena yang kelihatan gembira hari ini.

"Heii bangunlah".
Sambil Feena menarik tangan Naim.
Naim mengikut sahaja kehendang Feena. Naim bangun dan terus duduk dimeja makan.

"Cuba u rasa" kata Feena kepada Naim.

"Mana Khairul dengan Fais?"
Tanya Naim.

"Ehh tadi khairul ada. Dia yang ajar i masak. Sekejap i panggil mereka". kata Feena kepada Naim.
Sambil Feena mengetuk pintu bilik Fais dan Khirul.

"Korang jomlah makan sekali".
Jerit Feena.

"Ok kejap kejap". Balas Fais dan diikuti Khairul.

Naim hanya memerhati dan terseyum melihat Feena. Naim terus banggun dari kerusi untuk kebilik air.

"Ehhh u nak kemana?"
Tanya Feena.

"Aku nak ke tandas, nak gosok gigi. Kenapa, kau nak ikut ke?"
kata Naim dan terseyum.

"Hehhehehe tak nak. U pergi lah cepat. I tak sabar nak suruh u rasa ni".
kata Feena, sambil tersengeh sengeh memandang Naim...

"Wahhh, hari ni awak masaklah".
kata Fais yang baru keluar dari bilik dan terus duduk didapur.

"Macam itu lah! kalau nak jadi isteri saya".
kata Fais sambil terseyumm.

"Hisss perasanyalah u ni."
Kata Feena, sambil ketawa.

"Dia ni memang suka sangat perasan".
Kata Khiarul kepada Feena. Mereka ketawa bersama sama.

"Feena, esok last awak dengan kami. Lepas ni, tak tau lah, Dapat makan sama sama, lepak sama sama macam ni lagi ke tak.
Pasti rindukann".
kata Fais kepada Feena.

"Alahhhh relex lah Is. Nanti kita boleh lepak sama samakann. Awak boleh call saya, video call saya ke?Apa susah".
Jawap Feena kepada Fais.

"Tapi tak sama dengan memori dengan awak didalam rumah ni".
kata Fais lagi.

"Ye betul tu Is. Saya tak akan dapat lupakan segala kenangan didalam rumah ni. Tapi i sedih juga. Bila i dah selesa dengan tempat ni, i kena balik kerumah i. I kena tinggalkan semua kenangan kita bersama sama dalam rumah ini. I pasti rindu dengan memori ini".
Sambil Feena melihat sekeliling dapur dan tempat dia duduk makan.

Masing masing bertukar sedih, bila bercakap tentang perpisahan. Sebak hati mereka.

"Ok, jangan sedih sedih lagi".
Kata Naim, yang tiba tiba muncul dari belakang.

"Jom makan!" kata Naim lagi.
Mereka terseyum memandang Naim, yang hanya berseluar pendek tanpa baju.

"Nampak sedap".
Naim memuji Feena. Lantas Naim dan yang lain makan masakan pertama Feena.

"Macam mana ok tak?"
Tanya Feena kepada mereka bertiga.

"Hummmm dapnya. Ok dah boleh kawin". kata Fais.
Mereka ketawa bila Fais membuat lawak.

Lepas makan mereka duduk diruang tamu. Sambil melihat perkembangan berita tentang Covin19. Masing masing asyik menonton berita.

Tiba tiba!

"Potttttttt pottt"

Masing masing berpandangan antara satu sama lain, sambil membuat muka.

"Opsss sorry terlepas" Kata Fais, sambil tersengeh sengeh macam kerang busuk.

"Pehh sial lah, bau bangkai" Kata Khairul dan masing masing bangun dan duduk jauh dari Fais.

"Bodohlah kau Is! Bau telur tembelang". Kata Naim pula. Mereka berlima, tergelak besar. Dan sambung menonton television semula.

"Kau nak balik pukul berapa esok?"
Tiba tiba Naim bersuara. Masing masing melihat Naim. Sambil terpinga pinga.

"Kau tanya siapa Im?"
Tanya Fais.

"Hiss semaklah! Duduk ramai ramai ni. Aku tanya orang lain, semua pandang" Bisik Naim. Tergelak disendiri didalam hati.

"Aku tanya Feena lah ngek. Dia nak balik pukul berapa esok? Nak tanya kau buat apa! Kau memang duduk sini". Balas Naim terseyum.

"Kenapa? u tak suka i duduk sini ke?"
kata Feena, sambil memandang Naim yang duduk disebelahnya.

"Ehhhh, aku tak bermaksud apa apa pun. Aku hanya tanya sahaja. Maaf kalau aku silap tanya!"
Kata Naim sambil terseyumm memandang Feena.

"I balik esok tenghari atau petang.
tengok macam mana nanti".
Balas Feena. Malam ni, malam terakhir i dekat sini dan malam terakhir juga i tidur bilik u. Esok u dah boleh dapat bilik u kembali".
kata Feena sambil terseyum memandang Naim.

"Syoknya dapat katil aku balik".
Bisik hati Naim.

"Tapi, bila kau dah tak ada. Aku pasti rindukan kau. Perjumpaan lepas ni, mesti tak akan sama macam sekarang ni. Kenapa bila aku dah mula sayang kau, kau kena pergi tinggalkan aku".
Bisik hati Naim lagi. Sambil Naim membalas senyuman Feena.

Bila malam menjelang, mereka masuk kedalam bilik masing masing. Malam itu sungguh lain buat Naim. Naim tak dapat melelapkan mata. Fikiranya hanya terbayang bayang kenangan bersama Feena. Banyak kenangan mereka, dari mula mula Feena hadir didalam hidupnya. Hinggalah hendak berpisah dengan Feena.Kenangan sedih, kenangan gembira, kenanga mengusik jiwa, semua terbayang dalam fikiran Naim.

"Ehhh kenapa ni? Kenapa aku rasa kehilangan. Kenapa jiwa aku tak tenang malam ni".
Naim berbisik sendiri.

Dari baring, Naim duduk disofa. Dia menyapu nyapu muka dengan telapak tangannya. Sambil melihat jam didinding. Tepat pukul 12malam. Tapi matanya, tidak rasa mengantuk langsung. Lantas Naim mencapai gitarnya yang tersandar ditepi sofa. Naim mula memetik gitarnya tanpa nyanyian. Hanya suara gitar yang bergema didalam rumah.

"Haiiii, u tak tidur lagi ke?"
Tiba tiba Feena datang dari belakang Naim.

"Ehhh kau tak tidur lagi ke?" Naim pula bertanyakan soalan yang sama kepada Feena.

"I tak boleh tidurlah Naim. I tak tau kenapa? Hati i berat sangat nak balik esok!" Kata Feena kepada Naim dan terus duduk disebelah Naim.

"Kenapa pula! Kau tak nak balik ke?"

"Bukan i tak nak balik. I nak balik, tapi hurmmmmmm".
Feena diam seketika. Naim pula setia menunggu Feena menghabiskan ayatnya yang terhenti.

"I dah mula suka tempat ni".
sambung Feena.

"Kau suka tempat ni je ke?"
Kata Naim sambil tersenyum memandang Feena. Feena membalas seyuman Naim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience