“Aku tak mau rehat. Aku nak jaga kau.”
“Am, kau tu yang kena rehat bagi cepat sembuh. Aku teman kau yeh kat sini.”
“Sekejap, kenapa kau sihat aje ni? Bukanke kau tengah nazak sebab kena tembak? Aku yang bawak kau kesini tadi. Lepas tu aku jatuh dan tak ingat dah.”
“Am, kau tahu tak yang kau tu dah seminggu koma akibat kemalangan jalan raya. Motor kau bertembung dengan lori treler yang hilang kawalan tiba-tiba. Keadaan kau parah. Doktor tak bagi harapan untuk kau selamat. Tapi semangat kau kental. Kau harung semua saat kritikal kau beberapa kali. Dan selepas tu tubuh kau memberi respons positif pada semua ujian doktor. Dan meningkat dari hari ke hari.
Mendengar cerita dari Layla , aku mengukir senyum. Walaupun aku dapat rasa yang senyuman aku tak begitu sempurna, tapi aku tahu senyum aku tetap macho macam sebelum ni.
Aku perhati sekeliling, rupanya disaat ini hanya aku berdua dengan Layla .
“Kenapa kau senyum?” Layla menyoal hairan
“Aku mimpi yang kau minta aku Kahwin dengan kau.” aku pandang muka Layla dan ada senyuman manis terukir dibibirnya.
“Cuba kau tengok jari kau.”
Aku buat seperti yang disuruh. Terpaku aku memandang sebentuk cincin tersarung dijari manis ku.
“Kita bertunang masa kau koma. Aku sayangkan kau Am. Dan mahu kau menjadi pelindung dikala aku memerlukan, menjadi penghibur kala aku sedih dan menjadi pembimbing menuju ke jalan yang diredhai Ilahi. Am, walau apapun yang jadi kau tetap dalam hatiku.” lafaz kata dari Layla yang tak pernah aku impikan.
“Ya Allah... Besar sungguh kekuasaanMU. Segala yang berlaku adalah perancangan dan kehendakMU. Limpahkan kebahagiaan buat kami.
Share this novel