Siang ini tidak semendung semalam tapi hati Amanda masih mendung sejak beberapa hari ini. Langit tidak menunjukkan ciri-ciri hendak hujan tapi hatinya kian dilanda ribut.
Melihat Darris di luar sebuah restoran mewah dengan seorang perempuan, membuatkan hati Amanda menggelodak.
Awak masih tak berubah, Darris. gumam Amanda dalam hati. Kolam matanya mula berair.
"Darris!" jerit Amanda yang tidak jauh dari tempat lelaki itu berdiri.
Kepala Darris mendongak mencari punca suara itu. Matanya dapat menangkap wajah Amanda, lantas dia terus mencepatkan langkahnya.
"Darris!" Amanda lajukan langkahnya. Sudah tidak dipandang kanan dan kiri. Apabila tubuhnya berhadapan dengan Darris, dia menarik tangan suaminya.
"Darris, saya ni isteri awak tau. Tergamak awak buat saya macam ni. Saya ingatkan selama ni saya jumpa awak, awak dah berubah tapi rupanya tetap sama! Awak langsung tak pernah fikir kan perasaan saya." bentak Amanda sambil merenung tajam sisi mata Darris.
Darris buat muka menyampah. Makin gelisah hati Amanda. Mana tidaknya, baru kahwin sekali lagi, hatinya ditikam lagi. Kenapa?
Matanya melihat sosok tubuh manusia yang berdiri disebelah Darris. Dia amat mengenal gadis itu.
"Kau memang perempuan tak tau malu kan! Laki orang kau nak rampas jugak. Banyak lagilah jantan dalam dunia ni kau nak rembat tapi bukan laki aku!" jerkah Amanda sambil kepala perempuan itu ditunjal berkali-kali.
Melihat Farhanis kepalanya ditunjal oleh isterinya, Darris jadi marah. Dia terus merentap tangan Amanda. Kemudian tubuh Amanda ditolak sehingga jatuh tersembam. Dahi Amanda terhantuk ke batu.
Amanda mengerang kesakitan seraya memegang dahinya. Cecair berwarna merah mula mengalir. Pedih.
Kesabaran seorang perempuan ada batasnya. Kadang-kala apa yang dipertahankan hampir goyah. Sikap Darris yang masih tidak mahu berubah membuatkan hati Amanda terluka lagi.
Sedangkan dia satu bangunan dengan Darris pun, lelaki itu tetap berani keluar dan berjumpa perempuan lain tanpa pengetahuannya apatah lagi jika dia berjauhan.
Hatinya benar-benar terluka.
"Saya isteri awak, Darris." dalam ketegasan masih ada kelembutan. Amanda tidak mahu menggunakan kekerasan yang bakal membuatkan isterinya semakin jauh.
"Kisah pulak aku!"
Darris buat muka menyampah. Pandangannya dihalakan ke tempat lain. Dia semakin benci saat menatap wajah gadis yang begitu berani mengatur hidupnya.
"Darris , saya isteri awak. Salah ke saya nak halang awak keluar dengan perempuan lain? Kalau ya pun awak bencikan saya, jangan jatuhkan maruah saya sebagai isteri awak. Saya tak nak orang mengata saya tak patuh cakap suami sebab suami saya dengan perempuan lain."
"Aku tak sukalah kau masuk campur hal aku. Kita buat cara hidup kita sendirilah. Aku tak kacau pun, kau pun tak payahlah sibuk." balas Darris.
"Saya tak nak awak buat dosa. "
"Dah lah perempuan. Semak tau tak!"
"Apa awak cakap ni? "
"Awak, apa dosa saya? Kenapa awak masih hukum saya macam ni? Takkan sikit pun tiada perasaan cinta awak pada saya? Terlalu besar ke kebencian awak tu pada saya? "
"Sedar diri perempuan. Aku kahwin dengan kau balik semuanya bersebab. Aku tak nak kau lari. Bukan kau nak sibuk control hidup aku."
"Saya ingatkan awak dah berubah, Darris. Saya tak tau nak buat apa lagi. Tapi saya takut. Satu hari nanti saya yang berubah hati. Saya tau awak sebenarnya ego kan. Awak cintakan saya kan? "
"Tiada makna aku ni cintakan kau."
"Then? Kenapa awak masih tak lepaskan saya? Sampai bila awak nak seksa hati saya, Darris? "
Suasana menjadi sepi. Langkah kaki diangkat berlalu pergi dengan rasa yang bercampur baur.
Berlalunya Darris pergi membuatkan Amanda menyalahkan dirinya sendiri. Wajahnya diraup kasar. Keluhan dilepaskan dan membiarkan Darris pergi menghilang dari pandangannya.
Segalanya akan terlerai
Share this novel