Bermulanya Tahun 2018

Short Story Completed 4722

Pada tahun yang serba moden ini dikenali sebagai zaman meterialistic iaitu kerana semua perkara memerlukan duit . Tahun yang sangat-sangat memcabar bagi aku yang telah pun mencecah 16 Tahun dan melangkahkan kaki ke zaman remaja aku yang baharu bermula . Aku perlu berlajar dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan SPM pada tahun 2019 . Ibuku kecewa dengan keputusan PT3 aku yang lepas yang mendapat 4A 2B 1C 1D 1E 1F . Ibu tidak berpuas hati dengan keputusan aku .

Oleh sebab itu aku ingin belajar bersungguh-sungguh dan membanggakan ibu aku . Mungkin aku bijak tetapi aku bukanlah seorang yang baik . Otak sahaja bijak tetapi sahsiah diri aku kelaut . Keluarga aku hampir hilang akal untuk mengawal aku dirumah dan di mana-mana sahaja . Sehingga abang aku mengupah " Bodyguard " yang sentiasa mengekori aku kemana sahaja aku pergi . Kadang-kadang aku malu bila kawan-kawan aku berkata " Kau ni adik abang betulla siap ade bodyguard lagi " . Namun aku buat tidak endah sahaja dengan kata-kata mereka .


Aku berfikiran , abang aku melakukan itu semua kerana dia menyayangi aku . Aku dan abangku rapat sejak kecil lagi . Kami tidak pernah berengang sejak aku kecil lagi hingga dia abis SPM dan sewaktu itu aq berumur 10 tahun .


Namun demikian , abang aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke politeknik Port Dickson dalam khursus diploma ingeenering pembuatan . Aku berbangga dengan abang aku . Tetapi aku berasa sedih kerana aku akan berpisah dengan dia selama 4 tahun . Sememangnya dia mesti ada diberikan cuti semester , cuti study week dan cuti perayaan . Namun hati aku tetap sayu . Dia adalah abang no.2 yang aku ada . Dia lebih rapat dengan ibu dan aku kerana dia bukanlah seorang yang ganas malahan dia lembut orangnya .


Sewaktu masuk ke sekolah pada hari pertama persekolahan tahun 2018 , setiap pelajar akan diumumkan kedudukan kelas di perhimpunan . Aku berasa takut dan risau . Selepas aku mendengar nama aku disebut dikalangan kelas 4 Sains Sukan , aku berasa gembira teramat sangat . Walaupun aku sedikit kecewa kerana aku menginginkan kelas 4 Akaun . Mungkin disebabkan keputusan aku yang tidak memuaskan . Aku terima keputusan itu dengan hati yang terbuka . Aku berpesan pada hati aku , redho lah , ada hikmah disebaliknya .

Selepas pulang dari sekolah . . .

Aku termenung sejenak , Aku berkata-kata dalam diri aku . Mungkin segala yang telah ditentukan buat aku itu adalah jalan aku untuk aku menuju kejayaan . Semua khursus ada pekerjaan . Walaupun aku tidak dapat tawaran ke Kolej Vokasional , aku bahagia di sekolah aku bersama dengan rakan-rakan ku . Ye la walaupun satu kelas dengan musuh sejak tadikan kan ? Pedehal hahahahaha . Yang penting aku tak kacau dia , dia jangan kacau aku kang memang mendapat .


Aku masih bahagia bersama Akmal walaupun kadang-kadang kami bergaduh kerana aku suka menyakatnya dengan pelbagai ayat-ayat yang membuatkan dia cemburu . Kadang-kadang aku cuba menghiburkan dia namun dia yang salah anggap hingga terjebak kepada pergaduhan kecil .


Mungkin susah bagi seorang kekasih untuk menerima bahawa teman wanitanya mempuanyai ramai sahabat lelaki . Aku terpaksa akur dengan Akmal yang tidak memberi kebenaran untuk aku bergaul dengan sahabat-sahabat lelaki aku . Sahabat-sahabat aku juga ada yang berkecil hati dengan aku kerana aku sudah tidak mesej mereka di whatsapp . Hubungan aku dan sahabat-sahabat semakin renggang hingga aku terasa aku bersendirian .

Aku berasa aku kesunyian tanpa sahabat-sahabat aku . Mereka banyak membantu aku dari segi fizikal dan mental . Hingga ke hari ini aku menanti mesej-mesej mereka namun tidak ada satu pun mesej daripada sahabat aku . Setiap hari aku berharap mereka akan mesej aku dan bertanyakan khabar seperti dahulu . Aku hanya berfikiran positif bahawa mungkin mereka sibuk bekerja . Lagipun mereka sudah dewasa dan sudah mempunyai kehidupan sendiri , pekerjaan sendiri . Mestilah mereka sibuk dengan kerja mereka dan sibuk melayan kekasih-kekasih mereka pada hujung minggu .

Dalam sunyi itu aku cuba menyatakan yang aku sudah ada Akmal , kenapa harus aku berasa kesunyian ? Akmal juga sering membuat aku bahagia . Aku tahu dalam kata-kata aku , aku selalu meletakkan sedikit sindiran buatnya . Mungkin Akmal tidak perasan atau buat-buat tidak perasan . Aku berbuat demikian kerana aku takut kehilangan Akmal .

Aku pernah kehilangan seorang kekasih . Kini bekas kekasih aku itu telah pun berkahwin . Namun dia masih sahabat aku . Dia adalah seorang lelaki yang baik . Walaupun dari segi luarannya nampak jahat dan tidak bermoral namun dia masih mengenal halal dan haram , dosa dan pahala .

Beberapa Hari Kemudian . . .


Hati aku merasakan kekosongan yang sangat mendalam sehingga aku tangisi dosa-dosa lalu aku . Aku merasakan tidak ada sesiapa pun yang memahami apa keinginan aku . Sewaktu itu apa yang aku mahukan hanyalah perhatian . Tetapi mungkin disebabkan aku kurang perhatian daripada keluarga dan kekasih hati aku . Aku berhasrat ingin menjadi seperti dahulu . Aku ingin memutuskan hubungan dengan Akmal dan aku ingin membina semula persahabatan aku bersama sahabat aku .

Hubungan aku dan Akmal dingin hingga kebeberapa hari kemudiannya . . .


Setelah aku berfikir sejenak , aku berasa sepatutnya aku mesti meminta maaf kepada Akmal dan memulakan hidup bahagia seperti dahulu . Omputeh kata " Let's start it fresh " . Aku berharap Akmal memaafkan setiap inchi kesalahan aku .


Akmal berkata dia telah pun memaafkan aku . Namun dia masih tidak boleh terima keputusan aku yang terdahulu . Sekali lagi aku memohon maaf kepadanya .

7 hari kemudian . . .

Aku dan Akmal telahpun berbaik seperti dahulu . Aku merasakan Akmal sangat-sangat prihatin tergahadap aku . Akmal telah membelikan gelang dan keychain buat aku sewaktu dia bercuti bersama keluarganya di cameron highland . Dia ingin memberikan gelang dan keychain itu kepada aku . Tetapi aku juga susah untuk keluar rumah . Untuk keluar rumah , aku harus memastikan abang aku tidak ada dirumah dan aku harus memastikan tidak ada polis yang meronda di sekitar kawasan kampung kerana aku masih belum mempunyai lesen memandu .

10 February 2018 . . .


Sebelum itu , Akmal memberitahu bahawa dia tidak mahu pulang ke Kuala Lumpur atas asbab dia sudah tamat belajar pada minggu hadapan . Namun Akmal mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan aku dan mengubah fikirannya untuk pulang ke Kuala Lumpur . Akmal turun dari Karak ke Ulu Yam Bharu untuk berjumpa dengan aku sebelum pulang ke Kuala Lumpur .

Ketika itu aku tidak boleh keluar lama . Aku hanya diberikan masa 40 minit sahaja oleh ibu . Aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan Akmal di bus stop Arowana . Kerana bus stop tersebut dekat juga dengan rumah aku . Disitulah Akmal memberikan aku gelang dan keychain tersebut . Disitu kami berkesempatan untuk berselfie bersama-sama supaya dapat dijadikan sebagai kenangan kami buat kali ke 2 kami berjumpa .

Kali pertama kami berjumpa adalah pada 26 November 2017 di aeon Rawang . Sewaktu itu , aku dan keluargaku sedang berjalan-jalan untuk membeli-belah . Aku mengambil kesempatan itu untuk berjumpa dengan Akmal buat seketika . Akmal berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan aku . Sebelum Akmal pulang ke rumahnya , dia sempat mencium tangan kananku tanda sayangnya dia kepada aku . Dia juga sempat mengucapkan " IloveYou , jaga diri elok-elok " .

Ketika itu aku demam yang teruk . Aku makan di foodcourt aeon tersebut . Aku ingat Akmal tidak nampak aku meminum air yang ber ais . Tetapi dia nampak dari jauh . Dan dia menasihati aku supaya tidak meminum air yang mempunyai ais kerana aku sedang mengalami sakit tekak .

Rakan-rakan sering memperlekehkan Akmal kerana dia mempunyai wajah yang sangat comel . Rakan-rakanku berkata rupanya seperti kanak-kanak . Namun aku hanya tergelak sahaja mendengar celoteh rakan-rakanku itu . Mereka belum tahu kebaikan yang ada dalam diri Akmal .

Sebab itu adanya pepatah " Don't Judge Book By It's Cover " . Kenal dahulu baru tahu seseorang itu bagaimana . Tidak semua orang didunia ini jahat dan kejam kerana masih ada lagi orang yang baik di dunia ini .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience