BAB 1

Humor Completed 22641

“Syuhada. sakitlah badan abang” sengaja Haris memulakan topik perbualan antara mereka berdua.

Dah seminggu Syuhada, isterinya itu masam muka kerana pertengkaran tentang perkahwinan tanpa perasaan dan lebih kepada terpaksa atas permintaan orang tua Haris. Apatah lagi Haris masih belajar dan dia juga sedang menunggu keputusan untuk menyambung pelajarannya. Mereka masih muda!

“Jadi?”

“Kenapa dingin sangat Syuhada ni” bentak Haris sambil menghentak sedikit stereng kereta. Sejak meninggalkan perkarangan rumah ibu bapa Syuhada, isterinya diam tak berkutik membuat Haris bengang.

Syuhada diam sebentar setelah dia berbicaa. Hatinya teragak-agak mahu menyampaikan isi hatinya.

“Awak jangan ingat sebab mama dan papa awak dah bagi duit dekat keluarga saya awak boleh beli saya”

“Abang ikhlaslah tadi. kenapa Syuhada ni ni dingin sangat. Abang bergurau je. Ni spesies reptilia ke apa?”

Syuhada menjeling ke arah Haris. “Orang gila!” marah Syuhada.

“Amboi, tak sayang mulut betul. Suka hati dia nak panggil orang gila. Dia tu cicak! Sebab tu dingin je dengan abang dari tadi,” balas Haris. Dia tergelak besar dapat mengenakan Syuhada.

Ketawa Haris terhenti apabila melihat Syuhada menjeling ke arahnya.

“Awak ni memang tak reti nak jaga hati orang!” marah Syuhada.

Herdikan Haris tadi terasa kasar di telinganya, tetapi bagi lelaki itu, katanya-katanya itu dianggap lucu.

“Betul apa!” bentak Haris, tidak mahu mengalah, dia masih menegakkan kata-katanya. Haris ketawa lagi. Kali ini dia menang!

“Berhenti!” jerit Syuhada. Dia membuka pintu kereta dan turun. Haris terpaksa memberhentikan keretanya ditepi jalan raya.

Nasib baik tidak ada kereta di belakang, kalau tak, macam-macam boleh jadi sebab Haris terpaksa brek mengejut.

“Eh, Syuhada” panggil Haris namun tidak diendahkan oleh Syuhada. Gadis itu berjalan laju meninggalkan kereta.

Haris memandu keretanya perlahan-lahan mengiringi langkah kaki Syuhada. Dia tidak putus-putus memujuk Syuhada untuk masuk kembali namun Syuhada tidak mengendahkannya. Dia terus sahaja berjalan kaki dan rimas juga dengan Haris yang memandu keretanya dekat pinggir jalan seiring dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience