"Aduuhh!!" perlahan-lahan aku bangun. Motorsikal aku angkat dan cuba hidupkan. Nasib hidup. Syukur aku pada Tuhan. Kalau tidak lebur lagi duit aku nak repair kerosakkan motorsikal ni. Aku teruskan perjalanan pulang.
Lima belas minit menunggang motorsikal, sampailah aku ke rumah. Siap parking motor, beberapa anaktangga aku daki. Rumah flat tingkat empat, berpeluh jugak aku nak sampai pun. Sampai aje, salam aku beri. Lama aku menunggu Luqman sambut dari dalam. Tapi sunyi aje. Lagi salam aku beri. Tadak jugak mamat ni sahut. ‘Dah kebulur sampai pengsan ke dia ni?’aku bersoal sendiri.
Nasib aku ada kunci pendua. Pintu rumah aku buka. Sebaik aku melangkah masuk, kelibat Luqman aku cari. ‘Mana dia ni?’ lagi aku bersoal sendiri.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukkan di pintu. ‘Kenapa tetiba bersopan pulak dia ni? Selalunya main redah aje masuk rumah,’ aku berjalan ke arah pintu masuk. Tombol pintu aku pulas.
“Kau ni Man...” belum sempat habis ayat aku,badan aku dirempuh kuat. Jatuh terduduk aku bila daun pintuyang separa buka diterjah tanpa belas.
“Adoi!! Man! Kau gi.......” tersangkut lagi ayat aku bila yang didepan aku ternyata bukan Luqman. Tapi seorang gadis.
“Layla ? Kau dah kenapa terjah masuk rumah aku ni?” aku jengah keluar. Toleh ke kiri, toleh ke kanan. Kemudian aku kembali memandang Layla .
“Kau ni dah kenapa?” lagi aku menyoal Layla .
Layla memandang muka aku. Serius aje muka dia. Aku bertambah hairan dengan minah ni. Dah sekarang aku berdua aje dengan dia. Ini kalau Majlis Agama datang, mau terkantoi aku. Kahwin free aje.
“Dah la tenung aku. Karang kau jatuh cinta tahap angau, aku tak bertanggungjawab.” aku cuba buat lawak bodoh. Mahu mencuit suasana tegang yang sedang berlangsung sekarang.
Share this novel