Series
                        
4680
                    Setapak demi setapak dia melangkah menuju ke hutan . Entahlah.. banyak sangat destinasi yang ingin ditujui memandangkan dia hidup dalam badan manusia sekarang . Jangan lepaskan peluang gitu .
   Dia melangkah dan terus melangkah . Namun fikirannya melayang jauh pergi ke awang awangan . Ibaratkan jasad tanpa roh . Habis macam mana boleh jalan kalau tak ada roh ? Aiyo ! 
“ Rasanya dia bunuh kau sebab kau rampas hak dia . ”
  Perbualannya dengan ahli sihir itu mula bermain di telinganya .
  Berkerut dahinya cuba memikirkan kata kata ahli sihir itu . 
Hak ?
   Rasanya dia belum pernah rampas apa apa dalam dunia ni . Nak cakap rampas keluarga memang tak lah . Dia anak tunggal . 
  Rampas barang orang lain ? Lagilah tak . Buat apa dia nak rampas barang orang lain ?
“ Aku akan pastikan yang kau tak akan hidup bahagia bersama dia ! ”
  Serta merta kakinya terhenti dari melangkah . Kata kata ini melintasi ruang pendengarannya . Kata kata terakhir sebelum dia pergi meninggalkan dunia ini .
  Mana mungkin dia lupa dengan kata kata terakhir pembunuh tu . Tapi siapa ' dia ' yang pembunuh tu maksudkan ?
  Hidup bahagia bersama dia ? Siapa ?
  Matanya terpejam sekejap . Terfikir dua tiga kali juga lah nak tau siapa ' dia ' yang pembunuh tu cakap . 
  Dia ? Hm.. Siapa ? Aku nak hidup bahagia bersama siapa lagi kalau bukan Cleo ? Eh ! 
  Laju saja matanya terbuka luas . Tambah berkerutlah dahi gadis itu dibuatnya . 
  Cleo ke yang dimaksudkan oleh pembunuh tu ? 
   Membunuh kerana cinta ? Like seriously ? Dah tak ada orang lain ke sampai sanggup membunuh ?
   Arh ! Aku dah tak kisah pasal semua tu ! Kalau pembunuh tu ada depan aku sekarang ni , dah lama aku cekik sampai mampus ! 
   Tangannya digenggam erat . Habis merah mata kirinya menahan kemaharan yang tiba tiba memuncak . 
“ Cealyn ! ” jerit seseorang .
  Cealyn menoleh . Mata kirinya kembali normal . Sekali lagi dahinya berkerut apabila mendengar namanya disebut .
  Bukan ke semua orang kenal dia sebagai Emelyn sekarang ni ? 
“ Awak buat apa dekat sini ? ” soal Alyaa apabila sudah berada di hadapan gadis itu .
   Lama Cealyn memandang wajah Alyaa . Seorang gadis yang merupakan kawan karibnya . 
   Tapi macam mana dia boleh cam aku ? Takkan tengok dari mata terus boleh tau yang aku ni Cealyn ? Kok bisa ?
“ Awak tau saya siapa ? ” soalan yang paling teruk diajukan dengan nada paling serius . Langsung tak ada nada bergurau disitu .
   Berkerut terus dahi Alyaa . Dah kenapa dengan Cealyn ni ? Tanya soalan yang tak masuk akal langsung . 
   Nak cakap dia bergurau pun tak boleh . Dari segi reaksi beku tu memang sah dia tak bergurau jauh lagi nak melawak . Aik ? Bukan sama saja ke tu ? 
“ Kenapa awak panggil saya Cealyn ? ” soalnya semula apabila menyedari keterlanjuran kata . Senang cerita dia ' ter ' silap soal hehe .
  “ Sebab muka awak macam Cealyn ? ” kata Alyaa takut takut . Gerun pula dengan wajah beku dia tu . 
  Cealyn mengangguk perlahan . Ingatkan dia dah tahu siapa dirinya yang sebenar . Rupanya tak . Bagus sangat lah tu . 
“ Awak buat apa dekat sini ? ” soalnya semula .
  Cealyn terdiam . Dia memerhati sekeliling hutan tebal itu . Sebenarnya dia pun tak tau nak buat apa dekat sini .
  Sebab tadi jasadnya bagai tidak dihuni oleh sebarang roh . Berjalan tanpa hala tuju gitu . 
“ Awak pula buat apa dekat sini ? ” soalan yang sama diajukan tanpa menjawab persoalan Alyaa .
  “ Sebenarnya saya nak pergi rumah Aunty Bethany . ” jawab Alyaa jujur . 
  Cealyn tersenyum penuh makna . 
“ Nak jumpa Cleo ? ” usik Cealyn sambil menyiku perlahan lengan Alyaa .
“ Ish mana ada ! Awak ni ! ” merah padam wajah Alyaa menahan malu apabila diusik sebegitu rupa .
  Cealyn menggeleng perlahan . Dia ketawa kecil . Hah tengok dia tu . Sempat lagi dia usik Alyaa walaupun dia sendiri mencintai jejaka itu . 
  Gadis limited edition katakan ohoho ! 
“ Saya gerak dulu eh . ” kata Alyaa seraya membuka langkah meninggalkan Cealyn yang masih tersengih sengih .
   Cealyn hanya memandang langkah Alyaa sehingga dia hilang dari pandangan . Alyaa.. dia cintakan Cleo kan ? Boleh jadi dia yang bunuh aku ? 
   Ehem.. Ingat Alyaa seorang saja kah yang cintakan Cleo ? Hannah tu pula macam mana ? 
  Pandangannya dihalakan ke atas langit . Tengkuknya diurut perlahan . Pening pula bila fikirkan semua ni . 
  Baru dia tau apa yang Emelyn rasakan selama ni . Kalau tak kuat boleh masuk hospital mental terus . Banyak sangat teka teki . 
••••
Kehulur hilir dia berjalan di dalam biliknya yang luas itu . Tangannya dari tadi ditekap di dahinya sendiri . Ada sesuatu yang menganggu fikirannya .
“ Boleh tak kau duduk ? Aku pula yang pening tengok kau macam ni . ” kata Kein keras . Mana tidaknya ? Dari tadi dia memandang Cleo berjalan kehulur hilir . Macam streka pun ada .
  Cleo memandang tajam wajah Kein . Dia mengeluh kasar lalu duduk di sebelah Adryan . Wajahnya ditundukkan menghadap lantai . Ada saja yang membuatkan hatinya risau .
   Braylon menepuk bahu Cleo . Wajah yang lagi tertekan itu jelas di matanya . Begitu juga dengan Kein dan Adryan . Bukan tadi dia okay saja kah ? Dah sekarang ni tertekan bagai kehilangan isteri ni dah kenapa ? 
“ Emelyn . ” kata Cleo sepatah . Ya ! Gadis itu yang membuatkan hatinya tidak tenteram !
  “ Kenapa dengan dia ? ” soal Adryan setelah lama berdiam diri . 
  Sempat lagi Cleo menggosok belakang kepalanya lalu mengeluh kasar . 
  “ Dia cakap hati dia milik Henry . ” dengan yakinnya kata kata ini terpacul keluar dari mulutnya . Serius pula tu . 
   Memang betul pun . Hatinya tidak tenteram langsung sejurus kata kata ini keluar dari mulut Emelyn . Mengapa ? Cemburu mungkin . 
  Braylon dan Adryan menahan tawa mereka dari pecah . Manakala Kein pula sudah ketawa lantang di hujung katil . 
  Tangan kanannya memukul mukul pahanya . Tangan kirinya pula menekan perutnya . Okay serius , ini memang lawak !
   Ingatkan dia tertekan pasal hal penting . Rupanya pasal hal kecil kecil saja . 
   Sekali lagi Cleo memandang tajam wajah Kein . Malah kali ini lebih tajam dari pandangannya yang tadi .
  “ Lawak ? ” soal Cleo serius . Apa yang lawaknya ? Salah ke kalau seorang lelaki cemburu ? Cemburu seorang lelaki hah gitu HAHA !
  Kein tidak menjawab . Sebaliknya dia semakin galak mentertawakan sahabatnya itu . 
   Cleo mengecilkan matanya memandang Kein . Dasar sahabat . 
  “ Habis tu kenapa kalau hati dia milik Henry ? Bukan masalah besar pun . ” kata Adryan selamba .
  Pandangan tajam Cleo dihalakan pula ke arah Adryan . Ni lagi satu ! Ingatkan nak tolong . Rupanya tak . 
  “ Kau tau aku dah mula cintakan dia kan ? Mana mungkin aku biarkan Henry miliki dia . ” kata Cleo keras . Amboi bang.. Mana satu kau nak ni ? Cealyn ke Emelyn ? 
   Braylon ketawa kecil lalu menepuk nepuk bahu Cleo . 
  “ Cuba kau tengok perbezaan di antara kau dengan Henry . ” kata Braylon penuh dengan ayat tersurat dan tersirat lagi . 
   Berkerut terus dahi Cleo mendengar kata kata Braylon . Kenapa ? Rasanya tak ada perbezaan di antara kami berdua . 
“ Cara Henry layan Emelyn lembut saja . Nampak sangat yang dia sayang dekat dia . Yang kau ni pula kasar . Nampak macam kau benci dia . ” sambung Braylon dengan yakin sambil mengangguk .
   Cleo yang mendengarnya terus membuat reaksi menyampah . Eleh.. kasar kasar aku pun , aku tetap cintakan dia tau !
  Malah cinta aku ni lebih besar daripada mana mana pihak yang turut mencintai gadis itu . 
  Eseh ayat .
   Niat Cleo yang ingin membalas kata kata Braylon terbantut apabila pintu bilik dikuak dari luar . 
   Serentak mereka menoleh memandang ke arah pintu .
“ Abang Cleo . Kak Alyaa datang . ” kata Emelya perlahan .
   Cleo mengangguk seraya berdiri dari kedudukannya . Dia mula mengorak langkah untuk keluar tanpa memandang sahabat sahabatnya di belakang . 
   Namun , otaknya ligat memikirkan kata kata Braylon sebentar tadi . 
Kasar sangat ke cara aku ni ?
••••
  Entah sudah keberapa kali dia mengeluh sepanjang perjalanannya pulang ke rumah . Terasa jauh pula perjalanannya sekarang ni . 
  Kalau saja fizikalnya kembali seperti sedia kala , sudah pasti dia tidak perlu bersusah payah untuk berjalan pulang ke rumah . 
  “ Alyaa ke Hannah ? ” soal Cealyn seorang diri . Dari tadi otaknya menyoalkan perkara ini . Aktif pula otaknya sekarang .
   Hannah.. Aku dah lama tau kau benci aku . Aku juga tahu yang kau begitu mencintai Cleo . Kalau betullah kau yang bunuh aku dulu , aku akan cari kau hingga ke lubang cacing ! 
   Alyaa.. Kawan baik aku . Aku tau kau juga mencintai lelaki yang sama . Tapi takkan kau sanggup membunuh kawan baik kau demi cinta ? Kalau saja itu terjadi , kau betul betul mengecewakan aku . 
  
   Langkahnya terhenti mendadak apabila belakangnya terasa agak perit . Time time macam ni jugalah belakangnya buat hal . 
   Perlahan lahan tangan runcingnya menyentuh permukaan belakangnya dengan lembut . Dapat dia rasakan yang bajunya sudah basah lencun . 
   Aik ? Aku berpeluh ke ? Asal sakit semacam saja peluh ni ? Pelik..
   Laju saja tapak tangannya dipandang . Bulat matanya memandang tapak tangannya sendiri . Damn !
  Sangkaannya tersasar jauh apabila melihat tapak tangannya mempunyai sedikit kesan darah . Semakin lama semakin sakit belakangnya dirasakan . 
   Ni mesti angkara pembunuh tu ! Argh !
  “ PENGECUT ! ” jeritnya dengan lantang memenuhi hutan yang tebal itu . Amarahnya semakin memuncak . Sudahlah kedua tangannya belum sembuh lagi , sekarang belakangnya pula menjadi sasaran . Kali ni aku takkan lepaskan kau ! 
  Kedua kakinya mula membuka langkah seribu untuk pulang . Dengan belakangnya yang luka sekarang ni dah tak boleh nak bercatwalk bagai . 
  Kang habis darah dia nanti , mati kali kedua lah jawabnya huhu .
  Dari jauh ada seseorang yang lagi memerhati gerak gerinya . Dia tersenyum sinis .
  Pengecut huh ? Itu baru permulaan Emelyn.. Tunggu sampai aku bunuh kau ! 
  Dia ketawa lantang . Kukunya yang mempunyai kesan darah gadis itu dipandang sekilas . Gadis lemah !
  Namun satu hal yang menarik perhatiannya . Berani betul gadis itu memanggilnya ' pengecut ' ? Belum pernah lagi rasanya gadis itu menjerit apabila terluka . 
  Nampak macam gadis yang berbeza.. 
  Lari punya lari akhirnya sampai juga ke destinasi yang sebenar benarnya . Nafasnya turun naik menarik oksigen . 
  Tanpa rasa bersalah tangan kecilnya mengetuk kuat pintu utama itu . Dah tak ada masa nak bersopan santun sekarang ni ! 
  Terpejam rapat matanya menahan kesakitan yang semakin menjalar ke dalam tubuhnya . Belakangnya terasa sungguh sakit . Boleh tahan juga kuku pembunuh tu ! 
   Terimbas kembali dimana dia dibunuh senyap senyap . Luka di belakangnya sama persis dengan luka yang sekarang ni . Kuang ajo kau ! Guna cara lama eh ! 
   Sekali lagi tangannya mengetuk kuat pintu yang besar itu . Hoi ! Buka pintu pun nak ambil masa yang lama kah ?! Kalau macam ni lah gayanya , sempat lagi aku mati ni !
   Tubuhnya sudah tidak berdaya . Kedua kakinya terasa sangat lemah . Petanda malaikat maut nak jemput ke tu ?
   Serentak pintu terbuka luas . Entah siapalah gerangan yang mengambil masa bertahun lamanya nak buka pintu tu . Dah terlambat oi !
   Pandangannya mulai kabur . Ringan saja tubuhnya tumbang ke dalam dakapan seseorang itu . 
“ Emelyn ! ” raungnya dengan kuat .
   Hanya itu yang kedengaran sebelum semuanya perlahan lahan menjadi sunyi dan gelap gelita . 
   Ini.. pengakhiran hidup aku ke..
Share this novel