2

Romance Completed 56307

Selepas menerima panggilan dari Abangnya, Asmara kembali menutup matanya semula. Semalam saja dia balik bertugas waktu Azan subuh berkumandang dimasjid.

Aulia pun masih diulit mimpi. Belum ada tanda-tanda nak terjaga dari lenanya.

Nak tak nak, Asmara terpaksa bangun dari pembaringannya. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

" Mcetttt. Haihhh tak bangun, tak kenyang perut aku. " Kata Asmara.

Dia mula mengatur langkahnya keluar dari biliknya. Dia menuju keruang dapur Apartment. Mula memasak nasi dan mengeluarkan Daging Ayam dari dalam peti ais.

Dia mengikat rambutnya yang panjang paras pinggang, lalu mencuci wajahnya oada sinki yang ada didapur.

" Petang. " Sapa Aulia dengan muka bantalnya.

" Hmm. Baru bangun jugak? " Tanya Asmara.

" Haah. Mengantuk masih ni. " Kata Aulia.

" Pergilah mandi ke apa? " Kata Asmara.

" Alaa kejaplah. Lapar ni. " Kata Aulia.

" Lapar sangat. Makan Meggie cup. Ada kat dalam almari tu. " Kata Asmara yang sedang meliat media sosialnya.

" Takkan Meggie je kot. " Kata Aulia.

" Aku baru bangun. Baru je masak nasi. " Kata Asmara.

" Kau nak Coffee tak? " Tanya Aulia.

" Taknak lah. Aku minum Lemon Tea je. Susah tidur. Kafien tinggi. " Kata Asmara.

" Ok lah. Malam ni nak kerja yang perlukan tenaga lebih. " Kata Aulia.

" Haihhh aku tengah kusut sekarang. Kenapalah kena cari Spark kat dalam Pub? Macam mana aku nak masuk sana? " Tanya Asmara.

" Nak kata bodoh, Kau pandai Nayla Asmara. Pegawai PGA paling digeruni.
Pasukan Tiger Platoon Batalion 8 PGA, Nayla Asmara " Kata Aulia.

" Dah. Aku tengah pening, kau nak peningkan lagi? " Tanya Asmara.

" Kau ni pun Asmara. Relaks lah. " Kata Aulia.

" Macamana aku nak relaks. Takkan aku kena buka tudung kot? " Tanya Asmara.

" Jangan risau. Enam pegawai PB 8 akan masuk dan kita akan menanti dari luar. " Kata Aulia.

" Kira ok lah kalau macam tu. " Kata Asmara.

" Aku takut, Aku terserempak dengan Abang aku. Kau macam tak kenal dia. " Kata Asmara.

" Biasalah, Aurat kau dia yang jaga. Sebab kau dibawah tanggungan dia sekarang. " Kata Aulia.

" Aku tahu. " Kata Asmara.

" Kau masak apa hari ni? " Tanya Aulia.

" Entah. Aku masak biasa je. Ayam Kicap sayur baby Kailan masak sos tiram. " Kata Asmara.

" Herm sedap tu. Masak lah cepat. Perut aku dah berkeroncong. " Kata Aulia.

" Amboii kau ingat aku orang gaji ke? " Tanya Asmara.

" Kalau aku masak nanti tak sedap. Last-last makan kat luar. " Kata Aulia.

" Tunggu lah. Aku nak hubungi abang aku kejap. " Kata Asmara.

" Dia tak call kau ke? " Tanya Aulia.

" Call. Cuma aku lupa tanya hujung minggu ni dia cuti ke tak? " Kata Asmara.

" Kalau tak? " Tanya Aulia.

" Kita kesana lah. " Kata Asmara.

" Kau jelah. Aku tak payah. " Kata Aulia.

" Teman lah. " Kata Asmara.

" Tengoklah. " Kata Aulia.

" Ok takpe. " Rajuk Asmara.

Aulia tersenyum senget apabila melihat wajah masam Asmara. Dia tahu Asmara sedang merajuk.

" Alolololo. " Aulia berdiri lalu berdiri dibelakang Asmara dan memeluk leher sahabatnya itu.

" Don't touch me, Aulia. " Kata Asmara.

" Kau ni kalau marah ke merajuk ke, mesti buat aku geram nak cubit-cubit pipi kau ni. " Kata Aulia.

" Tak nak kawan kau. " Kata Asmara.

" Alalalala. Ok ok. Aku temankan kau ye. Tapi aku taknak bonceng motor. Kalau kau bawak macam palesit. Kau tahu? " Kata Aulia.

" Kalau aku pakai motor, Mesti Abang aku pancung kepala aku. " Kata Asmara.

" Maka? " Tanya Aulia.

" Bercerailah nyawa dari badan. " Sahut keduanya dan ketawa pecah dihujung perkataan.

" Dah pergi mandi, aku nak masak kejap. " Kata Asmara.

" Ayam kicap bawang Holland ok? " Pinta Aulia.

" Ok. " Balas Asmara senyum.

Mereka berdua adalah teman sejak tabika lagi. Asmara ada seorang Abang. Manakala Aulia anak tunggal.

Namun Ibu dan bapa Aulia meninggal semasa menunaikan Umrah semasa dia berusia 10 tahun. Dan sejak itu dia bersama dengan Asmara seperti kembar. Melekat berdua.

Dan hinggalah mempunyai dalam minat yang sama. Aktiviti lasak adalah kegemaran mereka, Namun Aulia tidaklah seekstrim Asmara.

" Asmara. kau buka whatsapp, Taknak join ke? " Tanya Aulia.

" Kejap-kejap lagi aku buka. Aku nak masak kejap. " Balas Asmara.

Telefonnya berdering semula. Asmara melihat nama Abangnya tertera dekat screen telefonnya. Dia menjawab panggilan itu.

" Assalammualaikum. Hermm kenapa? " Tanya Asmara.

Dia memang selalu berkata macam tu bersama Abangnya. Sejak dulu lagi. Terkadang orang sekeliling salah sangka bahawa mereka sedang bergaduh namun sebaliknya begitulah mereka.

" Waalaikumsalam. Kau dah bangun ke belum. Ke kau tidur balik lepas aku call tadi. " Kata Abangnya.

" Ishhh Kau ni kan Bang. Macam tau-tau kan. " Mainnya.

" Jangan sampai aku jumpa kau, Aku smackdown kau cukup-cukup. " Kata lelaki itu.

" Eh eh. Ada hati nak smackdown aku ye. Silap haribulan aku jadi The rock baru kau tau langit tinggi ke rendah. " Kata Asmara.

" Last aku call kau ek. " Kata lelaki itu lagi.

" Ok fine. Assalammualaikum. " Kata Asmara.

" Eeee. Kau memang cabar kesabaran aku Nayla Asmara. " Kata Abangnya.

" Hahahaha. Padan muka. Kenapa? Kau rindu kat aku ke? " Tanya Asmara.

" Gila tak rindu. Hampir setahun aku tak bertemu kau. Kalau kau ada depan mata aku sekarang. Aku nak peluk kau erat-erat nak lepaskan rindu aku ni. " Kata Abangnya.

Sebak Asmara rasakan apabila Abangnya berkata begitu. Dia tahu lelaki itu terlalu merinduinya.

" Nanti ada masa dapat cuti lama sikit, Aku jumpa kau Bang. I miss you so much. Rindu pelukan hangat kau macam zaman kecik dulu. " Kata Asmara.

" I Miss you too Dik. " Kata Abangnya.

" Oklah. Aku nak masak ni. Jam 6 nanti nak gerak kerja. Nanti sesak kepala Tuan aku lambat. " Kata Asmara.

" Ok. Kirim salam kat Aulia. " Kata Abangnya.

" InsyaAllah akan disampaikan. " Kata Asmara.

Panggilan ditamatkan selepas Asmara menjawab salam Abangnya.

Selesai memasak, dia memanggil Aulia untuk makan bersamanya. Apa yang Aulia request, itulah yang diamasaknya.

Dia suka kalau ada yang suka makan masakannya. Walaupun hanya masakan yang diajarkan oleh Arwah neneknya dan selebihnya dia melihat melalui youtube atau group masakan didalam telegram.

" Astaghfirullah! Aulia!!!! " Teriak Asmara dari muka pintu bilik Aulia.

Aulia baring sambil tidur. Yang disangkanya mandi tadi, rupa-rupanya Aulia tidur semula.

" Mengantuk lah. Tak puas tidur. " Kata Aulia.

" Kau nak ke Tuan Arman mengamuk kau lambat masuk bertugas hari ni? " Tanya Asmara.

" Kau mandi cepat. Kalau tak kau jangan sentuh makanan kat atas meja tu. " Ugut Asmara.

Aulia bangun tergesa-gesa dan pergi masuk kekamar mandi yang ada didalam ruang biliknya. Begitu juga Asmara, Dia melangkah kekamarnya dan terus membersihkan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience