Bab 68

Romance Completed 207956

Selesai makan malam, Intan mengemas meja makan dengan dibantu Caden. Begitulah kebiasannya. Walaupun penat, pasti Caden akan tetap membantu Intan.

Caden tahu, Intan juga penat bekerja sama seperti dirinya. Tidak rugi jika sama-sama saling membantu.

Setelah siap semuanya, Intan dan Caden bergerak ke ruang tamu dan mengambil tempat di sofa.

Sedang ralit Caden menonton filem yang ditayangkan. Intan merapati Caden sambil lengan sasa itu dipeluk dan diusap. Pipi Caden dicium sekilas.

"Hm.. Kalau dah macam ni gayanya, ada la tu nak apa-apa ni.." kata Caden. Faham sangat dengan perangai Intan.

"Ala.. Abang ni, macam tau-tau je" muncung bibir Intan berkata.

"Buat la bibir macam tu.." tegur Caden.

"Apa?" soal Intan pula.

Ketawa Caden. Manjanya tak boleh dibeli betul.. Ni yang buat geram ni. Lalu bibir Intan dipaut. Lama berkeadaan begitu. Dari bibir pula sudah bergerak ke leher, merah-merah leher itu dikerjakan.

"Ah.. Abang.." Intan merengek.

"Apa.. Abang ambil upah abangkan" kata Caden sambil perlahan melepaskan Intan dari pelukannya.

"Upah apa pulak.." soal Intan lalu membetulkan bajunya yang sudah terselak. Pantang ada ruang, laju diambil kesempatan.

"Ye la, abang nak jawab soalan sayang kejap lagikan. Kena la bagi upah dulu" selamba Caden berkata lalu duduk dibetulkan dan selesakan diri di sofa.

Intan ditarik rapat padanya.

Ish, suka hati dia je kan.. Marah Intan dalam hati. Tapi betul pun apa yang Caden cakap, dia memang ada perkara yang hendak ditanyakan.

"Sayang nak tanya apa?" soal Caden. Dapat diagak apa yang akan disoal Intan nanti.

"Hm.. Abang jangan marah tau, sayang cuma nak tahu je.." kata Intan sambil jarinya mengelus-ngelus lengan sasa Caden yang berurat. Auw..! Seksi.. Intan tertawa.

"Eh, ketawa sorang-sorang ni dah kenapa?" soal Caden pelik. Tadi cakap, nak tanya. Ni boleh pula ketawa sorang-sorang. Betul ke tak isteri aku ni. Caden dah pandang Intan pelik.

"Mana ada ketawa, sayang batuk la" jawab Intan sambil buat-buat batuk. Huhuhu.. Malu la kantoi.

"Sayang batukkan, pandai-pandai je abang ni cakap sayang ketawa sorang-sorang" marah Intan lalu lengan Caden ditampar perlahan.

Malu la tu.. Hahahah Caden gelak dalam hati.

"Sayang nak tanya apa?" soal Caden.

"Hm.. Selain London, abang ada business kat mana lagi?" soal Intan berbasi.

"Italy. Tapi di Italy business perabot je. Abang bawa perabot dari sana masuk ke Malaysia dan salah satunya di hotel papa. Selain dari Malaysia, ada negara-negara lain juga yang import dari syarikat abang" terang Caden.

Intan di sebelah terangguk-angguk. Betul la tu, memang perniagaan perabot. Itu Intan tau..

"Selain dari perabot?" soal Intan sambil memandang wajah Caden rapat.

"Maksud sayang?" soal Caden pula. Pandangan Intan dibalas.

Caden tau apa yang Intan maksudkan, cuma..

"Sayang tau, abang faham maksud sayang" balas Intan.

"Kalau sayang nak cakap abang terlibat dengan geng atau kumpulan mafia or gangster kat Italy. No! Abang tak pernah terlibat tapi kejadian yang berlaku waktu tu membuatkan seperti abang turut terlibat"

"Abang tau, kalau abang tak ceritakan pada sayang, pasti satu hari nanti sayang akan tau juga. Jadi better, abang bagitau sayang sendiri. Cuma.. abang minta sayang percayakan abang" sambung Caden lagi.

"Apa yang berlaku sebenarnya?" soal Intan.

#flashback#

"Cosa! Lucc è stato colpito? Dove? (What! Lucc got shot? Where?)" soal Enrico terkejut pada anak buahnya.

Waktu itu Enrico sedang berbincang bersama Caden mengenai pembukaan cawangan baru kilang perabot di Italy apabila kilang yang ada sekarang tidak mampu menampung tempahan yang semakin banyak.

"Chi è il colpevole? (Who's the culprit?)" jeritnya lagi. Menggigil tangan menahan marah.

"Chi è il colpevole? (Who's the culprit?)" jerit Enrico sekali lagi. Tapi tiada seorang pun yang berani menjawab.

"Merda! Sei morto Fernando! (Shit! You dead Fernando!)" gelas ditangan dibaling ke lantai. Berderai bunyi kaca terhempas.

"Alice?" soal Enrico lagi.

"Alice con Amico, stanno cercando di sopravvivere (Alice with Amico, They're trying to survive)" balas salah seorang pengikutnya dengan wajah yang menunduk. Tidak berani bertentang mata dengan ketuanya yang nyata sedang diamuk amarah.

"Caden, come with me" ajak Enrico sambil mencapai pistol di atas meja dan disisipkan di pinggang.

"Where?" soal Caden yang waktu itu juga turut menyisip pistol di pinggang.

"Trova quel bastardo! (Find that bastard!)" jawab Enrico geram.

Caden kemudian mengangguk pada Carlos yang ada di sisinya. Carlos juga sudah bersedia dengan senjata di badan. Pasti pertumpahan darah akan berlaku sebentar lagi.

Laju Enrico membuka langkah, diekori Caden dan Carlos di belakang.

Kalut beberapa orang pengikut turut mengekori. Gerun bila boss besar naik angin.

+++

Suasana menjadi bingit dengan bunyi berbalas tembakan, bersimpang siur peluru berterbangan.

Caden pada waktu itu bersama Carlos turut sama terlibat dengan pertempuran itu. Walaupun Caden bukanlah anggota atau ahli kumpulan Enrico tetapi apabila Enrico minta bantuannya, terpaksa dia turuti walaupun dia tau risikonya tinggi. Silap haribulan, nyawa boleh melayang.

Sedang sibuk Caden dan Carlos yang berselindung di sebalik kereta sambil berbalas tembakan, Enrico menghampiri Caden bersama Alice. Dilihat baju Alice ada tompokan darah, pasti itu darah milik Lucc.

"Devi prenderla da qui e assicurarti che sia al sicuro. Mi fido di te per la mia vita. (You must take her from here and make sure she safe. I trust you with my life)" ucap Enrico pada Caden.

Caden mengangguk dan mahu bergerak.

Belum sempat Caden bergerak, Enrico memegang lengan Caden.

"Ci scusiamo per averti trascinato in questo (Sorry for dragging you into this)" ucap Enrico.

"Siamo fratello (We are brother)" ucap Caden sambil menepuk perlahan bahu Enrico.

"Rioca, coprili! (cover them!)" jerit Enrico pada pengikutnya.

Caden menyusup di celahan kenderaan yang ada sambil sesekali tembakan dilepaskan untuk perlindungan dan bergerak menuju ke bangunan di sebelah bersama Alice. Carlos yang berada di belakang sibuk berbalas tembakan.

#flashbackend#

"Abang, abang.." panggil Intan sambil lengan Caden digoyang-goyangkan.

"Ish.. Berangan" marah Intan sambil menjeling manja.

"Maaf sayang, lost kejap" jawab Caden sambil tersenyum pada Intan di sebelah.

"Maknanya waktu tu abang ada urusan perniagaan dengan kawan abang tu?" soal Intan.

"Ya sayang, kawan abang tu banyak bantu abang sewaktu abang mula-mula berjinak dengan dunia perniagaan perabot. Abang memang tak ada basic mengenai perabot semua ni tapi dia yang banyak bantu" terang Caden.

"Adik dia yang kena tembak tu macam mana pulak?" soal Intan lagi.

"Oh, yang kena tembak tu? Dia selamat lepas kejadian tu cuma bila abang dan abang dia ada tanya siapa yang selamatkan dia, tak nak beritahu pulak. Cuma senyum je" terang Caden.

Pelik Caden dan Enrico apabila Lucc kembali dalam keadaan selamat setelah dua hari hilang.

Kata Lucc, dia diselamatkan oleh bidadari. Bila ditanya siapa, tidak pula diberitahu.

Sewaktu Lucc hilang, Enrico mengamuk sakan. Habis dikerahkan orang-orangnya mencari Lucc tapi tak berjumpa.

Orang-orang Fernando pula semua berpaling tadah ke arah Enrico apabila Fernando kalah teruk semasa pertempuran tersebut.

Kuasa Enrico semakin kuat dan berkembang. Itu yang timbulnya cadangan mahu jadikan Caden adik iparnya. Tambahan pula Alice memang sejak dulu lagi menaruh hati pada Caden, cuma Caden yang tidak melayan.

Bukan membenci cuma melayan Alice tidak lebih dari layanan seorang abang pada adik.

"Jadinya sekarang ni adik perempuan dia tu hidup ke?" soal Intan.

Caden hanya mengangguk. Adik perempuannya dapat diselamatkan cuma yang jadi masalah sekarang, Alice asyik sibuk nak menempel dengannya.. Serba salah betul.

"Siapa nama kawan abang tu?" soal Intan.

"Amboi.. Berminat nampak, nak berkenalan ke?" soal Caden sambil memandang Intan di sebelah dengan pandangan pelik.

Hidung Intan dicuit.

"Abang ni.. Mana ada.. Saja la sayang nak tau, kot-kot kenal" jawab Intan.

Caden hanya ketawa.

"Adik perempuan kawan abang tu yang sayang jumpa di pejabat tu ke?" soal Intan lagi.

Caden mengeluh.

"Yup, dia lah tu. Alice" jawab Caden.

"Dah, jangan fikir bukan-bukan. Abang tak ada apa-apa dengan Alice tu. Dia abang dah anggap macam adik sendiri dah" jelas Caden pada Intan. Tidak mahu Intan salah sangka. Merana dirinya nanti.

Intan di sebelah mempamirkan wajah tidak percaya.

Hm.. Ye lah tak ada apa-apa. Masalahnya perempuan tu dok cakap abang ni tunang dia..! Marah Intan dalam hati.

Yang perempuan tu pulak, sibuk nakkan si Caden ni. Tak habis-habis nak goda. Geram pulak rasa hati.

"Sayang.. Tadi cakap abang yang berangan. Tengok, dia pun sama" tegur Caden.

Tertawa Intan. Tu la tadi cakap orang, sekarang, dia pun sama.

"Abang mengantuk lah.. Kita tidur nak" ajak Caden sambil mata dikenyit pada Intan.

Tidur la sangat ye.. Macam la tak tau apa yang ada dalam kepala dia tu..

Belum sempat Intan menjawab, tubuh itu telah dulu dicempung Caden. Terjerit Intan kerana terkejut. Tubuh Intan diletakkan di atas katil. Digomolnya tubuh itu, terjerit-jerit Intan geli digeletek.

"Abang.. Tak nak, geli! Penat la nak ketawa" pinta Intan yang sudah merah-merah wajah menahan geli digeletek.

Kesudahnya, dua-dua terlentang penat di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience