Bab 5

Action Series 9408

Anna berjalan masuk ke ruang pejabat di tingkat 1. Kakinya laju sahaja melangkah ke pejabat HR. Wajahnya kelihatan tenang namun matanya meliar mencari seseorang.
“Kau! Apa urusan kau datang sini?”
Soal seorang perempuan yang kelihatan umurnya seperti awal 30-an. Anna terkejut melihat bahasa yang kasar dari perempuan tersebut. Anna memandangnya lama dan dia sedar itu adalah orang yang dicari.
“Hoi! Jawablah! Kau tengok tengok apa?”
Kata perempuan itu lagi. Anna tersenyum tenang.
“Nama awak Juliana bukan? Nama cantik tapi sayang, bahasa yang dituturkan tidak mencerminkan nama yang indah.”
Sindir Anna perlahan. Mata Juliana terbeliak. Tangannya menghentak meja membuatkan staff yang berada di sekitar pejabat itu memandang dia.
“Pantang aku orang datang pejabat aku tapi kurang ajar! Kau ingat kau siapa?”
Anna tersenyum.
“Aku bukan siapa siapa, tetapi aku datang atas arahan Taufiq. Dia panggil kau ke pejabat. Sila hadir ke pejabat Taufiq tepat jam 3 petang.”
Wajah Juliana berubah. Seperti tersipu-sipu malu. Anna tersenyum sinis.
“Taufiq? Jaga bahasa kau sikit! Panggil dia Encik Taufiq bukan Taufiq! Kau ingat kau siapa?”
Kata Juliana lagi. Mungkin nak menunjukkan kuasanya sebagai ketua mungkin. Anna masih tersenyum sinis.
“Jangan lupa, jam 3 petang mesti dah ada di pejabat. Kalau lambat aku tak tahu apa Taufiq akan buat. Sila bayangkan ya.”
Kata Anna sinis lalu berlalu keluar.
“Encik Taufiqlah!”
Jerit Juliana seperti orang gila, namun Anna sudah keluar dari Kawasan pejabat itu.
Tindakan Juliana membuatkan pekerja yang berada di pejabat itu memandangnya pelik. Dia sedar akan pandangan pelik pekerja yang lain. Juliana membaling kertas kosong yang berada di atas mejanya,
“Kau orang tengok apa! Sambung kerja!”
Semua pekerja di situ menyambung kerja mereka. Anna kemudian Kembali duduk dan berkhayal seperti Taufiq yang kacak memanggilnya untuk mengajak dia keluar makan malam. Juliana segera mengeluarkan beg make up nya untuk melihat jika make up di wajahnya perlu di betulkan semula.

XXXXXXXXXX

“Perempuan tu sumpah, Anna cakap dia gila. Bahasa dia pun boleh tahan kurang ajar. Macam tu ke perangai Executive HR?”
Kata Anna selamba. Taufiq menggelengkan kepala mendengar cerita dari mulut Anna.
Tidak lama kemudian pintu pejabat Taufiq diketuk.
“Masuk.”
Kata Taufiq, kemudian pintu terbuka dan Juliana muncul dengan wajahnya tebal dengan make up.
“Encik Taufiq, saya Juliana dari HR.”
Anna melihat Juliana dengan senyuman sinis.
“I go first. Just make sure you did as i told you before.”
Kata Anna lalu berjalan keluar dari pejabat Taufiq.
Setelah pintu ditutup Taufiq tersenyum lembut pada Juliana.
“Silakan duduk.”
Pelawa Taufiq. Juliana menganggukkan kepalanya lalu duduk di kerusi berhadapan meja Taufiq.
“Juliana, berapa tahun awak bekerja di sini?”
Soal Taufiq lembut. Di bibirnya tidak lekang senyumannya yang manis. Juliana pula tersipu-sipu malu.
“Saya dah kerja di sini 2 tahun encik.”
Taufiq menganggukkan kepalanya perlahan apabila mendengar jawapan Juliana.
“Apa jawatan awak bekerja di sini?”
“Saya HR executive dah setahun 6 bulan encik.”
Senyuman Taufiq mula hilang. Dia merapatkan kedudukkannya dengan meja.
“Awak kerja dah 2 tahun di syarikat ini, tetapi dalam masa 4 bulan awak dah jadi Executive. Betul tak?”
Soal Taufiq semula. Juliana yang berasa pelik tetap menganggukkan kepalanya perlahan.
“Kenapa ya encik? Ada apa-apa masalahkah?”
Taufiq mengeluh perlahan. Dia menyelak fail yang berada di hadapannya. Di dalam fail tersebut ada maklumat Juliana dan resume Juliana Ketika dia memohon kerja di syarikat itu.
“Masalahnya macam ni. Juliana, umur awak baru 22 tahun, awak belajar SPM sahaja dan awak tidak ada pengalaman bekerja di tempat lain sebelum awak bekerja di sini. Yang saya pelik, macam mana awak boleh pegang jawatan tinggi dalam masa 4 bulan bekerja di syarikat ini?”
Juliana terdiam. Wajahnya berubah resah. Manik-manik peluh mula timbul di dahinya. Duduknya sudah tidak senang.
“Kenapa Juliana? Macam tak selesa je?”
Soal Taufiq sengaja.
“Boleh saya tahu, macam mana awak boleh naik jawatan dalam masa yang singkat?”
Juliana hanya diam. Dia bermain dengan jari-jemarinya yang halus. Matanya memandang fail yang terletak di atas meja. Setelah beberapa minit Juliana diam Taufiq menghela nafas kasar.
“Hafiz adalah bekas exec HR di syarikat ini, tetapi dia telah diberhentikan atas alasan salah laku sepanjang dia bekerja, sehari selepas itu, kamu di istiharkan naik pangkat oleh Encik Naufal manager kamu. Setelah itu, seramai 20 orang pekerja yang kamu ambil untuk bekerja dengan gaji yang terlampau tinggi untuk pekerja biasa. Apa tujuan kamu buat macam tu, dan atas sebab apa kamu tambah pekerja sedangkan pada ketika ini syarikat tidak memerlukan pekerja tambahan.”
Taufiq memandang Juliana dingin. Juliana masih kekal mendiamkan diri, sepertinya dia ingin menyembunyikan sesuatu.
“Apa tujuan awak buat macam tu Juliana…”

XXXXXXXXXX

3 jam Taufiq menyoal siasat Juliana tetapi gagal. Juliana masih kekal mendiamkan diri. Kerana hari sudah lewat,Taufiq menyuruh Juliana pulang ke rumah. Anna yang dari tadi menunggu akhirnya masuk ke pejabat Taufiq.
“Anna dah kata, dia tak akan mengaku. Dia lindung Naufal dan Naufal juga lindung seseorang. Kita dah jumpa dia orang berdua tetapi mereka masih diam betul tak?”
Kata Anna selamba. Taufiq mengeluh perlahan.
“Bila abang jumpa dan tanya mereka seorang demi seorang mesti ada yang mengadu dengan Fatimah. Nanti Fatimah akan hantar orang baru pula untuk buat kerja kotor dia. Baik abang ikut cakap Anna je. Kita buang yang terlibat seorang demi seorang. Amacam?”
Taufiq memejamkan matanya.
“Masalahnya kita akan buang pekerja yang berpangkat, yang dah setia dengan syarikat ni bertahun lamanya.”
Taufiq berkata perlahan. Wajahnya menunjukkan dia runsing.
“Abang jangan risau. Untuk pekerja yang berpangkat ni Anna tak akan suruh buang sesuka hati Anna. Mereka ni lah petunjuk kita kepada tujuan Fatimah. Anna yakin, rumah yang Fatimah pergi setiap hari tu, ada kaitan dengan semua pengkhianat dalam syarikat ni. Sekarang ni Anna minta abang untuk percayakan Anna, Anna akan beri update setiap hari tentang kes ni dekat abang.”
Pujuk Anna. Taufiq kelihatan risau, setelah dia melihat siasatan yang Anna lakukan. Semenjak 5 tahun lepas terdapat banyak rahsia syarikat di jual, berlaku penyelewengan wang dan seramai 10 pekerja yang di bayar oleh Fatimah untuk memberi maklumat sulit syarikat ini kepada Fatimah dan kesemuanya adalah pekerja lama yang mempunyai jawatan yang tinggi di syarikat ini.
“Anna tahu ke siapa?”
Tanya Taufiq. Anna tersenyum.
“Untuk cari 10 orang staff tu susah abang. Tapi Anna dah ada senarai staff bawahan yang berkomplot dengan mereka. Anna jumpa di rumah Naufal. Mereka yang menjalankan kerja kotor mereka dan pelindung identiti mereka.”
“Anna pecah masuk rumah Naufal?”
Anna tersengih melihat wajah pucat Taufiq.
“Itu rahsia Anna, abang Cuma kena percayakan Anna sahaja.”
Tutur Anna lembut sebelum dia berjalan keluar dari pejabat Taufiq. Sebelum dia menutup pintu pejabat, kedengaran suara Taufiq meminta Anna berhati-hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience