Bab 39

Romance Completed 15358

"Who? Are you talking about me?" Soal Haruka memandang Sakinah.
"Yes, of course I'm his fiancee." Kata Haruka.
"Haruka." Ujarku dengan nada yang agak tegas.
Aku memandang ke arah Sakinah. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Dia mengetap bibirnya.
"What? It's true. I'm your fiancee and our wedding will be held next month, right?" Kata Haruka lagi.
"Ryoga, you don't tell her about that yet?" Soal Haruka lagi. Air mata Sakinah semakin deras menuruni pipinya.
"Haruka! Stop it! I said stop." Ujarku dengan kemarahan.
"Why everyone likes to backup her? What that she did to you? Or she more important than me?" Soal Haruka bertalu-talu.
"Excuse me, I want to go to washroom. I'll be back." Kata Sakinah sambil mengesat air matanya.
"Sakina-chan." Panggilku. Dia terberhenti seketika.
"Balik cepat. Saya tunggu awak." Pesanku. Dia terus keluar. Pintu ditutup dengan rapi.
(Sakinah POV)
Destinasi seterusnya, UENO PARK. Sejak kebelakangan ni, suka betul aku lepak di sini. Kalau boleh, malam-malam, tidur di sini pun aku tak kisah.
"Hishh!! Sakit hati aku!" Ujarku duduk di kerusi biasa itu. Hari ni hari agak panas.
"Kalau aku tahu dari awal yang memang mereka betul-betul sebetul-betulnya akan kahwin, aku tinggalkan sahaja dia di tepi jalan tadi." Ujarku sendiri lagi.
"Haa, apa nak jadi dengan aku ni? Semuanya tak betul. Ada sahaja mahu mengganggu. Boleh tak biar aku aman seketika? Gedik betullah si Haruka itu!" Marahku sendiri. Aku tak tahu nak marah siapa.
Aku membuka kasutku, mengangkat kaki naik ke kerusi lalu memeluk lututku.
"Excuse me, miss. Are you okay?" Soal seseorang. Aku mengangkat mukaku memandangnya. Suara seperti lelaki. Dua orang pula itu. Dua-dua memakai mask hitam. Memang Jepun ini terkenal dengan mask hitam, ya?
"I'm fine." Jawabku ringkas lalu duduk bersila di atas kerusi itu.
"Ehh?!! Sekejap! Kejap, kejap, kejap." Kata salah seorang daripada lelaki itu agak panik. Orang Malaysia lagi? Hm, aku di Malaysia ke Jepun ni?
Mereka membuka mask. Aku hanya memandang ke arah pemandangan musim bunga di hadapan mataku, tidak memandang mereka. Tak menarik perhatian aku pun mereka berdua itu. Haha!
"Weh! Sakinah! Weh, lama tak jumpa, weh! Member ni." Katanya. Aku pelik dengan kata-kata dia. Aku memandang mereka.
"Fir-Firdaus?! Sya-FIQ?! Weh, ma-macam mana korang boleh ada kat sini? Jauh gila merantau!" Soalku amatlah terkejut.
Syafiq dan Firdaus. Kawan sekolah menengah. Dua orang budak yang selalu sangat mengacau aku waktu di sekolah. Alah, budak lelaki, nakal itu biasa. Kawan-kawan aku juga ni. Rapat jugalah. Dompet aku hilang mereka juga yang carikan. Tapi, kalau kasut aku yang hilang, memang kerja mereka, aku takkan syak orang lain. Entah apalah yang mereka suka sangat pada kasut aku entah.
Aku mengesat air mataku dan terus gembira setelah mendapat tahu itu mereka.
"Oh, kau, lepas SPM terus lenyap kau, kan? Tengok-tengok, kat Instagram, gambar kau di Jepun. Lama gila tak nampak kau. Waktu ambil result pun kau tak ada." Firdaus membebel.
"Entah, kau bukan sepatutnya dah kena balik Malaysia ke? Berapa lama lagi kau nak duduk sini?" Soal Syafiq pula.
"Haa, aku memang dah nak kena balik Malaysia dah. Tapi, tulah, ada hal sikit nak settle." Balasku.
"Yang korang pula, dah kenapa ke sini?" Soalku pula.
"Hm, saje. Sebenarnya kitorang ingat nak bercuti ke sini beramai-ramai, tapi, itulah. Plan tak jadi. Yang jadinya kitorang dua je." Kata Firdaus.
"Sebenarnya, kalau kau nak tahu, Firdaus yang beria-ia nak datang Jepun ni. Aku follow, on jelah." Kata Syafiq pula.
"Aku sebenarnya macam dapat agaklah kau menyepi sebab kau masih kat sini. Tapi, tulah, tak sangka firasat aku betul. Jumpa pula kau di sini." Ujar Firdaus.
"Mengacah je kau! Yalah tu! Ah, tak percaya aku!" Balasku. Dengan mereka berdua ni memang aku kasar sikit.
"Ha! Yang kau pula dah kenapa? Kitorang jumpa kau, mata dah sembap, menangis sorang-sorang kat sini dah kenapa?" Soal Syafiq pula.
"Ha? Mana ada aku menangis. Pelik-pelik sahajalah korang ni." Balasku mengusap mukaku.
"Kau, dari sekolah, sampai sekarang, nak menipu tak pandai. Kalau dah tahu tak reti nak menipu tu, tak payah menipu. Jujur je lah." Kata Firdaus.
"Tak ada apalah." Balasku tersenyum.
"Kau tengok dia ni, Syafiq." Ujar Firdaus. Aku ketawa.
"Alah, Sakinah. Kau bagilah tahu kitorang. Mamat mana yang buat kau ni? Meh, sini kitorang ajar dia." Pujuk Syafiq. Aku terkejut.
"Macam mana korang boleh tahu?" Soalku.
"Ha, kau nampak, Daus? Kan dah mengaku. Senang je dia ni. Kau main teka-teka je." Kata Syafiq. Aku ketawa lagi.
"Okey. Main teka-teka je kan? Aku try. Memandangkan kita di Jepun, hm, Ryoga, eh? Haha, tapi, tak mungkin." Mereka ketawa. Aku menelan air liur. Haih, menyesal aku beritahu dia pasal Ryoga dulu. Aku mengangguk perlahan.
"Oh, dia. Eh?! Seriuslah kau jumpa dia? Kau jumpa selebriti Jepun yang kau minat tu?" Soal Firdaus terkejut.
Aku mengangguk lagi. Aku menceritakan segalanya pada mereka berdua.
"Oh, jadi, betullah dia yang buat kau menangis sampai macam ni?" Soal Syafiq.
"Ta..hm..mungkin." Aku mengeluh. Aku tak tahu nak jawab apa dengan mereka ni.
"Ya kan? Mana dia? Kau bagitahu kitorang sekarang mana dia?" Soal Syafiq mengenggam penumbuk.
"Tapi kan dia tak ingat aku." Jawabku.
"Tapi, still tak boleh juga. Kau tengoklah mata kau sembap, merah. Nangis teruk macam ni. Mesti kes berat ni. Tak boleh jadi ni, dia buat member aku macam ni, nak kena dia ni." Kata Firdaus.
"Kau bagitahu kitorang sekarang, dia kat mana, lepas tu, kau duduk je sini. Tak payah ikut. Dia biar kitorang yang settle. Mana dia?" Soal Syafiq. Mereka ni silih berganti membebel pada aku.
"Okey, aku bagitahu, tapi, aku nak ikut. Dia dekat hospital yang tak jauh dari sini. Tapi, dengar dulu korang jangan-" Aku belum habis cakap mereka dah hilang apabila aku kembali mengangkat wajah.
"Weh, Syafiq! Fir! Korang jangan tinggal aku, weh!" Panggilku. Aku segera menurunkan kaki dan memakai kasut. Jap, mana kasut aku?
"Syafiqq! Fir! Pulangkanlah balik kasut aku! Aku nak jalan macam mana?" Jeritku. Ahh, terpaksalah berkaki ayam. Aku mengejar mereka.
Aku menyamakan langkah dengan mereka. Aku melihat sebelah kasutku pada Firdaus dan sebelah lagi pada Syafiq.
"Tak lawak lah! Bagi balik! Aku berkaki ayam ni! Kotorlah stokin aku. Stokin kesayangan aku ni." Marahku.
"Eh, Syafiq, kesian budak ni. Bagilah balik." Mereka ketawa. Syafiq memberikan sebelah kasutku kepada Firdaus.
Firdaus memulangkan aku kasut sneakersku semula.
"Pakai lah cepat. Kitorang tunggu ni. Kalau tak kitorang tinggal." Kata Firdaus. Aku segera memakai kasut.
"Sabarlah. Siapa suruh korang bawa lari kasut aku? Kasut aku ni sneakers. Nak kena ikat." Bebelku.
"Daus, jomlah. Lambatlah budak ni." Ajak Syafiq. Mereka berdua terus berjalan.
"Eh, aku tak habis cakap lagi pasal tadi. Korang jangan apa-apakan dia." Ujarku. Mereka terus meninggalkan aku. Aish, aku takut betullah mereka ni buat macam-macam pada Ryoga. Aku masih mengikat tali kasut.
Aku mengejar mereka. Malangnya, mereka lebih laju daripada aku. Aku kehilangan mereka. Aku masuk ke dalam hospital tersebut sambil mencari-cari mereka. Aku melihat mereka ada di kaunter. Mereka ni, terburu-buru lah. Mereka menuju ke lif.
"Sudah, diorang dah tahu ke bilik Ryoga nombor berapa? Aku kena laju lagi ni." Aku terus meluru mengejar mereka. Aku naik tangga sahajalah.
Aku tiba di bilik Ryoga. Aku menarik nafas panjang. Aku memusing tombol pintu bilik tersebut.
"Sakina-chan. Where did you go just now?" Soal Ryoga. Dia cuba untuk duduk. Eh, mana mereka berdua? Aku mencari-cari mereka di dalam bilik itu.
"Apa yang awak cari?" Soal Ryoga.
"Ta-tak. Saya cari...Haruka. Haruka mana?" Soalku.
"Oh, Haruka dah balik. Dia kata banyak kerja. Awak tak nak teman saya kat sini?" Soalnya. Tak sempat aku menjawab ada yang meluru masuk ke bilik itu.
"Sakinah, cepatnya kau sampai." Mereka berdua terkejut.
"Eh, kau biarkan je budak tu. Sekarang ni ada benda lain kita nak kena settle." Kata Syafiq.
"Ha, you Ryoga, kan?" Soal Firdaus.
"Kau ni, dah cakap Inggeris, kau cakap Melayu pula. Macam mana lah dia ni nak faham." Mereka berdua ketawa. Aku menahan ketawa memerhatikan mereka.
"Ya, saya. Dan saya faham apa yang awak berdua cakap." Jawab Ryoga. Aku nak melihat reaksi mereka bila mereka tahu Ryoga fasih berbahasa Melayu.
"Ka-kau re-reti cakap Me-Melayu?" Soal Syafiq terkejut. Gagap terus kau.
"Eh, tak apa. Lagi senang." Kata Firdaus.
"Haah, lagi senang. Sekarang ni, tujuan kitorang datang sini nak tanya satu benda je kat kau." Sokong Syafiq.
"Eh, kau boleh jangan kalut tak? Sabar. Kita perkenalkan diri dulu." Ujar Firdaus pula. Aku hanya memerhatikan mereka dari tepi.
"Okey, aku Syafiq." Syafiq mendekati Ryoga lalu menghulurkan tangan mahu bersalaman dengannya.
"Eh, tunduk. Kau fikir ni Malaysia?" Bisikku. Dia menyengih. Dia menunduk pada Ryoga. Ryoga membalas dengan menunduk hormat. Aku duduk di kerusi di sisi katil Ryoga.
"Aku Firdaus." Kata Firdaus pula lalu menunduk hormat.
"Ryoga. Dudukla dulu." Balas Ryoga sambil membetulkan posisi duduknya. Mereka menarik kerusi dan duduk di sisi katil Ryoga juga. Di sebelah aku.
"Kitorang ni kawan sekolah Sakinah. Kitorang baru je sampai sini semalam. Kitorang dapat tahu yang kau ada buat something dekat member kitorang ni." Kata Syafiq. Aku ingatkan mereka nak lupakan sahaja niat awal mereka ke sini tadi.
"Something? What something?" Soal Ryoga.
"Korang, tak payahlah. Aku okeylah. Kan aku dah cakap tadi aku okey. Lagipun, jauh lagi perjalanan aku. Korang tahu kan aku datang sini untuk berjalan-jalan je lepas SPM?" Ujarku memandang mereka.
"Oh, pasal Haruka tadi ke?" Soal Ryoga.
"Ha? Entah." Jawabku selamba.
"Ya, pasal tunang kau tadi." Jawab Syafiq.
"HAHAHA!" Dia ketawa besar. Kami pelik.
"Kenapa gelak?" Soalku.
"Sebab Haruka cakap tadi awak terus lari ke Ueno Park? Marah? Jealous? Siap bawa kawan lagi nak serang saya. Haha." Dia ketawa.
"Tak, bukan jealous. Diorang ni pun saya terserempak waktu saya kat Ueno Park tadi. Eh, kejap. Macam mana awak boleh tahu saya pergi Ueno Park?" Soalku pelik. Macam mana dia boleh tahu. Dia mengangkat bahu.
"Ha, pergi Ueno Park. Pecah rahsia. Jealous la tu." Ujarnya.
"Weh, muka aku nampak macam jealous ke? Tak, kan? Tak kisah langsung. Saya ke Ueno Park sebab saya suka lepak di sana. Tempat lepak saya dengan seseorang." Jawabku.
"Pasal Haruka tu saya minta maaflah kalau menyakitkan hati awak." Ujarnya.
'Memang menyakitkan hati pun.' Kataku di dalam hati.
"Actually, Haruka is not my real fiancee. Not confirm about that yet. I don't know how she can told you like that." Kata Ryoga lagi. Ya ke? Alhamdulillah, lega aku. Haha!
"Dia rasa terancam kut tengok Sakinah ni rapat je dengan kau." Kata Firdaus.
"Maybe." Balas Ryoga.
"Weh, Daus, uish, kau tengok dia sukalah tu. Cehh~" Sakat Syafiq. Mereka ketawa lagi.
Aku memandang mereka, "Aku, lama dah tak pijak orang semenjak keluar sekolah tahu?" Mereka menyengih.
"Em, dah settle?" Tanya Syafiq.
"Kalau dah settle, kitorang nak gerak. Lagi beberapa jam nak berbuka. Lepas ni, kitorang nak pergi tengok tempat kejap." Kata Firdaus pula.
"Okey, korang nak buka apa malam ni?" Soalku. Nak juga tahu.
"Maggi je." Jawab mereka kesedihan.
"Haha! Kesian. Aku belanja korang nak?" Aku menawar kepada mereka.
"Seriuslah kau nak belanja? Ya ke kau ni?" Soal Syafiq.
"Yalah, sebab korang dah pujuk aku tadi, aku belanja korang. Walaupun, korang dah buat aku macam-macam tadi, tapi, nak buat macam mana? Nakal korang memang tak dapat dipisahkan." Jawabku.
"Yeahh!! Ni aku suka ni, Syafiq. Makanan free weh! Rezeki orang puasa. Hahah!" Mereka berdua gembira.
"Ha, nanti jumpa aku dekat satu kedai makan ni. Kejap lagi aku share location. Korang pergilah tempat korang nak pergi tu dulu. Tapi, jangan pergi jauh-jauh." Ujarku.
"Yalah, makcik. Kitorang pergi dulu. Bye." Kata mereka hendak keluar dari bilik itu.
"Hm, elok-elok. Bye." Pesanku. Mereka keluar dari bilik itu. Aku hanya menggeleng-geleng dengan kerenah kedua-dua kawanku itu.
"Awak..takut ke kalau saya kahwin dengan Haruka?" Soal Ryoga tiba-tiba.
"Ha? Kenapa awak tanya macam tu?" Soalku pula.
"Nothing. Tapi, awak buat macam kalau saya kahwin dengan Haruka, saya buat kesalahan besar pada awak. Hm, never mind about that. By the way, siapa mereka berdua tu sebenarnya?" Soal Ryoga. Haha! Yalah, datang meluru masuk bilik orang, entah siapa-siapa entah.
"Yang dua orang tadi tu?" Soalku. Ryoga mengangguk.
"Oh, tu kawan. Kawan sekolah menengah. Diorang dua tu memang macam tu sikit. Kenapa?" Soalku pula. Kami asyik main soal-menyoal sahaja.
"Oh, kawan je? Tak ada apa-apa ke dengan mereka tu?" Soal Ryoga. Aku menggeleng perlahan. Dah kenapa dia ni?
"Hm, selama ni, saya berkasar dengan awak. Awak masih baik dengan saya walaupun saya asyik marah awak. Awak jaga saya pula tu waktu saya pengsan." Kata Ryoga ikhlas.
"Kalau dah kau asyik sebut nama aku je, mana taknya aku jadi bidan terjun jaga kau di sini." Bisikku sendiri.
"Ha? Apa awak cakap?" Soalnya. Adui, dengarlah pula. Telinga lintah betul.
"Nothing." Jawabku ringkas.
"Awak..nak teman saya kat sini ke?" Soalnya.
"Hm, boleh je. Tapi dalam pukul 8 nanti saya nak pergi tu, belanja budak dua orang tu makan. Awak bila boleh keluar?" Tanyaku.
"Hm, doktor kata, esok boleh keluar dah. Saya bukan sakit teruk pun, cuma pengsan sikit je tadi." Jawabnya.
"Macam mana awak boleh pengsan tadi sebenarnya eh?" Soalku. Aku nak tahu kenapa dia pengsan di situ.
"Saya tak tahu lah. Tapi, saya macam rasa tempat saya pengsan tadi tu, ada sesuatu berlaku. Then, saya terus sakit kepala dan pengsan." Terangnya. Tengoklah dia pergi pun kemana.
"Oh, hm, tak apalah. Awak rehatlah dulu." Kataku lalu aku bersandar. Dia hanya memerhatikan aku.
"Kenapa pandang saya macam tu?" Soalku.
"You remind me of someone." Katanya.
"Hm? Who?" Soalku lagi ingin tahu.
"Baby." Jawabnya sepatah. Aku menenangkan diri aku. Aku mahu ketawa. Dalam hati ini sudah menangis mahu ketawa.
"Baby? Siapa Baby?" Soalku sengaja. Aku kata aku ni Baby nanti terkejut pula dia.
"She's my little naughty friend who is so cute on my eyes. Last we met was on 16 years ago. It's been a long time I don't meet her. I miss her everyday. Everyday, I think about her. Your attitude same like her. Menjawab, nakal, degil, kuat bebel, kuat nangis. Haha! I promised to her that I will be back for take her here, but, I don't know how I can contact her now. I wonder what she looks like now. But, I know she is still cute." Katanya.
"Hm, do you miss her?" Soalku.
"Of course, I miss her. We are close." Balasnya.
"Maybe she miss you too." Ujarku.
"I hope so." Balasnya berharap.
"Do you know where she is now?" Soalku.
"Tak. Kenapa? Awak kenal dia ke?" Soalnya.
"Tak adalah, tapi, cuba tanya obaa-san. Mungkin obaa-san tahu." Balasku memberi cadangan.
"Haa, it's a good idea. Awak ni bijak juga. I will ask oka-san later." Balasnya sambil mengangguk-angguk.
*******
Aku terjaga. Bila masa pula aku tertidur? Rasanya, tengah bersembang tadi.
"Ryoga-san?" Panggilku. Aku melihat dia tiada di katil.
Tombol pintu dipulas perlahan.
"Ah, Sakina-chan, you have awake." Katanya.
"I'm sorry, I'm a bit sleepy." Ujarku.
"It's okay." Jawabnya tersenyum. Dia duduk di sofa.
"Hm, what time is it?" Soalku memandang dia.
"Hm, it's 7.50 p.m. now." Katanya melihat ke arah jam tangannya.
Aku terkejut. Aku melihat ke arah jam tanganku juga.
"7.50 dah?! Alamak! Dah lambat." Ujarku. Hilang terus ngantuk yang menguasai diri tadi.
Dia berdiri lalu datang ke arahku.
"Kejap, bagi saya tangan awak." Katanya tiba-tiba.
"Tangan saya? Awak nak buat apa?" Soalku.
"Bagi sahajalah." Katanya lagi.
"Hm, nah, nak tengok apa?" Soalku.
"Tak, jam awak dan jam saya..eh, jam kita berdua sama lah." Ujarnya mengukir senyuman hingga ke pipi.
"Haa..ha, haah, sama. Baru saya perasan." Balasku.
"Mana awak beli jam ni?" Soalnya. Habislah aku, nak jawab apa ni?
"Saya beli kat Ueno." Jawabku jujur.
"Oh, ya ke? Saya pun rasa saya beli di... Ue.. no.. with someone spe.. cial. But, why I can't remember that someone? Argh!" Katanya kemudian mengerang kesakitan. Dia memegang kepalanya.
"Ryoga-san! Are you okay? Don't think it too hard." Kataku.
"I'm fine." Katanya.
"Take a rest." Ujarku merisaukan dia. Aku berdiri lalu menuju ke pintu.
"Sekejap, awak nak ke mana?" Soalnya.
"Nak beli air berbuka puasa lepas tu, nak ke masjid. Lepas ke masjid baru saya pergi jumpa Firdaus dan Syafiq. Kenapa?" Kata-kataku berakhir dengan sebuah pertanyaan.
"Hm, okey." Jawabnya sedikit mengeluh.
Aku duduk semula, "Haih, kenapa mengeluh?" Soalku.
"Saya.. sorang-sorang kat sini." Katanya. Aish, datang dah perangai mengada dia.
"I'll be back soon before I'll go home tonight." Balasku.
"Okay." Balasnya pula.
Aku menuju ke tempat-tempat yang aku sebutkan tadi. Aku membeli sebotol air mineral untuk mengalas perut lalu menuju ke masjid. Selesai aku ke masjid, aku menuju ke restoran yang telah aku tetapkan.
"Weh, korang. Sorry. Aku terlambat." Ujarku meminta maaf. Sambil itu, kami memesan makanan.
"Hm, dah baik dengan dia terus lupa kitorang. Macam ni lah kau." Kata Firdaus.
"Arigatou gozaimasu." Ujarku pada pelayan yang mengambil pesanan kami itu. Pelayan itu menunduk hormat sambil tersenyum lalu pergi.
"Bukan lupa. Aku terlelap tadi. Lepas tu, pergi masjid. Solat dulu." Balasku.
"Kau memang jalan sorang-sorang ke?" Soal Syafiq.
"Haah, Alyn dan Dini di rumah mak Ryoga. Temankan mak Ryoga. Aku pula, doktor tadi kata, si Ryoga tu asyik sebut nama aku sahaja waktu dia pengsan. Itu yang aku kena teman dia. Tapi, tulah, dia masih tak ingat aku." Ceritaku.
"Ohh, hm, tadi kau ada cerita dengan kitorang tentang Adib. Siapa Adib?" Soal Firdaus. Syafiq juga mengangguk ingin tahu.
"Tengku Syed Adib. Aku terjumpa dia sebab kami terlanggar. Lepas tu, korang tahu tak dia lamar aku hari tu? Gila betul dia tu! Lamar macam tu. Dia tak pernah pun cakap, dia suka aku ke, dia nak jadikan aku ni isteri dia ke. Tahu-tahu sahaja dia melutut depan aku." Ceritaku lagi.
"Assalamualaikum." Ucap seseorang. Aku kenal suara itu.
"Baru sebut, dah sampai." Bisikku pada Syafiq dan Firdaus. Mereka hanya memandang aku.
Makanan baru sahaja tiba. Syafiq dan Firdaus mengambil makanan masing-masing.
"Eh, tu aku punyalah!" Marahku pada Firdaus yang memegang pinggan yakisoba aku. Tak, bukan pinggan. Dia dah pegang chopstick pun.
"Eh, aku lah. Kau order apa tadi?" Soal Firdaus pula.
"Yakisoba. Kau order ramen kan? Ni ramen. Ramen dengan mi pun dah tak boleh beza dah?" Soalku. Aku dah kelaparan macam singa betina ni, dia buat main pula makanan aku.
"Oh, ya ke? Hehe. Manalah aku tahu." Jawabnya.
"Ehem, assalamualaikum." Ucap Adib lagi mahu mengambil perhatian. Dia di belakang aku. Aku buat tak dengar sahaja salam dia yang pertama tadi.
"Oh, ha, Adib. Waalaikumussalam." Jawabku menunduk. Yalah, aku masih kasihankan dia sebab aku tolak dia mentah-mentah hari itu.
"Eh, waalaikumussalam! Eh, ingat aku tak?" Soal Syafiq gembira. Aku berkerut. Si Adib ni kenal kau ke?
"Haa..tak. Kau siapa, ya?" Soal Adib. Aku ketawa dalam diam. Si Syafiq ni dah kenapa tiba-tiba?
"Aku adalah orang yang bakal menghalau kau sekejap lagi. Haha! Orang nak buka puasa pun tak senang!" Balas Syafiq. Aku dan Firdaus ketawa. Aku masih tidak memandang Adib.
"Oh, kau siapa, ya? Sakinah, mereka ni kacau awak ke?" Soal Adib mendekati aku.
"Eh, kau apa hal dekat-dekat. Jauh, jauh." Kata Firdaus membuat isyarat tangan menyuruh Adib menjauhi aku.
"Kau siapa?" Soal Adib.
"Haha, dia tanya kita siapa, weh. Kau bagitahu sikit kita ni siapa, Daus." Kata Syafiq pula tidak puas hati. Aku hanya mampu menepuk dahi melihat gelagat mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience