3 Tuan Adam

Romance Completed 791013

"IZARA, tunggulah kejap! Laju sangatlah awak jalan." terengah-engah Ridza memasang langkahan kakinya untuk menyaingi pergerakan kaki panjang Izara yang sudah sedikit jauh berada di hadapan. Sedari tempat meletak kereta tadi dia sudah melaung-laung nama Izara, namun wanita itu pula langsung tidak mendengar atau dia sememangnya berpura-pura tidak mendengar?

Izara terus mengeluh, sebelum memperlahankan gerakan kakinya. Jika tidak mengenangkan jasa baik Ridza yang selalu membantunya memujuk Aryan setiap pagi, tidak ingin dia melayan. Bukan sombong, melainkan rimas sahaja.

"Saya dah lambatlah, tuan
Nanti Chef Iskandar tu bising pula." ujar Izara dengan nada yang bimbang. Susuk lelaki yang sudah menyamai langkahannya dikerling sekilas.

"Laa, cakap jelah yang awak ada hal dengan saya, dia tak kan berani bising." balas Ridza lemah-lembut, dicukupkan lagi dengan senyuman manisnya.

"Jangan nak buat hal. Dahla, saya nak masuk! Lambat dah ni." Izara kembali membuka langkahannya. Beg tangan yang tersarung pada lengan dipeluk erat. Selain mengejar masa, dia juga ingin menghindarkan diri daripada lelaki yang sudah dia tuman benar dengan sikap mulut manisnya; lemak bergula-gula. Pakar mengayat, serah sahaja kepada lelaki itu.

"Iz, temankan abang lunch nanti please." Ridza masih juga tidak berputus asa. Nada suara yang digunakan, sudah tentu alunan yang sungguh menggoda.

"Abang? Huhh! Hari ni kami kena siapkan menu istimewa untuk C E O baru tu kan? Kejar masa tau tak?!"
Izara mengerutkan wajah sambil merenung tajam ke arah wajah lelaki yang sungguh tidak tahu erti malu itu.

"Sekejap je, Izara. Takkanlah awak tak ada masa langsung untuk makan? Lagipun, abang juga yang tolong awak pujuk anak kita tadikan?" ujar Ridza dengan cara yang sangat selamba. Keterampilan dan sifat kelelakiannya tetap dijaga dengan baik setiap kali berhadapan dengan wanita idamannya itu.

"Anak kita? Tuan jangan nak memandai. Maksudnya tuan tak ikhlaslah tolong saya selama ni?" Izara mendengus bersama jelingan sebal sedang lelaki itu pula tetap sahaja meriak selamba; tersenyum manis tanpa henti.

"Macam mana kuat awak sangkal sekalipun, dia tetap anak saya, Izara sayang. dan...saya ikhlas. Bukan ikhlas tolong je tau, terima awak pun saya ikhlas." Ridza tersengih.

"Haiiss, dahla tuan! Banyak pula semut naik atas badan saya ni nanti. Minta diri."

"Iz, jumpa petang nanti sayang. Bye sayang." bisik Ridza penuh kegermersikan sambil menyempatkan sentuhannya pada tangan halus Izara.

Eeee...Izara ketap bibir geram sambil menjeling wajah tidak bersalah lelaki di hadapan. Mentang-mentang dia janda!Sikap-sikap penggoda yang seperti inilah yang selalu membuatkan ramai salah menanggapi golongan janda. Mujur Ridza itu bukan suami orang, jika tidak, boleh mati Izara katak dibuatnya.

*******

Fiza menggigit jari telunjuknya manja sambil tak habis mencorak gerakan bibir yang bahagia. Renungan tajam Izara yang sedari tadi menembaknya langsung tidak diendahkan. Serupa terkena sampuk hantu raya pun ada. Makanan dipinggan dikuis-kuis sengeleng sedari tadi; dimakannya tidak pula.

"Fi,kau okay tak?" Izara yang sudah tidak dapat menahan geram langsung menyoal.

Masih diam. Yang ada hanya senyuman orang gila kesampukan tahap dua keturunan hantu jembalang. Bertambah panas pula hati seorang janda ni!

"Woi...aku tanya kau ni. Pekak ke?!" tempik Izara bengang. Pinggan yang masih penuh dengan makanan ditolak ke tepi.

"Haa? Apa tadi? Kenapa?" soal Fiza bersambung-sambung dengan riak yang polos. Nampak sangat tertinggal jauh di planet Marikh. Bibir wanita itu menayang senyum ditambah lagi dengan gerakan matanya yang terkebil-kebil serupa dengan muka kambing sahaja. Izara terus tertawa.

"Aku tanya kau okey ke tak? Yang kau sengih-sengih ni dah kenapa?" Izara menyoal semula, tetapi kali ini sedikit lembut lalu bertambah sengihlah senyuman wanita angau di hadapannya ketika itu.


"Iz, rupa-rupanya betullah imagimasi aku selama ni, Iz. Sumpah C E O baru kita tu hensem sangat. Aku rasa kalau kau tengok dia pun, confirm kau lupa terus pada arwah suami kau. Hensem sangat-sangat, segak, tinggi, putih tapi taklah seputih kulit salju kau ni. Tapi yang pasti, dia memang kacak giler. Suara dia...mak aiiii, ya ampun ampun! Betul-betul menggoda aku. Macho sungguh!"

"Datang dah penyakit gatal kau ni, Fiz sampai tergamak nak sebut pasal arwah laki orang pulak dah. Kurang ajar je bunyinya!" Izara buat muka menyampah dengan minah kaki berangan yang sedang bergedik di hadapannya.
Fiza lalu meledakkan tawa tanpa rasa bersalah langsung kerana dia enggan peduli akan semua itu. Yang pasti, dia sudah terjatuh cinta pada pandangan pertama. Rasanya, terlalu membahagiakan!

"Tapi kan...aku macam pernah tengok dia kau tahu tak Iz? atau...muka dia tu iras siapa erk?" lama Fiza berfikir, sebelum menggaru kepala. Otaknya tersekat ketika memikirkan sesuatu. "Ah, tak kisahah! Tak penting pun! Yang penting, abang C E O tu hensem giler!"

"Alahh kau, bila nampak laki hensem sikit, mulalah nak claim kenal, pernah tengok bagai! Cuba kalau yang tak ada rupa, kau jeling sikit pun kau tak akan nak, kan?" Izara jeling menyampah sedang Fiza pula hanya tersengih suci sambil menjongket bahu.

"Ala...aku cakap je. Yang kau ni, monyok semacam dari tadi, dah kenapa? Nak kahwin lagi?" teracu dengan pertanyaan Fiza, riak Izara berubah laju. Keluhan panjang dilepaskan bersama sepasang mata yang terpicing rapat.

"Aku risau la Fiz dengan sikap Aryan tu! Stress sangat aku dibuatnya, kau tahu tak? Lately, budak tu suka sangat memberontak tak tentu pasal. Umur baru je 3 tahun tapi dah suka melawan aku! Tegur sikit, nangis, melalak tak nak berhenti!" Izara berterus terang. Bukan berniat mahu memburukkan anak sendiri, tetapi kepalanya sudah hampir pecah setiap kali memikirkan sikap manja anak tunggalnya itu.

"Ala...kau ni pun. Budak lagi kan? Biasalah tu. Cuma kau tak bolehlah selalu marah-marahkan dia sangat. Mungkin ada sebab budak tu buat perangai. Kau ada cuba tanya kat cikgu-cikgu dia tak macam mana sikap dia kat taska tu? Manalah ta..." kata-kata Fiza terhenti seketika kerana dia baru sahaja teringatkan sesuatu. "Eh jap, jap! Aryan? Haa, Aryan! Iz, aru aku ingat...muka abang C E O baru tu boleh pula curi muka anak kau sikit-sikit! Eh, bukan sikit Iz, tapi banyak sikit. Hahahaha!" Fiza mengekeh sakan. Tingkahnya benar-benar membuatkan Izara bertambah geram.

"Dah! Eee, kau tak payah mengarut! Aku tengah pening ni, kau pula merepek tak tentu pasal. Kalau kau nak tahu, muka Aryan tu sebiji muka arwah bapa dia! Agaknya perangai degil dia tu pun mengikut baka arwah! Tak adanya nak ada kena mengena dengan C E O kesayangan kau tu! Arwah laki aku lagi hensem!" sangkal Izara bersungguh-sungguh. Baginya; yang sudah pergi, biarlah pergi dengan tenang. Kita yang masih tersisa perlu meneruskan kehidupan dengan amalan yang lebih baik.

*****

"Selamat datang Tuan Adam." Chef Iskandar menyambut kedatangan
C E O baharu ke restoran hotel mewah itu dengan gaya yang sangat profesional. Sebagai seorang Chef Eksekutif, memang sudah menjadi kepakaran Chef Iskandar untuk bertingkah seperti itu.

Para pegawai tinggi itu sempat berbual mesra seketika sebelum beredar ke suatu sudut yang mempamerkan berpuluh-puluh jenis pencuci mulut dengan pelbagai jenis, warna dan bentuk. Cantik-cantik dan semuanya kelihatan enak-enak.

"Dam, yang ni semua hasil tangan chef-chef kat sini. Diketuai oleh Executive Chef kita; Chef Iskandar." ujar Tuan Hafeez dengan air muka yang bangga.

Terpampang jelas riak ketakjuban Adam terhadap menu-menu yang terpamer indah di hadapan matanya. Comel-comel dan kelihatan begitu menyelerakan. Diam-diam, lelaki itu laju menelan air liur sendiri kerana dia sememangnya seorang yang cintakan makanan.

"Eh, tak tuan. Kali ni, Chef Iz yang jadi ketua. Saya tak terlibat." tegas Chef Iskandar dengan nada yang sopan dan jujur.

"Oh, Iz." Tuan Hafeez mengangguk faham. Tuan Adam pula enggan peduli siapa pun yang menjadi ketua kerana baginya semua itu tidak penting. Yang paling penting sekali adalah, hasil dan rasanya.

"Wow, Lemon Cream Puff?" Tuan Adam tersenyum bahagia. Chef-cgef di situ bijak sekali; seolah-olah tahu sahaja kemahuan anak tekaknya. "Actually ni favourite i, you guys macam... tahu-tahu je!" Tuan Adam yang merasa sangat teruja terus mengambil sebiji Lemon Cream Puff tanpa menunggu dirinya dipelawa. Malu apa? Sedari tadi dia terseksa membela air liur lantaran terlalu tergoda dengan hasil pandangannya.

"Silakan, Dam." terlambat sudah untuk Tuan Hafeez mempelawa dan respon lelaki angkuh yang sedang mengunyah di hadapan mereka ketika itu ditunggu dengan perasaan yang berdebar-debar kerana selain angkuh, Tuan Adam juga seorang yang amat cerewet dengan jamuan lidahnya. "I jamin, Dam; hasil tangan Chef Iz memang terbaik. Sekali you cuba, you akan nak dan nak lagi!" Tuan Hafeez menambah dengan perasaan yang semakin yakin.

"Sedap, sangat sedap! I suka. Setanding dengan rasa puff versi Japanese; fluffy and creamy sangat." terpejam rapat mata Tuan Adam saat menikmati dessert yang sudah hampir habis tersua ke dalam mulutnya.

Tuan Hafeez tersenyum meleret tak sudah. Respon yang sememangnya sudah dia jangkakan dan dia tidak terkejut mendengar. "Kalau you nak tahu, Chef Iz ni memang pakar buat semua dessert. Sebab tu lah kalau ada tempahan dari luar, mereka selalunya akan request Chef Iz yang buatkan."

Kepakaran Izara sudah tentu tidak akan dapat dipertikaikan. Oleh sebab itu jugalah, wanita itu tergolong dalam chef kesayangan ramai. Tiada yang kurang pada wanita itu.

"Oh...hebat." Tuan Adam tersenyum tidak kisah. Namun demi menjaga hati sahabatnya, lalu dia pura-pura menyoal lagi, "Errr, siapa tadi? Chef Iz?" kali ini, tanpa rasa malu, Lemon Cream Puff yang kedua diambil lagi.

"Ya, Chef Iz. Hrmm...Iskandar, you boleh tolong panggilkan Chef Iz?Biar...Tuan Adam sendiri yang kenal dengan...dia." Tuan Hafeez mengarah sambil tersenyum penuh makna.

"Baik, tuan. Sekejap." Chef Iskandar mengangguk akur, sebelum berlalu ke arah belakang.

"Kenal baik-baik, tau? Manalah tahu tergoda. Chef Iz tu, janda yang paling hot dan popular kat sini!" Tuan Hafeez laju berbisik nakal pada telinga Tuan Adam setelah hanya mereka berdua yang tersisa di situ.

"Tergoda? Perempuan ke? I ingat chef lelaki. Janda rupanya." Tuan Adam hanya tertawa sinis sambil menayang riak tidak berminat. Tumpuannya ketika itu lebih terhala pada rasa nikmat dessert kegemaran yang sedang menghiasi lidahnya.

"Ya, janda kematian suami. Meninggal tiga ke empat tahun lepas kalau tak salah. You jangan cakap besar, Dam. Tengok je lah nanti!" Tuan Hafeez ikutan tertawa. Sempat juga fikiran miangnya menerawang jauh memikirkan wajah cantik janda itu.
'Ah, jangan cari penyakit! Ingat anak bini sendiri kat rumah tu!'

_
_
_

Dengan sedikit perasaan yang gugup, Izara terus mengatur langkah untuk mendekati sekelompok lelaki di hadapan. Entah kenapa, semakin dia mendekat, semakin kuat juga detakan jantungnya berlagu.
Dari kejauhan, Izara sudah melihat senyuman manis Tuan Hafeez tertayang lebar. Ah, senyuman itu seolah-olah menambah lebih perasaan gelisah dalam hatinya.

"Tuan," Izara menunduk hormat sebaik sahaja menghampiri susuk-susuk segak itu. "Tu...tuan panggil saya?" soal Izara gugup dengan segaris senyuman paksa yang terukir pada bibir.

"Ya, Iz. Kenalkan...Tuan Adam Raykal." Tuan Hafeez bersuara dengan tadahan tangan menjulur ke arah seorang lelaki bersusuk tinggi, berkot hitam yang sedang berposisi membelakangkannya.

Mendengar nama itu, Izara langsung terkedu, langsung juga terbentuk berlapis-lapis kerutan pada wajahnya.

Allah, nama itu! Tak...tak mungkin!

Izara menguatkan sepasang kakinya yang sudah terasa menggigil kegoyahan. Dada yang terasa mahu meletup, laju ditekap erat apalagi saat melihat lelaki itu mula berpaling ke arahnya.

Tuan Adam ikutan terkedu. Bibir yang tadinya terlukis dengan senyuman paksa langsung mendadak tegang tanpa ampun.
Raut wajah lelaki itu mulaan berubah total kerana rasa bengang, terkejut, benci dan sakit hati sedang berjolak bercantum menjadi satu.

Share this novel

Zienaziayah
2024-07-21 16:35:54 

dh beli cojn xleh nk continue

lunalovely
2024-05-20 09:57:10 

ade tak novel ni..sy nk beli coin xboleh lah

Kausar Ismail
2022-10-04 14:30:02 

bagus lah novel nih


NovelPlus Premium

The best ads free experience