BAB 6

Romance Completed 31277

Fifa: Salam, awak dekat mana?

Anas: Salam, dekat hati awak.

Fifa: Janganlah main-main.

Anas: Hati awak terlalu baik untuk saya permainkan.

Fifa: Saya dekat hospital ni, cari awak takde. Dah balik rumah ke?

Anas: Haah, saya baru je sampai. Alaaaa, sorry awak. Kita nak mesej orang tu pun tak boleh, sebab kita takde nombor dia.

Fifa: Patutlah. Ni kan dah dapat nombor saya.

Anas: Ok, nanti saya simpan dalam hati. Btw, thanks awak sebab sudi datang melawat saya. Temankan saya kat hospital dan risaukan saya.

Fifa: Thanks jugak sebab sanggup mengadaikan nyawa untuk orang asing seperti saya. Awak rehatlah dulu.

Anas: Nanti saya dah sihat kita jumpa ya. Rindu.

Fifa: Eleh gedik. Bye.

Entah mengapa Fifa melepaskan keluhan yang berat. Adakah dia kecewa kerana tidak dapat menatap wajah Anas sebelum dia pulang ke rumah?

Perasaan yang wujud ini sama sekali tidak pernah ada di lubuk hatinya.

"Aku dah jatuh cinta dengan mamat tu ke? Isk tak mungkin lah," Fifa cuba menyembunyikan rindunya pada Anas.

Kerana pengalaman cinta yang lalu, hati Fifa semakin rapuh untuk menerima cinta. Bukanlah dia tidak percaya kepada cinta, namun rata-rata lelaki yang hadir dalam hidupnya hanya membawa derita.

Enggan pisang berbuah dua kali, Fifa hanya menjalani kehidupan untuk dirinya dan keluarga.

Kadang-kadang setiap kali melihat pasangan lain berkasih-kasihan, dia juga merasa cemburu. Namun apabila dikenangkan, untuk apa dia cemburu? Dia masih mempunyai ayah dan ibu yang masih sihat, abang dan adik yang masih kuat.

Jauh dibuang perasaan sepi itu.

Telefon bimbitnya bergetar menandakan ada mesej masuk.

Anas: Salam, awak dah tidur?

Fifa: Haah, saya dah tidur sambil balas mesej awak.

Anas: Awak ni kelakarlah.

Fifa: Dulu masa kat sekolah pernah buat part time jadi badut.

Anas: Saya nak tanya something?

Fifa: Tanyalah. Satu soalan RM 5.

Anas: Amboih mahalnya.

Fifa: Apa? Tanyalah cepat. Saya nak kena tidur ni.

Anas: Awak masih belum berpunya kan? Maksud saya, awak belum ada yang istimewa kan?

Fifa: Kalau saya kata saya dah beranak tiga macam mana?

Anas: Mustahil, sebab saya tahu awak selalu pergi balik kerja sendiri. Lepas tu awak siap temankan saya kat hospital.

Fifa: Saya kepunyaan mak, ayah dan keluarga.

Anas: Alhamdulillah. Lega hati saya. Ok, good night princess. Sleep tight. Mimpikan saya ye.

Fifa: Malas. Zzzzzzzz

Anas tersenyum. Fifa tersenyum.

Malam itu Fifa dan Anas tidur dalam keadaan yang sangat bahagia.

Bahagia kerana mereka merasa dekat antara satu sama lain.

Adakah ini cinta? Mampukah cinta ini bertahan sehingga ke peringkat halal seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience