Rate

Bab 22 Kuala Lumpur International Airport

Romance Completed 278239

Adib mengemudi salah satu keretanya jenis Toyota Alpard ke airport menghantar kedua mertuanya Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha. Anis duduk di bahagian depan sebelah pemandu manakala kedua pasang ibu bapa mereka duduk bahagian belakang. Setelah beberapa minit memandu, mereka pun sampai di airport tempat yang mereka hendak tuju. Perasaan Anis Umairah mulai merasa sedih tak terkata apabila mereka telah menjejakkan kaki di airport antarabangsa (Kuala Lumpur international airport) untuk menghantar kedua orang tuanya.

Setelah semua barang-barang Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha yang hendak di bawa telah masuk bahagian bagasi, mereka pun pergi bahagian pelepasan. Anis Umairah mula menitikkan airmatanya kerana dia merasa sendiri tanpa kedua orang yang bermakna dalam hidupnya dan akan menumpang kasih di rumah Adib. Dengan siapa Anis akan mengadu nasib sekiranya dia mempunyai masalah? Dengan siapa Anis akan bicarakan segala keluh kesahnya?

"Anis jaga diri baik-baik, umie dan abah tidak lama...cuma 2 minggu sahaja." Ucap Puan Zulaikha dengan lembut pada Anis Umairah yang sudah menangis dalam dakapannya.

"Anis sendiri umie!" Sahut Anis Umairah dengan sedu sedan yang tak dapat dia tahan.

"Anis tak sendiri, ada Adib, ibu dan ayah yang akan jaga Anis di sini." Kata Puan Zulaikha lagi menenangkan hati Anis. Puan Zulaikha merasa sebak melihat keadaan Anis seperti itu.

"Ingat, Anis kena dengar cakap Adib, ibu dan ayah ya." Sahut Encik Muhaimin mengambil alih memeluk Anis Umairah.

"Percayalah, Anis akan bahagia!" Kata Encik Muhaimin dengan yakin. Dia yakin dengan kemampuan menantunya itu.

Anis memeluk umie dan abahnya setelah pengumuman pelepasan telah di umumkan.

"Adib, abah serahkan Anis pada Adib. Tolong jaga Anis seperti mana Adib jaga diri Adib sendiri." Kata Encik Muhaimin yang kedengaran sedih.

"Baik abah." Ucap Adib sambil memeluk Encik Muhaimin singkat. Suasana di airport itu terasa sedih bagi keluarga mereka. Sebelum masuk ke dalam pemeriksaan selanjutnya, mereka bersalam salaman dan berpeluk singkat.

Adib merasa pilu melihat wajah Anis yang kemerah-merahan dan matanya yang sembab di balik cermin matanya disebabkan terlalu lama menangis. Adib nak memeluk Anis Umairah untuk menenangkan hatinya tapi dia takut Anis akan memberontak. Takut Anis akan berfikir tentang dirinya yang tidak-tidak.

Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha melambai-lambaikan tangannya kepada mereka. Puan Saleha mengambil alih menenangkan Anis dan bawa pulang setelah kelibat Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha tidak sudah kelihatan.

Suasana hening dalam kereta Adib amat terasa, Anis cuma tunduk membisu. Adib sesekali melirik Anis yang berada di sebelahnya. Apa harus di lakukan agar isterinya tidak terlalu memikirkan tentang pemergian abah dan umie keluar negara.

"Jom Anis masuk ke rumah." Ucap Puan Saleha lembut setelah mereka sampai di depan rumah keluarga Adib.

Anis cuma mengangguk pelan sambil mengikuti langkah Puan Saleha masuk ke dalam rumah.

"Adib, sediakan bilik Anis terlebih dahulu." Kata Puan Saleha setelah melihat Adib sudah berada di dalam rumah.

Anis semakin bertambah segan pada Adib kerana segala keperluannya kenapa Adib yang ambil alih semua?

Anis tak habis fikir, umie dan abahnya mengamanahkan Adib untuk menjaga dirinya termasuklah perbelanjaannya.

Melihat ibu dan ayah Adib, kenapa hingga menunjukkan bilik pun kenapa harus Adib yang mengurus keperluannya semua.

"Mari Anis, abang tunjuk bilik Anis." Sahut Adib lembut terdengar pada pendengaran Anis.

"Terima kasih." Ucap Anis Umairah pelan hampir tidak kedengaran.

Encik Amri dan Puan Saleha hanya duduk di sofa ruang tamu melihat television sementara Anis masuk ke dalam bilik bersebelahan dengan bilik Adib. Anis menyusun buku-bukunya di atas meja belajar dan baju-bajunya masuk ke dalam almari pakaian. Bilik Anis telah di hias dengan color serba pink oleh Adib kata ibu tadi. Anis tersenyum seketika, dia tak sangka Adib akan beri layanan yang baik padanya. Suasana hati Anis Umairah yang suram berubah ceria.

Adib berbaring di atas katilnya sambil memejamkan matanya untuk berehat sebentar. Dia tersenyum mengingatkan bahawa isterinya sudah ada dekat dengan dia. Tipu jika Adib tidak rindu pada isteri rahsianya itu.

"My Lovely Secret Wife!" Ucap Adib dengan pelan. Sambil menyentuh dadanya, sudah ada ke getaran untuk Anis di hatinya? Adib percaya, cinta untuk Anis akan makin subur apa lagi mereka sudah berada di bawah bumbung yang sama.

Semoga Anis selesa berada dekat dengannya. Fikirnya.

Tok tok tok
Tok tok tok

"Adib keluar mari makan nasi." Teriak Puan Saleha dari balik pintu bilik Adib.

Adib melihat jam di pergelangan tangannya, jam sudah menunjukkan 2 petang. Patutlah dia sudah merasa lapar. Dia segera keluar dari biliknya dan melihat Anis sudah ada di meja makan menyusun pinggan-pinggan di atas meja. Adib tersenyum kerana wajah Anis tidak sesedih tadi.

"Anis dah okay ke?" Tanya Adib pada Anis setelah dia sudah bergabung di meja makan.

"Alhamdulillah Anis okay." Ucap Anis dengan senyuman.

Anis menjadi gugup apabila Adib duduk bersebelahan dengannya.

Puan Saleha cuma tersenyum melihat tingkah laku anak dan menantunya Anis.

"Semoga mereka bahagia." Hati kecil Puan Saleha berbicara.

"Mari makan, jangan termenung di depan makanan." Sela Encik Amri dengan tiba-tiba.

"Adib, cepat baca doa makan." Arah Encik Amri pada anaknya.

"Baik abah." Sahut Adib.

Mereka semua serentak menadahkan tangan.

Bismillahir rahmaani rahim

"Allahumma baarik lanaa fiimaa rozaqtanaa wa qinaa 'adzaa bannaar."

Artinya: "Ya Allah berikanlah keberkahan apa yang telah engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka."

"Anis, kautkan nasi untuk Adib." Tiba-tiba Puan Saleha mengarahkan Anis Umairah.

Anis terkejut mendengar arahan Puan Saleha. Mengapa perlu dia yang kaut untuk Adib? Dia menjadi salah tingkah dan debaran jantungnya menjadi-jadi.

Dug dug dug
Dug dug dug

"Baik ibu!" Sahut Anis gugup.

Adib tersenyum samar, mendapat layanan dari Anis.

Encik Amri melirik isterinya, menaikkan sebelah keningnya dan menatapnya penuh makna.

Setelah itu, mereka makan dalam diam dan di sudahi dengan doa selepas makan.

"Alhamdulillahilladzi ath-amanaa wa saqoonaa wa ja'alanaa minal muslimiin."

Artinya: "Segala puji bagi Allah yang memberikan makan dan minum kepada kami. Dan Menjadikan kami orang Islam."

Setelah selesai makan, Anis hendak membantu Puan Saleha mengemas meja makan di dapur tetapi di cegah dengan lembut oleh Puan Saleha.

"Anis tak payah buat semua ni, anis naik ke bilik siapkan kerja sekolah ya."

"Tidak apa-apa ibu, kerja sekolah boleh Anis buat kemudian." Sahut Anis Umairah sambil memungut pinggan-pinggan kotor yang berada di atas meja makan.

"Biar ibu buat semua ni!" Kata Puan Saleha mengambil alih semua pinggan-pinggan yang berada di tangan Anis.

"Sekarang kerja Anis hanya belajar, tak lama lagi Anis SPM kan?" Tanya Puan Saleha melihat Anis yang terkebil-kebil melihatnya.

"Baik ibu, Anis ke bilik dulu."

Puan Saleha cuma mengangguk pelan sambil tersenyum melihat Anis yang hendak menuju ke biliknya.

Puan Saleha ajar mengajar Anis melayan Adib erk ;-) okay ke tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience