Bab 9
“I’ll always be by your side.”
“And I’ll always be your friend.” Sekali lagi dia tuturkan kata.
Lambat-lambat aku angguk.
******
Along hulurkan cup aiskrim coklat kepadaku. Lambat-lambat aku capai hulurannya dan cedok aiskrim sebelum suakan ke bibirku. Dia labuhkan punggung di sisiku dan letakkan tangan di belakang kepala. Hujung mataku kerling dia dan dia sedang khusyuk memandang orang yang lalu-lalang. Lelaki itu senyap. Hanya matanya yang berbicara.
Ayah, mama, Lut dengan Daniel pergi kenduri dekat Perak. Tinggal aku dengan Along saja dan dia ajak aku pergi mall.
“Jiya lapar?” Wajahnya dipalingkan memandangku.
Aku geleng kepala.
“Jiya nak pergi mana-mana?”
Geleng lagi dan dia senyum. “Jiya nak buat apa?”
Nak tidur...
Nak ada dekat dunia aku sendiri. Aku memang tak nak datang ke sini tapi Along tengok aku macam nak telan tadi. Mahu tak mahu, aku ikut jugak. Sudahlah dia drive macam pelesit. Kalau aku masuk hospital, memang dia yang kena. Macam mana boleh dapat lesen pun aku tak tahu. Gaya dia drive macam dah dapat lesen berpuluh-puluh tahun.
Dia hela nafas. Lelaki tinggi lampai itu betulkan duduk. Wajahnya serius dan telefonnya berdering. Dia keluarkan phone dari kocek jeans. Matanya jatuh pada skrin phone.
“Along nak jawab call mama kejap,” tutur dia sebelum bangun dan pergi meninggalkan aku sendiri.
Kepalaku rasa berpinar. Terlampau banyak manusia dan kebanyakannya ialah remaja. Jalan berpegang tangan, berpelukan dan rasa macam dunia ni mereka yang punya. Sesak nafas jadinya. Aku bukannya alim tapi aku tak suka tengok perempuan-perempuan jatuhkan maruah mereka.
Mataku jatuh pada wajah seorang gadis yang berpaling ke belakang seketika sebelum luruskan pandangan. Dahiku berkerut. Din…
Aku bangun. Mengorak langkah untuk mendekatinya yang berjalan membelakangiku.
“Kau kawan eh dengan budak bisu tu?” tanya seorang gadis yang tidak bertudung di sebelahnya.
“Mana ada kawan.”
Darahku berderau tapi aku tetap teruskan langkah tanpa dia sedari.
“Tipu ah.”
“Betul. Nanti aku bosan, aku tinggalkan dia. Kau ingat aku suka sangat ke dengan budak bisu tu? Saja nak test dia.”
Kelopak mataku bergenang. Rasa tertipu.
“Pakwe kau mana? Kita dah lambat nak tengok wayang, Dina.”
Tubuhku terus jadi lemah. Lutut seolah-olah sudah tidak mampu nak tampung badanku. Langkah aku matidan dua orang remaja tersebut terus berjalan. Rasa dikhianati. Salah aku jugak sebab benarkan diri berdamping dengan dia. Dia hanya manusia yang tak suka dengan insan sepertiku.
This life is full of betrayal and I’m none other than a victim. Life is suck.
I was being foolish for letting her staying by my side.
…bersambung
Bab akan datang:
Mengapa Wardina tergamak berkata begitu kepada Najya?
Share this novel