Majlis kenduri kahwin yang berlangsung diperkarangan kawasan perumahan itu berlangsung dengan sangat meriah. Seramai dua ratus tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis. Bunyi alunan kompang bergema kuat sebaik saja melihat ketibaan pengantin. Mereka semua memuji kecantikan pengantin perempuan yang nampak ayu dengan berniqab. Mek Biah memandang ke arah sisi. Anak perempuannya nampak tenang dengan telefon ditangan. Memang sukar hendak berfikir agaknya?
"Ren, cuba kamu perhati pengantin dekat sana? Cantik je kan?" Mek Biah mula bersuara.
"Nama pun pengantin, mek. Semua cantik. Kenapa? Mek nak cakap yang anak mek belum kahwin?" Karen hanya menunjukkan wajah tidak berminat.
Ah, kahwin lagi. Macam mana nak kahwin kalau teman lelakinya tidak mahu? Sudah hampir bertahun mereka bercinta, tetapi lelaki itu sering memberi alasan. Apa cintanya tidak cukup?
"Betul apa? Aku ni dah tua, Ren. Kau kalau tak kahwin jugak tahun ni, aku bagi kau kahwin dengan duda kaya dekat masjid sana!" Mek Biah mengugut.
"Tak naklah! Dia dah tua kot? Mek ni, agak-agak lah. Ingat anak mek ni tak cantik ke?" Karen membela diri.
Mek Biah mencebik. Nasi kenduri disumbat ke dalam mulut dengan rakus. Geram dengan anak perempuannya yang suka sangat menjawab.
"Kau tu tak cantik, tapi cerdik! Kerja dah bagus jadi pengajar, tapi sayang boyfriend blur!" Kutuk Mek Biah.
"Tak baiklah! Dia baik apa? Mek je selalu cari salah dia." Balas Karen.
"Salah apa? Dah memang betul. Lurusnya takda betul. Dia tu dengan kau je acah baik, dekat luar habis perempuan dia sapu. Macam mana kau boleh suka dia eh?" Mek Biah masih tak puas hati.
"Alah, mek ni. Kan kitorang dah lama bercinta? Bagilah peluang dia bersedia nak kahwin nanti. Mek pun, sokonglah sikit." Karen sudah muncung sedepa.
"Sokong amenda? Sejak abi kau bawak aku tinggal jauh daripada Kelantan tu, apa aku dapat? Anak perempuan degil macam kau? Abi kau dah pencen duit banyak, ikut tabligh pulak dah! Kau pun, degil. Cuba jadi macam abang kau? Sedap sikit mata aku tengok dia dah kahwin. Ini tidak, balik kerja sama je. Tidur je kau tahu!" Bebel Mek Biah.
Karen pekakkan telinga. Dia menghela nafas. Matanya memandang pada pasangan pengantin yang sedang makan beradap. Serasi sekali. Siapa cakap dia tidak ada kemahuan untuk berkahwin? Dia ada. Cuma saja teman lelakinya tidak mahu. Apa patu dia buat agaknya? Atau semua kerana kekurangan yang ada padanya? Tidak. Lelaki itu setia, dia pasti.
"Mek, kalau cari suami baru pun boleh. Tapi syarat Ren tinggal dengan abi lah!" Karen menukar topik.
"Kau gila? Kau nak aku mati kena sembelih dengan abi kau? Aku cakap pasal kau, kau sibuk tukar topik eh? Aku dengan abi kau selalu bergaduh pun anak dua tau! Itu pun yang lain takda rezeki, gugur. Tidak ramai adik-adik kau!" Balas Mek Biah.
"Tak apalah. Dua dah cukup apa? Senang mek bela kan?" Sindir Karen.
"Aku tumbuk muka kau dekat sini nanti, kerja kau sindir mak sendiri. Nantilah, aku carikan calon suami untuk kau. Biar sepadan dengan kau yang degil ni. Baru kau tahu, langit tinggi ke rendah!" Tekad Mek Biah seraya bangun membawa pinggan.
Karen hanya ketawa. Itulah yang dia dengar hampir tiap hari. Tapi calonnya tiada. Bunyi telefon ditangan buatkan dia bangun dengan pantas, tidak sedar dia melanggar seseorang. Habis bajunya kotor dengan tumpahan kuah kari daging.
"Sorry saya tak sengaja!" Ujar lelaki itu.
"Habis kotor. Tak apalah, lain kali jalan pakai mata." Balas Karen, dingin.
Lelaki itu nampak bengang. Dia bercekak pinggang. Tingginya lebih kurang seratus tujuh puluh sembilan, dia? Rendah, hanya separas bahu. Badannya tegap meski ditutup dengan baju melayu teluk belanga yang dipakai. Sama dengan keluarga pengantin perempuan. Eh?
"Cik adik, awak tu yang mata tak ada. Bangun laju-laju. Senang cakap saya yang jalan tak pakai mata? Sedapnya mulut awak!" Bidas lelaki itu.
Karen ketap bibir. Panggilan daripada Shazwan tidak henti-henti. Dia mahu keluar daripada kawasan khemah tetapi terhalang dek lelaki ini.
"Sorrylah! Saya tak sengaja. Lagipun nak jalan, tengoklah dulu.!" Karen membela diri.
"Habistu awak? Tetap tak salah?" Tanya lelaki itu.
"Saya dah cakap sorry kan!" Karen tinggikan suara.
Semua mata memandang mereka. Karen menelan air liur. Apasal semua usya semacam?
"Zani! Apa kau buat dekat sini? Jomlah, mama panggil!" Seorang lelaki meluru sebelum menariknya pergi.
Karen urut dada. Bagus pergi!
Dia berjalan pantas melangkah keluar daripada khemah. Matanya meliar mencari emaknya. Wajah polos ditayangkan sebaik saja melihat wanita itu sedang rancak berbual dengan tuan rumah. Nampak gembira betul, siap menunding jari padanya.
Promote aku lagilah tu, mek ni!
"Sayang? Kenapa call tak jawab?" Tanya Shazwan yang tiba-tiba saja muncul.
"Eh, you! Bila sampai?" Karen sudah teruja.
"Baru je, dah sayang cakap bosan cuti? Jomlah. Dah habis makan kenduri? Boleh keluar jalan-jalan." Ajak Shazwan.
Gadis itu senyum lebar. Shazwan hanya tersenyum. Hal sekecil itu, mudah sekali dia tersenyum gembira. Apa reaksi gadis itu agaknya? Ada perkara yang perlu dia bincangkan. Penting.
"Tunggu mek, boleh? Tadi datang dengan dia." Pintanya.
"Ok sayang." Balas Shazwan sambil tersenyum.
Karen sudah tersengih. Dia membetulkan tudung dikepala. Panas betul. Sebaik saja matanya berpusing memandang Mek Biah, wanita itu sedang merenung tajam padanya. Tidak cukup dengan itu, tuan rumah kenduri dan lelaki tadi juga memandang padanya. Kesemua mereka memandang seakan dialah pesalah negara.
"Sayang? You pandang apa?" Tanya Shazwan yang memandang pada arah sama.
Wajahnya bertukar pucat. Laju saja Shazwan meminta diri untuk menunggu di dalam kereta. Karen hanya mengangguk. Pastinya Shazwan takut dengan emaknya. Mek Biah tu bukannya boleh harap. Garang macam singa. Kalau salah sikit, depan orang ramai dia hentam!
Ah, dia nak balik!!!!
Seperti mahu menjerit begitu pada emaknya yang masih rancak bersembang. Karen berpeluk tubuh. Sesekali pandang matanya memandang pada lelaki yang dia langgar tadi.
Not bad, huh?
Sempat dia menilik anak orang!
Seperti tahu dirinya diperhatikan, lelaki tadi menoleh padanya kemudian memusingkan badan. Karen mencebik.
Perasan, siapa tah usya dia? Yang sebelah dia lagi kacak! Kutuknya dalam hati.
Share this novel