Bas lambat! Perkara biasa, tapi kali ni aku sudah bersedia dengan buku novel di tangan. Buku yang sempat ku gapai sewaktu singgah di kedai buku haritu. ‘ Aku, kau dan dia ‘ Tajuk macam jiwang, aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba aku terasa hendak membeli buku ni. Macam ada aura yang menyuruhku beli. Whatever lah kan, dah beli kenalah baca.
Aku masih meneruskan pembacaanku walau di dalam bas.
Suasana yang sesak tidak ku hiraukan. Dah biasa! Aku terasa seperti di renung oleh seseorang. Aku toleh. Apasal dengan ‘mamat baju sama’ ni asyik pandang aku. Aku melindungi mukaku dengan cap. Tidak betah di renung begitu.
**
” BOY, kau nak ikut tak aku balik kampung cuti semester ni? Mak aku dah call, lama dah aku tak jenguk mak aku tu ” Ad cuba memancing reaksiku yang sedang berbaring sambil mengadap laptop. Segera aku berpaling memandang Ad. Kampung?! Favourite! Lagipun aku tak pernah pergi kampung Ad.
” Orite juga tu. Aku pun dah lama teringin nak pergi kampung kau ” Aku tayang gigi sambil membayangkan suasana kampung Ad. Boleh main kat sawah padi!
” Tapi .. ” Ad tidak jadi meneruskan ayatnya.
” Tapi? ”
” Mak aku cerewet sikit bab pakaian, nanti kau bawak baju kurung ya? ” Aku ketap gigi. Leceh! Lama aku berfikir. Akhirnya aku mengangguk.
” Yalah ”
**
” Nyamannya! ” Perjalanan hampir 3 jam yang memenatkan terasa hilang begitu sahaja apabila melihatkan suasana kampung Ad yang indah lagi permai. Ad hanya tersenyum.
” Assalammualaikum mak ” Kelihatan seorang perempuan dalam lingkungan 50an keluar sambil tersenyum mesra. Persis Ad, mesti maknya ni, fikirku. Aku menyalami mak Ad. Terasa seperti mempunyai mak sendiri.
Sudah dua hari aku di sini. Lengan baju kurung ku singsing hingga ke lengan, rimas!
Kain ku angkat setinggi boleh, nasib baik ada seluar panjang, kalau tidak sah sah kena marah dengan mak Ad. Aku duduk di tangga sambil mengunyah epalku. Ad awal-awal lagi sudah menghantar adiknya, Sarah ke sekolah.
Selepas itu dia dan maknya akan ke pasar. Apa aku nak buat? Akhirnya aku tersenyum lebar. Baik aku pergi jalan-jalan.
Kakiku melangkah deras menuju ke sawah padi yang terbentang luas. Ku angkat kain setinggi boleh lalu meredah sawah tersebut.
” Baik-baik pacat nak ” Seorang pakcik menasihatiku. Aku hanya tersengih. Setakat pacat apadehal. Aku tersenyum luas. Indahnya ciptaan tuhan. Subhanallah. Rambutku mengikut deruan angin. Terasa sungguh segar dan aman di sini.
Tiba-tiba langkahku seakan tidak seimbang akibat terpijak lecak. Akibatnya aku jatuh terduduk. Habis baju kotor! Aku mendengus.
Baju kurung ni leceh la! Aku cuba berdiri namun kakiku seakan tidak mahu mendengar arahanku. Kakiku tergeliat. Terasa seseorang menghulurkan tangannya kepadaku, ku dongakkan kepala. Kelihatan seorang lelaki sedang tersenyum manis sambil memandangku. Aku tunduk. Malu pula, jatuh macam nangka busuk. Tak rock la macam ni.
Hulurannya tidak ku sambut, aku memegang bajunya sambil cuba mendirikan badanku. Dia cuba memegang lenganku, segera ku tepis.
” Kau jangan sentuh aku, haram tahu ”
” Tomboy macam kau pun tahu halal haram eh? ” Aku menjeling. Ni sudah lebih bro, aku tomboy-tomboy pun still tahu ok.
” Ayat kasi cantik bro ” Aku cuba melangkah meninggalkan mamat senget, malas nak layan. Kakiku yang bengkak membuatkan langkahku sumbang. Terhincut-hincut aku berlalu pergi. Sempat aku menjeling mamat tersebut yang tersenyum mengejek memandangku. Ku jelir lidah. Bajet aku nak minta tolong kau? Sorry sikit.
**
Usai solat maghrib, aku menolong mak Ad menghidang makanan. Fuhh, ni kalau kat rumah sewa jangan harap aku nak buat benda gini. Nasib baik kakiku masih belum pulih, kalau tak mahu mak Ad suruh aku tunjuk bakat memasak pula nanti. Mati aku. Aku tersengih sendirian. Tapi asal macam banyak sangat je makanan malam ni? Macam ada orang pula nak datang.
” Assalammualaikum ”
” Waalaikumussalam ” Segera aku ke dapur, membiarkan mak Ad yang membuka pintu.
” Siapa yang datang tu Ad? ”
” Maksu aku yang datang tu ” Aku mengintai dari dapur. Eh, tu makcik kat kedai buku hari tu. Aku pandang seseorang yang macam ku kenal, mamat senget! Eh, mamat baju sama pun ada. Aku macam tak percaya.
” Yang dua orang laki tu siapa pula? ” Aku masih tidak puas hati, macam mana mereka boleh berkait?
” Diaorang tu cousin aku ”
” Maksu kau ni duduk dekat shah alam kan? ”
” Aah, eh mana kau tahu? ”
Share this novel