BAB 3

Romance Completed 139249

Adriana melemparkan pandangannya di hadapan pantai.Bunyi ombak yang menghempas pantai seakan sama dengan gelora yang melanda di hatinya saat ini.Air jernih yang mengalir di pipinya diseka.Tangannya menguis-nguis pasir pantai.Satu keluhan yang berat dilepaskan.

Khalisha memandang sahabatnya dari jauh.Biarlah sahabatnya itu melayani perasaannya seketika.Kalisha melihat jam di telefon bimbitnya.

"Dah pukul 1.Patutlah perut aku ni berkeroncong.Berapa lama lagilah si Ad ni nak melangok kat pantai ni.Tak lapar ke dia?"Kalisha berkata sendirian.Lalu kakinya mengatur langkah ke arah Adriana.

"Beb,boleh kita balik sekarang?Aku laparlah.Jomlah balik.Nanti apa kata sedara mara kau kalau diorang tengok kau takda kat rumah.Kan malam ni ada bacaan yassin untuk ibu kau.Dorang semua tengah sibuk merewang.Dah-dahlah tu,Ad.Kita balik,k."Namun Adriana diam tidak berkutik.Tangan Adriana dicapai dan di tarik supaya berdiri.

Adriana hanya mengikut langkah sahabatnya tanpa bersuara.Dia berasa jiwanya kosong saat ini.Dia hanya membiarkan Kalisha membawanya pulang.

Matanya dipejamkan saat kereta Khalisha sudah memakir di tepi rumahnya.Dia pura-pura tidur supaya dia tidak perlu turun dan mengadap wajah ayah dan ibu tirinya itu.Kalisha hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat Adriana.

"Weh,Ad.Bangunlah.Jom turun. Kita dah sampai pun.Tak payah nak pura-pura tidur.Kalau iya pun kau tak suka,janganlah tunjukkan sangat.Jaga air muka ayah kau depan sedara mara kau tu."Adriana membuka matanya.Wajah cemberut ditayangkan kepada Kalisha.

Dengan hati yang berat dia keluar dari kereta.Senyuman palsu cuba diukir.Dia menyapa makcik dan pakciknya yang sudah pun sampai di rumahnya.Salam dihulur kepada mereka sambil bertanyakan khabar.

"Dah besar anak sedara mak long ni.Makin cantik.Tak ubah macam wajah arwah ibu kamu."Puji mak long Siah,kakak sulung Encik Iqbal.

"A'ahlah.. Saling tak tumpah macam wajah arwah.Mesti kamu ramai peminat ni."Seloroh mak su Jiha.

"Takdalah mak long,mak su.Intan biasa-biasa je.Ni kenalkan kawan Intan satu U dengan Intan, Kalisha namanya.Kawan serumah Intan juga."Kalisha menghulurkan tangannya bersalaman dengan mereka.

"Manis je kamu ni Kalisha.Terima kasih sudi tengok-tengokkan anak sedara kami yang sorang ni.Intan ni manja orangnya.Betul ke takda orang yang berkenan ngan anak sedara mak long ni?"Mak long Siah cuba mengorek rahsia.

"Ada je mak cik.Cuma Ad ni jual mahal sangat.Ramai je lelaki-lelaki yang cuba mengorat Adriana ni.Tapi Ad tak layan."Kalisha cuba membuka cerita.Lalu satu cubitan hinggap di pinggang Kalisha.

"Aduh!"Kalisha mengaduh kesakitan.

"Eh,dah kenapa kamu ni?" Mak Su Jiha berkerut keraihanan dengan tingkah Kalisha.

"Aa... Hehehe... Takde apa-apa.Ada semut api kot gigit tu yang rasa sakit."Kalisha cuba berselindung sambil menggosok pinggangnya.Kalisha menjeling pada Adriana.Adriana hanya membulatkan matanya.

'Bisa betul penyepit dia ni.Mau berbekas pinggang aku.'Omel Kalisha di dalam hati.

"Jangan dengarlah apa yang Kalisha cakapkan tu.Saja je dia buat-buat cerita nak kenakan Intan."Adriana menarik muncungnya.

"Ala.... Kalau ada yang berkenan dengan kamu apa masalahnya.Ayah kamu pun dah berteman semula.Sekarang ni
giliran kamu pula."Seloroh mak long Siah.

Terus sahaja raut wajah Adriana berubah tatkala nama ayahnya terpacul keluar dari mulut ibu saudaranya itu.Kalisha sudah menggigit bibir.

"Intan minta diri dulu ye.Ada kerja sikit kat luar."Adriana segera beredar dari ruangan itu.

Kalisha turut ingin membuntuti Adriana.Namun lengannya sudah ditarik oleh mak su Jiha.Gelengan diberikan kepada Kalisha.Kalisha seakan mengerti tindakan mak su Jiha terus mematikan niatnya.Kalisha kembali duduk dan meneruskan kerjanya membantu mak su Jiha.Suasana kembali hening seketika. Seakan-akan tahu apa yang sedang dialami oleh Adriana saat ini.Mereka mula menukar topik perbualan.Manakala Kalisha hanya menjadi sebagai pendengar sahaja.

************************************

Adriana melemparkan pandangannya ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di halaman rumahnya.Ramai juga tetamu yang hadir bergotong royong untuk majlis malam ini.Adriana melepaskan satu keluhan.

"Lambatnya masa berlalu.Aku tak sanggup nak duduk sini lama-lama."Rungut Adriana sendirian.

Sedang dia leka tiba-tiba datang seseorang ke arahnya.Senyuman di bibir Adriana terus terukir.Adriana terus berlari dan memeluk tubuh yang dirinduinya itu.

"Abang... "Air mata Adriana kembali mengalir.

Idlan Akif memegang bahu Adriana.Jarinya dibawa ke pipi mulus Adriana.Air jernih itu diseka.

"Hey,kenapa adik kesayangan abang ni gembeng sangat.Dari dulu sampai sekarang.Sama je.Murah dengan air mata."Idlan berseloroh.

"It's not funny brother."Adriana menarik muka masam.Lalu tangan abangnya ditarik menuju ke dalam rumah.

Idlan Akif adalah satu-satunya abang yang dia ada.Cuma sebelum ini dia berada di London kerana menyambung pelajarannya di sana selama 5 tahun.Waktu ibu mereka meninggal dunia pun Idlan tidak dapat pulang kerana ketika itu Idlan sedang menduduki peperiksaan tahun kedua.

"Tak cakap pun nak balik.Tiba-tiba muncul."Adriana seakan jauh hati dengan tindakan abangnya itu.

"Ayah tak bagitahu ke abang balik hari ini?" Idlan mengerutkan dahi pelik dengan pertanyaan Adriana itu.

Adriana membatukan diri.Idlan seakan mengerti dengan tindakan adiknya itu hanya meggelengkan kepala.

"Dik,jangan cakap kat abang adik bergaduh dengan ayah lagi."Adriana hanya diam membisu.

Idlan sudah mengagak apa yang telah terjadi.Dia sudah lali dengan perangai adiknya ini.Bukan dia tidak tahu apa yang terjadi tiga tahun lepas.Walaupun dia berada jauh dari keluarganya namun apa yang terjadi di Malaysia tetap berada dalam pengetahuannya.Satu keluhan berat dilepaskan.

"Adik.... adik... Janganlah macam ni.Kita sebagai anak takda hak nak halang kehendak orang tua kita.Kita sebagai anak patut fahami diorang.Sokong diorang."Idlan memujuk adiknya.

"Sokong abang kata?No way!Dalam mimpi jelah.Mungkin bagi abang semuanya ok.Semuanya takda masalah.Tapi bukan bagi adik!" Adriana terus berlari masuk ke dalam bilik.

Dia fikirkan dengan kehadiran abangnya semula ke rumah ini adalah  orang yang akan menyokong tindakannya itu.Namun telahannya meleset.Nampaknya tiada seorang pun yang menyokong dirinya.

Adriana merapatkan kedua kakinya dan diangkat rapat ke dada.Dia menyembam wajah ke arah kedua lututnya.Tangisannya disembur semahunya.

"Ibu... Kat sini dah takda yang sayangkan Intan.Semuanya sokong ayah.Apa yang Intan buat semuanya salah.Intan rindu ibu..."cengkaman di kakinya semakin kuat.Sendunya semakin kuat.

************************************

Adriana hanya duduk di dalam bilik malam ini.Tetamu semakin ramai yang hadir.Puas Kalisha memujuknya keluar namun hampa.Adriana masih seperti tadi.Shawl yang terletak di kepalanya diperbetulkan.Pandangannya dibuang ke luar jendela.Angin malam ini bertiup kencang sama seperti hatinya sekarang.

Dari dalam bilik dia dapat mendengar bacaan yassin dibaca.Syahdu sungguh rasanya.Adriana hanya mengikuti bacaan tersebut perlahan-lahan.Sesekali air jernih mengalir di pipinya diseka.

Habis sahaja bacaan yassin tersebut kelihatan susuk tubuh seseorang masuk ke dalam biliknya.Dia mengambil tempat di sebelah Adriana.Tangan adiknya digengam dengan kemas.Adriana menoleh ke arahnya.

"Adik tak nak keluar ke?Ramai yang tanya pasal adik.Kawan-kawan lama adik pun ada tadi."Idlan cuba memujuk.

"Abang jawab apa bila diorang tanya?" Tanya Adriana.Idlan tersenyum dengan pertanyaan adiknya itu.

"Abang cakap adik tak sihat.Tengah berehat dalam bilik."Adriana hanya mengangguk dengan jawapan abangnya.

"Jom kita makan.Lagi siang tadi adik terperuk je dalam bilik.Kalisha kata adik tak jamah makanan pun hari ni."Adriana memandang abangnya.Keningnya dijongketkan.

"Mana abang kenal Kalisha.Rasanya adik belum kenalkan pada abang lagi."Idlan sudah mengurut tengkuknya yang tidak sakit.Sengihan terukir di wajahnya.

"Kebetulan masa dekat dapur siang tadi abang tolong dia susun pinggan untuk majlis.Tu yang boleh berkenalan sekali tu."Idlan menayangkan giginya.Isyarat peace ditunjukkan pada Adriana.

" Ooo.... Takpalah.Adik tak lapar.Abang pergilah makan.Adik nak tidur.Esok lepas subuh adik nak gerak balik."Adriana melabuhkan tubuhnya. Selimut ditarik menutupi sehingga ke dadanya.

"Awalnya...Belum puas lepaskan rindu pada adik abang ni.Bukan cuti lama lagi ke nak habis."Luah Idlan sedikit kecewa.

"Lau tak puas nanti abang datang KL jumpa adik kat sana.Adik dah tak boleh nak stay lama kat rumah ni.Panas!"Adriana cuba memejamkan matanya.

" Dik kenapa cakap macam tu.Tak baiklah.Ay..."belum sempat Idlan bercakap Adriana sudah memotong percakapannya.

" Dahlah bang.Adik tak nak bahaskan hal ni lagi.5 tahun abang takda kat sini.Apa yang berlaku pada adik,adik tanggung sendiri.Adik tak boleh nak terima apa yang ayah dah buat sekarang ni.Takpalah,abang pun dah balik boleh tengok-tengokkan ayah dan mak tiri abang tu.Dah adik nak tidur.Selamat malam!"Adriana terus menarik selimutnya menutupi hingga kepalanya.

Idlan mengeluh.Tak tahu cara apa lagi untuk memujuk adiknya.Dia pasrah. Harap suatu hari nanti Adriana dapat menerima Puan Kalsom dalam keluarganya ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience