Bab 3

Crime Completed 37520

 
TUALA berdarahnya terus dicampakkan ke mulut sinki yang sentiasa terbuka itu.  Bibir biru keunguannya sekadar diurut sambil mendesis sedikit.  Cermin yang boleh digelangsarkan untuk membukanya dibuka sekali tarikan. 

Gerakan bola mata memanjat ke  botol yang berteres tersebut, diambil segera lalu mengilaskan wajah beranak mata setajam belatinya ke arah pintu.

Apa guna ada isteri jika tidak boleh merawat lukanya itu.  Berdentum tatkala daun pintu menghempas dinding kamar mewah, namun penuh dengan noda serta luka itu.

“Sayang...”panggilnya.  Sepasang kaki bercelana,  terpacak tegak atas lantai permaidani dengan panahan melayang sekeliling.  Kosong.

Dahi lukanya berkedut membuatkan nada erangan terluah lagi.  Sakit.  Tapi hatinya lagi sakit, kala bola mata tajam miliknya hanya dapat menujah wajah pada cermin sahaja. Nyata dirinya sahaja yang ada dalam kawasan luas itu.

“Sayang, kau di mana? Janganlah main sorok-sorok dengan abang pula sayang.  Abang tak ada masa sayang...” 

“Sayang...” 

Ayunan kaki menghala ke arah almari dan mengukir satu senyuman penuh makna.  Makin rapat telapak tangan Lara menutup belahan bibir berulas limaunya di bawah katil itu. 

Apa yang berladung ditahan sehabis mungkin.  Dia mahu keluar dari situ secepat yang mungkin memandangkan peluang sudah ada.  Pintu tidak berkunci.

“Sayang...”  Sengaja  Ghazali memperlahankan rentak irama panggilan kerana mahu memancing isterinya itu agar lemah padanya. 

Perlahan-lahan tangan yang sudah tersua itu, menyentuh tombol pintu almari. Panjang garis yang terlakar di kanvas wajah.

“Sayang?”   Dengan penuh yakin bibir alunkan bicara setelah mulut almari ternganga luas.  Kosong.  Laju jemari berurat-urat miliknya menyelak  susunan baju kemeja, rakus.   Tetap tiada. Panjang nafas kasar yang ternada.  

Langsung paras yang panas membakar itu. Kilas semula ke bahagian belakang.  Busur mata tajam -menikam setiap jasad tak bernyawa dalam kotak kamar nan hening.

“Sayang?”  Nada kian kasar menemani bahang nyalaan tak berkilau nyata terasa di dada.

“Sayang, jangan cuba lari dari abang... sayang.  Abang dengan mudah boleh jumpa sayang semula... Sayang, keluarlah sayang.  Abang sakit ni sayang...” 

Lara yang tertiarap wajah di lantai bawah katil mereka berdua, seakan mahu putus nafasnya.

Matanya memanah kaki suaminya yang terpaku lama, di tepi ranjang.  Makin kuat dia mengatup belahan bibir berwarna biru keunguannya dari ternada.

Manik-manik peluh umpama lukisan mutiara di dahi.  Ketenangan yang diidami tak pernah kunjung tiba.

Bola mata, bagaikan mahu terjojol keluar dari relungnya. Tika dia melihat,  sepasang kaki bercelana itu dibengkokkan kepala lutut sedikit demi sedikit.

Namun...

“Sayang...”  Irama meleret perempuan seksi dalam keadaan mabuk.  Di sebelahnya pula, pembantu rumah Ghazali yang di wajah bergayutan setompok kebimbangan. 

Ghazali memanah tajam kedua-duanya dan paling tajam pada perempuan yang skirt nya sedikit lagi bakal naik.  Ulas bibir tebal nan kehitaman miliknya yang tadi tak berlekukkan,  kini  terukir indah umpama kudup  mawar. 

Sepasang tangan kekar di panjangkan, sebelum meraih jemari seruncing serai wanita seksi tersebut untuk membawanya ke  dalam dakapan.

“Kau boleh pergi... Ingat kalau ada yang mencari aku sekarang ini... katakan aku ‘sibuk’”  Tegas Ghazali lontarkan kata-kata. 

Dalam detik sama,  jemari berkuku yang tercelup pewarna merah berbahang menjalari ke setiap wilayah jajahan di dataran dada bidang Ghazali.

Lara pula tanpa rela,  terpaksa  melabuhkan pelipis mata menahan gelora di dada.  Sesak, sendat dan tersandung kekecewaan. 

Makin kuat dia baham bibir ukiran ulas limaunya,  tatkala terpaksa menjadi pendengar setia pada gurindam berkasih atas ranjang. 

Goncangan empat kaki ranjang menjadi saksi tautan jasad-jasad sudah tak berselindung. Jijik!

Dengan dia, Ghazali terlalu kasar.  Tapi jika dengan betina lain, bukan main bermadah berhelah lagi sampai dapat apa yang dia nak. 

Perlahan-lahan sepasang kaki telanjang di belenggu rantai besi, dipanjangkan untuk keluar dari bawah ranjang tersebut. 

Dia yakin jasad yang berlingkaran sebelah atas sedang lena.  Setelah penat berlayar dan mengharungi gelora badai di laut asmara dosa! 

Dan inilah masanya.

Ulas bibir munggil yang sudah dia basahi dengan liur dek terlalu dahaga,  terpaksa dia  katupkan semula dengan telapak tangan. 

Perlahan-lahan dia meninggikan tubuh yang tadinya terduduk atas lantai berpermaidani,  untuk tegak kembali setelah lama dia menahan asakan badai amarah di bawah ranjang berhenjutan.

Kepala yang terpanggung, meruntun hiba.  Sungguh tersayat hatinya laksana di hiris duri sembilu bila pandangan kelam tercampak ke arah suami sendiri,  wajah bersira madu Ghazali bagaikan menikam seketul daging merah kebasahan miliknya.

Sekeping hatinya hancur setelah jatuh terhempas  ke  lantai bumi, saat bola mata ralit memandang  suami  sedang berada dalam lingkaran tangan  perempuan lain bukan dia.  Isterinya yang sah yang tertinta atas  warkah perjanjian abadi.

Seperti mana kucing berjalan, begitulah dia kini. Terpaksa membina langkah sebegitu rupa untuk ke arah pintu, sambil itu gerakan bola mata tetap merenung bahagian belakangnya. 

Daun pintu cuba di tolak dahulu secara perlahan dan sesenyap yang mungkin.  Tidak mahu pula, mungkin berkunci.  Jasad yang menunduk diangkat, membangunkan dirinya. Sekali lagi, dia kilas lemah belakangnya dahulu.

Jemari seruncing serainya itu untuk menyerkup tombol lalu di pulas-pulas secara tak bernada.  Membaham belahan yang acapkali dia basahi dengan liur dengan kuat.

Kerisauannya bertalu-talu melekat di pangkal fikirannya. Bibit-bibit lampau tiada henti menghantui otak.

Lara memulas selagi mahu dengan tangan menggigilnya itu, enggan mengaku kalah.  Tombol tetap dipusing mengikut semua arah. 

Tidak kira arah jam, mahu pun lawan jam.  Yang pasti dia mahu buka mulut pintu dengan segera mungkin.

“Bukalah tolong...” pintanya mengandungi harapan nan tinggi melangit.  Jenuh ditekan-tekan, ditujah-tujah namun tombol tetap tak mahu berpusing. 

Tangan menjalar dari dalam pelukan tubuh wanita di sebelah, menuju ke atas lantai meja lampu dan mencapai telefon pintar. 

Langsung dibawanya ke telinga. 

Wajah basahnya panas terbakar dan berbahang, apabila pelupuk mata tadinya labuh, sudah tersingkap menaut pandang arah kamera kecil sedang bergerak ke arah jasad sedang membagi belakang, berdekatan pintu.

Jungkitan kecil dia hadiahkan dan perlahan-lahan dia bangun dengan menolak kasar tangan wanita yang satu selimut dengan dirinya itu, ke tepi dengan wajah penuh jijik. 

Tubuh kosong segera disaluti tuala, sebelum melangkah dengan tenang dan ada sesuatu yang sedang dia pegangkan kini.

Manakala pemuda berkacamata hitam yang masih lagi setia menanti dan memegang tombol pintu dari arah luar, bergerak pergi apabila telinga sudah menangkap bunyi senandung raungan. 

“Aku kan dah kata, ke mana saja kau cuba lari... aku tetap akan dapat tangkap juga sayang.  Kau nak ke mana lagi,hah?  Kau takkan dapat lari dari aku?”  Nada sindiran mengiringi panahan tajam ke lubuk iris Lara, isteri 'cagaran' nya itu.

Hujung tajam lidah belati nan berkilauan bermain-main pula di dada baju Larasati Aisya, sebelum perlahan-lahan belati tersebut membuat garisan panjang.

Krak!

Lara tidak mampu bergerak kerana sepasang tangannya sudah dilingkari rantai dandan besi nan tebal.

Leraian rambut ikal mayang yang mengigil di kucupi bayu penghawa dingin terus dicekak sambil mengugutnya agar jangan membuat bising, tak mahu perempuan atas katil itu tersedar. 

Dan Ghazali terus berdiri dengan tangan yang menggenggam secekak rambut isterinya itu, terus mengheret tubuh lesu itu secara terbalik.

Pintu bilik air ditendang.  Jasad isterinya diangkat, sebelum di bantingkan ke dalam kolam jakuzi. 

Daun Pintu berdentuman.  Pili air dibuka sehingga maksimum.  Ternganga Lara apabila tubuhnya itu, menerima terjunan air dari tiang mandian air hujan. 

Air makin memenuhi kolam jakuzi tanpa mahu buka lubang aliran keluar.  Tergeleng-geleng kepala Lara sambil merayu kelemasan, kerana air sudah terlalu banyak masuk ke dalam mulutnya. 

Dan yang meluncur laju ke terowong rengkung!

“To...long...a...ku...”  rayu Lara semakin tenggelam kepalanya dalam takungan air kolam jakuzi. 

Ghazali meluaskan semula bibir pintu dengan perempuan yang sama tanpa mahu mempedulikan keadaan isterinya yang makin sesak nafas, melakukan perkara terkutuk di depan mata.

“Wait for a while...”  ujar Ghazali kala wanita itu sudah meliang-liuk jasad polosnya. 

Hanya dengan sekali tarikan, kepala serta jasad Larasati Aisya ternaik atas lalu tubuh itu, diampung dan di dukung lalu membawanya keluar. 

Lara sudah tidak sedarkan dirinya lagi.

“Masuk!”  Tegas nada yang terluah tika lorong pendengarannya, diperdengarkan rentak ketukan. 

Setelah mata-mata yang berseragam hitam masuk ke kotak kamar, Ghazali mengarahkan mereka bawa jasad lesu isterinya, ke kamar lain. 

“Pastikan kamera semuanya berfungsi,”  Kata-katanya meluncur bersama renungannya yang tajam.

Dan dengan serta-merta mata-mata Ghazali yang sudah pun memimpin tubuh lesu serta basah kiri dan kanannya itu, mengangguk dengan laju sebelum bergerak keluar. 

Detik yang sama...

Paras yang tadinya memanah pandangan kini merudum ke lantai merah, berlalu pergi.  Dia tahu Lara sekali lagi, di seksa setengah mati oleh lelaki berhati durjana itu. 

Sungguh dia juga pelik, sedangkan selama ini Ghazali yang terkejar-kejar bila dah dapat, begini pula dia lakukan.

Jika sudah benci pada Lara kenapa tak lepaskan saja? 

“KAKAK, ini adik ni?”  Bicara terluah seperlahan mungkin.  Terpaksa berhati-hati juga, walau dia sudah berjaya merosakkan salah-satu kamera CCTV di laluan menuju ke kamar Larasati Aisya.

Pun begitu, oleh kerana dia sudah di ajar tentang serangan tanpa amaran dia tetap berwaspada dan sentiasa bersiaga.

“Pergilah.  Tak usah ambil tahu pasal kakak.  Kamu tak serik lagi ke kena dengan abang Ghaz kamu,hah?  Tolonglah pergi... Biarkan kakak sendiri.  Kakak  reda...” 

Suara itu, bagaikan mencurah cuka di kelukaan hatinya lagi. Lara dengan paras yang tersorok dalam keadaan tersembam ke kepala lutut tegak, merapat dan tangan melingkarinya.

Dia dengar irama mulut pintu ternganga namun dia tetap dalam keadaan sedemikian. 

Buat apa, bukannya boleh keluar atau lakukan apa-apa.  Pemuda juga berkot hitam yang sudah menanggalkan kacamata hitamnya, kini mengatup mulut pintu agar tidak ternganga.

Bahaya!

Setelah itu, dia memusingkan jasadnya dengan menghadap tubuh yang semakin kurus dan penuh dengan tumpahan pewarna biru keunguan serta cecair likat merah hitam.

Sarung bening bertangkai berisi roti, air serta ubat diletakkan di tepi Lara.  Lara memang tahu tujuan kehadiran jejaka itu. 

Namun tekaknya sudah tidak lalu untuk menjamah sebarang jenis makanan. 

Apatah pagi tadi, sekali lagi jasad lesunya menjadi 'kuda' tunggangan Ghazali sedangkan dia dalam keadaan uzur. 

Mahu melawan, dia di tendang.  Apa lagi pilihan yang dia ada? 

Hanya mampu menanggung sakit!

Tidak bagi, dia tetap mahu. 

Kadang-kadang, Lara semakin jijik dengan tubuhnya sendiri.  Tak ubah perempuan lorong belakang sahaja!

Dia tidak dilayan sepertimana isteri yang lain.  Apatah lagi makan pakainya.  Yang dia mahu hanya jasad polos Larasati Aisya.

“Kakak, tak mengapa kalau kakak tak mahu makan sekarang.  Kakak, cepat ikut saya.  Saya dah tak sanggup melihat akak terseksa lagi.  Cepat kakak kerana abang Ghaz di luar. Cepat kakak, kakak... saya tahu kakak juga mahu keluar dari neraka ini... Apa yang akan berlaku akak tak perlulah risau.  Tahulah saya.  Tolong, kakak bangun cepat!”

Larasati Aisya dipaksa bangun dan bila mahu mengungkap bicara dengan segera pemuda itu, patahkan dengan kata-kata penawarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kaseh Larasati dipaksa bangun dan bila mahu mengungkap bicara dengan segera pemuda itu, patahkan dengan kata-kata penawarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience