2

Family Completed 17149

Tengahari keesokan harinya, Aidil bersiap untuk ke kelas merangkap berjumpa dengan isterinya yang buat dia tidak lena terbayang si Fitri. Kasut canvas di sarung, menggalas beg di bahu terus mencapai kunci kereta namun pergerakkannya terhenti seketika.

"Eh, mana kunci?", tercari-cari di sekelilingnya.

"Pada mama", balas Puan Ros melangkah perlahan menghampiri anaknya.

"Ohh, ingat salah letak tadi", terasa lega melihat kunci di tangan mama.

"Memang salah letak. Ini siapa punya mama jumpa dalam kereta Aidil?".

Mata di renung untuk melihat dengan lebih jelas namun dia hanya mampu tersengih sebelum menjawab soalan dari mama.

"Ohh, tu member kelas punya. Semalam Aidil hantar dia ke as.. eh rumah rumah.. Dia kerja di rumah orang lepas habis kelas. Dia dah lambat", balas Aidil spontan mencipta alasan.

"Kerja rumah orang?. Sebagai apa ?, pembantu rumah?", soal mama ingin tahu.

"Isyh mama ni, Jaga orang sakit. Mama Aidil sudah lewat ni. Nak kunci", menadah tangan menanti kunci di hulur.

Matanya memandang mak Nik di belakang mama yang sedang sibuk mengemas.

"Oh, jaga orang sakit. Malam Jumaat depan ni bawa dia jemput dia datang. Kebetulan mama ada buat majlis".

"Eh, kenapa nak jumpa mama?", sedikit terkejut mendengar permintaan mamanya.

"Mama nak kenal. Mana tahu berkenan".

"Memang mama berkenan punyalah", balasnya sayup keluar dari rumah.

Sebaik selesai kelas Aidil bangun keluar sebelum Fitri keluar. Kertas kecil di selitkan sebaik melintasi Fitri. Fitri terus menggenggam kemas elak dari ada yang memerhati dan berlalu pergi.

"Aku tunggu di pagar perhentian bas depan asrama",

"Kenapa Fitri, suami ajak keluar ke?", soal Yen.

"Yea. Macamana yea?".

"Pergi je, pandailah aku dan Yen cover kau nanti pada yang lain".

Terima kasih korang", terasa lega untuk seketika.

"Orang dah ada imam Yen, kita bila lagi".

"Betullah, dengan rambut karatnya tu boleh pula mak Jah terima si Aidil tu".

"Ke sebab gaya Aidil yang mewah tu yang jadikan mak Jah terima. Padahal punya la dia menyampah dengan Fitri".

"Itulah namanya.... JODOH", serentak sambil ketawa mengusik Fitri sepanjang jalan.

"Perlahan gelak tu, suka sangat gelakkan orang", malu rasanya bila di ketawakan mereka.

Yen dan Shila sahabat karib Fitri yang sentiasa ada bersamanya sejak dari bangku sekolah lagi. Segala suka duka banyak dikongsi bersama-sama.

.........

Fitri, amboi berseri-seri pula aku tengok sejak kau balik dari kampung minggu lepas. Tahu la dah kawin, tak nak share ke husband?".

Bersembur air yang baru di teguh Fitri ke muka Yen, pada masa sama Shila terbatuk-batuk terserdak mendengar soalan dari akak sebiliknya. June hairan melihat keadaan mereka saat itu.

"Apa kena korang ni?, tak reti makan minum elok-elok ke?".

"Salah akak, dah kenapa minta si Fitri share husband dengan akak. Dah basah muka aku".

Yen bersuara sebelum bangun menuju ke sinki membasuh mukanya di siram sirap ais dari mulut Fitri.

"Entah, ingat suami Fitri apa nak di share dengan akak?", balas Shila mengelap mulutnya.

"Bukan, maksud aku gambar husband dia. Tak nak tunjuk ke?. Bukan ke dulu kau balik kata nak kawin. Nak juga tengok siapa gerangan yang takut kau di sambar orang".

Fitri menggeleng sambil mengelap begnya yang basah. Dia cuba menepis soalan kakak itu, baginya cukuplah Shila dan Yen kenal siapa suaminya. Dia tidak mahu kisah pengantin lelaki lari tersebar satu asrama.

Molek je mamat tu kak, tiada xcacat. Handsome tu emm, boleh la, boleh la... tapi tak tau la di mata akak", balas Fitri memandang kak June.

"Tengok gambar pun takkan tak boleh?".

"Fitri.... oii Fitri....kau kat sini rupanya. Puas cari, suami kau tunggu kau di depan. Dia call kau tak jawab, dia call aku suruh bagitahu kau".

Fitri dan yang lain terkejut bila dengar suara perempuan menjerit.

"Aahh sudah, aku lupa la. Beb, aku gerak dulu okay. Terima kasih Hawa".

Fitri terus keluar dari dewan makan dalam keadaan tergesa-gesa mendapatkan Aidil. Pada masa sama rakan-rakannya ketawa melihat gelagat Fitri.

Pintu cermin kereta di ketuk sebaik dia tiba di kereta yang berkunci. Fitri yang dalam keadaan termengah-mengah mendapatkan Aidil.

"Kau ni kan, mana pergi?. Lupa ke?".

"Maaf, saya memang lupa. Lepas habis paper terus balik asrama lapar", memandang Aidil yang tengah panas walaupun di dalam kereta.

"Lapar lapar.... Kan sebelum sebelum paper first lagi aku dah bagitahu kau hal malam ni, yang kau pergi keluar awal kenapa dengan Yen dan Shila. Aku tau la korang bijak", memarahi Fitri tanpa sebab munasabah.

"Maaf, salah saya. Kita nak ke mana?".

"Rumah kita, lagipun esok weekend kan. So kita ada dua hari sesi pengenalan diri".

"Eh, banyak la pengenalan diri. Sengaja tempah maut ke?", terasa bimbang melihat arah kereta itu meluncur pergi.

"Fitri, kalut sungguh kau ni. Kau juga kata kita boleh jadi suami isteri bila hujung minggu ataupun lepas cuti semester. Kau lupa".

"Memang. Tapi..".

"Sudah diam, lagipun kita dah selesai exam kan".

Fitri di bawa ke sebuah butik. Di mata Fitri butik itu seperti majoriti tetamu orang kayangan sahaja dan dia tidak layak berada di sini. Dia di arahkan memilih baju yang sesuai untuk ke majlis makan-makan kata Aidil. Fitri sekadar mahu memastikan baju yang dipilih dan dipakai selesa untuknya, tidak terlalu menonjol.

"Fitri, sudah ke belum?. Itulah dia perempuan bila siap", rungut Aidil di depan tuan butik.

Jubah yang tersarung di tubuh dirasakan cukup padan dengannya. Memandang cermin, terus keluar dari bilik persalinan. Aidil terdiam bila melihat Fitri memilih berjubah untuk berjumpa mama.

"Itu je," rungut Aidil.

"Yea, lagipun ini lebih selesa", balas Fitri.

"Cantik", memberi pujian ke isterinya.

Walaupun Fitri memakai pakaian yang ringkas, baginya cukup untuk menyerlahkan Fitri di majlis mama malam nanti.  Fitri tunduk sambil tersenyum mendengar pujian dari Aidil untuk pertama kalinya.

"Kira kak, baju dia akak bungkus je".

"Baiklah. Cantik kawan awak gayakan jubah ni dik. Sebenarnya jubah ni di tempah khas seseorang, tapi dia tidak jadi ambil", sambil tangannya melipat baju Fitri.

"Mesti orang tu tak secantik dia kan kak", sambil menghulurkan kad membayar.

"Aidil, berani kutuk saya?".

"Mana ada rungut", balasnya bersahaja.

........

Aidil membuka pintu kereta untuk Fitri. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah namun suasana tidak seperti majlis mama sebelum ini. Aidil dengan berani memegang tangan Fitri masuk ke dalam rumah namun suasana di situ sedikit kecoh.

"Aidil balik pun. Papa baru sahaja di kejarkan ke hospital".

"Apa berlaku pakcik?",terkejut dan memandang sekelilingnya.

"Papa jatuh pengsan sebaik majlis baru nak bermula. Mama Aidil pun ada di hospital ikut sekali".

Fitri diam mendengar satu persatu kisah yang berlaku sebelum mereka sampai. Rupanya inilah majlis yang di katakan minggu lalu. Ketika ini dapat lihat raut muka Aidil gelisah. Aidil terus menarik tangan Fitri keluar dan terus ke kereta menuju ke hospital.

Tiba di hospital Aidil mendapatkan mama yang berada di sisi papa terbaring kaku.

"Kenapa boleh jadi begini mama?. Apa yang berlaku sebenarnya?".

"Entahlah Aidil, papa tumbang kita majlis baru bermula. Tu siapa?", memandang Fitri di belakang anaknya.

"Dia Fitri yang Aidil sebut haritu".

Fitri terdiam, bagai tidak percaya dengan apa yang di dengar sebentar tadi. Aidil cerita apa hal dirinya pada mamanya sedang tadi dia menghulurkan tangan utuk bersalam langsung tak di balasnya.

"Aidil jangan terkejut, doktor sahkan papa jantungnya lemah. Papa tak dapat buat kerja berat lagi".

"Allahhuakhbar".

"Siapa nama awak?", soal mamanya.

"Saya Fitri auntie", balasnya ringkas.

"Fitri yea. Kebetulan Fitri ada di sini, boleh auntie berbual dengan Fitri seorang di luar".

Aidil memandang muka mamanya dan di selangi memandang Fitri. Entah kenapa mama seperti mahukan sesuatu dari Fitri. Fitri hanya mengangguk membalas soalan dari perempuan itu.

"Aidil tunggu papa yea. Mama nak keluar dengan Fitri sekejap".

Aidil mengangguk dan mengukirkan sedikit senyuman. Fitri dan Puan Ros duduk di kerusi ruangan menunggu.

"Fitri sama kelas dengan Aidil ke?".

"Yea auntie, kami sekelas".

"Hari ni hari last exam right?".

"Yea, betul".

Cuba melawan perasaan gemuruhnya itu. Dia berharap tiada masalah bakal timbul waktu ini.

"Fitri masih kerja ke bila cuti semester atau balik kampung?".

"Huh, kerja?. Apa maksud perempuan ni", terkejut mendengarnya dan berbisik di salam hatinya.

"Aidil kata haritu dia tumpangkan Fitri ke tempat kerja. Katanya kerja hujung minggu. Jika tak keberatan auntie nak Fitri kerja dengan auntie, tambah pula Fitri akan cuti nanti kan. Jangan risau auntie akan bayar lebih mahal dari majikan Fitri yang dulu. Auntie cuma nampak Fitri sorang jea buat masa ni".

"Apa ni?, kerja apa. majikan, bayar mahal. Apa yang Aidil merepek di depan mamanya bercerita hal aku ni. Sumpah langsug tak faham", sekali lagi dia tertanya-tanya sendirian di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience