Bab 22 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~I passed the hardest moment alone while everyone thought i was fine.~

Seluruh tubuh Eshal mengeletar, bergegar habis. Berlaga bibirnya menahan ketar. Tiba-tiba rasa tubuhnya seram sejuk. Kedua tangan Eshal naik berpeluh tubuh. Digosok kedua belah lengannya. Hakikatnya dia tidak kuat untuk terima pengakuan sejujur ini dari Tengku Naina tentang kisah arwah ibu dan ayahnya. Eshal naikkan lagi tangannya, meraba pipi kanannya. Serta merta ingatannya merewang kepada kejadian 10 tahun lepas. Peristiwa hitam itu.

2008.

"Jadi... Kau Tuan Maisarah ya? Anak Tuan Marlia dan Tuan Mahmud?" Lelaki bengis itu bertanya dengan angkuhnya seraya berjalan mengelilingi Sarah.

Sarah menarik sedikit mukanya ke belakang, menikus. Itu sahaja yang dia boleh lakukan dengan celah mulutnya diikat dengan kain dan tangannya diikat di belakang kerusi. Pipinya sudah bengkak ditampar berulang kali oleh Datin Joanne sebelum Datuk Waazin muncul. Bibirnya juga sudah luka berdarah.

"Keturunan Marlia masih ada rupanya. Aku ingatkan kau sudah mati sama macam orang tua kau. Tapi... cantik rupanya anak Marlia ni..." gumamnya seraya mencengkam dagu Sarah supaya mendekat dengannya. Dia mahu tenung wajah itu secara dekat. Kalau ikutkan wajah Marlia, Marlia memang cantik. Ayu. Sebab itu adiknya tergila-gilakan perempuan bodoh itu! Huh!

Lihat raut itu, matanya tidak mampu menipu. Anak Marlia ini memang cantik. Lagi cantik dari Marlia, Bibirnya dijilat geram, ada bisikan jahat bertandang. Ibu jarinya menyentuh bibir Sarah yang bengkak itu. Bunyi sesuatu terjatuh menyebabkan matanya dikerlingkan kepada anak terunanya yang sedang diikat dihujung penjuru bilik itu dalam keadaan berdiri. Tangannya diikat menjulang ke atas. Kelihatan kepala anak terunanya itu menggeleng perlahan tidak mengizinkan dia melakukan sebarangan ke atas Sarah.

Keadaan anak teruna sulungnya itu lebih kurang dengan Sarah. Terikat dan lemah tidak berdaya selepas dibalun cukup-cukup oleh orang-orangnya sebaik sahaja Waeez dan Sarah ditemui dan diseret dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiga hari lepas. Wajah tampan itu bengkak disana sini. Darah juga mercik merata. Sesetengah tempat ada bau hamis, bau darah dari keduanya.

"Kenapa Waeez? Kau sayang perempuan ni?"

Waeez mengangguk lemah. Tidak beradaya. Tak sangka ayahnya sanggup buat dia begini.

"Sayang juga kau dengan perempuan ni ya? Kau cinta dia? Tapi kau tak tahu ke perempuan ni ada skandal belakang kau?" provok Datuk Waazin.

Waeez menggeleng, menipu padahal dia tahu Sarah ada hubungan dengan lelaki lain dibelakangnya. Tetapi dia tidak pernah salahkan Sarah dan Eshan sebaliknya dia akui itu salahnya. Dia yang tidak pandai menjaga dan melindungi kekasih hati sehingga Sarah boleh mengharapkan kepada yang lain.

"Sayang? Kau tahu tak aku paling benci dengan perempuan yang acah-acah suci, acah-acah alim padahal dia tak ubah seperti pelacur! Betina murahan! Kau sama macam mak kau! Sama macam ayah kau!" Rambut Sarah ditarik dan ditolak dengan kasar berulang kali sehingga naik lembik Sarah dikerjakannya. Jeritan Waeez tidak dipedulikan malah makin galak dia perlakukan Sarah begitu. Perbuatan itu terhenti bila salah seorang anak buat Waazin datang memaklumkan isteri bossnya itu sedang memanggilnya. Sekali lagi dahi Sarah ditunjal kuat sebelum dia pergi meninggalkan ruangan itu.

"Sarah..." Waeez menyeru nama Sarah perlahan. Suara itu kedengaran cukup lemah. Cukup penat. Sudah tiga hari sebenarnya mereka berdua dikurung di bilik bawah tanah ini.

Sarah menyahut dalam hati. Bola matanya dibuka perlahan-lahan. Kelopak mata terasa sakit. Ada luka juga sebenarnya di mata Sarah. Kuatnya penangan tumbukan dari Datin Joanne. Nampak sangat perempuan itu membalas segala dendamnya akibat dari perbuatan Eshan terhadapnya tempoh hari.

* * *

2018. Rumah Perlindungan Raudah.

Munir keluar dari kereta mewah majikannya sebaik sahaja terpandangkan sosok tubuh temannya, Andy yang sedang menunggu ketibaan mereka bertiga di tempat yang dijanjikan.

"Andy!" jerit Munir.

Andy yang masih tidak perasankan ketibaan Munir itu deras sahaja menoleh bila namanya dilaungkan oleh sahabatnya.

"Munir!" Andy bingkas bangun dari tempat duduknya. Laju saja kakinya menapak ke arah Munir. Seketika mereka ber'brother hug'.

"Kau apa cerita? Lama betul kau tak contact aku. Lupa kawan ke kau ni..." Andy berseloroh seraya tumbuk bahu Munir.

Munir tergelak kecil. Masih pekat dialek Sabah Andy ni walaupun sudah bertahun berada di Semenanjung. Dia dan Andy sama-sama berasal dari negeri dibawah bayu sana, lebih tepat lagi mereka berdua satu kampung. Cuma dia yang datang ke Semenanjung Malaysia terlebih dahulu sebelum Andy demi mencari rezeki bagi menampung pengajian adik-adiknya di sana. Bertahun dia di sini baru dia mendapat tahu Andy juga telah berhijrah ke sini dengan Puan Diana James atau Kesuma Abdullah atas arahan Nuh Jazmin atau lebih tepat lagi dengan gelaran nama NJ. Munir juga tahu Andy sudah lama berkhidmat dengan keluarga pewaris The James Lagecy itu.

"Aku kerja la Andy. Kita sama-sama sibuk kan." Cepat saja Munir menyangkal dakwaan temannya itu.

"Iya lah kau ni. Kalau bukan ada sebab nak jumpa dengan Doktor Jue, tak mungkin kau akan sampai sini kan?"

Munir ketawa saja dengar bebelan Andy.

"Aku datang sini atas arahan boss aku, Andy. Kalau bukan sebab dia, aku pun tak tahu bila kita boleh jumpa macam ni. Kau pun tahu tugas orang macam kita ini macam mana. Jaga nyawa orang itu sudah jadi nombor satu walaupun nyawa sendiri tergugat."

Andy yang sudah sedia maklum itu cuma menjatuhkan kepalanya berkali-kali. Setuju dengan jawapan Munir itu.

"Aku cuma mahu tahu, apa kaitan dengan Doktor Juwita?"

"Boss aku cuma mahu sedikit confirmation. Kau betul-betul kenal Doktor Jue ke Andy?"

"Eh mestilah aku kenal dia. Doktor tu rawat Aunty Kesuma di sini."

Dengar nama itu meniti di bibir Andy, Munir tepuk dahi. Lupa pula dia untuk tanya khabar nenek majikan Andy. Kesuma Abdullah itu siapa yang tidak kenal? Wanita pertama yang berjaya dimata Asia setaraf dengan mendiang suami wanita itu iaitu Albert James. Tapi sayang kisah keluarga mereka berakhir dengan kisah yang sungguh tragis. Ada banyak kisah, tapi sayangnya pihak media tidak berjaya untuk membuat liputan secara menyeluruh. Mata kebenaran berjaya dikaburi dengan harga rasuah bernilai jutaan ringgit bagi menutup kisah htam itu.

"Aunty apa khabar?"

"Dia sihat. Cuma akhir-akhir ini dia rindu dengan NJ." Nada itu kedengaran sedikit sayu.

"NJ..." sebut Munir perlahan, namun cukup bermakna. Dia kenal NJ. Cukup kenal walaupun tidak sempat untuk menabur bakti kepada lelaki itu.

"NJ baru pulang dari London. Dia ada di Terengganu sekarang ni dengan keluarga angkatnya," beritahu Andy walaupun tidak dipinta. Dia boleh percayakan Munir.

"Dia tidak datang sini?"

Andy menggeleng perlahan.

"Bahaya... NJ pulang pun JR ndak tahu. Harap-harap biarlah kekal begitu. NJ mahu datang sini tapi keadaan masih bahaya. Aku ndak mahu aunty pula diapa-apakan," keluh Andy dihujung ayatnya.

"InshaAllah. Kita sama-sama jaga diorang. Kau dengan dia, aku dengan boss aku. Kisah orang kaya-kaya ni kadang-kadang lebih rumit dari kita. Duit bukan segalanya Andy."

"Betul tu Munir. Cukup saja aku tengok keluarga NJ. Buat aku terfikir kita ndak mewah pun tak apa kalau itu harga yang perlu dibayar."

Munir senyum segaris dengar komen dari Andy.

"Sini kau, aku kenalkan sama boss aku." Munir bawa Andy ke kereta. Dalam masa itu juga pintu kereta di bahagian tempat duduk belakang dibuka dari dalam. Seorang lelaki yang segak dalam pakakan kasual itu melangkah keluar. Pintu kereta di bahagian hadapan juga dibuka.

"Boss... ini Andy." Munit kenalkan Andy kepada majikannya, Eshan Maisur dan Adham tatkala kedua lelaki itu sudah berdiri tegak dihadapannya.

"Andy, ini boss aku... Tuan Eshan dan itu Adham."

Mereka bersalaman, saling bertukar senyuman.

"Andy ni sudah lama di sini boss... Dari tahun 2011 lagi kan kau disini?"

Andy mengangguk laju. Memang itu kenyataannya.

"Jadi dia boleh tolong kita?" Tanpa ragu Eshan bertanya. Cepat selesai urusannya, cepat boleh balik ke Kuala Lumpur. Tidak selesa tinggalkan umi dan kakaknya lama-lama di sana tanpa pengawasan dari sesiapa.

"InshaAllah boleh." Munir lirik matanya kepada Andy yang terangguk-angguk itu.

"Sebenarnya apa yang Tuan mahu sa...."

"Andy..."

Nama Andy diseru oleh seseorang, mereka berempat menoleh ke belakang. Seorang perempuan yang agak berusia berdiri tidak jauh dari mereka sedang merenung Andy dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Mungkin dia tertanya-tanya Andy sedang bersembang dengan siapa di luar. Andy toleh sekilas kepada Munir dan yang lain sebelum bergerak kepada Kesuma Abdullah.

"Ya.. aunty?" Tangan Kesuma dicapai. Andy cukup lembut menyantuni Kesuma yang sudah dianggap seperti neneknya sendiri.

"Siapa? NJ ke?" Terus Kesuma bertanya. Matanya dikerdip berulang kali. Matanya sudah kabur, tidak dapat lihat dengan jelas siapa yang sedang berdiri diluar sana.

Munir berpandangan dengan Andy. Faham kenapa Andy rasa serba salah dengan Kesuma.

"Bukan aunty. Diorang ini kawan aku. Kawan dari sana juga bah. Aunty kenapa keluar? Sini panas." Andy gamit Munir dengan matanya. Tangannya pantas saja memimpin tangan Kesuma membawa masuk Kesum ke dalam Rumah Perlindungan Raudah. Munir angguk tanda faham dengan isyarat itu lalu mempersilakan Eshan dan Adham mengekori Andy masuk.

* * *

Mereka bertiga menanti kehadiran Andy di ruang tamu setelah lelaki itu menghantar Kesuma Abdullah ke biliknya.

"Assalamualaikum..." Bonda Azian, selaku penaung Rumah Perlindungan Raudah memberi salam. Dia sudah pun sedia maklum dengan kehadiran Tengku Eshan Maisur dan kawan-kawannya ke sini oleh Andy.

"Waalaikummusalam.." Eshan terlebih dahulu menjawab salam itu.

Bonda Azian ukir senyuman segaris sebelum melabuhkan duduknya di hadapan jejaka tampan bertiga itu.

"Maaf kalau kedatangan kami ini mengejutkan Puan dan seluruh rumah ni..."

Bonda Azian menggeleng kecil.

"Tak ada apa. yang menyusahkan. Kami warga Raudah sangat mengalu-alukan kedatangan anak-anak semua. Tapi jangan panggil Bonda, Puan... Panggil saja Bonda," ujar Bonda Azian ramah. Sungguh pun dia sangat menerima kehadiran tetamu yang sudi berkunjung ke teratak Raudah ini.

Sekali lagi mereka bertiga saling berpandangan.

"Maaf bonda bertanya, Andy ada bagitahu bonda.. Kamu bertiga datang ke sini mahu berjumpa dengan Doktor Juwita, ya?"

"Ya bonda. Memang itu tujuan utama kami." Adham menjawab bagi pihak Eshan.

"Sebenarnya Doktor Jue tak ada dekat sini sekarang. Dia ke rumah salah seorang pesakit dia. Tapi petang nanti dia balik."

Eshan keluh kecewa. Orang yang mahu berjumpa tidak ada pula.

"Lama ke dia pergi bonda?" Adham yang perasankan riak bossnya berubah, segera bertanya.

"Dah lama dah. Sekejap lagi dia balik. Boleh Bonda tahu apa yang kamu mahu dari Doktor Jue?" Penuh berhati-hati Bonda Azian bertanya takut juga kalau tetamunya tidak selesa dengan pertanyaannya.

Bonda Azian cuma bertindak melindungi semua kakitangan dan ahli penghuni rumah perlindungannya. Kalau boleh dia tidak mahu sesiapa pun cuba mengambil kesempatan ke atas kekurangan dan kedaifan yang ada dalam setiap diri ahli Rumah Perlindungan Raudah. Setiap jiwa berhak untuk mendapat perlindungan. Kalau orang diluar sana tidak sudi, dia sanggup menghulur tangan membantu tanpa mengira pangkat dan darjat.

"Sebenarnya kami..."

"Bonda!"

Bonda Azian bingkas bangun dari duduknya bila namanya dijerit begitu oleh salah seorang penghuni rumah perlindungannya. Mirza terus terkam Bonda tanpa memperdulikan di situ ada tetamu Bondanya.

"Kenapa Mirza?" Bonda turut panik melihat Mirza kelam kabut begitu.

"Tehah... Tehah..." Mirza tidak jadi meneruskan ayatnya. Panik punya pasal. Matanya baru menangkap tiga pasang mata teruna yang turut sama memandangnya.

"Kenapa dengan Tehah?" Sekali lagi Bonda bertanya, digoncaang bahu Mirza. Cemas dia dengar Mirza menyebut nama Tehah atau nama penuhnya Tengku Fatihah binti Tengku Faisal. Tengku Fatihah itu diantara senarai ahli yang terbaru masuk ke sini. Dia dibawa oleh ayah dan ibunya, Tengku Faisal dan Tengku Fauziah ke sini 3 bulan lepas.

"Tehah cuba bunuh diri Bonda!" raung Mirza. Terketar-ketar bibirnya saat menuturkan ayat itu.

"Allahu Akhbar Tehah!" Bonda bingkas bangun lalu membawa diri ke ruangan yang menempatkan bilik pelajar perempuan.

Eshan, Munir dan Adham saling berpandangan. Terkedu dengan drama sebabak yang sedang ditayangkan. Beginikah suasana di rumah perlindungan?

Sesaat itu juga Andy muncul.

"Bunyi apa bising tadi? Mana bonda? Dia sudah keluar ke belum?" Andy yang masih terpinga-pinga itu bertanya.

"Bonda sudah keluar tapi masuk balik. Tadi ada budak perempuan datang bagitahu ada budak cuba bunuh diri," beritahu Munir.

"Tehah?"

Munir menangguk tapi sedikit hairan bila muka Andy itu tenang-tenang saja seperti itu bukan perkara yang baru baginya.

"Kau kenapa?"

Andy jongket bahu sambil cebik bibir. Sudah biasa sangat perkara sebegitu terjadi kepada ahli baru. Mana orang lain boleh tahan duduk sini lama-lama. Rumah serba kekurangan ini siapa yang boleh tahan?

"Andy, tadi bonda bagitahu Doktor Jue tak ada, dia ke rumah pesakit dia."

"Doktor Jue memang macam tu. Suka lawat bekas pesakit dia. Orang macam Doktor Jue tu patut diberi tokoh doktor yang berwibawa. Sanggup buat apa saja asalkan pesakitnya sembuh. Sudah berpindah ke Terengganu pun masih luangkan masa datang ke sini demi rawat pesakit dia yang ada dekat sini." Jelas Andy.

"Kau sudah lama kenal Doktor Jue?" Giliran Eshan bertanya sejak diam saja dari tadi.

"Lebih kurang tempoh aku stay sini la. Dalam 7 tahun lebih."

"Dia orangnya macam mana?"

Andy kerut kening dengan soalan Eshan

"Maksudnya?"

"Aku cuma mahu tahu, dia orangnya macam mana."

Berkerut kening Andy.

"Aku tak faham lagi. Sebenarnya apa yang boss mahu dari Doktor Jue?"

Eshan kemam bibir, berfikir sejenak. Apa yang dia mahu jelaskan ya? Kalau dia cerita boleh ke Andy percaya?

Muncul lagi nama lain. Tengku Fatihah binti Tengku Faisal. Rasanya ada yg masih ingat ke dia? Hihi.. Tq to all the readers. HV

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience