WAJAH ayahnya, Tuan Haji Anuar direnung lama, sesungguhnya hatinya kuat memberontak supaya menolak arahan dari Dato' Arsyad siang tadi. Azwan sedar jika dia menolak, sudah tentu dia juga yang akan mendapat kesusahan.
"Azwan, kenapa renung ayah macam tu?" tegur Tuan Haji Anuar setelah mendapati anaknya yang duduk di tangga itu merenung lama ke arahnya.
"Hmm..."
Azwan hanya mengeluh seraya bingkas bangun dan melangkah kaki menapak di hadapan ayahnya yang duduk di kerusi berhadapan dengan televisyen.
"Ayah, Azwan sebenarnya..." Berat rasa hatinya untuk meninggalkan ayahnya seorang diri di rumah.
"Sebenarnya apa Azwan?" Tuan Haji Anuar bertanya sambil merenung muka Azwan lama.
"Ayah, esok... Azwan kena pergi ke Pulau Pangkor, Perak. Tapi Azwan tak tahu... Azwan kena pergi berapa hari," jawab Azwan perlahan sambil menundukkan kepalanya.
"Oh... sebab itu rupanya, Azwan pergi dengan siapa?" soal Tuan Haji Anuar lagi.
"Anak Dato' Arsyad, ayah... Azwan rasa berat hati nak tinggalkan ayah seorang diri dekat rumah ni, lagipun kesihatan ayah bukannya baik sangat akhir-akhir ni," ujar Azwan sambil merenung ayahnya.
"Alah... Azwan tak usah risaulah... Ayah sihat aje ni... Lagipun Azwan pergi ke situ atas sebab kerja, kan?" soal Tuan Haji Anuar sekali lagi.
Azwan tidak menjawab, tetapi hanya mengangguk. Ayah... Azwan pun tak pasti lagi, Azwan pergi ke situ atas urusan kerja ataupun tak...
"Azwan jangan Risau... Wan ada call ayah petang tadi, katanya malam ni dia balik, dia terpilih untuk menghadiri kursus di Kuala Lumpur ni satu minggu katanya... Jadi, Azwan tak perlu risaukan ayah ye," ujar Tuan Haji Anuar dengan nada yang ceria.
Azwan terlopong.
"Hah? Betul ke ni ayah?" soal Azwan, serta-merta senyuman terukir di bibirnya.
"Yelah... pernah ke ayah tipu anak-anak ayah sebelum ni?" soal Tuan Haji Anuar sambil tersenyum.
"Jadi... Azwan tak perlu risau dengan ayah tinggal sendirianlah... Sebab Adik Wan kan ada temankan ayah! Hehehe," balas Azwan sambil tersengih macam kerang busuk di hadapan ayahnya itu. "Jadi, Adik Wan sampai KL ni dalam pukul berapa?"
"Kalau tak silap ayah, tadi Wan cakap kalau flight dia tak delay, dalam pukul sembilan malam ni sampailah kot. Ha... lupa pulak, Wan minta Azwan tolong jemput dia di KLIA 2 katanya," jawab Tuan Haji Anuar panjang lebar.
Azwan segera bangun dari kerusi.
"Eh? Azwan nak pergi ke mana pulak ni?"
"Azwan nak mandi sekejap, lepas tu Azwan nak pergi KLIA 2, ayah... Nak pergi jemput adik Wan. Azwan dah rindu sangat dekat Adik Wan tu... ayah pun jomlah ikut sekali!" jawab Azwan berseloroh.
"Okey! Ayah pun nak ikut sekali" jawab Tuan Haji Anuar dengan senang hati.
??????
SERONOK, risau, terpaksa. Itulah yang Azwan rasakan sekarang. Sesungguhnya Azwan sudah jatuh hati pada Hanna Nadira semenjak dari hari pertama dia bekerja di Firma Dato' Arsyad lagi.
"Hai... Kenapalah aku juga yang kena heret beg bagasi dia ni?" mengomel Azwan sambil menarik beg bagasi milik Hanna Nadira dan juga beg bagasi milik dirinya sendiri.
Hanna Nadira sudahpun berjalan jauh di hadapan, manakala Azwan pula ditinggal jauh di belakang.
"Cik Hanna! Kalau ye pun nak cepat, tunggulah saya ni!" Azwan meninggikan suaranya memanggil Hanna Nadira, namun semakin Azwan memanggil, semakin laju langkah kaki gadis manis itu meninggalkan jejaka tinggi lampai di belakang.
"Alahai dia ni... nasib baik Cik Hanna ni cantik, kalau tak, jangan haraplah aku nak tolong angkat dan tarik beg dia ni!" bebel Azwan seraya melangkah kaki dengan lebih laju dari tadi untuk mengejar bidadari syurganya itu.
??????
TUBUHNYA dilabuhkan di atas tilam yang empuk, setelah kepenatan memandu dari Kuala Lumpur sehingga Pangkalan Lumut, perak. Semasa di dalam feri tadi pula dia terlelap akibat kepanatan. Ditambah lagi terpaksa menjadi orang suruhan kepada Hanna Nadira setibanya mereka berdua di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor ini.
"Hai Hanna Nadira... nasib baiklah kau ni cantik orangnya... tapi sayangnya kau ni garang! Hmm... aku tak tahulah apa motif Dato' Arsyad nak sangat aku kahwin dengan kau ni, Hanna..." Azwan bermonolog.
Ketika Azwan sibuk melayan matanya yang sudah layu itu, telefon bimbitnya tiba-tiba sahaja berdering, segera dia menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil.
"Helo..." Suara Azwan seperti tenggelam timbul akibat mengantuk yang teramat.
"Azwan, macam mana? Semuanya berjalan dengan lancar ke?" sahut suara garau si pemanggil.
Sebaik sahaja Azwan mendengar suara garau si pemanggil itu, tubuhnya dengan spontan bangkit duduk di atas katil.
"Eh! Dato' Arsyad?" soal Azwan sambil tersengih-sengih macam Kerang busuk.
"Azwan... Anak gadis saya tu, saya serahkan pada awak buat masa ni. Awak wajib menemani dia di pulau tu!" Dato' Arsyad berkata.
Azwan hanya mendengar sambil jarinya ligat memicit-micit pelipis dahinya.
"Dato', berapa lama saya dan Cik Hanna kena stay di pulau ni?" Azwan bertanya.
"Bergantung kepada keadaan. Jika Azwan berjaya melembutkan hati anak gadis saya tu dengan cepat, maka dengan cepat jugaklah kamu berdua balik ke sini semula," jawab Dato' Arsyad sebelum menamatlan talian.
"Apalah orang tua ni... Dah tahu anak dia tu dah ada boyfriend sendiri, apa salahnya kahwinkan ajelah mereka berdua tu! Ini tidak, ada ke patut dipaksanya anak dia tu kahwin dengan aku!" monolog Azwan sambil merenung skrin telefon bimbitnya itu.
Azwan bingkas bangun seraya berjalan menuju ke arah balkoni. Kebetulan pada masa yang sama, Hanna Nadira juga berdiri termenung di balkoni bilik sebelah.
"Eh? Cik Hanna!"
"Ya, ada apa?" sahut Hanna Nadira sambil matanya memandang ke arah swimming pool di resort itu.
"Azwan, awak mesti dah tahu, kan? Kenapa papa nak kita berdua stay di pulau ni? Baik awak ceritakan sebelum saya datang hantu!" kata Hanna Nadira seraya menoleh memandang tepat ke arah Azwan dengan renungan yang tajam mengalahkan renungan helang. Azwan kelu lidah untuk berkata-kata sebaik sahaja melihat pandangan mata Hanna Nadira yang sangat menggoda baginya.
"Azwan! Jawablah!" Agak tinggi suara Hanna Nadira ketika itu.
"Hmm... Saya pun tak tahulah Cik Hanna. Tapi saya tertanya-tanya jugak... kenapa Dato' beriya-iya sangat nak kahwinkan Cik Hanna dengan saya? Padahal saya dan Cik Hanna masih baru aje kenal!" Azwan menjawab soalan dari Hanna Nadira itu dengan soalan.
"Huh! Kahwin dengan awak? Jangan nak mimpilah! Memang takkan punya!" jawab Hanna Nadira dengan angkuh.
Azwan tersenyum mendengar jawapan itu. Namun dalam hati Azwan ketika ini umpama sebuah taman yang subur dengan bunga-bungaan yang mekar di dalam hatinya sudah disembur dengan semburan racun.
"Saya pun tak hingin nak kahwin, lebih-lebih lagi dengan orang macam Cik Hanna ni... Darjat kita ni jauh berbeza. Jauh panggang dari api, Cik Hanna!" Azwan cuba menjawab kata-kata Hanna Nadira itu dengan angkuh juga.
Nah! Ambil kau... geram pulak aku dengan kelantangan mulut laser perempuan ni, gumam Azwan dalam hati.
Hanna Nadira terus memuncungkan bibirnya seraya menapak masuk semula ke dalam biliknya. Azwan tersenyum melihat tingkah Hanna Nadira ketika itu.
Kalau betullah si Hanna itu adalah jodoh untuk aku, akan aku jaga dan sirami hati dan perasaan Hanna dengan kasih sayang dan cintaku pada Hanna. Hanna... Sebenarnya aku dah jatuh cinta pada kau semenjak kali pertama kita jumpa dulu, hati ni sudah terpaut padamu, Hanna! Azwan bermonolog dalam hati.
??????
SUDAH satu minggu Azwan dan Hanna di Pulau Pangkor. Malam itu Azwan tidak keluar dari biliknya, dia hanya mengikut arahan dari Dato' Arsyad sahaja, lagi pula Hanna juga menyatakan bahawa malam itu dia hanya nak berehat di dalam biliknya sahaja, jadi tiada sebab untuk Azwan keluar dari biliknya pada malam itu.
"Hai... bosan pulak aku duduk terperap aje dalam bilik ni. Si Hanna tu pulak entah apalah yang dia buat? Hmm... bosannya!" monolog Azwan di dalam bilik itu.
Jarinya tidak berhenti dari menekan butang alat kawalan jauh itu. Semua channel asyik menayangkan cerita yang membosankan baginya. "Dah satu minggu aku duduk di pulau ni... Hanna pun bukannya peduli sangat dengan keberadaan aku dekat sini! Terasa seperti orang asing aje."
Azwan kembali melabuhkan tubuhnya di atas katil yang bersaiz queen itu. Kedua tapak tangannya diletakkan di belakang kepalanya, Dia merenung siling bilik itu. Esok Adik Wan balik semula ke Kuching, nampaknya aku tak dapatlah nak jumpa adik kembar aku tu! Ayah pulak... Ayah, Azwan harap ayah sihat. Monolognya dalam hati. Dia mengerling pula ke arah pintu kaca menghadap swimming pool. Kalau ayah dan Adik Wan tahu yang aku akan berkahwin, macam mana agaknya reaksi mereka? Ayah pasti gembira. Adik Wan pulak pasti dia akan melopong!
Senyuman terukir di bibir membayangkan wajah adiknya.
Sedang Azwan termenung mengelamun di atas katil itu, tiba-tiba sahaja gegendang telinganya diterajang oleh satu suara yang sangat dikenalinya seperti sedang memarahkan seseorang. Azwan bingkas bangun dari katil seraya berjalan menuju ke arah pintu.
Itu suara Hanna!
Nak pergi ke tak? Hmm... kalau aku pergi tunjuk muka, karang tak pasal-pasal aku pulak yang terkena maki hamun dengan Hanna!
Siang tadi juga Azwan sudah pun terkena hambur oleh api kemarahan Hanna, dia sendiri tidak tahu kenapa asyik dia sahaja yang menjadi mangsa. Azwan segera merapatkan telinganya di daun pintu untuk mendengar apa yang sebenarnya berlaku.
"Pergilah! Jangan sesekali muncul dalam hidup Hanna lagi!" tengking Hanna Nadira.
"Hanna, I dengan Shima tak ada apa-apapunlah..." balas suara garau seorang lelaki.
"Huh! Tak ada apa-apa ya! Habis? Ni yang tercegat berdiri memeluk pinggang You tu... tak ada apa-apa You cakap?!" soal Hanna Nadira dengan nada sebak.
"Hahaha! Sorry ya Cik Hanna Nadira, actually I dengan Amir Raizil ni memang sudah lama berhubungan, kan sayang?" Suara perempuan pula menyampuk.
Azwan yang mendengar suara Hanna Nadira, bidadari syurganya itu seperti sedang menangis segera memulas tombol pintu biliknya seraya menapak keluar untuk mendapatkan Hanna Nadira.
Betul! Hanna sedang menangis dan di hadapannya ada seorang lelaki dan seorang gadis sexy!
Azwan terus menghampiri Hanna Nadira. Namun dengan tiba-tiba gadis itu menyembamkan kepalanya ke dada bidangnya.
"Cik Hanna? Kenapa ni?" soal Azwan, malas Azwan nak ambil tahu pasal dua ekor makhluk di hadapannya itu.
Melihat gadis idamannya itu menangis, Azwan segera memeluk Hanna Nadira dengan erat.
Amir Raizil yang tergamam melihat pemandangan di hadapannya itu segera meraih tangan Hanna Nadira namun ditepis kuat oleh Azwan.
"Kau siapa bro? Senang-senang aje nak peluk girlfriend aku?!" tengking Amir Raizil.
Azwan merenung Amir Raizil dan Intan Rashima di hadapannya itu dengan pandangan kosong.
"Hmm... aku rasalah, baik kau cermin diri kau tu dulu bro, kau mengata aku, tapi cuba kau lihat diri kau sendiri tu dulu!"
Pinggang Amir Raizil masih erat dan kemas dalam pelukan Intan Rashima.
"Not your business bro!" jawab Amir Raizil ringkas.
"Huh! Not my business? Okay then, jadi... salah ke aku peluk bakal isteri aku semasa dia sedang berada dalam kesedihan?" balas Azwan sambil mengeratkan lagi pelukannya itu.
Amir Raizil dan Intan Rashima terlopong selepas mendengar ayat-ayat yang diungkapkan oleh Azwan itu.
Hanna Nadira masih menangis semahu-mahunya di dalam pelukan Azwan. Diusapnya lembut rambut Hanna Nadira.
"Cik Hanna... Maaf, saya terpaksa cakap macam tu..." bisik Azwan di cuping telinga Hanna Nadira.
Azwan membawa Hanna Nadira pergi meninggalkan teman lelaki Hanna Nadira yang masih terlopong itu. Dia membawa gadis itu berjalan di tepi pantai dan selepas itu berhenti dan duduk di bawah sebatang pohon kelapa.
"Cik Hanna... Lepas ni, kalau Cik Hanna nak marah, nak maki saya, Cik Hanna marahlah, makilah saya sepuas hati Cik Hanna... Saya sebenarnya sudah lama terjatuh cinta pada Cik Hanna." Azwan sudah tidak peduli lagi, hatinya berasa sakit sangat melihat bidadarinya menangis di hadapan mata kepalanya sendiri.
Hanna Nadira hanya merenung wajah Azwan. Kali ini Hanna merenung Azwan dengan renungan yang redup, tidak seperti sebelum ini. Azwan pula membalas renungan Hanna. Kini renungan mereka bertaut.
"Cik Hanna..."
Azwan hilang kata-kata kerana Hanna Nadira secara tiba-tiba sahaja memeluk Azwan dengan lebih erat. Sekali lagi esakan kedengaran.
"Cik Hanna, sudahlah... Jangan menangis lagi." Azwan cuba memujuk gadis yang sedang memeluk tubuhnya dengan erat itu.
Suasana sepi seketika.
"Awak... Maafkan saya, wak. Saya layan awak dengan teruk..." Hanna Nadira berkata bersama dengan esakannya itu.
"Tak apa... saya maafkan Cik Hanna. Lagipun saya sedar siapa diri saya," ujar Azwan sambil membalas pelukan Hanna Nadira.
"Maaf Cik Hanna, saya tak patut peluk Cik Hanna... Tapi dalam keadaan sekarang..." bisik Azwan di cuping telinga Hanna Nadira.
Hanna Nadira melepaskan pelukannya, Azwan juga turut sama melepaskan pelukannya.
Kini pandangan mata mereka bertentang mata. Senyuman manis mula terukir di bibir Hanna Nadira.
Ya Allah... Indah sungguh ciptaanmu di hadapanku ini... getus hati Azwan seraya senyuman juga terukir juga di bibir.
"Awak..." Hanna Nadira mula bersuara.
"Ye saya," sahut Azwan sambil matanya tidak lepas dari merenung bidadarinya itu dari tadi.
"Kalau boleh, awak janganlah panggil saya dengan panggilan 'cik' lagi... Panggil aje saya Hanna dah cukup," pinta Hanna Nadira.
Azwan mengangguk.
Wah... ini petanda yang baik! semakin lebar senyuman yang terukir di bibir Azwan.
"Awak... Yang sebenarnya kan, saya juga sudah lama sukakan awak... Cuma saya segan nak meluahkan. Tapi selepas awak luahkan perasaan awak pada saya tadi, saya jadi yakin dan berani untuk meluahkannya pada awak... Saya jugak ego kerana menafikan perasaan saya sendiri," sambung Hanna Nadira lagi.
Azwan berasa sangat gembira mendengar luahan gadis itu.
"Betul apa yang Hanna cakapkan ni?" soal Azwan tersenyum lebar.
Hanna mengangguk malu.
Azwan segera memeluk Hanna Nadira dengan erat, begitu juga dengan Hanna Nadira turut sama membalas pelukan Azwan.
Sedang Azwan dan Hanna Nadira asyik melayan perasaan cinta, tiba-tiba merka dikejutkan oleh seseorang yang memberi salam.
"Assalammualaikum..."
Azwan dan Hanna Nadira tersentak seraya menoleh ke arah belakang di mana datangnya suara yang memberi salam itu. Mereka berdua tergamam setelah mendapati seorang ustaz bersama empat orang yang lainnya.
"Waalaikumsalam..." sahut Azwan sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki yang berjubah biru serta bersongkok putih itu.
"Encik, maaf... kami sebenarnya dari jabatan agama islam Pulau Pangkor... Tadi kami telah menerima panggilan dari seorang gadis yang menyatakan encik dan cik berdua ni sedang berkhalwat, jadi kami kebetulan sedang membuat operasi di kawasan ini."
Azwan dan Hanna Nadira terlopong, terkejut mendengar dakwaan itu.
Gadis? Siapa gadis yang memandai-mandai membuat laporan palsu ni? getus hati Hanna Nadira.
"Tapi... kami berdua tak buat apa-apa pun!" Azwan cuba untuk mempertahankan dirinya.
"Maaf, kami terpaksa membawa kamu berdua ke Jabatan Agama Islam dengan segera," balas salah seorang daripada pegawai agama islam itu.
Dari jauh seseorang sedang memerhatikan Azwan dan Hanna Nadira masuk ke dalam perut kereta dan terus begerak meninggalkan kawasan itu.
"Sekarang baru puas hati aku, lepas ni confirm perempuan tu kena kahwin dengan lelaki bodoh tu! Dan lepas ini, Amir Raizil sudah pasti akan jadi hak milik aku seorang!" Intan Rashima bermonolog di sebalik sebatang pohon rendang di hadapan hotel itu.
Share this novel