BAB 3

Humor Completed 8905

Upacara akad nikah hampir selesai. Kedengaran kadi sedang menyatakan khutbah yang berjela-jela kepada pengantin lelaki yang aku tak faham langsung kerana aku tidak ambil perhatian sangat.Sebentar lagi giliran upacara membatalkan air sembahyang pula. Aku masih tidak tahu siapa suamiku kerana pandanganku dihalang oleh tirai masjid yang memisahkan tempat ibadat lelaki dan perempuan.

Aku pun tidak ingin tahu siapa kerana hatiku kini remuk dek perbuatan ibuku yang memaksaku kahwin. Aku tidak tahulah , aku boleh memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri atau tidak kerana aku masih belum bersedia . Arghh!! Rasa nak menjerit sekuat-kuatnya untuk melepaskan rasa geram dan benci yang bersarang di hati.

Aku memerhatikan pakaian yang tersarung ditubuhku.Ya Allah, tolonglah..aku betul-betul rimas dengan pakaian pengantin yang agak sendat membaluti tubuhku. Tak selesa betul . Kalau ikutkan hati nak je aku pakai jeans dan T-shirt longgar supaya masuk angin sikit . Sudah sejam aku duduk bersimpuh di sini .Naik kebas kakiku. Sudah lama tak duduk seayu ini tapi tup tup hari ni terpaksa memaksa diri. Tension gila!!

" Yah..pengantin lelaki dan nak sarung cincin tu, duduk elok-elok sikit..," tegur ibu tiba-tiba . Tidak perasan pula aku terkangkang luas sekarang ni.Aku patuh pada arahan ibuku lantas kembali bersimpuh. Wajahku masam mencuka tanpa secalit senyuman aku hadiahkan pada ibuku. Seketika kemudian, pengantin lelaki yang lengkap berbaju melayu dan bersamping menghampiriku diiringi oleh sanak-saudara sebelah lelaki. Err..kenapa rasa berdebar-debar pulak ni. Rasa segan pula bila diri menjadi tontonan ramai.

" Yah, senyum la sikit..,hulur tangan , orang nak sarung cincin!" bisik ibuku perlahan tetapi tegas. Aku hanya tersenyum hambar. Macam pak turut pulak aku ni.Haii terpaksala..Dengan malas aku menghulurkan tangan. Cincin disarungkan dijari manisku.Aku terus mendongak untuk melihat lelaki yang telah sah menjadi suamiku.

" Hah?!! Kau!!" Semua terkejut beruk apabila aku dengan spontan bangun dan menjerit terkejut. Biar betul! Suami aku budak nerd tu ke??? Oh tidak!! Tidak mungkin! Pandangan aku tiba-tiba gelap dan aku pengsan..

--------------------

" Burd..bangun.." aku membuka mata perlahan-lahan apabila namaku dipanggil berulang kali. Kelihatan samar-samar wajah lelaki sedang merenungku. Rambutku diusap lembut.Semakin lama,wajah lelaki semakin jelas kelihatan dan serentak dengan itu aku terus terbangun.Tubuhnya ku tolak kasar sehingga dia tergolek jatuh dari katil .

" Kau jangan berani sentuh aku!" Tengkingku dengan tiba-tiba. Dia terkebil-kebil. Mulutnya sedikit ternganga.

" Tapi saya kan suami awak..," jawabnya perlahan . Hatiku tiba-tiba mendidih. Aku masih tidak dapat terima yang aku kini mempunyai suami dan bergelar seorang isteri.

" Dengar sini baik-baik..kau tu suami atas kertas je. Kalau kau nak tahu, aku tak pernah ada hati nak kahwin dengan kau!" Aku mengherdiknya lagi. Dia terdiam.Persetankan soal hormat suami kerana yang aku pasti sekarang, aku benar-benar bengang dan aku tidak dapat terima yang budak nerd ni jadi suami aku.

" Owh kalau macam tu tak apalah..saya tak kan sentuh awak..," katanya sambil tersenyum sambil meraba-raba kepalanya.Dia tersipu. Aku memandangnya hairan.Eh, tak kan lah dia tidak terasa sikitpun dengan kata-kataku? Aku berlembut sangat ke dengannya.Dia ni betul ke tak sebenarnya?

" Awak jangan lah pandang saya macam tu..malu lah," kata-katanya membuatkan aku tergelak. Hehe apasal aku rasa budak nerd ni perangai macam perempuan, malu-malu kucing tetapi dia masih mengekalkan identiti lelakinya.

" Suka hati aku lah nak pandang kau macam mana pun. Tak luak pun..," rengusku.

" Sebab saya ni handsome sangat eh?" katanya sambil tersengih macam kerang busuk.Aku mencebik.

" Perasan!" Kataku kasar.

" Sory..saya gurau je..,"Dia meraba-raba kepalanya lagi.Pipinya memerah dan dia tersenyum lagi. Tak sangka budak nerd pun reti perasan jugak. Geli la pulak aku tengok mamat ni. Malu-malu kucing.Kucing atuk aku pun tak malu-malu macam dia.Macam ni ke gaya seorang suami? Aku mula berfikir sesuatu. Tengok dari gayanya, budak ni macam senang dibuli . Tiba-tiba muncul satu idea jahat menerpa ke ruang benakku.

" Hurmm memandangkan kita bakal duduk serumah dan dah jadi suami isteri, so apa kata kita bahagi tugas masing-masing sekarang. Okay?" Soalku dengan senyuman penuh makna.

" Tugas macam mana tu?" Dia mengerutkan kening sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tengok tu, budak ni memang betul-betul blurr la..kena cakap satu-satu.Tapi tak apalah, ok juga dia macam tu, jadi aku bolehlah mengambil kesempatan ke atasnya nanti.Hehe..

" Hurmm..tugasnya begini..awak selaku suami perlulah memasak dan menyiapkan makanan setiap pagi,tengah hari dan malam untuk kita berdua, mengemas rumah setiap hujung minggu, mencuci kereta saya 2 kali seminggu, membasuh pakaian dan mencuci tandas sekali seminggu…faham?" terangku panjang lebar yang bunyinya seperti satu arahan yang mesti dipatuhi. Kelihatan budak nerd itu membilang jarinya dan mulutnya terkumat kamit menghafal kata-kataku.

" Faham. Jadi saya ada 5 tugas lah seminggu? Banyaknya..apa tugas awak pulak?" Aku hairan kerana sedikitpun tidak terpamer wajah terkejut dengan arahanku.

" Tugas saya adalah, memastikan rumah kita selamat dari ancaman musuh!" Lagakku macam komando la pulak.

" So macam mana? Setuju?" Soalku apabila budak nerd itu berdiam diri seketika seperti mencongak sesuatu. Kalau dia setuju, alamatnya senang la hidup aku.

" Saya setuju!" Laju sahaja dia menjawab membuatkan aku pula terkebil-kebil kerana merasakan responnya agak pelik pada pandanganku.Dia langsung tidak melatah dengan keputusanku.

" One more thing, kita mesti tidur berasingan..maksud aku bilik lain-lain. Dan yang paling penting, kau mesti izinkan aku bekerja, okay?" Inilah permintaan yang aku tunggu.Aku tidak akan mempedulikan kata-kata ibu kini kerana semangatku untuk mengejar cita-cita masih kuat dan tiada siapa yang bisa menghalangnya.

" Mestilah saya setuju asalkan awak boleh jaga keselamatan saya..," dia menjawab tanpa berfikir panjang yang sekaligus melegakan hatiku.Huh,mudah kerja aku. Bagus..bagus..budak nerd ni memang lurus bendul . Senang je nak tackle.Haha..

" Nama kau apa?" Setelah sekian lama berborak barulah aku sedar yang aku masih belum ketahui namanya. Sejak tadi gelaran budak nerd je bermain di fikiranku.

" Awak dah lupa ke? Kan hari tu saya ada cakap.." wajahnya murung apabila aku tidak dapat mengingati namanya. Entahlah, otakku seperti tidak dapat berfikir.Ish jangan kata penyakit blurr berjangkit dengan aku.

" Nama saya Norman..," dia menjawab tanpa disoal apabila melihat aku berkerut-kerut dahi untuk mencari jawapan. Norman! Ye Norman ,baru aku ingat namanya.Ya Allah, macam mana boleh lupa..

" Okay..so..deal!" Kataku sambil menghalakan ibu jariku kepadanya .

" Deal!" Dia turut menyentuh ibu jarinya ke ibu jariku. Aku tersenyum penuh makna dan dia tersenyum manis seperti biasa.

" Tugas tu, kita kena start sekarang ke?"

" Tak lah, nanti kita pindah kat rumah yang mak bagi kat aku, kau boleh start tugas kau," jawabku ringkas.Dia hanya mengangguk setuju. Ibuku ada menghadiahkan sebuah rumah teres dua tingkat yang sedikit jauh dari rumah kami sempena perkahwinanku . Kini aku masih berada di rumah ibuku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience