BAB 2

Spiritual Completed 1353

Ketika aku masuk ke darjah enam, pekara itu masih berlaku. Aku tak pernah ada kawan untuk bermain dan bergurau-senda seperti rakan-rakan sekelas aku yang lain. 24 jam berkepit bersama. Aku? Semuanya buat seorang-seorang. Tak pernah orang peduli. Aku ni bagaikan halimunan ataupun tak wujud di hadapan mereka. Mereka cuma perlukan aku ketika mereka kesusahan dan aku dengan rela hatinya menolong mereka walaupun mereka sentiasa menyakitkan perasaan aku. Aku sedih. Sangat sedih.

Pada hari pengambilan keputusan UPSR, aku bernekad. Aku nak ubah diri aku. Aku tak nak jadi seorang yang lembik dan kuat menangis lagi. Aku sudah tidak sabar untuk meninggalkan sekolah rendah ini. Sekolah rendah ini penuh dengan kenangan pahit. Aku tak nak tahu lagi tentang sekolah ini. Ia menyeksakan batinku. Puas aku menumpahkan air mataku sepanjang aku berada di situ. Cukuplah.

Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan, dan hinaan. Bersikaplah seperti batu , tetap kukuh berdiri meskipun diterpa butiran-butiran salju yang menderanya setiap saat dan justeru ia semakin kukuh kerananya.

Ayah aku seorang garang dan panas baran. Selalu aku ditengking olehnya namun aku lebih gemar menangis berbanding memberontak. Dari aku kecil sudah lali ditengking olehnya. Memang sangat menakutkan. Aku tidak boleh tersalah sedikit walaupun kesalahan itu sekecil semut. Pasti aku dimarahi teruk olehnya.

Aku cuma ada ibu yang boleh dijadikan tempat berlindung dan mengadu. Aku takut. Hidup aku penuh dengan kesedihan dan kegelapan. Aku tidak pernah berasa ketenangan malah diriku asyik berasa gelabah, tidak tentu arah dan otakku kusut.

Aku masuk sahaja di alam sekolah menengah, aku fikirkan aku akan dapat mengubah aturan hidupku. Sehingga masa hari pertama aku berada di tingkatan satu, aku ditemukan dengan seorang sahabat yang sudi berkawan aku dengan ikhlas. Walaupun aku gemuk, dia sudi berkawan dengan aku.

Aku gembira bersama dia namun ketika aku di tingkatan dua, kami berlainan kelas. Aku dan dia sentiasa bersama sehingga satu hari berlakunya pergaduhan di antara kami kerana satu hal yang agak remeh. Hampir setahun kami tidak bertegur sapa, aku tak tahu bagaimana untuk berbaik semula. Aku takut. Aku takut dia sudah tidak sudi untuk berkawan dengan aku. Sebenarnya itu semua salah aku kerana aku mengikut kata-kata seorang kawan baruku yang menghasutku tentangnya dan aku bodoh mempercayainya.
Sekali lagi aku dibuli dan diejek mulai hari kami bergaduh. Semua memandang serong ke arah aku. Setiap hari aku cuba untuk berbaik semula dengan dia. Aku rindu gurauan senda aku bersamanya. Tiap hari aku menangis dan memikirkan cara untuk berbaik semula. Namun sepanjang tahun itu, aku gagal nak berbaik. Sampailah satu hari, seorang kawan lama yang kukenal tetapi tidak terlalu rapat cuba menjernihkan hubungan persahabatan aku dan dia. Aku menangis meminta maaf kepadanya dan dia terus memaafkan aku. Aku gembira sangat sehingga aku menghadiahkan dia sebuah buku nota sebagai tanda kemaafaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience