BAB 9

Romance Completed 3910

Pejam celik, pejam celik, sudah masuk bulan Rejab, Nurul mengambil kesempatan untuk berpuasa sunat, bukan Nurul saja tapi Hajjah Mastura dan Haji Alyas juga. Memandangkan Nurul tidak berpuasa keseorangan jadi Nurul sudah ada teman untuk bangun sahur. Hajjah Mastura melayan Nurul dengan baik sekali. Nurul tak pernah kesunyian di rumah ini. Ke mana saja Hajjah Mastura pergi Nurul akan dibawa bersama. Kata Hajjah Mastura dalam rumah ini ada anak dara dan anak teruna jadi lebih baik berhati-hati sebelum sesuatu yang tidak diingini terjadi.

Malam ini Nurul tidak mengikut Hajjah Mastura dan Haji Alyas ke majlis kesyukuran teman mereka kerana Nurul tidak sihat. Memandangkan Amirul tiada di rumah Nurul ditinggalkan seorang diri. Kalau Amirul ada tentu Hajjah Mastura takkan membiarkan mereka berdua di rumah ini. Amirul keluar petang tadi untuk menjalankan aktiviti luar kolej. Menurut Amirul mereka akan berkhemah selama tiga hari. Nurul pula diserang sengugut walau periodnya belum datang. Beginilah Nurul setiap bulan, seminggu sebelum period Nurul akan menderita sakit perut. Bila tidak dapat menahan sakit Nurul menelan ubat tahan sakit yang selalu ada dalam simpanannya dan akibat dari kesan ubat tersebut Nurul tidur awal. Selepas selesai solat Isyak Nurul sudah merebahkan tubuhnya di katil.

Baru terlelap beberapa minit, Nurul merasa pelik bila merasakan katilnya seolah dihenyak seseorang. Nurul cuba membuka mata walau matanya terlalu berat untuk diangkat. Dalam samar cahaya lampu tidur Nurul dapat melihat wajah seseorang sudah berada di depannya. Begitu dekat sekali, Nurul cuba bangun namun belum sempat berbuat apa-apa, kedua lengannya sudah dipegang kemas. Dalam rasa letih, kesan ubat yang diambil Nurul cuba meronta, ternyata kudrat Nurul tidak seberapa berbanding dengan kudrat orang yang sudah menceroboh biliknya.

''Encik Mirul! Tolong jangan buat Nurul macam ni, Nurul datang nak cari rezeki yang halal. Ingat encik Mirul, semua ni berdosa. Nurul merayu, lepaskanlah Nurul!'' Nurul bersuara lemah sambil mula mengeluarkan esakan. Amirul sudah hilang pertimbangan, rayuan Nurul langsung tak berbekas di hatinya. Tubuh Nurul sudah diratah dengan lahap. Nafsu serakah sudah menguasai pertimbangan akalnya.

''Allahhu Akhbar! Ingat Allah encik Mirul'' Nurul semakin lemah, Amirul pula semakin lupa dunia, lupa dosa,halal dan haram. Dia tak peduli dengan esakan Nurul yang semakin sayu, yang penting kehendak hatinya harus ditunaikan dan diselesaikan dengan segera.Akhirnya Nurul terkulai layu dalam rakusnya nafsu Amirul. Hilang sudah kehormatan dirinya yang dijaga selama ini. Amirul tersenyum puas dapat melepaskan dendamnya sekaligus dapat melepaskan keinginannya yang selalu menegang saat menonton filem-filem hot di biliknya.

Nurul terus menangis selepas ditinggalkan Amirul dalam keadaan dirinya yang sudah tidak berdaya. Nurul takut, apa yang berlaku malam ini akan membuahkan hasil maka akan tertanamlah benih itu menjadi janin yang tak berdosa akibat kerakusan seorang manusia. Nurul merasa jijik dengan diri sendiri. Dia menyesal kerana datang bekerja di rumah ini. Berbagai fikiran negatif menerjah mindanya. Dia mengutuk Amirul di dalam hati, mengutuk kecuaian diri sendiri yang tidak mengunci pintu sebelum tidur. Dia langsung tidak menduga, anak seorang Haji dan Hajjah yang dihormati dan disegani akan berkelakuan begitu. Nurul terlupa Iman itu tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Nasi sudah menjadi bubur, nak menyesal pun tiada gunanya lagi. Walau seribu penyesalan yang Nurul hamburkan masa takkan dapat diundur kembali.

''Ibu!,.Nurul dah rosak,'' Nurul terus menangis. Air matanya merembes laju di pipi. Apa yang harus dilakukannya selepas ini? Perlukah dia berterus terang dengan Hajjah Mastura dan Haji Alyas dengan perlakuan biadab anak mereka ini? Aku perlu mempertahankan hak aku! Perlukah aku membuat laporan polis? Tapi, kalau aku membuat laporan polis tentu nama Hajjah Mastura dan Haji Alyas akan terbabit sama dan akan menjadi fitnah dan buah mulut orang.

''Ya Allah! Berikan aku petunjuk-MU!'' Nurul buntu berdepan dengan masalah ini. Dia benar-benar takut dengan situasi sekarang. Bagaimana nak menghadapi hari-hari mendatang. Adakah ini ujian dari Allah untukku depani? Nurul berbisik lagi dengan hatinya. Dalam melayan kemelut perasaan Nurul akhirnya terlelap juga dengan seribu persoalan yang menghuni benaknya. Ujian ini teramat perit untuk dihadapi seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience