Bab 45

Romance Completed 53836

"Kalau sayang , tolong simpan saya dalam lubuk hati yang paling dalam. Kalau dah tak sayang , tolong pulangkan pada insan yang lebih memerlukan."

Munirah pernah berkata begitu kepada Azhar sebelum ini. Kata-kata itu masih menghantui diri Azhar. Azhar mengusap kasar wajahnya. Sudah masuk jam 12.30 a.m. Azhar masih belum pulang ke rumah lagi. Melabuhkan dirinya di atas bangku dan melihat suasana malam anak-anak muda yg masih seronok berhibur lagi pada jam sebegini. Biasalah zaman masih muda. Nikmat bebas itu pasti ada dalam diri masing-masing terutamanya bagi golongan lelaki. Azhar mengurut kepalanya yg mula terasa sakit. Fikirannya kusut sangat dengan semua masalah ini. Hanya tinggal 2 minggu lagi tetapi rasa seperti dua bulan saja. Fikirannya mula berputar tentang kejadian tadi di mana dia berjumpa dengan Huzair. Azhar betul bencikan lelaki itu. Tambah pula bila ia cuba untuk mendekati Munirah.

"Abang..Ini Mira kenalkan Doktor Huzair. Dialah doktor yg rawat Mira selama ini tau. Kata Mira lalu memperkenalkan Huzair kepada Azhar. Riak wajah Azhar terus berubah 100% manakala Huzair hanya memberikan senyuman dan menyuakan tangan kepada Azhar. Lambat laun Azhar membalas salaman itu juga. Mira tersenyum sinis melihat semua ini. Sengaja dia mahu kenalkan Huzair kepada Azhar. Jadi selepas ini boleh lah dia menunjukkan gambar itu pula nanti. Mesti Munirah akan dikerjakan teruk oleh Azhar. "

"Saya Huzair..Jadi ini adalah abang Cik Mira ye? Kali ini Cik Mira bawa abang temankan ke sini. Tanya Huzair ramahnya apabila melihat Mira rapat sekali dengan Azhar. Huzair tidak tahu pula yg Mira adalah adik kepada Azhar. Sudah lama dia ingin berjumpa suami Munirah ini. Nampak dari gayanya adalah orang yg baik sahaja. Untung Munirah dapat suami sepertinya. Azhar memberikan senyuman kelat sahaja apabila Huzair berangapan yg dia adalah abang kepada Mira. Polosnya Huzair sampai tidak boleh menilai orang."

"Ehh..apa abang saya pula ni doktor.. Ni Suami sayalah..berapa kali saya nak cakap jangan panggil Cik lagi tapi 'Puan' Mira. Ujar Mira lalu memeluk erat pergelangan tangan Azhar. Azhar menarik muka sedikit selepas Mira berkata begitu di hadapan Huzair. Pandangan Huzair menjadi kosong saja selepas mendengar semua ini. Senyuman di wajahnya terus pudar sedikit demi sedikit. Huzair terus memandang ke arah wajah Azhar. Mahu satu kepastian untuk semua ini. Azhar memarlingkan pandangan ke arah lain saja. Rasa sebal dan marah sahaja apabila semua ini sudah diketahui oleh Huzair iaitu orang yg pernah ia lihat bersama Munirah. Azhar pasti lelaki ini mesti terkejut selepas mendengar semua ini."

"Owhh yeke..Baiklah kalau macam tu Puan Mira kena buat pemeriksaan fizikal dahulu. Arr Nurse sila tunjukkan jalan untuk Puan Mira berjumpa dengan Doktor Aida dulu. Pinta Huzair series semula dalam hal kerjanya ini. Dibiarkan dahulu hal tadi masih menjadi tanda tanya. Mira dibawa oleh jururawat itu pergi dari sini. Tangan Huzair sibuk sahaja menyemak semula senarai pesakitnya hari ini. Pada masa yg sama matanya mencuri pandang sahaja layanan mesra antara Mira dan Azhar. Bukan dirinya mahu masuk campur dalam rumah tangga mereka tetapi hatinya terdetik mahu mengambil tahu juga semua ini. Mungkin semua ini ada kaitan dengan Munirah."

"Arrr..Doktor Huzair yee? Boleh saya bercakap dengan kamu? Sapa Azhar sebelum Huzair melangkah pergi dari situ. Langkah kaki Huzair terus berheni. Pandangan kosong diberikan kepada Azhar. Mereka berdua melabuhkan diri di bangku dekat taman permainan. Entah kenapa Huzair mahu berbual pula dengan Azhar selepas di ajak olehnya. Huzair hanya berangapan yg semua ini pasti ada kena mengena dengannya ataupun Munirah"

"Sudah lama kenal dengan Munirah? Tanya Azhar apabila mereka berdua mendiamkan diri agak lama di situ. Keadaan Azhar masih lagi tenang apabila mengajukan soalan kepada Huzair. Pandangannya melihat suasana ketawa riang kanak-kanak yg sedang bermain di situ. Senyuman sinis terus terukir di wajah Huzair. Huzair tidak menyangka Azhar akan menyoalnya tentang Munirah juga. Bukan Huzair tidak perasan kereta Honda Civic Putih tempoh hari adalah kereta milik Azhar. Baru sekarang mahu ambil berat tentang isteri pertama. Kenapa tidak tempoh hari saja."

"Ermm..Saya kenal dengan Puan Munirah pun sebab dia adalah pesakit saya juga. Before ni pun saya sudah lama kenalnya. Orang kata terserempak tanpa sengaja. Itu pun dengan My sister in law lah..Farah pekerja ayah En Azhar. Itu saja. En Azhar jangan risaulah..saya tak ada apa-apa hubungan dengan Puan Munirah. Diakan masih lagi isteri En Azhar. Kata Huzair biasanya tetapi pada rangka akhir ayatnya seakan memerli Azhar. Mana tidaknya Munirah tidak pernah beritahu ada menyebut yg Azhar sudah pasang lagi satu. Atau mungkin Munirah sendiri yg tidak tahu semua ini. Huzair masih lagi berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang semua ini. Tidak kisahlah apa orang mahu gelarkannya selepas ini. Asalkan Huzair dapat melihat Munriah bahagia itu sudah cukup baginya. Huzair kasihan melihat Munirah terpaksa tempuhi semua ini dalam usia yg masih muda. Sebagai doktor, Huzair ada hak hendak masuk campur dalam urusan ini."

"I see..Saya harap selepas ini kamu tahu bataslah. Kamu tu doktor. Apa pula orang kata nanti. Balas Azhar tegasnya lalu bangun untuk pergi dari situ. Tidak guna lagi dia bertanya lebih kepada Huzair. Lelaki ini hanya membuang masa saja jika sudah taruh hati kepada Munirah. Azhar tidak akan sesekali buka peluang ini kepada Huzair. Munirah masih lagi cinta hatinya."

" Saya tak tahu pula Puan Mira juga merupakan isteri kepada En Azhar. Baguskan hidup berpoligami ini. Ikut sunnah dalam islam." Bersuara Huzair kerana tidak puas hati dengan jawapan Azhar beri itu. Azhar tidak ada hak langsung nak beri amaran kepadanya. Sepetutnya Huzair yg berkata begitu kepada Azhar. Huzair ingatkan Azhar adalah seorang suami yg baik kepada Munirah tapi ternyata tidak, lelaki di depannya ini adalah penghancur jwa Munirah dalam diam. Huzair tidak akan membiarkan semua ini berlaku."

"Ini adalah rumah tangga saya. Siapa kamu hendak masuk campur Doktor Huzair? Balas Azhar sedikit tinggi ton suaranya. Pandangan tajam diberikan kepada Huzair yg sedang tersenyum riang di situ. Azhar sudah salah anggap lelaki di depannya ini bukan orang biasa. Huzair terus bangun lalu memandang semula ke arah wajah Azhar yg mula membahang itu. Mungkin sedang menahan amarah. Senyuman sinis terus diberikan kepada Azhar. Keadaan di situ mula menjadi tegang dan dingin. Sebentar lagi akan cetus agenda lain antara Huzair dan Azhar."

Kring..kring.. Kedengaran panggilan telefon Azhar masuk membuatkan lamunannya terus mati di situ. Azhar mngeluarkan telefonnya dan melihat siapakah yg menelefonnya ketika ini. Pandangannya mula menjadi redup. Azhar terus memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar semula. Segera dia bangun dan berjalan pergi. Azhar masih lagi waras dan mampu menguruskan semua ini sendiri. Semua ini akan berakhir tidak lama lagi. Azhar akan hidup bahagia dengan Munirah selepas ini.

.............................................................................

Aku ada buat salah ke dengan abang?? Pasal masalah tempoh hari kami sudah berdamai. Abang sendiri yg minta maaf dan janji tak buat lagi. Kenapa abang sudah banyak berubah sekarang. Abang sudah tawar hati dengan aku? Atau..Ya Allah..tolonglah buang sifat pra sangka sebegini dalam diri aku. Aku percaya yg abang tak akan pernah tipu aku. Aku percaya pada suami aku Ya Allah..Cakap Munirah sendiri sambil berjalan ulang-alik di dalam rumahhnya.

Perasaan risau mula menjalar di benak hatinya. Sudah masuk pukul 1.30 a.m. Azhar masih lagi belum pulang ke rumah. Munirah menguap panjang saja. Masih setia menunggu Azhar pulang nanti. Satu panggilan telefon Azhar tidak menjawab langsung. Munirah sudah bertanya kepada walid dan lainnya semuanya tidak tahu Azhar pergi ke mana. Munirah mula duduk bersandar di tepi dinding. Badannya mula terasa letih sangat. Terangguk-angguk kepala Munirah menahan mengantuk. Selapas beberapa minit Munirah terlelap juga. Dengan keadaan badan yg masih bersandar di dinding Munirah boleh tidur dalam keadaan begitu. Setianya Munirah tiada sesiapa yg tahu. Hati kecilnya tetap sayang dan cintakan Azhar. Tetapi malam itu Azhar hanya pulang ke rumah Mira saja. Azhar tidak mahu Munirah lihatnya dalam keadaan begitu .Biarlah Munirah rehat saja di rumah dengan tenangnya.

..................................................................................

Kedengaran keadaan di rumah walid riuh sekali dengan sanak-saudara yg mula bertandang ke rumahnya. Esok Majlis Kesyukuran akan diadakan di sini. Munirah menghembus nafas perlahan selepas penat memandu jauh dari Port Klang ke Ampang. Dia menghantar dokumen penting kepada Pusat Rawatan di sana. Munirah hanya pergi sendiri saja memandangkan Farah juga sibuk menguruskan majlis ini. Munirah melihat jam di tangannya sudah hendak masuk pukul 9.00 p.m. Patutlah badannya mula rasa letih lain macam. Segera dia mengambil beg galasnya dan keluar dari kereta. Berat saja langkah Munirah berjalan masuk ke dalam perkalangan rumah walid. Perang dingin antara dirinya dan Azhar belum reda lagi. Nak tak nak dia kena hadap semua ini juga. Dia datang ke sini disebabkan oleh walid sahaja. Lama juga Munirah berdiri kaku sahaja di depan pintu rumah itu apabila mendengar suara gelak ketawa seseorang yg sangat ia kenali.

"Mira"

Abang...tak sabarkan nak tunggu esok..Sudah lama tau Mira nak tunggu semua ini. Akhirnya abang tunaikan juga. Bersuara Mira sambil memeluk leher Azhar. Rasa bahagia saja apabila Azhar mahu melakukan majlis akikah untuk Eisya juga. Azhar hanya mampu mendengus kasar saja. Mira sudah melampau dengan semua ini. Kalau tidak dengan masalah perangai mentalnya ini sudah lama Azhar membalas semula. Azhar tidak mahu Munirah jadi mangsa jadi biarlah dirinya yg tanggung semua ini. Azhar berharap sangat Munirah tidak pulang ke sini malam ini. Azhar tidak mahu Munirah melihat semua ini. Mira tersenyum riang saja. Dia sudah dapat apa yg ia mahukan selama ini. Tidak sabar dia mahu melihat wajah Munirah bila mendapat tahu semua ini.

Sudah-sudahlah tu Mira...amboi tak boleh nak berenggang langsung dengan Azhar sekarang ni ye..cuba kamu pegi tengok Eisya dalam bilik tu sama. Kata Datin Zubaidah seronok melihat Mira sudah bahagia sekarang. Sejak dia berkahwin dengan Azhar sedikit pun tiada tangisan yg mengalir lagi. Datin Zubaidah bersyukur sangat dapat melihat Mira mencari kebahagiannya semula bersama Azhar. Semua orang di dalam rumah itu kelihatan seronok dan gembira saja. Masing-masing tidak sabar mahu menyambut majlis esoknya.

"Apa semua ini?"

Pandangan Munirah terus jatuh ke bawah. Apa yg telah dia dengar tadi tidak dapat di ungkapkannya lagi. Azhar memberitahu akan sibuk sikit dalam dua tiga hari ini. Dia tidak dapat pulang ke rumah tetapi apa semua ini. Bagai ditusuk lembing saja. Munirah sudah diperbodohkan selama ini. Satu senyuman terus terukir di bibir Munirah. Sedikit pun dia tidak rasa sedih. Disebabkan satu kepercayaan dan janji yg telah dipertaruhkan Azhar akan menangung kesannya selepas ini. Dengan Hati yg sakit, jiwa yg runtuh Munirah melangkah kaki perlahan menuju ke arah pintu. Maka bermulanya kisah baharu untuknya selepas ini.

"Assalamualaikum'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience