ALONG berlalu ke dapur. Perutnya sedari tadi berkeroncong lapar. Dia membuka tudung saji di atas meja.
“Telur goreng je?”Ditutup kembali tudung saji ke tempat asal.
“Mak!!” Jerit along dari dapur.
“Mak!!!!” sekali lagi dia menjerit apabila Mak Kiah masih lagi belum menjengahkan dirinya ke dapur setelah beberapa kali di panggil.
“Mana mak ni.” along membebel seorang diri.Dia berlalu meninggalkan dapur dan mencari emaknya serata rumah. Tak ada.Lalu dia keluar. Takut-takut emaknya berada di ladang, menolong ayahnya.
“Yang kamu ni terjerit-jerit dari tadi tu dah kenapa? Ingat mak pekak ke?” Marah Mak Kiah yang baru sahaja keluar dari reban ayam.
“Mak, lauk tak ada ke?” Ngadu along.
“Manalah aku tahu. Aku kan baru balik dengan kau orang semua.” Jawab Mak Kiah.
“Diana tak masak ke mak?” Sengaja nama Diana di lontarkan.
“Katanya dah masak tadi. Pergilah kau masak apa-apa yang ada dekat dapur tu.” Saran Mak Kiah.
“Ish! Mak ni. manalah along pandai masak. Masak air boleh lah.” Along menjawab cakap Mak Kiah.
“Kamu tu perempuan. Sampai bila nak mengharapkan si Diana tu masak? Kalau mak, umur macam kamu ni dah ada anak pinak tahu.” Mak Kiah masih lagi membebel.Along mencebikkan mulutnya. Sejak bila mak pandai puji budak tu?
“Hah eloklah tu buat muka macam tu kat mak kandung kamu, dosa tahu tak??’’
“Alah..mak ni. Masaklah, along dah kebulur ni, mak tak kesian ke?’’.
“Hish, anak dara sorang ni. kalau ada lelaki masuk pinang kau, aku kahwinkan aje kau ni. senang cerita. Bila lah kau nak pandai serba-serbi? Nak tunggu mak mertua kau ajar?” Mak Kiah masih lagi terus-terusan membebel.Namun, langkah kakinya sudah pun berada di luar reban ayam.Hati along bersorak gembira. Dia tahu yang emaknya memang sayangkan dirinya lebih dari adik-adik yang lain. Terutama Diana.Cis! Meluap kebenciannya apabila teringatkan Diana. Kalau bukan sebab Diana, sudah pastinya dia akan mendapatkan perhatian ahli keluarganya lebih. Semakin lama dia berada di depan mata along, selagi itulah kebenciannya terhadap Diana tak pernah padam!
Diana bermain tenteng di halaman rumahnya seorang diri. Tak semena-mena datang pula along mengacaunya.
“Woi budah bodoh! Budak bodoh!” Along mengejek. Diana hanya diam tidak berkutik. Hatinya tidak rasa untuk menangis. Tetapi ingin membaling batu yang berada di tanganya ke arah along.
“Hei! Kau ingat ea, dalam rumah ni hanya aku je yang boleh dapatkan semua. Bukan kau. Sedar diri kau tu. Anak kutip!” Jerkahan along mengundang kemarahan Diana waktu itu.Secara spontannya, Diana membaling batu sebesar ibu jari ke dahi along. Darah mengalir dari dahi along.Tangisan along mula kedengaran di telinga Mak Kiah . Yang ketika itu sedang memberi ayamnya makan di reban.Dengar sahaja jeritan dari along, Mak Kiah segera mendapatkan anaknya. Apabila dia sampai ke arah along, dia melihat darah banyak keluar dari dahi along.
“Ya Allah! Kenapa ni? Sapa buat along?” Tanya Mak Kiah. Diana hanya melihat. Tanpa rasa bersalah langsung. Dia mendiamkan diri.
“Diana mak.. Diana..” Jawab along dalam esak tangisannya.
“Anak tak guna. Kau buat apa dengan anak aku hah! Dasar tak sedar diri. Aku kutip kau duduk dalam rumah ni, kau pukul anak aku. Nak kena kau ni!” Marah Mak Kiah. Matanya melilau mencari apa-apa barang yang boleh di buat objek untuk memukul Diana. Kebetulan waktu itu dia melihat sebatang paip yang panjangnya lebih sedepa.Di libasnya Diana tanpa rasa kasihan.
“Sakit mak! Sakit!” Jerit Diana.Dia menahan kesakitan batang paip yang menyinggah di tubuhnya.
“Mak!!” Jerit Diana.Hatinya kian di mamah kesakitan. Dirinya terhukum tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu.Matanya bergenang dengan air mata, namun masih lagi dia mampu melihat senyuman along ketika itu. Dia tersenyum ke arah Diana yang ketika itu seakan berada di nyawa-nyawa ikan.Tangannya berbilai merah. Bibirnya pecah kerana sepakan Mak Kiah yang kuat.Suara Diana terus-terusan menjerit kesakitan. Namun, Mak Kiah tidak pula mahu melepaskan Diana semudah itu. Selagi hatinya belum puas!
“Kiah! Apa kamu nak buat ni? Bawa mengucap, sudahlah! Kamu nak bunuh budak ni ke!” Jerit Pak Amin.Cangkul di tangannya terlepas bila melihat Diana seakan tidak bermaya lagi di tangan isterinya yang sudah keraskukan syaitan sahaja.
“Biarkan saya bang! Biar saya ajar budak tak guna ni! hidup menyusahkan saya je!” marah Mak Kiah lagi.Kali ini Diana terselamat kerana kehadiran Pak Amin tepat pada masanya. Kalau lambat, sudah pastinya ke liang kuburlah Diana tidur malam ini.
“Awak dah gila ke Kiah? Awak nak bunuh budak ni?” Tanya Pak Amin.
“Awak cakap saya gila? Awak tanya budak tak guna tu. Apa dia buat dengan anak kita ni? sampai berdarah dahi along, awak cakap saya gila!” marah Mak Kiah d lagi.
“Kut ya pun, janganlah awak pukul budak ni sampai macam ni sekali. Separuh mati awak pukul dia, kalau ada orang nampak awak pukul dia sampai macam ni, awak kena tangkap. Duduk dalam balai sana.”Mak Kiah terdiam.
“Mari Diana kita naik ke atas. Ayah ubatkan luka kamu tu.”Pak Amin memapah Diana yang mulai longlai untuk berdiri. Namun begitu, dengan bantuan Pak Amin, dia mampu berjalan walaupun seluruh tubuhnya terasa sakit yang teramat sangat.
Share this novel