BAB 7

Mystery & Detective Completed 6709

“Mereka itu dari kongsi gelap Lighter” Hamka duduk bersila atas kerusi.

Selesai mandi tadi dia terkejut dengan kemunculan Hazlan dan Hazrul di

belakang. Sebaik sahaja nampak Hazrul dia tarik nafas lega. Tak perlu

lah rasa kekok dengan mamat Hazlan itu. Sejak tahu nama dia sibuk nak gelak.

“Gila la kau. Main along. Apa jadi puteri ini daif sangat ke?” bukan

keturunan puteri ini orang kaya ke? Harta berketurunan guna tak luak.

“Abang, ini bukan seperti yang abang fikir” tepis Hazrul. Itulah abang

dia. Tak sempat nak beritahu hal sebenar terus keluar bilik dan tuju

bilik utama. Sangkaan dia apalah tadi. Rupanya Hamka masih berada dalam

rumah dia. Tak keluar dari situ lagi. Syukur.

“Habis itu apa yang aku fikir?” Hazlan buat muka. Semua tak kena. Hamka

depan dia mengangguk laju. Sukalah itu ada bodyguard.

“Hamka ini wartawan jenayah” terang Hazrul.

“Oh” hanya itu yang keluar dari mulut Hazlan.

“Wartawan untuk channel 29” sambung Hamka.

“Dia pemilik Media Paradise” sampuk Hazrul.

“Oh”

“Kongsi Lighter itu gangster besar dekat Malaysia”

“Penjenayah paling aktif abad ini”

Hazlan masih setia mendengar. Dah rasa macam masuk cerita Gerak Khas pula.

Cermin tingkap diturunkan sedikit. Rimas duduk dalam kereta lama-lama.

Naik kematu rasanya. Masa yang ditetapkan adalah dua jam. Ini dah lebih

dari dua jam. Hazlan dah tak senang duduk. Nak call dah dipesan jangan

call. Nak rempuh takut rancangan berantakkan. Argh serabut!

Rambut yang kemas ala-ala James Bond dah jadi macam sarang labah-labah.

Kelibat seseorang yang keluar dari bangunan itu membuatkan dia

tersentak. Penuh fokus dia memerhati.

“Siapa itu?”

“Asal gemuk sangat?” haip Hazlan jangan kutuk orang tak baik wo.

Sebaik sahaja kelibat orang itu Berjaya dikesan. Telefon bimbit dicapai.

“Hah. Settle dah” Hazlan tamatkan panggilan yang dibuat. Dia keluar dari

kereta dan menuju ke arah bangunan yang berhampiran.

Bunyi tembakan membuatkan Hazlan cuak. Mengigil kepala lutut. Ini tak

masuk dalam rancangan. Dia bersandar pada dinding. Berpeluh-peluh.

“Lari…lari” bunyi jeritan seseorang membuatkan Hazlan tersedar. Dia

bangkit. Dia dah janji dengan seseorang jadi dia tak akan mungkiri janji.

Berderau darah dia bila tengok Hazrul dah main tembak-tembak. Berganda

berderau darah Hazlan bila tengok Hamka dah kena seret dengan orang

jahat. Orang jahat lah bila tengah senang-lenang mencekik leher si Hamka

sampai meronta budak itu.

Hazlan yang bersembunyi belakang tong sampah dah buntu. Tak tahu nak

buat apa. Ikut rancangan lepas mereka, masuk dia kena tunggu dalam

kereta. Tunggu sehingga bapak kepala hitam keluar. Lepas itu call police

dan selesai.

Tapi…

Lain yang jadi. Belum sempat polis sampai dah main tembak-tembak. Naik

gerun bunyi pistol.

Hazlan tarik nafas.

Think…think Hazlan. Dia dah mula ketuk dahi. Conggak mana patut.

Selfie?

Sah dia memang dah mereng.

“Lepaskan” botol kaca yang dipecahkan tadi disua pada belakang lelaki

itu. Dia yang terkejut berhenti bergerak.

“Lan”

“Kau siapa hah?” lelaki Botak dah menjerit. Membuatkan rakan-rakan yang

lain berhenti dari menyerang Hazrul. At least dia ada untuk membiarkan

Hazrul selamat.

“Aku malaikat maut kau. Baik kau lepaskan dia” tegas Hazlan. Ayat klise

sebab waktu ini dia rasa dia yang berkuasa dalam situasi ini. Botol kaca

itu ditolak perlahan membuatkan lelaki itu menjerit.

Hazlan dah telan air liur bila nampak darah mula keluar. Tak tahu pula

dia masuk zon bahaya. Bila dah dia yang mengugut memang mereka dalam

fasa yang kritikal.

“Baik…baik… Aku lepaskan perempuan ini”

Serentak dengan itu pautan pada leher Hamka perlahan-lahan terurai.

Cepat-cepat Hamka berlari belakang Hazlan.

Hazlan tersenyum sinis. Beberapa orang lelaki cuma menghampiri Hazlan

untuk menyerang.

Tapi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience