Tepat jam 6 pagi itu, Felisa menukar gaunnya menjadi gaun singkat bercorak bunga, lalu bingung hendak buat apa lagi sebagai pelajar seperti Roses. Oleh itu, dia memohon kepada cincin emasnya memberikan dia suatu penampilan sesuai. Lalu cincin itu bercahaya terang, dan timbullah beg kecil berisi buku, pen, dan telefon bimbit.
Sungguhpun Felisa tidak tahu apa fungsi alat itu, tetapi dia endahkan lalu membawa beg itu di galas di belakangnya. Dia keluar dari 8rumah dan mencari Roses yang sedang berdiri di halaman rumah.
“Roses!”kata Felisa tersenyum. Dia tahu bermula hari itu, dia bakal melihat dan merasai kehidupan manusia terutama kehidupan remaja seperti Roses. Dia juga tertanya-tanya akan cincin emasnya yang tentu memberitahu dia akan tongkat sakti yang hilang itu.
“Felisa jom!”kata Roses, lalu mereka berdua menaiki bas sekolah besar, dengan Felisa duduk di tepi jendela melihat pemandangan bagai budak yang baru berpindah di tempat baru.
Roses dengan tongkatnya duduk di sebelah Felisa, lalu memegang kaki kebasnya.
“Kenapa dengan kaki kamu?”Kata Felisa.
“Setahun lalu, saya mengalami kemalangan, dan kaki saya patah,”Kata Roses.
“Ohh sungguh malang!”
“Dan bapa saya…tak terselamat,”Kata Roses sedikit air mata bergenang.
“Ohhh tabahlah Roses,”Kata Felisa, lalu Felisa meminta cincin emasnya memberi kesembuhan kepada Roses, dan pada masa yang sama, Felisa memegang kaki Roses.
“Apa kamu buat?”Kata Roses bingung dengan tindakan Felisa.
“Hmm tiada..saya cuma melihat keadaan kaki kamu,”Roses ketawa kecil, dan apabila Felisa menyedari cincin emasnya bercahaya terang, cepat-cepat tangannya dimasukkan dalam poket gaun agar tiada sesiapa ternampak keadaan cincin Felisa.
Apabila Roses berdiri, kakinya digerakkan, tiba-tiba, Felisa mengambil tongkat Roses, memberikan peluang bagi Roses berdiri dengan kaki yang tidak sakit lagi!
“Kaki saya! sudah tidak sakit!!”kata Roses melompat-lompat riang, lalu memeluk Felisa dengan air mata gugur. Felisa bergembira dengan kesembuhan yang diberikan oleh kesaktian cincin emasnya itu, dan lama barulah Roses meleraikan pelukan persahabatan suci itu.
Felisa membimbing Roses yang tidak jemu memuji kakinya bagai tulang yang patah secara ajaibnya bercantum lagi menjadi kaki yang sempurna tanpa cacat cela.
Roses begitu riang dan tersenyum setiap masa.
“Kuasa Tuhan,”Kata Felisa, membuatkan Roses melompat riang lagi, lalu memeluk Felisa lagi.
“Yaa Felisa!”kata Roses.
Mereka sampai ke Daylight School, dan Felisa ingin cincin itu memudahkan dia memasuki sistem sekolah itu, dan ketika masuk ke kelas sama dengan Roses, Felisa disapa oleh seorang remaja lelaki yang sangat tampan.
“Hai,”Kata lelaki menampakkan lesung pipinya.
“Hai Ron,”Kata Roses, mendekati remaja lelaki itu.
“Hai Roses, dia kawan kamukah?”Kata Ron merujuk ke arah Felisa.
“Iya, kami berjiran!”kata Roses gembira.
“Siapa nama kamu?”Kata Ron kepada Felisa
Felisa merasakan ada sesuatu terjadi dengan jantungnya sendiri. Bagai jantungnya membeku mengeras sehingga kepalanya ingin pitam, tetapi apa berlaku seterusnya mengejutkan dia. Cahaya cincin emasnya bercahaya, lalu cepat-cepat dia masukkan tangannya ke dalam poket.
“Felisa,”Katanya.
“Ohh waa,”Kata Ron, hairan melihat kelakuan Felisa yang nampak pucat itu.
“Kamu kenapa Fel?”Kata Roses risau.
“Hmm saya okey, rasanya saya hendak keluar sekejap ambil angin,”Kata Felisa, lalu Ron berjalan bersamanya.
“Hai saya Ronaldon,”
“Kamu kawan Roses?”
“Yaa,”
Tiba-tiba ada suatu bunyi kecemasan berlaku. Semua pelajar panik keluar dari kelas masing-masing, dan guru-guru membimbing semua pelajar keluar berhati-hati ke lorong sekolah.
“Fel, ada kebakaran!”kata Roses keluar dari kelas. Felisa ingin tahu apa berlaku di sebuah makmal besar di tingkat dua bangunan sekolah itu, dan tidak mempedulikan Ron dan Roses yang ingin membawa Felisa keluar dari situ.
“Kamu pergi dulu! Saya nak bantu!”kata Felisa, lalu melepaskan genggaman Roses, dan cepat-cepat bertolak ke sebuah makmal besar terbakar dengan api marak.
Felisa melihat cincin emasnya masih bercahaya, dan Felisa masuk ke dalam makmal, menjumpa seorang wanita dewasa sudah pitam di lantai akibat terhidu asap api yang tebal. Kemudian, Felisa tersekat di tengah ruangan kerana api sudah mengelilinginya, lalu ada kain ditaburkan ke arah api, keluar Ronaldon ingin Felisa berjalan ke arahnya!
“Ron terima kasih!”kata Felisa, mendukung wanita yang berat itu.
Setelah mereka keluar, pihak bomba sudah datang, dan membawa paip berisi air bagi memadamkan api marak di sekolah itu.
Felisa mendapati tangan dan kakinya ada sedikit melecur terkena debu-debu yang terbakar terbang ke udara, dan dadanya sungguh berat. Felisa menyedari cincin emas itu sudah malap cahayanya, dan dia tahu cincin itu dapat merasakan ada sesuatu hal buruk bakal terjadi.
“Kamu seorang yang berani!”kata Roses, melihat Felisa berdiri di tepi ambulan melihat keadaan wanita yang dijumpainya semasa api membaham makmal luas itu.
“Saya rasa ada sesuatu buruk berlaku, tidak sangka ada seorang guru sedang berada di sana,”Kata Felisa mengigit bibirnya, lalu Felisa berharap cincin emas dapat mengeluarkan saktinya dalam merawat lecur di badannya.
“Di mana budak tu?”kata seorang lelaki tinggi lampai, lalu dua orang pelajar menghalakan tangan mereka ke arah Felisa.
“Hmm budak baru… kamu tahu tindakan kamu tadi sungguh berbahaya,”kata lelaki yang sebenarnya merupakan guru kelas Roses.
“Tapi saya selamatkan guru wanita tu,”
“Latifah.. okey, memang kamu selamatkan dia, tapi kamu mencuba menjadi heroin di dalam keadaan macam tad itu, bahaya tahu!”
“Ala tuan, Felisa menyelamatkan miss Latifah, tolonglah maafkan dia,”Kata Roses.
“Yaa tuan, dia selamatkan nyawa seorang guru!”kata Ronaldon yang tangannya dibalut kain putih. Guru itu mengangguk dan beredar.
Felisa mendapati badannya menjadi ringan, dan luka di badannya sudah sembuh. Cincin emas itu membantunya secara diam-diam.
……….
Felisa diajak Roses untuk balik ke rumah, tetapi Felisa tahu ada sesuatu yang cincin itu hendak dia cari. Kemudian, dia menyuruh Roses pulang ke rumah petang itu, meninggalkan dia dan Ronaldon di halaman sekolah.
“Kamu tak nak balik rumahkah?”Kata Ronaldon, tersenyum. Sejak kebakaran itu berlaku, Felisa tidak dapat berhenti berfikir mengenai Ronaldon itu.
“Terima kasih, selamatkan saya, dan guru Latifah tu,”Kata Felisa tersenyum lebar hendak Ronaldon tahu bahawa dia sangat berhutang budi dengannya.
“Sama-sama, saya nak ..berkawan dengan kamu,”Kata Ronaldon.
“Ohh. Itu sesuatu yang menarik, saya nak melihat keadaan guru tu,”kata Felisa.
“Hmm marilah ke hospital Elizabeth,”kata Ronaldon mengajak.
Ronaldon membawa Felisa menaiki bas dan perjalanan mengambil masa 30 minit, untuk sampai di bandar. Sesampainya di bangunan tinggi yang merupakan hospital, mereka menanyakan jururawat di meja kaunter, lalu mendapat tahu guru wanita itu berada dalam aras dua bilik 14. Felisa memerhatikan kumpulan orang yang mengalami sakit di setiap wad yang luas, dengan katil serta doktor dan jururawat memantau keadaan mereka.
Share this novel