BAB 17: Tiitt..

Drama Series 28608

" Papa, Mama dah takde.." tangis si kecil Fatin.

Angin yang sedikit kencang petang itu membelai-belai rambutnya. Air mata menitis di pipinya walau pipinya masih basah dengan tangisan tadi. Dato' Rohan merendahkan badannya setaraf dengan ketinggian Fatin yang kecil itu. Tangannya mengesat perlahan pipi Fatin yang basah.

" Papa kan ada? Papa akan sentiasa jaga Fatin. Dah jangan nangis lagi. Fatin kan kuat." pujuk Dato' Rohan.

Fatin memandang Dato' Rohan sambil tersenyum. Dato' Rohan bangun. Tangan Fatin digenggamnya erat. Mereka berjalan keluar dari tanah perkuburan itu. Kasihan Fatin. Hatinya yang kecil terpaksa menanggung bebanan perasaan yang sehebat ini.

Dato' Rohan akan menjaga Fatin walau dia terpaksa berkorban apa sahaja. Demi bidadari kecilnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin termengah-mengah. Begitu juga Shahir. Akhirnya mereka sampai di hospital. Pintu itu direnung ketat. Tiba-tiba pintu dibuka. Kelihatan seperti seorang doktor keluar dari situ. Fatin dengan sepantas kilat memberhentikannya.

" Doktor. Macam mana dengan Papa saya?" tanya Fatin.

" Puan ni, Fatin Nazihah ke?" tanya doktor tersebut.

" Ye saya."

Kata Fatin sepantas kilat. Baginya dia perlu cepat. Risau. Takut. Perasaannya bercampur aduk sekarang.

" Bapa puan dalam keadaan kritikal sekarang."

Fatin bisu seribu bicara. Nostalgia dulu kembali bertamu di dalam mindanya.

" Kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan bapa puan. Saya harap puan bertabah. Saya minta diri dulu." kata Doktor itu sebelum dia melangkah pergi.

Fatin melangkah ke pintu wad bapanya. Matanya tidak berkelip. Adakah kejadian itu akan berulang lagi? Air matanya mula menitis. Kini dia gagal. Gagal untuk kuat. Shahir hanya melihatnya dari jauh.

" Kenapa? Kenapa?" kata Fatin berulang kali.

Tiba-tiba Fatin mula jatuh. Shahir tersentak. Shahir segera menyambut Fatin. Air mata Fatin berjuraian membasahi pipi. Suasana yang sunyi itu hanya ditemani sedu-sedan Fatin. Shahir memeluk Fatin erat. Dia tahu banyak yang Fatin telah lalui.

" Takpe. Takpe. Semuanya akan ok. Papa kau akan selamat." kata Shahir sambil memeluk Fatin erat.

Fatin hanya mampu menangis di dalam dakapan Shahir. Kini dia tidak akan tahan lagi. Dia tak mampu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mata Fatin terpejam rapat. Mungkin terlalu penat menangis. Kepala Fatin dilentokkan ke bahu Shahir. Shahir tidak peduli. Fatin nampak selesa di situ. Shahir tidak mahu menambahkan rasa bersalahnya.

" Fatin. Fatin?"

Shahir cuba mengejutkan Fatin walau hatinya berat untuk melakukannya. Jarinya mencubit-cubit bahu Fatin. Fatin mula membuka mata. Dirinya tampak lemah.

" Fatin bangun. Dah lama sangat kau tidur ni." kata Shahir.

Sejurus sahaja Fatin bangun Shahir terus memusing-musingkan tangannya. Lenguh. Fatin masih terpisat-pisat melihat gelagat Shahir. Fatin menoleh ke pintu wad. Hembusan nafas yang ditemani sedu-sedan tadi dihembus kuat.

" Sekarang dah pukul berapa?" tanya Fatin.

Shahir menoleh. Jam yang berjenama Casio dilihatnya.

" Pukul 3.30 petang." kata Shahir.

Kening Fatin terangkat. Lama juga dia tidur. Solat pun ke mana.. Fatin mengeluh sendiri.

" Shahir. Kalau awak lapar, awak pergilah makan. Saya tak ada selera nak makan. Saya nak pergi solat. Nanti saya jumpa awak kat sini." terang Fatin.

Shahir mengangguk perlahan. Dia faham kalau Fatin tiada selera makan. Jadi dia ikutkan jelah. Nanti pandai-pandailah dia tapau apa-apa untuk Fatin.

Sedang mereka bergerak tiba-tiba pintu wad tersebut terbuka. Fatin orang pertama yang menunggu di hadapan pintu tersebut. Shahir turut sama terhenti.

" Doktor macam mana dengan keadaan Papa saya?" tanya Fatin.

Doktor tersebut hanya mengeluh sendiri. Hati Fatin makin berdebar. Risau.

" Bapa puan dalam keadaan koma sekarang. Akibat daripada hentakan yang kuat di kepala dan kehilangan darah yang banyak. Saya harap puan banyak bersabar. " terang Doktor sebelum berlalu pergi.

Koma? Ya Allah.. Kenapa besar sangat ujian yang kau berikan Ya Allah..

Jerit hati Fatin.

" B-Boleh saya jumpa Papa saya?" kata Fatin.

Doktor itu mengangguk perlahan sebelum berlalu pergi.

Fatin dengan pantas pergi ke pintu tersebut. Namun belum sempat tombol pintu dipulas, tangannya ditarik. Fatin menoleh.

" Apa kata kau solat dulu?" tanya Shahir bernada serius.

Fatin tersentak. Tangan yang berada di dalam genggaman Shahir perlahan ditarik.

" Takpelah. Awak pergi makan dulu. Saya nak pergi tengok papa sekejap." kata Fatin.

Kata-kata itu diselit senyuman manis. Shahir terdiam. Berfikir.

" Yalah." kata Shahir.

Mereka masing-masing menuju ke lokasi namun dengan tujuan yang berbeza.

Shahir memerhati Fatin melangkah masuk ke dalam wad dari jauh. Keningnya berkerut. Buku lima digenggam kuat.

" Hisy! Rosak!" kata Shahir.

Kakinya melangkah pergi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setitis air mata mengalir di pipi Fatin. Perasaannya bercampur baur antara sedih dan takut. Takut papanya pergi seperti ibunya. Takut akan apa yang akan terjadi selepas ini. Air matanya mengalir lagi.

" Papa.."

Itu sahaja yang mampu diungkapkan Fatin. Dirinya tak sanggup lagi melihat papanya dalam keadaan sebegini rupa.

" Fatin kan kuat.."

Kata-kata itu berlegar-legar di dalam ingatannya.
Ya. Dia harus kuat. Itu janjinya dengan papa.

Tangannya mengesat air mata yang deras mengalir sehingga kering. Bibirnya mula mengukir senyuman. Fatin mengusap tangan Dato' Rohan lembut.

Kakinya melangkah keluar dengan harapan. Supaya dia tidak akan takut lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

' Fatin. Tolong aku angkat makanan kat kafe ni. Dah terbeli banyak lah pulak." mesej Shahir.

' Ha? Yelah. Nanti saya datang.' balas Fatin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kening Fatin berkerut sambil matanya tertumpu di kaca telefon. Telekung yang telah dilipat kemas diletak ke tepi.

" Buang tebiat ke apa suami aku ni? " bisik Fatin.

Tudung shawl yang dibuka tadi dililit semula. Telekung dimasukkan ke dalam beg tangannya. Telekung sentiasa berada di dalam beg itu. Senang untuk berjalan ke mana-mana.

Selesai bersiap. Fatin melangkah keluar untuk membantu Shahir. Namun hatinya terasa bagai tidak menentu. Rasa seperti ada kejadian yang akan berlaku. Perasaan itu diendahkan. Pintu ditutup.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pintu wad dibuka. Kelihatan Dato' Rohan sedang terlantar diatas katil hospital. Orang yang bertopeng muka putih itu mendekati katil itu. Tangannya yang diselaputi sarung tangan berwarna hitam membuka topeng oksigen Dato' Rohan. Tangannya menekup mulut Dato' Rohan.

Tiiittt....

Tiada lagi degupan jantung. Tapak tangan diangkat. Topeng oksigen dipasang semula. Kakinya melangkah keluar seperti tiada apa yang berlaku.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience