Bab 74

Romance Completed 78329

Zahirah menghampiri mamanya yang sedang termenung di sofa. Gayanya macam tengah terfikirkan sesuatu. Sah mama tengah fikirkan pasal angah sekarang ni. Tapi tulah…nak buat macam mana lagi? Angah memang keras hati dan keras kepala orangnya sejak arwah kak Dariya meninggal.

“Mama? Mama termenung apa tu?” Zahirah mengambil tempat di sebelah mamanya.

“Mama fikirkan pasal abang kamulah. Mama rasa tak senang hati sejak dia buat keputusan nak pergi ke Filipina balik. Mama bukan apa Ira, mama risau kalau jadi apa-apa dekat dia. Mama tak nak dia tercedera. Mama tak nak dia tinggalkan mama macam mana arwah papa tinggalkan mama. Ira fahamkan apa maksud mama?”

“Ya Ira faham…”

Dulu arwah papa ketua anggota polis dan papa terkorban kena tembakan dari salah seorang penjahat ketika operasi membanteras tempat membuat dadah. Peluru tepat kena pada jantung papa dan papa hembuskan nafas terakhir dia di tempat kejadian jugak.

Sebab tulah bila abang Luqman apply untuk jadi bodyguard private dan handle jugak kes-kes besar, mama jadi takut. Mama takut kalau kes yang abang Luqman handle melibatkan nyawa. Jadi, bila mama merayu untuk abang Luqman berhenti dari jadi bodyguard private, abang Luqman berhenti dan jadi editor di studio.

Tapi yang menjadi masalah sekarang ni abang Luqman buat balik kerja lama dia. Itu yang buatkan mama susah hati sangat sekarang ni. Mama tak nak benda lama berulang lagi.

“Mama jangan risau lebih sangat. Ira yakin yang angah boleh jaga diri dia. Mama doakan je yang baik-baik untuk angah. InshaAllah angah akan sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Percayalah…”

“InshaAllah…”

“KAU yakin ke kau nak pergi jumpa dengan si Danial tu face to face?” Tanya Taufiq. Masalahnya Luqman pergi sorang-sorang tau. Bukannya pergi dengan geng ke apa. Kalau pergi dengan geng aku tak risau mana sangat.

“Aku tak boleh terimalah Fiq dia suruh orang-orang dia sakitkan kau macam ni. Nasib baik kau tak mati tau? Kalau kau mati, tak tahulah aku nak buat macam mana.”

“Aku faham bro tapi tak payahlah sampai nak pergi bersemuka dengan dia. Aku dah ok ni pun dah dikira cukup.”

“Tak boleh. Danial tak boleh lepas tangan dia macam tu je! Senang-senang je nak buat nyawa orang melayang! Dia ingat nyawa kau ni dapat dekat hospital ke?”

Luqman kalau dah membebel memang dah boleh sama taraf dengan mak cik-mak cik.

“Macam ni…kalau kau nak sangat pergi berjumpa dengan Danial tu, aku akan ikut kau jugak.”

“Tak payahlah. Keadaan kau pun tak ok lagi. Aku boleh handle sorang-sorang aku. Kau rest je dekat sini. Lagi satu, aku takut kalau diorang tahu yang kau sebenarnya belum mati lagi. Kau tahukan diorang dah palsukan kematian kau?”

“Ya tak ya jugak. Tapi, kau sure ke yang kau boleh jumpa dia sorang-sorang?”

“Aku yakin. Kau macamlah tak kenal aku?”

“Terlebih kenal dah Luq.” Mereka berdua ketawa.

SEBAIK saja tiba di Cebu, Gia mengambil keputusan untuk ke ofis daddy. Orang-orang di dalam ofis menghadiahkan senyuman kepadanya. Gia membalas kembali senyuman mereka dan menuju ke bilik ofis Eric. Memang taklah dia nak pergi ke bilik ofis Danial. Itu namanya tempah bala!

Pintu bilik ofis Eric ditolak dari luar. Gia menjengulkan wajahnya ke dalam bilik ofis. Eric masih lagi tak sedar kehadirannya di situ. Busy sangat tu menelaah fail nipis berwarna biru itu.

Gia melangkah masuk dan berdiri di hadapan meja kerja abangnya. “Hello? Is anybody here? Sound so lonely here!”

Eric mengangkat mukanya memandang Gia yang menayangkan sengih kepadanya. Dah bila masa pulak si model ni masuk dalam bilik aku? Tak sedar pun?

“Sejak bila masuk tercegat depan abang ni?”

“Baru je masuk. Abang tu je tak perasan. Sibuk sangat tengok fail tu serupa nak tembus. Kenapa? Ada masalah ke?”

“Banyak masalahlah adikku sayang. Sekarang ni kerja Danial dah jadi kerja abang tau. Sakit jiwa betul.”

“Huh? Dah kenapa pulak kerja dia abang yang buat? Apa? Dua-dua tangan dia tu dah patah ke sampai tak boleh nak buat kerja sendiri?”

“Elok je lagi tapi dia tu memang malas nak buat.
Bergayat dengan perempuan laju je. Penat dah nak bebel. Perangai tetap sama.”

“Masalahnya abang ni baik sangat. Biar jelah dia tangguh kerja dia sampai bertimbun. Biar sakit jiwa setengah.”

“Masalahnya kalau abang biar je kerja dia bertambun, nanti akan ada banyak projek yang tertangguh. Abang tak naklah macam tu. Sebolehnya abang nak jaga syarikat daddy ni sebaik mungkin. Daddy dah susah-payah bangunkan syarikat ni. Takkanlah sebab Danial sorang, lingkup habis syarikat kan?”

Gia setuju dengan apa yang dikatakan Eric. “Gia sokong abang.”

“By the way…kenapa Gia balik sini? Ada masalah dengan mummy lagi ke?”

“Tak ada lah. Mula tu Gia jenguk butik sebab dah lama tak pergi sana. Then, terfikirkan abang…sebab tulah Gia balik sini. Sweet kan adik abang yang satu ni?”

“Tak ada maknanya sweet! Macamlah abang tak tahu kalau Gia balik sini sebenarnya memang ada hal kan? Gia tak payah nak coverlah kononnya saja-saja balik. Kenapa? Luqman ada dekat sini ke?” Dia tahu Gia cuba cover alasan kenapa dia balik Cebu. Gia takkan balik ke
Cebu saja-saja kalau tak ada urusan atau masalah.

“Apa pulak fikir macam tu? Apa? Salah ke kalau Gia nak balik tempat kelahiran Gia sendiri? Ohhh…Gia dah tak boleh balik sini dah ke sekarang?”

“Nak tipu lagilah tu.” Eric menutup fail di tangannya. “Gia Vatanika yang abang kenal dia takkan balik sini saja-saja tanpa sebab munasabah. Kalau dulu Gia balik sebab nak jenguk daddy abang boleh terima lagi alasan Gia tapi sekarang ni daddy dah tak ada. Cuba Gia cakap benda yang betul? Kenapa Gia balik sini? Hmmm?”

“Susahlah nak tipu abang. Abang tahu-tahu je Gia balik sini sebab lain.”

“Memang abang tahu pun. Now tell me. Apa benda yang ada dalam kepala otak Gia sampaikan Gia balik sini? Kenapa?”

“Sebenarnya Gia…Gia risau kalau Luqman datang sini jumpa dengan Danial. Sekarang ni memang Luqman ada dekat Cebu. Jenguk kawan dia yang eksiden hari tu. Tapi Gia tahu Luqman takkan berdiam diri macam tu je. Mesti dia akan datang jumpa Danial tapi tak tahu bila.”

Eric senyum penuh makna. “Cara adik abang ni cakap macam risaukan Luqman je? Kejap kejap! Bukan risaukan Luqman tapi lebih kepada tak nak Luqman jadi apa-apa. Macam nilah abang nak tanya dengan Gia terus. Apa perasaan Gia dekat Luqman sebenarnya?”

“Hesy abang ni. Kenapa pulak ubah topik? Gia memang risaukan dialah!”

“Gia tak pernah risaukan seseorang sampai macam ni sekali tau. Serius.”

“Abang…”

“Gia…tell me the truth. Apa perasaan Gia dekat Luqman sebenarnya? Gia sukakan Luqman?”

Sudahnya benda lain pulak yang ditanya abang Eric. Haih…salah timing betullah.

“Gia…”

“Hmmm?? Gia apa? Cakap terus dekat abang.”

“Gia malulah.”

“So, memang betullah Gia sukakan Luqman?”
Lambat-lambat Gia mengangguk.

“Macam mana Gia boleh suka dekat dia?”

“I don’t know…tiba-tiba maybe?”

Eric bangun dan berdiri di sebelah Gia dengan tangannya disilangkan ke dada. “You know what Gia? Tak ada istilah tiba-tiba. Mungkin Luqman ada buat sesuatu yang buatkan Gia tertarik dengan dia kan?”

“Sort of.”

“See??? I told you, right? But why?”

“Sebab…sebab…Gia tahu dia tak macam lelaki lain yang suka mempermainkan orang atas kepentingan diri sendiri. Gia tahu dia lelaki yang baik. He same like you.
Gia suka dia since kami berdua dekat campsite dulu. Dia layan Gia baik sangat…tak macam Luqman yang Gia kenal masa awal-awal dulu. Luqman yang suka marah, herdik, tengking dan berprasangka buruk dengan Gia dah tak ada. That’s why I like him.”

“You’re not just like him but madly in love with him.
That’s the truth.”

“Tapi…abang jangan cakap dekat sapa-sapa please? Even mummy pun jangan. Gia tak nak bila mummy atau Danial tahu pasal ni, makin rumit keadaan dibuatnya.”

“Ya…tahulah abang nak jaga rahsia Gia macam mana. But I have one more question for you. Andai satu hari nanti Gia dengan Luqman disatukan, Gia boleh terima agama yang dia anut sekarang ni? What I mean is Gia boleh terima agama Islam?”

“I think I can. Lagipun, sebelum ni memang Gia pernah buat research pasal Islam.”

“That’s good for you. Abang nak Gia ingat satu perkara. Andai betullah satu hari nanti Gia dengan Luqman jadi husband and wife for real dan Gia dah tukar agama kepada agama Islam, kita berdua masih lagi adik-beradik walaupun tiri. Abang tak nak Gia rasa kekok dengan abang sebab kita berbeza agama. Can you do it?”

“Sure. Gia takkan pernah lupakan abang. I promise.”

“Good girl,” kepala Gia diusapnya perlahan. Walaupun dia dengan Gia hanyalah status adik-beradik tiri tapi dia sayang Gia macam adik kandungnya sendiri.

Dari dulu masa dia kecil dia selalu impikan ada adik perempuan. Akhirnya, hajatnya kesampaian bila Madam Valona berkahwin dengan daddynya. Dapat juga dia merasa ada adik perempuan.

DENGAN hanya berbekalkan sepucuk pistol di dalam poket seluarnya, Luqman melangkah masuk ke dalam bangunan gah tersebut melalui pintu belakang. Pintu belakang ni jarang diguna oleh staf dan pekerja di sini.
Cap dan spek mata hitam diperbetulkan. Apa yang dia harapkan ialah kedatangannya di sini tak disyaki oleh orang-orang Danial.

Luqman membaca carta alir yang digantung kemas pada bahagian dinding. Danial Louis Scott Padilla. Ohhh…manager dekat sini rupanya. Ok…bilik ofis dia di tingkat 10. Cun! Butang naik pada lif ditekan. Pintu lif terbuka dan dia melangkah masuk. Punat nombor 10 ditekan.

Sebaik saja pintu lif terbuka, dia melangkah keluar tapi pantas dia menyelinapkan dirinya di sebalik dinding di situ bila terpandangkan ke arah orang-orang suruhan Danial yang mengawal di sekitar sana.

Aduh! Macam mana aku nak pergi ke bilik Danial kalau orang-orang dia tengah kawal dekat situ? Nak cari jalan pintas yang lain pun tak ada sebab kalau ke kiri memang jalan mati. Tak ada ruang. Dekat belakang aku ni pulak tangga kecemasan. Nak tak nak kena hadap jugak dengan orang-orang Danial.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience