BAB 14

Romance Completed 3910

Sebulan telah berlalu selepas Amirul menjadi tukang kebun. Gaji pertamanya yang diperolehi diserahkan kepada ibu mertuanya sebanyak rm400.00. Kepada Nurul tidak diberinya kerana katanya Nurul belum menjadi isteri sepenuhnya lagi. Nurul asyik mengelak dan berkasar dengannya setiap kali Nurul dihampiri. Sepanjang masa sebulan ini jugalah Amirul menjadi pengintip. Dia mengintip setiap pergerakan Nurul,dengan siapa Nurul berbual,dengan siapa Nurul keluar makan dan Nurul belajar di kelas mana, semuanya dia tahu.

Hari ini Amirul pergi bekerja seperti biasa,naik motor arwah ayah mertuanya. Nurul memang sangat keras kepala, padanlah jodohnya dengan Amirul,bertemu sudah buku dengan ruas. Di sekolah Nurul langsung tak pernah menegur Amirul, cuma adik-adiknya saja yang melayan Amirul sebagai abang. Nak harapkan Nurul,berselisih bahu dengan Amirul pun, dia buat tak peduli, padahal kalau di rumah,mereka tetap tidur sebilik walau tak pernah menjalankan tanggungjawab yang sebenarnya sebagai suami isteri.

Amirul rasa badannya kurang sihat hari ni, namun dia tetap datang bekerja macam biasa. Bila dia nak masuk ke tandas lelaki untuk mencucinya macam selalu, Amirul rasa tekaknya loya. Amirul pekup hidung, cuba menghilangkan bau yang memualkan tekaknya. Amirul hairan, sepanjang bekerja di sini, dia langsung tak bermasalah. Dia dah magli dengan bau yang pelbagai, dengan bau busuk sampah sarap yang dikutipnya,dengan kerja membersih semua tandas yang ada di sekolah ini, tapi kenapa hari ini perutnya asyik meragam?

''Uwekkk!!'' Amirul sudah tidak dapat menahan,terhambur juga isi perutnya. Kepalanya pula semakin berpinar, nak kata Amirul demam, suhu badannya tak pula panas,normal saja.Kenapa pulak ni? Amirul menyoal diri sendiri. Nak kata Amirul geli dengan keadaan tandas, dah sebulan Amirul bekerja. Hari ini saja hidungnya mengada-ngada. Semua bauan jadi busuk. Tadi, ketika di rumah Amirul menyembur pewanginya macam selalu. Amirul terus pening dan loya,terpaksa Amirul menyalin pakaian. Bila Amirul ternampak pewangi ibu mertuanya Amirul mencalitkan sedikit di bajunya, haruman bunga melur membuatkan loya Amirul beransur hilang. Hairan betul Amirul,sebelum ini dia cukup alah dengan bauan bunga-bungaan.

''Uwekkk!'' sekali lagi Amirul memuntahkan isi perutnya, rasa perit tekaknya bila muntahnya tak mahu berhenti. Habis semuanya keluar hingga tekaknya rasa pahit dan perutnya turut pedih yang teramat sangat. Dia sudah lesu tak bermaya.

''Awat ni abang Mirul? Abang Mirul demam ka? Nanti Nabil bagitau kat kak Nurul,'' Nabil dan Habil yang kebetulan ada di tandas sudah menghampiri Amirul. Hairan mereka dengan Amirul yang asyik muntah-muntah.

''Ehh,.tak payah! Tak Payah!,.jangan cari pasal dengan harimau betina tu,nanti malam ni abang Mirul kena tidur luar pulak,'' Amirul sengaja bergurau dengan Nabil dan Habil sambil melangkah keluar dari tandas. Dia perlu bercuti hari ni, dia tak peduli, dia memang tak boleh buat kerja hari ni.

''Hehehe,.kak Nurul tu garang di luar ja abang Mirul,kalau kena gaya,manja dia mengalahkan anak kucing,'' Habil menjawab sambil tergelak, termasuk Nabil. Mereka tahu sangat dengan kakak sulung mereka itu, dia memang sangat garang walau dengan adik-adiknya tapi Nurul sangat manja dengan mak dan arwah abah mereka.

''Tak kisahlah apa pun, abang nak minta cuti, abang nak balik!'' Amirul nekad hari ni dia perlu bercuti. Habil dan Nabil saling berpandangan. Amirul memicit kepalanya yang semakin pening. Dia nampak Nurul di depan dan ada seorang lelaki yang sedang berbual mesra dengan Nurul. Dia melangkah laju ke arah mereka. Hatinya panas membara. Sepanjang sebulan dia bekerja di sini Nurul berkelakuan baik tapi bila dia dalam keadaan tak sihat seperti ini, boleh pula Nurul menguji kesabarannya dengan berbual mesra dengan lelaki lain di depannya. Kau memang nak kena Nurul! Amirul membentak di dalam hati.

''Nurul Ain Nabila!!'' kuat Amirul melaung. Nurul menoleh dan matanya terbeliak tiba-tiba. Amirul sudah rebah di lantai koridor di depan tandas pelajar lelaki. Hah! terpana Nurul. Dia jadi serba salah bila melihat suami sendiri sudah rebah tanpa sebab. Kenapa dengan dia? Nurul berbisik di dalam hati,dia masih memikirkan tentang Amirul sedangkan orang lain sudah meluru ke arah Amirul dan membantu memapah Amirul bangun.

''Along! Tadi abang Mirul muntah-muntah, dia tak sihat tu. Pi la balik teman abang Mirul!'' Nabil mendapatkan Nurul yang masih terpinga-pinga. Semakin gelabahlah dia bila Nabil berkata begitu. Dia jadi serba salah dengan perasaannya sekarang. Dia akui sepanjang dia menjadi isteri Amirul, dia mencuba untuk menyayangi Amirul. Dia selalu memerhatikan Amirul membuat kerja dari jauh. Amirul tangkas membuat kerja tanpa pernah merungut. Adakalanya Nurul kagum dengan semangat Amirul. Dia memang sengaja pura-pura tidak mengenali Amirul akibat rasa sakit hatinya yang masih belum padam sepenuhnya. Mungkin senang memaafkan tapi terlalu payah melupakan apa yang terjadi antara dia dan Amirul. Setiap kali dia mengingati kejadian malam itu dia jadi semakin membenci Amirul tapi adakalanya dia rasa sayangnya kepada Amirul macam sudah disemai. Setiap kali Amirul cuba mendekatinya, dia bertindak menghindari biar pun dia tahu dia berdosa kerana tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Ah! serabut sangat! Macam mana ni? Nurul masih belum berganjak dari tempat dia berdiri. Loceng berbunyi, menandakan pelajaran seterusnya akan bermula. Nabil dengan Habil turut membantu Amirul yang sedang pening-pening lalat. Amirul dipapah ke bilik kecemasan. Nurul pula berjalan laju ke arah kelasnya. Tadi mereka dari bilik seni lukis,kebetulan ketua pengawas memanggilnya untuk memberitahu ada mesyuarat akan diadakan selepas sekolah berakhir hari ini. Nurul dalam persimpangan dilema!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience