BAB 20

Family Series 2595

“Eh suara jiran la tuh. Sebelah rumah I kan ada jiran yang selalu bising-bising tuh” kata Reza dengan muka yang berkerut-kerut itu.

“You jangan nak tipu I. I nak masuk dalam tengok betul ke you takde simpan perempuan lain dalam rumah you nih” kata Azralina lalu meluru masuk ke dalam pintu pagar rumah.

“Lina! Lina! Aduhh dia nih mampus lah aku kali nih” kata Reza lalu mengikut Azralina masuk ke dalam rumah.

Sebaik sahaja pintu rumah Reza dibuka, dia terkejut apabila seorang perempuan sedang turun dari tangga. Perempuan itu memakai baju tidur.

“Ni siapa Reza? You curang dengan I ke nih?” kata Azralina.

“Ni sepupu I lah. I bagitau you yang I ada sepupu kan dulu” kata Reza seperti ada sesuatu yang disembunyikan.

“Sepupu you lelaki kan semua? You jangan tipu I. I ingat lagi semuanya” kata Azralina.

Perempuan berasa terkejut dan meluru ke arah Reza lalu melempang Reza.

“Apa benda nih you?” tanya Reza sambil memegang pipinya yang sudah merah.

“Siapa perempuan nih? Kenapa you kata dekat dia yang I ni sepupu you? I nih girlfriend you tau” Dah I pergi dulu. Kita break!” kata perempuan itu.

“You...ni semua salah faham lah. I tak kenal dia nih. Eh kau ni siapa perempuan suka hati nak pecah masuk rumah aku” kata Reza.

“Dah lah you. I tak nak dengar you punya explain. You memang buaya darat. You jangan cari I lagi dah. Bye” kata perempuan itu lalu mengambil beg tangannya dan keluar dari rumahnya. Reza menjadi resah dan serabut dengan dirinya.

“Apa semua nih you? You dah janji you nak jaga I kan lepas apa yang berlaku dulu? Mana you punya janji dekat I? I benci lah you” jerit Azralina kepada Reza.

“Eh kau tak payah nak perasan yang aku nak jaga kau? Kau tu janda. Kau tak layak ada dengan aku. Dah lah miskin ada hati nak meminta dengan aku” kata Reza. Azralina terkejut dengan kata-kata Reza lalu menamparnya...

Reza menahan tangannya dan menumbuk muka Azralina sehingga jatuh di atas lantai.

“Kau nak tampar aku macam perempuan yang tampar aku tadi? Kau tak layak nak sentuh aku perempuan jijik. Kau berambus sebelum tangan aku naik ke muka kau” kata Reza.

“Fine!! Kita putus!! Kau tunggu pembalasannya. Jangan ingat kau boleh terlepas kali nih” kata Azralina lalu keluar dari rumahnya. Reza tidak pedulikn kata-kata ugutannya.

Azralina menghidupkan enjin keretanya dan keluar dari kawasan perumahan itu menuju ke jalan besar sehingga tiba di stesen minyak.

Dia melihat luka kesan tumbukan dari Reza dari cermin keretanya. Pipinya biru membengkak dan sedikit mengalir dari hidung.

“Arghhhhh tak guna kau Reza !!!” Azralina menjerit sekuat hatinya di dalam kereta dan menghentak stereng keretanya.

Dia mengeluarkan beg dompetnya di dalam beg tangannya. Apabila dia membukanya, tinggal 10 ringgit sahaja ! Azralina teringat semasa dia keluar bersama dengan Reza untuk membeli barang-barang untuk berhari raya nanti.

“Tak guna punya jantan. Kata nak pinjam duit aku last-last tak bayar balik jugak. Habis duit aku habis kat mamat tuh. Yang kaya bekas laki aku bukannya aku. Si Reza yang jadi kaya pulak. Bencilah aku !!” kata Azralina seorang diri.

Sebut sahaja tentang bekas suaminya iaitu Fadzil, fikirannya menerjah apabila Fadzil melafazkan cerai di hadapan Azralina sendiri dek kerana kecurangannya terhadap Fadzil.

Terbit satu penyesalan yang tidak berguna lagi pada dirinya. Dengan tidak semena-mena Azralina menangis.

“Apa yang aku dah buat selama ni dekat Fadzil ya Allah...aku dah kecewakan dia. Aku dah jadi isteri yang derhaka. Fadzil...aku rindu sangat dekat kau. Kembalilah pada aku. Aku dah menyesal sangat-sangat” kata Azralina.

Barulah Azralina tersedar akan perbuatannya selama ini setelah apa yang dia harapkan telah hancur semuanya. Dia buntu cuba memikirkan apa yang dia hendak lakukan untuk menyelesaikan masalah ini.

Dia cuba menelefon bekas suaminya,Fadzil tetapi tidak diangkat. 10 kali dia menelefon, 10 kali panggilannya tidak dijawab.

“Salah aku jugak, aku yang buat dia cerai kat aku. Dia memang tak sayang dekat aku lagi. Hm apa aku nak buat sekarang ni” kata Azralina sambil mengingati peristiwa bekas suaminya menceraikan Azralina.

Dia mencari-cari nama yang ingin dihubunginya. Akhirnya dia menjumpai orang yang boleh menyelesaikan masalah ini. Dia menelefon orang itu.

“Hello...assalamualaikum Sya...apa khabar kau?” kata Azralina di telefon.

“Waalaikumussalam. Eh Lina. Tak pernah pun kau call aku sejak kau dah kahwin dengan si Fadzil tuh” kata Syaa sambil berjalan menuju ke kereta. Dia baru selesai menyiapkan tugasan di pejabat.

Senyap sahaja. Tiba-tiba air mata Azralina mengalir.

“Hello ? Kau okay tak. Lah asal kau nangis nih. Sedu-sedan je kau nih” kata Syaa.

“Syaa. Aku nak mintak maaf dengan kau. Kau ingat tak masa kita gaduh pasal kita berebut nak suka dekat Fadzil tuh. Yang bekas laki aku tuh” kata Azralina.

“Hmm ya Lina. Aku ingat semuanya dulu. Tapi tu semua cerita lama Lina. Aku dah tak ingat semua tu. Takde apa lah Lina. Aku pun takde masalah lagi dengan kau. Kita kan sahabat baik dari zaman kita kolej dulu” kata Syaa.

“Thanks Syaa. Aku sebenarnya nak mintak tolong kau boleh tak. Kalau kau rasa nak tolong aku la” kata Azralina.

“Oh apa yang kau nak mintak tolong dengan aku nih?” tanya Syaa. Azralina terdiam.

“Macam ni la Lina. Aku tak makan lagi nih. Berbuka pun aku makan kuih je. Apa kata kita jumpa dekat kedai makan. Nanti aku sent location kat kau. Nak kita bincang dekat telefon pun tak boleh jugak. Kat sana boleh kita bincang dengan lebih detail lagi. How Lina?” kata Syaa.

“Eh boleh je Lina. Nanti kita jumpa tau. Assalamualaikum” kata Azralina sambil menutup telefonnya.

“Hmm tiba-tiba je call aku nak mintak tolong aku. Pelik nih. Hm takperla hantar jela location kat dia” kata Syaa dalam hati. Dia menghidupkan enjin keretanya dan menuju ke kedai makan yang terletak kira-kira 5 km dari tempat kerjanya.

Sementara itu Azralina memandu keretanya menuju ke lokasi yang dihantar oleh Syaa sendiri.

Semasa memandu, fikirannya mengingati peristiwa yang berlaku pada setahun yang lalu. Semasa itu ketika Fadzil,Azralina dan Syaa menuntut di sebuah kolej pengajian yang sama....

“Syaa. Kau rasa kan kalau aku dengan Fadzil couple...rasa serasi tak. Bagi lah pendapat sikit je” kata Azralina kepada Syaa ketika sedang membuat tugasan bersama-sama dengan rakannya.

Syaa terdiam. Dia terkejut kerana ada juga seorang perempuan yang ingin merampas Fadzil dari Syaa kerana Fadzil adalah teman lelakinya.

Paling terkejut kerana perempuan itu adalah Azralina iaitu sahabat baik dia sendiri !

“Syaa ? Are you okay ? Asal kau diam je ?” tanya Azralina kepada Syaa yang diam sahaja tidak berkata apa-apa.

“Okay je. Entahlah Lina. Aku tak rasa kau ngam dengan dia. Kau memang betul-betul dah kenal dia ke? Takkan kau tahu life dia macam mana?” kata Syaa.

“Eh aku tahu Syaa. Aku tahu sangat-sangat. Eh aku lebih kurang apa macam dia. Kau nak tahu something tak Syaa?” kata Azralina.

“Hm apa dia Lina?” kata Syaa.

“Masa aku pergi sini tadi aku terjumpa dia. Oh my goddd handsomenya dia !! Aku berbual-bual dengan dia . Lepastu malam ni dia nak ajak aku keluar pergi club. Eiii tak sabarnyaa. Hah Syaa kau nak join tak?” kata Azralina.

“Sorry lah aku tak ikut kot malam ni. Aku ada hal malam ni” kata Syaa. Bagaikan ada rasa kecewa di dalam hatinya

“Laa yeke. Takperla terpaksa lah aku keluar dengan Fadzil. Tak sabarnyaaa. Aku gerak dulu tau nak jumpa dia. Byeeee” kata Azralina lalu berlalu pergi.

Syaa memerhatikan sahaja rakannya berjalan ke blok bahagian kuliah.

“Fadzil...kau main kasar eh dengan aku. Peluang aku untuk aku balas dendam dekat kau lelaki tak guna” kata Syaa seorang diri.

“Hye Syaa. You okay tak? You cakap sorang-sorang ni kenapa?” kata lelaki tersebut.

“Eh you. Haih terkejut I tau. You nak apa lagi nih. I memang tak terima you pun. I dah ada boyfriend” kata Syaa.

“Syaa. Macam lah I tak tau apa yang jadi tadi. Boyfriend you dah curang belakang you. I nampak Fadzil berbual dengan kawan baik you si Lina tuh. Siap berpeluk lagi you tahu tak” kata lelaki yang bernama Ikram.
Syaa terdiam. Memang benar apa yang diceritakan oleh rakan baiknya sendiri. Dia memang angau terhadap Fadzil.

Mengapa dia bertindak sedemikian kepada Syaa sendiri ? Tiba-tiba air matanya mengalir kerana cintanya telah dikhianati.

Sebagai pembalasan, Syaa mahu menggunakan Ikram sebagai umpan untuk mengenakan Fadzil.

Ikram yang melihat Syaa menangis terus menenangkan Syaa dengan menepuk bahunya sebagai tanda memujuk.

“Syaa. I sayangkan you. Harap you sudi terima I please ? You lupakan saje Fadzil tuh. Dia tuh memang lelaki yang tak boleh pakai. Dengan perangai dia and dia tu suka lepak kat tempat yang bukan-bukan. I tak pernah lagi sampai ke tempat macam tuh” kata Ikram.

“Ikram. You free tak malam ni ?” tanya Syaa kepada Ikram.

“Eh free je. Kenapa ?” kata Ikram.

“I nak dinner dengan you sebagai tanda perkenalan kita” kata Syaa.

“Maksud you...you dah terima I ?” kata Ikram. Syaa mengangguk. Ikram tersenyum lebar kerana permintaannya telah diterima oleh Syaa sendiri.

“Thank you. Boleh I panggil you...sayang? Hihihi” kata Ikram sambil memegang tangannya.

“Anything Ikram. You boleh janji yang you takkan khianti I ?” kata Syaa.

“I janji sayang. Takde siapa yang boleh ambil you dari I” kata Ikram.

“Thank you Ikram sebab you ada dengan I bila I sedih. I dah hampir-hampir kecewa disebabkan kawan baik I sendiri dah tikam dari belakang I” kata Syaa.

“Takde apa pun Syaa. You just lupakan dia okay? Jom I temankan you sampai bilik kuliah” kata Ikram sambil bangun lalu berjalan bersama-sama pergi ke kelas.

Fadzil yang sedang melepak bersama-sama dengan rakan-rakannya di tepi bangunan kolej ternampak Syaa dan Ikram berjalan bersama-sama pergi ke bilik kuliah.

“Weh Fadzil. Ish kau ni tak nampak ke si Ikram tu berjalan dengan girlfriend kau pergi kelas” kata Azman, rakan kepada Fadzil.

“Eh Man mata aku tak buta lah ! Aku nampak diorang tuh” kata Fadzil.

“So kita nak buat apa ? Kita pukul lah si Ikram tuh. Dia dah kebas awek kau bro” kata Izam.

“Tak payah. Kang tak pasal-pasal kita buang kolej. Dah la dulu kita hampir-hampir nak buang sebab kita pukul orang. Kali ni biar aku hadap awek aku tuh. Melampau sial perempuan nih. Ikram tu tak kenal lagi aku siapa” kata Fadzil.

“Okay fine. Mari port kita jom. Aku nak menghisap. Member-member kita tengah lepak kat sana” kata Azman.

Mereka bingkas bangun lalu berjalan menuju ke bilik kosong yang terletak jauh dari blok pengajian iaitu tempat untuk melepak dan menghisap rokok.

Fadzil masih memerhatikan gelagat Syaa dan Ikram bergelak ketawa bersama-sama. Dia mempunyai rancangan untuk menghabiskan Ikram secara habis-habisan.

Petang itu semasa pelajar-pelajar pulang dari kelas, Fadzil menunggu di hadapan blok kuliah. Dia ternampak Ikram dan Syaa keluar bersama-sama. Dia mula mengikut mereka.

Apabila tiba berhampiran blok asrama,Fadzil menuju ke arah Ikram dan Syaa lalu menarik Ikram ke belakang blok asrama.

“Eh Fadzil apa kena dengan you nih” kata Syaa secara tiba-tiba ternampak Fadzil menarik Ikram ke belakang blok asrama.

“Kau diam perempuan ! Kau curang belakang aku kan dengan mamat sampah nih. Aku nak habiskan dia. Kau ikut aku dengan kau sekali aku habiskan” kata Fadzil memberi amaran.

Fadzil menolak Ikram jatuh ke bawah. Dia menendang tubuh badan Ikram.

“Bangun lah sial ! Berani kau kebas awek aku. Dah takde awek lain ke kau nak kebas ? Awek aku jugak kau nak ambik” kata Fadzil lalu menumbuk perut Ikram berulang kali sehingga terduduk dia atas lantai.

Ikram membalas dengan menumbuk muka Fadzil. Dia menahan tumbukannya lalu menumbuk mukanya sehingga hidungnya berdarah.

“Fadzil. Kau nak tumbuk aku tumbuk lah. Tapi aku buat semua nih sebab kau tuh yang sebenarnya curang belakang Syaa. Apa kau buat belakang dia. Kau seronok-seronok je dengan Lina kan” kata Ikram sambil memegang mukanya.

“Diam kau !!!” jerit Fadzil lalu menumbuk perutnya dan Ikram tersungkur di atas lantai. Syaa ternampak Ikram jatuh di atas lantai lalu menuju ke arah Ikram.

“Ya Allah Fadzil apa you buat nih ! You nak bunuh dia ke?” kata Syaa lalu mengangkat Ikram.

“Aku dah kata tadi kenapa kau ikut aku?” kata Fadzil. Syaa menampar muka Fadzil.

“Sampai hati you curang belakang I kan. I ni siapa? Apa you buat dengan kawan baik I. Semua orang nampak you buat apa dengan Lina waktu rehat tadi. You memang lelaki tak guna lah” kata Syaa lalu berjalan ke blok asrama sambil memapah Ikram yang cedera.

“Syaa. I buat semua nih sebab dia yang rampas you dari I. I sayangkan you. Mana ada I curang dengan you. You yang curang dengan I bercouple dengan mamat ni buat apa. You memang dah melampau lah” kata Fadzil menyembunyikan hal yang sebenar.

“I’m so sorry Fadzil. Kita putus. I dah ada orang baru yang layak dengan I” ringkas sahaja jawapan Syaa.

Fadzil terdiam. Dari riak wajahnya dia tidak ada rasa menyesal kerana memutuskan hubungannya dengan Syaa.

“Weh Syaa aku tak heran la kau nak putus dengan aku. Kau curang dengan dia tuh lepastu nak salahkan aku” kata Fadzil yang masih berdiri sahaja di situ.

Syaa menangis lalu cepat-cepat berlalu pergi sambil memapah Ikram yang cedera berjalan ke arah blok asrama.

“You okay tak boleh berjalan sendiri nih. I bawak you pergi klinik lah macam nih. Melampau lah Fadzil nih. I nak report kat pengarah disiplin esok” kata Syaa.

“Takper Syaa I okay je. I boleh balik sendiri. You balik lah bilik dulu. Bye. Apa-apa call je” kata Ikram sambil berjalan terhincut-hincut pulang ke biliknya.

Syaa menangis sahaja melihat keadaan Ikram yang cedera teruk akibat dibelasah oleh Fadzil.

Fadzil berlari masuk ke asrama dan duduk di dalam biliknya. Mujurlah perbuatannya tadi tidak disedari oleh pelajar-pelajar lain. Kalau tidak sudah tentu dia dibuang kolej.

Fadzil serabut memikirkan apa yang telah berlaku tadi. Dia mengambil keputusan untuk biarkan sahaja dengan apa yang berlaku tadi.

“Ah lantak dia lah si Ikram tuh. Dia takkan berani buka mulut dekat pengarah disiplin punya. Buka mulut memang habis lah dia” kata Fadzil dalam hati.

Sementara itu Syaa berlari masuk ke asrama perempuan setelah membiarkan Ikram duduk di dalam bilik asrama lelaki untuk berehat seketika.

Dia mengambil beg pakaiannya dan mengemas pakaiannya serta mengambil barang-barang peribadinya.

Azralina yang tersedar dari tidurnya itu terkebil-kebil melihat Syaa mengemas barang-barangnya dari locker dan memasukkan ke dalam beg.

“Syaa. Asal kau nak kemas-kemas beg kau nih. Kau nak pergi mana” kata Azralina sambil mengeliat.

“Aku nak pindah bilik member aku dekat blok sebelah. Aku tak nak berkawan dengan orang yang dah tikam belakang aku” kata Syaa dengan geram.

Azralina bangun dari katilnya dan menepuk belakang Syaa.

“Jadi betullah kau girlfriend Fadzil. Heh kau tak sesuai la dengan dia. Aku je yang sesuai dengan Fadzil tuh” kata Azralina.

“Lina !! Aku kenal kau ni siapa !! Kau ingat aku tak tahu perangai kau bila kau rapat dengan lelaki-lelaki yang dekat kolej tuh ? Dah lah Lina aku dah cukup fade up dengan kau lah ! Aku dah tak nak berkawan lagi dengan kau. Kalau kau susah kau jangan cari aku lagi dah !!!” kata Syaa.

“Ehh i don’t care. Aku tak kisah kalau kau nak blah ke apa ke. Berkawan dengan kau buat aku sakit jiwa lah. So better kau blah je keluar dari bilik nih” kata Azralina selamba sahaja.

Syaa menampar pipi Azralina dengan kuat. Azralina memegang pipinya sahaja dan tidak bertindak apa-apa.

Syaa mencampakkan semua barang-barang kepunyaan Lina kepadanya.

“Ambik balik barang kau perempuan !! Aku takde perangai setan macam kau ! Arghh !!!” jerit Syaa sebelum dia keluar dari biliknya dengan membawa beg-beg kepunyaan Syaa.

Azralina terdiam dan melihat sahaja Syaa keluar dari biliknya dan mentertawakan sahaja.

“Syaa Syaa...kau tak layak pun dengan Fadzil tuh. Dia tu anak orang kaya. Kau tu low class la nak bercouple dengan dia buat apa ? Cinta bukan setakat cakap di mulut je. Hahahaha” kata Azralina seorang diri sambil ketawa di atas katilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience