Bab 13

Romance Series 1301

RUANG empat dinding itu menempatkan dua sahabat baik yg sedang rancak berbual-bual. Pelbagai topik hangat yg diperkatakan tetapi tdklah sehangat topik yg bakal ditanya Hisyam sebentar lagi.
" Raf.." Hisyam berjeda. Wajah Ashraf ditatap sekilas. Ashraf mengangkat kening. Kek yg barusan dibeli dr kedai Airra sdh disimpan kemas di dlm peti sejuk. Ashraf berkira-kira hendak memberikan kejutan kpd uminya sebaik saja umi pulang dr mengerjakan umrah. Itu saja yg mampu dia lakukan sementelah umi memang sukakan kek coklat.
" Kau dah jatuh cinta eaa?" Hisyam sengaja serkap jarang.
Pipi Ashraf merona merah. Nampak ke aku sdg jatuh cinta?
" Memandai sgt kau ni kan? Sejak bila jadi detektif ni?" nafi Ashraf.
" Sejak kawan baik aku ni dah pandai bermain cinta!" Ashraf terdiam. Dgn lelaki yg satu ini, dia tdk mampu utk menyembunyikan apa-apa. Semua rahsia hatinya mampu ditebak walaupun hanya sekilas pandang.
" Tapi aku takutlah"
" Takut bercinta ke? Ke takut cinta ditolak?"
" Dua-duanya!" Ashraf mengeluh.
Hisyam tergelak. Dia membetulkan duduknya di hadapan Ashraf.
" Kat dunia ni, kalau kau berani ambik risiko, baik buruk dia nombor dua. Kalau kau berani utk jatuh cinta, kau jugak kena berani utk hadap sebarang kemungkinan" Hisyam mengatur ayat agar bicaranya dpt dicerna sebaik mungkin oleh lelaki yg berada di hadapannya sekarang.
" Sebarang kemungkinan?" Ashraf kurang jelas. Jelas pd wajahnya dia inginkan penerangan lanjut.
" Yelah. Sebarang kemungkinan. Mcm, dia tak suka kau. Atau dia dah ada org lain. Atauuuu, dia suka kau tapi maybe family dia tak suka kau dan sebaliknya"
" Oohhh " Ashraf membuat bentuk bulat di bibirnya.
" Tapi perempuan ni kau kena faham. Kadang dia suka kau, tapi dia tak nak tunjuk. So kau kenalah tunjukkan effort kau utk buat dia mengaku. Tapi ada jugaklah jenis perempuan yg senang mengaku perasaan dia. It depends on your luck!" Sambung Hisyam lagi. Soal hati dan perasaan, walaupun dia kurang tahu tetapi dia pernah mengalami situasi spt itu. Jadi tdk salah rasanya utk berkongsi pengalaman tersebut dgn Ashraf kerana kawannya yg satu ini memang dungu bab-bab perasaan! Itu yg umur dah 34 tapi masih available!
Ashraf terdiam. Kata-kata Hisyam dihadam sedalam-dalamnya. Airra kategori yg mcm mana erk? Suka tapi tak nak mengaku atau dia suka aku tapi tggu esok2 baru nak mengaku. Atau dia belum suka aku lagi? Ke dia dah berpunya? Arghhhhh!
Ashraf bangkit dr duduknya lantas menggapai kunci kereta di atas meja. Dia berlalu meninggalkan Hisyam yg ternyata blurrr dan berwajah kosong....
" Raffffff!" Namun lelaki itu hanya berlalu tanpa menoleh.

"ALONG. Adek ingat kan, nak start jual kek-kek yg adek dah buat tu. Ibu dah rasa sample dia. Ibu cakap, sedap. Lagipun, boleh jugak adek simpan modal tu utk kegunaan masa dtg. Okey tak long?" tanya Airra apabila berjalan beriringan dgn Akief. Dia memunggah kotak besar sehingga ke bonet kereta. Tercungap-cungap nafasnya.
" Manalah tau, Mom's Bakery kita ni maju dan dikenali satu Malaysia" Airra mula mencipta angan-angan. Akief selesai meletakkan barang-barang mereka ke seat belakang lalu menemani Airra yg bersandar di bonet.
" In Shaa Allah. Along ikut je mana yg elok. Boleh jugak kita bantu ibu dan ayah kan? Kurang sikit beban ayah"
" Hmmmm. Kesian ayah. Kita ni asyik pindah rumah je. Masuk ni dah kali ke tiga kita pindah. Kesian ayah. Kena bayar rumah, itu ini..."
Akief terdiam. Dia tahu benar alasan mereka berpindah. Namun sengaja dirahsiakan dr pengetahuan Airra.
" Kenapa kita selalu pindah long?" Airra memandang wajah Akief. Wajahnya mengharap benar saat itu.
Akief tersenyum hambar. " Sebab ayah dah pindah kerja kan? So kenalah ikut ayah sekali. Kita mana boleh berpisah dr ayah, lagi-lagi ibu tu. Mana dia nak jauh dr ayah"
Hanya itu alasan yg mampu dia berikan saat ini. Dia tdk mahu mengeruhkan lagi keadaan dgn menceritakan perkara sebenar. Risau sakit Airra dtg kembali sementelah tiga bulan ini Airra dilihatnya spt sihat-sihat saja.
Airra terdiam. Ada benarnya kata-kata along itu. Namun kenapa hatinya merasakan seolah-olah mereka sdg menyembunyikan sesuatu drpd nya?
" Dahlah dek. Hari dah lewat mlm ni. Jom tutup kedai" arah Akief lalu bergerak ke pintu hadapan. Airra menurut dr belakang. Selesai mengunci grill dan pintu, mereka kembali ke kereta.
" Airra" Sapaan itu membuatkan kedua-duanya menoleh. Wajah Akief biasa sahaja tetapi tampang Aira ternyata berubah mendadak sama sekali. Apa yg dia buat kat sini?

"DOKTOR!" Akief terlebih dahulu menyapa. Disalami tangan lelaki itu apabila Ashraf sudah mendekat. Pandangannya jatuh pd wajah Airra. Betapa dia merindukan seraut wajah itu. Dilihatnya Airra terkaku, kaget barangkali dgn kedatangannya secara tiba-tiba.
" Doktor buat apa kat sini?" tegur Akief, ramah. Dia merasakan ada sesuatu yg aneh apabila melihat pandangan Ashraf hanya tertumpu pd Airra.
" Ohhh saya nak jumpa Airra" jujur Ashraf sambil mempamerkan senyum manisnya. Airra kaget. Dia bengang tiba-tiba. Jam sebegini lewat, utk apa dia ingin bertemu? Buatnya along syak sesuatu?
Akief mengerutkan dahi. Memang benar tekaannya. Ada sesuatu di antara mereka. Kalau tdk ,masakan si doktor kacak ini ingin bertemu Airra sdgkan waktu sdh lewat mlm. Tdk mungkin mereka ingin berbincang soal kesihatan Airra sdgkan perkara tersebut blh dibincangkan pd siang hari. Lagipula, Airra juga sdh baik-baik. Dan sdh pastinya hubungan antara doktor dgn pesakit sdh berakhir. Justeru utk hal apa mereka ingin bertemu?
" Dah lewat mlm ni doktor. Kenapa doktor nak jumpa adik saya?" Akief bertanya bagi pihak Airra.
Airra menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya, pertanyaan Akief mengelakkannya drpd berdua-duaan dgn lelaki itu. Sungguh, dia serik!
Ashraf tersenyum kelat. Dia sdh merangka rancangan ketika di dlm perjalanan tadi. Apa pun yg terjadi, dia sdh tdk ambil pusing lagi. Ini kali pertama dia merasakan getaran hebat spt ini terhadap seorang perempuan. Jadi peluang ini tdk akan dia lepaskan. Sementelah, ini juga blh dijadikan alibi utk mengelak drpd dijodohkan dgn gadis pilihan umi.
" Airra. Saya suka awak"
Airra terkesima. Dia seakan tdk percaya dgn ungkapan yg barusan dia dengar. Lebih-lebih lagi, dr mulut seorang doktor spt Ashraf. Mana mungkin lelaki itu tertarik pdnya. Dia dan Ashraf, umpama pipit dgn enggang. Jauh sekali hendak bersama ,menyulam kasih asmara. Dahlah dirinya penuh dgn beban sakit yg dialaminya saat ini. Masakan seorang lelaki normal spt Ashraf menyukai gadis yg tdk tahu asal-usul sendiri sptnya? Dia jadi bingung.
Akief turut sama terkejut. Pengakuan ini seakan-akan mimpi bagi dirinya. Seorang lelaki yg hampir sempurna jatuh suka pd seorang gadis sakit spt adiknya? Dia memandang wajah Ashraf. Dan terbit sebuah cahaya keikhlasan dr wajah dan sepasang mata hazel itu. Dia juga lelaki, masakan dia tdk faham akan maksud semua itu?
Ashraf menjamah wajah Airra, dgn seribu pengharapan. Dia tahu peratusan dia akan ditolak, tapi mencuba lebih baik drpd tdk berbuat apa-apa, bukan? Sekurang-kurangnya Airra sdh jelas akan perasaannya saat ini. Yang selanjutnya, dia tahu Yang Maha Kuasa pengatur segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience