BAB 13

Romance Completed 49595

“Samser, maafkan saya. Saya tahu saya bersalah. Maafkan saya. Saya dah jebak awak dalam masalah yang tak sepatutnya awak ada. Maafkan saya Sam!” ujarku berulang kali. Aku sudah tidak dapat menahan gelora jiwaku. Biarlah aku hamburkan semuanya kepada Samser. Samser memandangku, aneh. Aku tahu dia hairan dengan perubahan sikapku. Aku berubah kerana dirinya juga! Hati berkata sayang, akal lalu pantas menduga. Mampukah cinta diperoleh, tak sedar bibir mengungkapkan madah puitis mengikut rasa hati. Tanpa peduli akal yg menentang!

“Fitri? Okay tak? Kenapa ni? Kalau ada apa-apa masalah. Beritahu saya.” Kata Samser, mengambil perhatian. Aku sudah menangis. Hari ini merupakan hari terakhir bersama kami. Sebelum tamatnya kontrak suami isteri kami. Sebelum Samser melafazkan cerai. Aku takut mendengar ungkapan itu.

“Sam! I dah tak boleh berpura-pura lagi!” luahku. Samser terpinga-pinga. Aku tahu dia tidak memahami maksud bicara butir kataku.

“Apa maksud awak ni Fitri?” soal Samser lagi. Aku mendengus geram. Segera aku memeluk dirinya. Membiarkan dia tergamam sebentar. Biar dia rasakan getaran dadaku. Biar dia rasakan bagaimana pedihnya jiwaku menahan sayang.

“Sam, I love you. Deep inside my heart!” Akhirnya terluah juga perkataan itu dibibirku. Aku menangis lagi. Samser segera menyeka air mataku yang kian sarat melimpah.

“Then, why are you crying my dear?” Samser bertanya lagi. Dia sedang memujuk diriku, juga hatiku yang walang.

“Sebab hari ni /last/ kita akan hadapi masa bersama-sama. Lepas ni, /no more time with you/. Saya akan kembali sendirian. Awak dengan cara awak. Saya dengan cara saya. /Oh my God, I don’t think I can survive.”/ Luahku lagi. Sedari tadi aku tidak henti-henti menjerit. Mujurlah keluarga Samser mempunyai urusan di Brunei. Jika tidak pasti mereka mendengari pertengkaranku dan Samser.

“Siapa cakap abang nak ceraikanhoney?” Samser bersuara. Aku diam sebentar. Sementelah aku memandang wajahnya. Merenung anak matanya. Melihat sinar kejujuran pada bebola matanya. Tulus!

“What do you mean?”soalku, dungu. Samser ketawa.

“Maksudnya I love you honey.” luah Samser pula. Aku seakan-akan tidak percaya. Hampir sahaja aku rebah. Kata-kata yang aku nantikan dari bibir Samser. Tak sangka terluah jua. Amin!

Dan pada malam itu akulah yang menjadi orang yang paling bahagia sekali. Kami sama-sama bercerita, duduk bercerita di balkoni sambil memandang langit. Mengira bintang-bintang yang indah. Pada malam itu juga aku bergelar isteri Samser yang sah, setelah dua bulan. Barulah aku tidur bersamanya.

Sungguh aku beruntung mengecapi saat ini. Dialah insan yang membawakanku cahaya di dalam kegelapan, di kala aku kesedihan, dia menghiburkanku sehingga terukir senyuman. Dan dia jugalah yang menyambutku tiap kali aku terjatuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience