Bab 43

Romance Series 80702

GERAKAN kakinya menari-nari di lantai sambil duduk bersantai di kerusi batu itu. Dia kelihatan seperti mencari kelibat seseorang yang akan lalu di kawasan itu.

"Kenapa aku tunggu dia eh ?" Dia bertanya pada diri sendiri. Sungguh dia juga tidak tahu mengapa. Berhari-hari dia menunggu gadis itu dan berharap gerangan yang di tunggu muncul.

Bagai bulan jatuh ke riba, Akhirnya dia menyedari kelibat yang di cari sedang berjalan ke arahnya itu dengan segera dia menyekat laluan gadis itu dengan mendepakan kedua-dua belah tangannya.

"Stop !"

Pia kehairanan. Apa masalah la mamat ni ?

Bahasa isyarat Pia : Kenapa?

Dia mengaru-garu kepalanya. "Tulis boleh ? tak pun lukis. Aku tak faham la."

Pia memutarkan bebola matanya ke atas. Lalu membuka zip beg sandangnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu.

- KENAPA AWAK TAHAN SAYA ?

" errr nama kau siapa ?"

-KENAPA NAK TAHU ?

"Susah la aku nak panggil kau apa kalau nak borak lebih dengan kau".

Pia mengerutkan dahinya. Perlu ke dia beritahu ?

- PIA

"Pia ? pendeknya nama ?" kata lelaki itu.

Pia berasa jengkel. sudah di beritahu nama, banyak bunyi pula. apa lagi yang dia ni nak ? Lalu Pia berjalan melintasi lelaki itu.

"Nama aku hakimi !". Laungnya dari belakang.

Untuk apa kau bagitahu nama kau ? aku tak tanya pun ? Pia berkerut dahi.

Hakimi terpaksa untuk mengikat perkenalan dengan gadis ini secepat mungkin. Tidak betah hari-hari wajah yang sama muncul di fikirannya entah mengapa.

SINGAPURA . 6:00 PM

Puan Nora begitu asyik memerhati gelagat Nurjihan yang rajin menolong para pekerjanya menghias laman luar rumahnya itu bersempena dengan hari ulang tahunya yang ke 52 tahun.

"Puan, dari tadi Puan asyik tenung je Cik Jihan tu. Air teh yang saya hidang pun dah sejuk ni. Kenapa Puan ?" Tegur Esah ke pada Puan Nora.

Puan Nora tersenyum, matanya tidak lepas dari memandang Nurjihan yang sedang memanjat anak tangga dan menggantungkan belon di gerbang besi itu.

"Suka betul saya tengok Jihan tu. Sejuk je hati saya bila terpandangkan dia. Kalau la Iq tak kahwin lagi..saya dah jodohkan Jihan dengn dia.

Apa kan daya, tiada rezeki bermenantukan seorang gadis yang baik budi pekerti itu.

"Tak apalah Puan, Cik Jihan tu pun macam sayang sangat dekat Puan. Tak ada rezeki sebagai menantu tapi ada rezeki sebagai anak angkat ye dak ?". Gurau Esah.

"Iye, kalau la saya tak keguguran dulu. Rasanya Adik Iq tu sebaya dengan umur Jihan."

Tangkai hatinya terasa pedih..teringat peristiwa dahulu di mana sewaktu dia di usir dan di tolak jatuh oleh Tuan Syed Ibrahim pada malam hujan yang lebat itu sehingga menyebabkan keguguran. Terlalu hina yang dia rasakan sehingga membawa diri berpindah ke Singapura.

Air mata di seka perlahan, biarlah..usah di kenang. Itu hanyalah kenangan pahit yang telah terkubur dengan sendirinya.

Esah menggosok perlahan bahu Puan Nora. Dia tahu majikannya itu teringatkan pada anak yang telah pergi. Bukan rezekinya. Hanya pinjaman beberapa bulan di dalam rahim.

"Dah la Puan. Jangan di ingat lagi. Yang sudah tu biarlah. Yang penting sekarang ini, Puan kena naik atas dan bersiap. Tetamu datang lepas magrib. karang tak sempat pula." Pesan Esah.

"Yelah, mari temankan saya."

"Jihan !! dah-dah la tu. Biar je yang lain-lain tu diorang buat. Pergi naik atas dan bersiap."

Laungan dari Puan Nora menggamit perhatian Nurjihan. Lalu dia tersenyum dan menggangguk laju.

"Okay Aunty. Sikit lagi je." Balas Nurjihan.

8.30 PM

Nurjihan menarik nafas dalam-dalam menghirup angin malam yang damai di situ jauh dari keramaian tetamu yang hadir pada majlis hari lahir Puan Nora. Tetamu vvip memenuhi ruang rumah usahawan kosmetik yang berjaya itu.

Buaian besi itu di hayun perlahan. Seronok rasanya bagai ingin tertelap sahaja di situ. Di perhatikan gelagat para tetamu yang masing-masing berbual sesama sendiri. Kebanyakkan dari mereka hanya berbual soal perniagaan. Bosan jadinya. Dia memilih untuk bersediri di situ.

"Menikmati nampak ? ."

Terus terbuka matanya dari terpejam. Kacau daun lah !

Sungguh, semua yang ada di dunia hanya sementara, begitu juga ketenangannya yang akhirnya di ganggu oleh lelaki ini. Belum berpaling untuk melihat sudah dia tahu siapa gerangan.

"Bila Tuan Syed sampai ?". Gugup suara Nurjihan bertanya.

Tuan Syed Iqwal berjalan dan berdiri di hadapan buaian besi itu dan sebelah tangannya memegang palang besi pada buaian.

"Baru je. Saya datang tadi terus cari awak. And my instinct betul yang awak ada dekat sini. Buaian ni favorite spot ami, saya yang belikan dia buaian ni." Jawab Tuan Syed Iqwal.

Hah ? favorite spot ?

Bingkas Nurjihan berdiri. "Duduk la Tuan Syed."

Tuan Syed Iqwal menggeleng. "Awak tak rindu saya ke ?".

Pertanyaan itu bagai menutup rongga hidungnya dari terus bernafas dengan pandangan menggoda lelaki ini.

Aduh...

"Biasa je" Jawab Nurjihan.

Terangkat sebelah keningnya mendengarkan jawapan gadis itu. Auranya tidak terlekat hebat kah pada gadis ini ? atau...dia cuba untuk berdalih ?

"Are you sure ?" Tanya Tuan Syed Iqwal.

"Ermmm... kenapa ? tak percaya ? ".

Kepala Nurjihan di gerakkan sedikit ke belakang bila lelaki ini cuba mendekatkan wajahnya.

"Kenapa ? sebab saya rindu awak sangat. walaupun baru 3 hari. I can't help it."

Fuh....dia pulak bagai nak pecah dada menahan debaran hebat dengan aura kuat bagaikan magnet yang menariknya dekat pada Tuan Syed Iqwal.

"Errrr saya nak ke depan sekejap ambil air."

Baru 3 hari dia dapat menarik nafas lega bila berjauhan dengan Tuan Syed Iqwal, kini lelaki ini muncul. Tapi..yelah, hari lahir mak dia kan Puan Nora tu. Takkan la dia tak datang !

Nurjihan menggaru-garu kepalanya.

Pandangan matanya tidak lepas dari menatap figura si isteri yang semakin menghilang di sebalik keramaian. Baru tiga hari, separuh gila dia merindu. Teringatkan kata-katanya pada malam itu terkena pada diri sendiri ke macam mana ni ?

"Iq.. kenapa duduk kat sini sorang-sorang ? Benjamin mana ?"

Teguran dari Puan Nora mengalihkan perhatiannya dari mengekori Nurjihan. Lalu dia tersenyum ke arah ibunya.

"Ye ami, Iq saja ambil angin dekat sini. Ben ? urmm ada dekat depan kot tengah melantak. Dia kan pantang tengok makanan free".

Ketawa Puan Nora mendengarkan kata-kata Tuan Syed Iqwal itu. Tergeleng-geleng membayangkan Benjamin yang sedang menikmati makanan sehingga penuh di mulut.
Benjamin adalah antara bodyguard yang tegas tetapi ada masanya lucu juga.

"Kenapa tak bawak isteri Iq datang sekali. Ami tak kenal lagi dengan dia. Even nama dia pun Iq rahsia dari Ami.." Rajuk Puan Nora.

Tuan Syed Iqwal ketawa kecil melihat rajuk sang ibu, terpampang jelas gigi siung di sebelah kiri itu menyerlahkan lagi ketampanannya yang mencairkan hati beribu-ribu gadis.

"Nanti la ami, sampai masa ami akan tahu juga nanti. Tapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk Iq nak bawa ami jumpa dia."

"Yelah, ami faham. Cantik tak ?" Tanya Puan Nora teruja.

"Cantik...just like you, ami."

Disebalik kegembiraan itu terselit sedikit rasa sedih. Tidak mampu hadir di saat anaknya bernikah. Semua atas dasar menghormati keputusan anak kesayangannya itu. Dia tidak mahu berkecil hati lama-lama. Sungguh apa yang dibuat oleh anaknya pasti terselit sesuatu sebab yang penting di dalamnya. Dia percaya..anaknya itu telah berjumpa dengan bidadari yang mewarnai harinya yang suram. Dia akan sabar sehingga hari itu tiba. Apa pun latar belakang menantunya itu, dia terima seadanya.

Im sorry ami. She's here. Menantu ami tu ada dekat sangat dengan ami....

Hatinya hanya bisa mengeluh bila memandang wajah tua yang teruja itu.

Debushh !!!

Bunyi percikan air kolam dan jeritan orang ramai kedengaran di hadapan. Berlari mereka ke arah kolam renang itu.

Terkapai-kapai tangan Nurjihan meminta pertolongan. Sungguh dia tidak pandai berenang.

"To...tolong...!!". Sayup-sayup suara yang terkeluar dari mulutnya yang mencari nafas di dalam kekalutan ingin tenggelam di dalam kolam itu.

Tanpa banyak bicara Tuan Syed Iqwal terus terjun di dalam kolam renang itu. Dia bergegas berenang ke arah Nurjihan yang hampir lemas.

"I got you..i got you.. don't worry". Katanya untuk menenangkan Nurjihan yang memberontak dengan air dan tidak sedar bahawa dirinya sudah selamat di capai oleh Tuan Syed Iqwal.

Terlalu ralit, mereka saling bertatapan bila Nurjihan tidak sedar yang dia telah merangkul leher suaminya.

"Tuan Syed, pass cik Jihan pada saya." Teguran Benjamin menyentakkan lamunan mereka berdua.

Terpinga-pinga Nurjihan melihat Benjamin yang ingin merebutnya dari Tuan Syed Iqwal.
Namun, Tuan Syed Iqwal tetap keras dia tidak mahu melepaskan Nurjihan.

"Tuan Syed tolong bagi Cik Jihan pada saya. Ramai orang dekat sini tengah tengok korang. Wartawan pun ada tu. Please Tuan Syed." pinta Benjamin sekali lagi.

Dia harus berbuat sedemikian kerana rahsia agenda Tuan Syed Iqwal masih belum terlaksana sepenuhnya. Maka dia harus peka dengan keadaan sekeliling.

Dengan berat hati Tuan Syed Iqwal melepaskan Nurjihan untuk di bawa Benjamin naik kerana ada betulnya dengan apa yang Benjamin cakapkan sebentar tadi. Jika tidak di fikiran yang mereka berada di khalayak ramai, pasti sudah dia dukung Nurjihan naik berehat hingga ke atas bilik.

"Jihan, are you okay darling ? oh my god..macam mana boleh jatuh dalam kolam ni ?..."
Tanya Puan Nora dan di balutkan Nurjihan dengan kain tuala. Kasihan gadis ini pastinya dia kesejukkan.

"Saya okay aunty..uhuk..uhukk"

Macam mana dia boleh jatuh ? Salah dirinya sendiri yang berjalan asyik nak tengok dua beranak yang seronok berbual di sana sampaikan kolam renang setapak di hadapan pun dia tidak perasan.

"Iq naik atas. Tercegak dekat situ lagi kenapa ?" Panggil Puan Nora ke arah Tuan Syed Iqwal yang kelihatan masih kaku di dalam kolam renang itu.
Namun dia tidak menyangka yang anaknya tangkas terjun ke dalam kolam renang tersebut. Padahal ada ramai pembantunya yang boleh menolong Nurjihan.

Hati tuanya berkocak dalam berteka-teki akan sesuatu perkara. Tetapi dia cuba untuk menafikan.

Tuala yang di hulur oleh Puan Nora kepada Tuan Syed Iqwal di ambil dan dia berlalu masuk ke dalam rumah. Sakit hatinya bila mana tidak mampu untuk menyelamatkan sepenuhnya Nurjihan. Kuatkan dirinya untuk menahan getaran panahan asmara dari Nurjihan sebentar tadi.

Benjamin hanya memerhati Tuan Syed Iqwal yang berlalu pergi dari situ. I'm sorry Tuan Syed. I have to, untuk kebaikan Tuan Syed dan Cik Jihan juga.
Jika tidak mengenangkan yang Puan Nora dan Tuan Syed ini adalah public figure, sudah pasti Benjamin tidak akan masuk campur.

FILE PROJEK Genting di semak satu persatu oleh Nurjihan setelah di dapati aduan ada kebocoran simen yang baru di gunakan.

"I pelik, dari mana supplier yang diorang ambil ni ? Material yang di gunakan sangat low quality. And now...kita dah bazir berapa banyak dah untuk ambil supplier baru. Pening kepala i ni fikir."

"You all yang handle pasal supplier kan? macam mana boleh jadi macam ni ?." Balas Karlisa yang ralit menatap laporan projek itu.

"Memang kami yang handle but, macam ada yang tak kena je. I thought supplier baru ni adalah terbaik bila di recommended by our client yang lain."

"Entah la Haider, better you check balik. I tak nak projek ni sia-sia macam tu je. Belanja yang company kami keluarkan banyak tau bukan sikit."
Karlisa memicit-micit kepalanya.

60% done. MR Holdings bakal menuju kekancuran.

Di sebalik itu, hati Karlisa tersenyum. Namun sedikit rasa bersalah kerana dirinya pula yang sedang berperang dengan gurunya, 'Dr.Haider.'
Berharap semua dendam ini cepat berakhir.

"Understood. I akan check balik dengan mereka. I'm sorry pasal ni." Ujar Megat Haider, jelas dia menatap Karlisa lama.

Merasakan tidak begitu selesa. Karlisa bangun.

"I guess discussion kita dah habis buat masa sekarang ni, so i nak kena attend meeting pukul 11 nanti." Karlisa menamatkan sesi perbincangannya bersama Megat Haider sambil tersengih lebar.

Faham la Megat Haider bila Karlisa berkata begitu. Lantas dia bangun.

"Thanks for spending your time. I tahu you busy but sorry i kena bincang lebih kerap dengan you pasal projek Genting ni." Kata Megat Haider menggaru-garu belakang tengkuknya.

"It's okay. I faham. Boleh je tak ada masalah. Any problem just tell me." Balas Karlisa tersenyum manis.

Megat Haider beredar ke arah pintu. Dalam dia sedang memegang tombol pintu, dia berpaling sedikit.

"Malam ni awak sibuk tak Jihan ?"

Terkejut Karlisa mendengarkan soalan itu.

"Sorry ?"

Karlisa merasakan seperti telinganya salah mendengar yang Megat Haider memanggilnya Jihan.

"Opps, sorry i tersilap sebut. I mean you free tak malam ni 'Karlisa' ?"
Megat Haider mengulangi semula soalan itu.

Hampir pecah dadanya. Di fikirkan Megat Haider itu sengaja.

"Hahah pandai you bergurau. Terkejut i. Malam ni...i kena tengok dulu macam mana, then I'll text you later."

Megat Haider mengganguk sambil tergelak kecil.

"Kalau i tersasul Jihan pun tak ada masalah kan ? still the same person."

Terbuntang mata Karlisa saat ini. Apakah gurauan lagi sekali yang lelaki ini cuba wujudkan ?

"Stop Haider, you ni suka sangat menyakat i."
Karlisa berupaya untuk menghindari suasana kekok saat ini.

Karlisa berlagak berani dan berjalan menghampiri Megat Haider.

Tolong la keluar cepat sikit .. desis hati wanitanya.

Megat Haider kini berpeluk tubuh dan dia bersandar di pintu itu. Sengaja agaknya menghalang laluan. Di tatap tajam sepanjang mata milik Karlisa di situ.

"Mengaku je Jihan, apa tujuan awak menyamar sebagai Karlisa ? dan bekerja dengan Tuan Syed ?"

Karlisa kelu memandang Megat Haider. Apa yang akan jadi lepas ni kalau dia mengaku ?

"I think you ni over sangat nak test kesabaran i Haider." Tangan Karlisa menunjuk ke arah pintu.

"Kenapa pula nak kena test sedangkan awak memang Jihan?". Megat Haider kembali memarakkan api kesabaran Karlisa.

"Apa bukti you nak tuduh i ni orang lain ?". Pertanyaan dari Karlisa itu mengundang tawa sinis dari Megat Haider.

5 BULAN YANG LALU, HOTEL GRAND HIBISCUS.

"Mak cik datang sorang je. Ni mak cik nak singgah sekejap bagi barang dekat Jihan. Mak cik telefon dia tak angkat."

"Jihan tengah buat kerja menghias dewan di tingkat 10. Mak cik nak naik ke? Biar saya tekankan lif untuk mak cik."

Laju tangan Dr.Haider hendak menekan semula butang naik pada lif di dinding itu.

"Eh tak payah..Gayat mak cik nak naik atas tingkat tinggi-tinggi tu. Mak cik minta tolong Dr. untuk bagikan pada Jihan boleh?".
Pinta Mak Eton lalu di hulurkan beg bakul rotan.

Selepas melihat Mak Eton berlalu pergi, Megat Haider terasa sangsi dengan plastik ubat yang berada di dalam beg bakul itu lalu dia menggapai ubat yang tertulis nama 'Nurjihan' dan jenis ubat untuk penyakit alahan. Di buka sarung ubat itu dan terlihat sepapan ubat jenis 'Loratadine'.

Ouh ada alahan rupanya Jihan ni. Desis hati Megat Haider.

Flashback end.

"Ubat yang Jihan ada itu sama jenis dengan yang di pegang oleh Karlisa sewaktu pengsan dahulu. Our first lunch. Dah lupa ?"
Kata Megat Haider yang sedang berjalan mengelilingi Karlisa.

Tangan Karlisa menggeletar namun pantas dia sembunyikan di belakang..... benarlah dia terlupa dengan pemberian beg bakul yang Mak Eton kirim melalui Megat Haider dahulu sewaktu dia sibuk menghias dewan untuk majlis prom night tahun akhir.

"Plus....cara Karlisa dan Jihan menyelak rambut adalah sama. Both of you menggunakan tangan kiri setiap kali menyelak rambut ke tepi telinga. Takkan itu kebetulan lagi ? evidence tu dah cukup kuat untuk menyokong instinct saya !".

Terduduk Karlisa bila mendengarkan kata-kata Megat Haider kali ni. Dia kalah. Tidak tahu hendak berbohong apa lagi.

"Why ? berapa harga yang Syed Iqwal dah beli awak. Just tell me ! Biar saya bayar semula harga kebebasan untuk awak Jihan !".
Tangannya kuat mengoncang kedua-dua bahu Karlisa yang pandangannya hanya meneku ke lantai.

Air matanya jatuh. Kenapa sekarang baru kau nak tawarkan ? dah terlambat Megat Haider !

"Lupakan saya. Jihan yang dulu dah tak wujud. Saya dah kahwin pun ! kenapa baru datang nak bagi pertolongan sekarang? dah tak guna.. Biar saya buat kerja saya dengan aman. get out !"
Tegas Karlisa kepada Megat Haider lalu menepis tangan lelaki itu dari memegang kedua-dua bahunya.

Air mata yang turun di biarkan tanpa menyeka sedikit pun.

"Dah kahwin ? dengan Siapa ? Bos awak yang dekat bilik depan sana tu ?". Teka Megat Haider.

Karlisa tidak beriaksi hanya diam menunduk lemah.

"Damn it !"
Kakinya menyepak bakul sampah kecil di sisi meja itu. Pandangan sayu di halakan pada Karlisa sekilas dan dia berlalu pergi.

Karlisa atau Nurjihan ? masih selamatkah lagi bila identiti itu sudah di ketahui. Apa yang bakal terjadi selepas ini dia pasrah !

Benjamin berasa tidak sedap hati bila matanya bertembung dengan Megat Haider semasa lelaki itu berlalu keluar dari bilik Karlisa.

Eh apahal ?

Ting ! pintu lif terbuka.

Buk !

"Sorry bro." Tangan di tepuk sekali di bahu Tuan Syed Iqwal oleh Megat Haider.
Sengaja dia melanggar bahu Tuan Syed Iqwal semasa mereka bertentangan mata di hadapan lif sebelum Megat Haider berlalu pergi.

Fikirannya hanya terbayangkan Karlisa atau Nurjihan bila ternampak Megat Haider menjejakkan kaki ke sini dengan lagak seperti itu. Ada yang tidak beres !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience