Chapter : 3

Action Completed 47669

Shira bangun dari lenanya apabila kedengaran bunyi azan berkumandang.Dia membersihkan dirinya dan mengambil wudhuk.Dia bersiap siap untuk memunaikan solat Zohor.

Shira mengambil talefon bimbitnya dan di on kan,tapi tidak dapat. Mungkin kehabisan battery.Dia mengecas talefonnya dan keluar dari bilik itu.

Shira terdengar bunyi orang sedang berbual mesra. Dia melihat gerangan yang berada di sofa itu. Kelihatan papanya bersama dengan Razin sedang berbual

"Hai pa"sapa Shira lantas duduk di atas sofa di sebelah papanya

"Hai sayang dah bangun dah.Tak nak keluar ke?"

Ira hanya mengelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

"Pa jom balik kampung.Ira rindu dengan tok wan."sudah lama dia tidak berjumpa dengan nenek kesayangannya itu

"Papa buzy,apa kata kamu balik dengan Raz ni"

"Ermmm,awak nak ikut ke Raz"

"Saya kerja sebagai bodyguard awak,untuk jaga keselamatan awak,jadi saya akan ikut"

"Ok lah kalau macam tu pukul 3 nanti kita pergi"

"Baiklah"

Shira naik ke biliknya dan mula mengemas baju baju yang ingin di bawanya nanti. Dia mengemas katil dan biliknya. Kemudian dia mengeluarkan beg bagasinyer ke luar bilik.

Dia mengambil beg sandangnya dan meletakkan beberapa buah novel,sedangkan di kampungnya sangat banyak koleksi novelnya yang belum di baca.

"Ok done"

Dia sudah bersiap siap untuk pulang ke kampungnya.Dia membawa beg bagasinya turun ke bawah.

"Raz cepat lah"

"Ye ye,"

Mereka berdua masuk ke dalam kerita BMW milik Shira.Semasa di dalam kereta mereka hanya senyap.Shira tidak suka keadaan bergini.Dia cube mencari tajuk perbualan mereka..

"Raz betul ke awak belum kawin?"

"Ye"

"Kenapa masa mula mula kita jumpa awak kata dah"

"Saja"

Sebenarnya Raz sudah bertunang tanpa 'RELA' dia telah di paksa oleh papanya.Sebab itulah dia tidak suka bercerita tentang keluarganya

Banyak rahsia yang Azam sahaja tahu tentang keluarganya.Dia hanya rapat dengan mamanya tapi tak dengan papanya yang suka mengaturkan kehidupanya.Mamanya sangat manjakannya sehingga besar,tetapi mamanya telah menghidap penyakit kanser paru paru.

Dia pulang ke Malaysia dan menubuhkan agensi penyiasat upahan dan bodyguard bersama Azam. Azam telah banyak membantunya dalam kerjaya ini.

Dia harap dia dapat mulakan hidup baru di sini. Umurnya telah meningkat ke angka 28 tahun tapi masih belum berkahwin. Dia tidak minat akan wanita wanita yang agak gedik apabila bersamanya

Shira hanya termenung jauh. Sehinggakan dia tidak perasan yang dia sudah sampai ke kampungnya

"Eh kejap ira.Ni kampung awak ke?"tanya Razin apabila melihat Shira menggangkat beg bagasinya. Dia hanya singgah di sini untuk berjumpa dengan nenek angkatnya

"Ye lah"jawab Shira lantas menuju ke arah nenek kesayangannya.Alahai rindunya Tok wan ni

"Raz kamu tak payah nak terkejut"tahu sangat lah dia dengan perangai mereka berdua yang pastinya terkejut beruk itu

"Hah,nenek kenal ke dia?"macam mana nenek boleh kenal dia ni

"Kenal lah,dah jom masuk nanti nenek ceritakan semuanya"

Mereka berdua mengangkat beg masing masing dan membawanya masuk ke dalam rumah .Ira masuk ke arah bilik sebelah kanan manakala Razin di sebelah kiri.Maksudnya bilik mereka berhadapan.

Yang kali ni Dihah akan gabung dengan SMB 2 sbb dihah kurang idea sikit okey

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience