"HAHAHAHAHAHAHAHAHA!"
Gelak tawa memenuhi ruangan rumah Hajah Khadijah. Semuanya gara-gara cerita Anisa cuba memukul Si Nufail.
"Ya Allah. Ara tak sempat tengok pun part tu. Astagfirullahalazim, ahahahaha penat dah gelak. Nak nangis." Hammara yang duduk di atas sofa bersebelahan ibunya dengan bahagianya mentertawakan adiknya. Hammara lap tubir mata yang sudah berair.
Datin Khautar dan Puan Asma' dah bertepuk tampar sesama sendiri. Opah Tijah pula senyum penuh makna. Manakala Anisa Nufairah pula terpaksa menahan malu di muka pintu utama rumah itu. Tercegatlah dia sorang-sorang dekat situ.
Sebaik sahaja mereka tiba di rumah Opah Tijah, Anisa diajak oleh Hanif untuk tengok bulan. Tak tahu kenapa budak kecik tu suka sangat tengok bulan. Kemudian bila Anisa nak langkah masuk ke dalam rumah Opah Tijah, dia terdengar gabungan tawa yang kuat. Tercengang terus dia bila cerita dia nak pukul Nufail dengan kayu menjadi perbualan hangat tika itu.
'Oh Allah, salah timing kau masuk, Anisa Nufairah.'
'Tapi...siapa yang bagitahu diorang ni? Aku belum cerita dekat kakak?'
Fikir Anisa sendiri dan tiba-tiba dia teringatkan seseorang.
Nufail.
Ya, lelaki itu yang menceritakan peristiwa yang memalukan itu kepada mereka semua. Tak ada orang lain dah. Kurang asam punya orang!
Ligat matanya mencari kelibat jejaka itu namun tidak kelihatan.
"Nisa cari sapa tu?" Suara lembut Datin Khautar menerpa halwa telinga Anisa. Anisa gelabah kerana perbuatannya telah ditangkap.
Argh! What a terrible day!
Anisa tayang sengih sambil memandang mereka yang ada situ. Yang pasti dia dapat lihat senyuman lain macam dan penuh maksud tersirat terlukis pada wajah setiap dari mereka.
"Anisa bukan sengaja Datin, Opah. Anisa ingatkan ada orang jahat. Jadi Nisa peganglah kayu siap-siap. Mana tahu kan...hehehe. Minta maaf, Datin...Opah." Tersipu-sipu Anisa berkata sebegitu. Sumpah dia segan!
Datin Kauthar menggeleng lalu tersenyum, "Tak ada apalah. Minta maaf buat apa alahai sayang oi. Kami semua rasa lawak je."
Anisa senyum malu.
"Nisa...tercegat apa lagi dekat pintu tu? Meh la duduk." Opah Khadijah menepuk ruang kosong disebelahnya. Anisa akur. Dia berjalan menuju ke ruang kosong itu lalu melabuhkan punggungnya.
Kekok.
"Anisa dah habis belajar?" Datin Kauthar membuka topik perbualan dengan suaranya yang lembut.
"Dah Datin." Anisa senyum lagi dan lagi.
Datin Kauthar ketawa kecil.
"Tak payah panggil Datin. Panggil Umi aje. Umi pun asal sini je. Tak payah lah datin-datin. Gelaran tu tak penting pun. Panggil Umi ye?"
Anisa membulatkan matanya.
"Be-betul ke ni? Segan pula Nisa." Dia menggosok belakang leher yang ditutupi tudung sarung itu.
"Ha cuba panggil." arah Datin Khautar. Senyuman tak pernah lekang dari bibirnya sedari tadi.
"Umi."
"Umi."
Nufail muncul entah dari mana dan memanggil uminya serentak dengan gadis itu.
Anisa terkesima. Dia berpaling ke arah suara itu. Lelaki itu yang tika itu sedang berdiri turut tercengang. Automatik Mata dia terhala ke arah Anisa. Alahai macam mana boleh serentak woi!
Chemistry betul!
Anisa mula gelabah. Dia lekas bangun dari duduknya, "O...opah! Nis...sa pergi bancuh air? "
"Serentak tu."
"Comel betul budak berdua ni."
"Akak approved!"
Ha sudah. Makin kuat menyakat pula diorang ni. Anisa dahlah tak reti handle benda-benda macam ni. Dia genggam tangan sendiri. Tabiat Anisa kalau gelabah atau malu.
"Ha yelah. Pergilah. Opah tahu Nisa bancuh air sedap."
"Teh ke ko-kopi?"
Nufail masih berdiri cegat di situ, memerhati tingkah laku gadis itu. Keningnya terangkat, tangan dimasukkan ke dalam poket, bibir sedaya mungkin cuba dikawal. Takut tersenyum!
"Kopi okey." Opah Khadijah menahan tawa. Lucu. Geli hati melihat kelakuan Anisa Ufairah.
"Okay!" Kelam kabut Anisa berlalu ke dapur dan nak lalu itu pun kena berselisih dengan mamat tu. Argh! Redah sajalah!
.
.
.
.
.
"DIA ingat lawak ke? Eii. Suka hati aje cerita dekat diorang. Lepas tu pulak, terpanggil umi dia serentak. Malunya!"
Anisa membebel seorang diri mengenangkan nasib malangnya yang harus menanggung perasaan malu yang menggunung. Dia kacau kopi tersebut dengan perasaan sebal. Anisa dapat rasakan pipinya kini merah bak tomato.
"Kacau aje dari tadi. Gula dah letak ke belum?"
Terperanjat dengan suara garau itu, terus terpelanting sudu yang dipegang oleh Anisa hingga bawah ke tepi sinki. Ternganga Anisa dibuatnya. Gigi diketap geram. Dia berpaling dan serta merta wajah tampan jejaka itu menghiasi pandangannya. Liur ditelan.
Nufail bersandar di tepi dinding laluan dapur sambil kedua belah tangannya disilang. Sudut wajahnya terangkat. Agak sinis.
"Kenapa Encik bagi saya terkejut? Terpelanting dah sudu pun. And...berapa Encik berdiri dekat situ?" kata Anisa mendatar. Kalau tadi muka dia merah sebab malu, sekarang merah sebab marah pula. Eii mamat ni.
"Saya tak cuba untuk terkejutkan, Cik. I'm just asking...dah masukkan gula ke belum sebab saya tengok Cik Anisa khusyuk membebel. And...berapa lama saya berdiri dekat sini? Tak lama. Baru je. Saya datang nak ambil biskut untuk Zulaikha dan Hanif. Diorang tengah main puzzle dekat luar. Why?" Nufail angkat sebelah keningnya. No smile and no tone in his voice. Such a 'dingin' man.
"Oh...ha ambillah. Sorry." balas Anisa ringkas. Keluhan dilepaskan. Jantung dia ni tak habis berdegup laju lagi ni. Fuh. Dia alih pandangan pada sudu yang jatuh tadi. Tak sempat dia nak tunduk untuk capai sudu tersebut, Nufail menahan.
"Stop. Just stay. Let me pick it. Tak nak tambah dosa." Nufail bergerak ke arah lalu sinki badan dibongkok sedikit bagi mencapai sudu itu.
Anisa kesekian kalinya tercengang. Kenapa tiber sangat mamat ni? Tahu tak dia boleh terkena penyakit lemah jantung sebab mamat ni?
"Here." Nufail hulur sudu tadi kepada Anisa dan lambat-lambat gadis itu menyambutnya.
"Terima kasih."
Nufail tak balas ucapan Anisa itu tapi dia bergerak ke sebelah Anisa pula. Bulat mata gadis itu cuba memahami apa yang terjadi. Apa masalah Nufail ni!
"Kenapa En-encik berdiri sebelah saya?" Anisa menjauhkan dirinya dengan mengundur beberapa langkahnya ke belakang.
Nufail mengeluh pendek sebelum berbicara, "Move a lil bit more. Aku nak tolong kau ambil gula atas ni, tinggi. Are you tall enough?"
Terkebil-kebil Anisa mendengar tutur lelaki itu namun dia akur. Dia berundur beberapa langkah lagi bagi meninggalkan ruang untuk lelaki itu. Nufail membuka kabinet atas. Balang gula dicapai.
"Nah." Balang gula bertukar tangan.
"Terima ka-"
Tak sempat Anisa ucap terima kasih, Nufail dah lesap bersama biskut di tangan.
Anisa termenung seorang diri di dapur dan seketika kemudian barulah dia seolah-olah teringat sesuatu. Tangan naik menekup mulut sendiri.
'How thoughtful of him' Anisa tiba-tiba sahaja berasa kagum dengan jejaka bernama Nufail ini. Bila difikirkan balik, rupa-rupanya Nufail tak kasi dia ambil sudu tu sendiri sebab bila Anisa membongok nanti, bentuk badannya akan sedikit kelihatan dan pasal ambil gula tadi...sebab Nufail risau jikalau takut berlaga bahu dengan Anisa. Kerana itulah Nufail suruh Anisa ke tepi.
'Masya Allah, kenapa aku bengong sangat tadi? Kan dah tak pasal-pasal terburuk sangka dengan orang. Astagfirullahalazim'
TBC
Share this novel