Chapter 17

Drama Series 633633

Perbualan Hana Aishah dan Puan Sri Maria terhenti sejenak apabila satu suara lelaki memberi salam di laman rumah Kapten Azam. Wajah Puan Sri Maria berkerut memandang lelaki asing itu.

“Siapa pulak datang pagi – pagi ni?” suara penuh tanda tanya Puan Sri Maria bertanya curiga. Dia seperti kenal gerangan lelaki itu tetapi mindanya tidak dapat menangkap di mana dan siapa.

“Waalaikumusalam” laungan daripada dalam rumah kedengaran.

Renungan Puan Sri Maria beralih arah. Keresahan Hana Aishah diperhatikan Puan Sri Maria yang merenung ke arah menantunya yang kelihatan tidak senang duduk itu. Pandangan Puan Sri Maria silih berganti memandang ke arah Fakhrul dan kemudian Hana Aishah. Ibu mertua Hana Aishah itu cuba mencerna situasi yang sedang berlaku tetapi saat mata lelaki yang sedang mencari – cari sesuatu daripada tadi bertaut dengan Hana Aishah, wajah lelaki itu kelihatan lega.

“Oh my God Hana. Where the hell have you been?” suara yang pekat dengan aksen British itu meluahkan kerisauan sebelum kaki itu melangkah laju menuju ke arah mereka. Puan Sri Maria yang menjadi pemerhati itu, terdiam saat tubuh menantunya dirangkul lelaki yang tampak kasual berseluar khaki separas lutut dengan sepasang T shirt berkolar bewarna biru.

“I`ve been calling you like crazy since yesterday night” keresahan yang tadi jelas di wajah Hana Aishah terus hilang sebegitu sahaja saat berada di dalam pelukan lelaki itu. Wajah menantunya disembamkan di dada lelaki yang hanya tinggi sedikit dari Hana Aishah.

“Sorry. Yesterday was tiring” bibir menantunya yang semenjak tadi membisu kembali berbicara. Satu nafas berat dihelakan menantunya sebelum wajah Hana Aishah itu diangkat merenung ke arah lelaki itu.

“Sorry for making you worried” Hana Aishah tersenyum tawar meminta maaf kepada lelaki yang menggelengkan kepalanya perlahan sebelum tersenyum pendek.

“Damn right I`m worried. Where`s Adam anyway?” perbualan menantunya dan lelaki itu terhenti saat suara Kapten Azam kedengaran.

“Adik” wajah Hana Aishah terus berubah saat mendengar suara bapanya. Tona itu Puan Sri Maria pun tidak pernah dengar.

Nafas berat menantunya helakan sebelum Hana Aishah merenggangkan pelukan dengan lelaki itu. Satu nafas kelegaan tanpa Puan Sri Maria sedari dihelakannya. Dia tidak tahu bagaimana mahu mencerna situasi itu tetapi satu pengajaran yang di bawa selama tiga tahun ini tidak akan dia ulangi sikapnya yang serkap jarang.

Cukuplah sekali dia memekakkan telinganya daripada mendengar kebenaran. Cukup sekali dia kehilangan cucu lelaki sulungnya. Cukup sekali dia mempercayai fitnah yang dilemparkan kepada menantunya. Tiga tahun yang penuh derita itu tidak mahu dia ulangi kerana itu saat suaminya muncul dan meredakan keadaan dia menghelakan nafas kelegaan.

“Emir. Bila sampai?” suara suaminya yang tenang menegur lelaki bernama Emir itu menimbulkan lebih banyak persoalan tetapi sekurang – kurangkan dapat merungkaikan sedikit persoalan yang bermain di mindanya semenjak semalam.

“Who is this adik?” lamunan Puan Sri Maria terhenti saat mendengar suara tegas Kapten Azam. Wajah lelaki itu masih lagi tegang. Jangan cakap Hana Aishah, dengan dia yang tua ini sekalipun gentar.

Bibir menantunya seperti mahu berbicara tetapi tiada kata – kata yang mampu dia luahkan. Bibir nipis itu digigit. Tabiat Hana Aishah setiap kali menantunya itu gusar. Itu ataupun mengigit kuku. Bibir Puan Sri Maria tersenyum mengingatkan menantunya yang dia rindui itu. Hana Aishah yang tidak tahu menyembunyikan rasa kerana itu hatinya terpaut dengan memnantunya seorang itu.

“Ni Emir bang. He was the one who has been taking care of Hana and Adam at London. Kalau tak ada budak – budak ni tak tenang hati saya nak tinggal both of them at London on their own” jawapan Tan Sri Fadhil sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan tetapi Puan Sri Maria lega sekurang – kurangnya besannya tidaklah setegang tadi.

“Masuklah. I want to get to know him also” walaupun kata – kata itu seperti membawa seribu satu maksud tetapi Puan Sri Maria lega sedikit melihat wajah Hana Aishah yang semenjak tadi kerisauan dapat bernafas lega.

Bibirnya mengukir senyuman pendek sebelum pandangannya bertaut dengan wajah anak lelaki keduanya. Wajah Fakhrul yang sedang berdiri di satu sudut itu membuatkan hati ibunya dicarik kembali. Anak mata hitam milik lelakinya itu membawa seribu rasa tetapi yang paling jelas saat itu ada kedukaan. Itu kali kedua dia pernah lihat Fakhrul membawa rasa sebegitu di wajah anak lelakinya.

“Mama. Aishah is back. Adam is back” panggilan telefon daripada anak keduanya petang semalam mendatangkan rasa bahagia yang sudah lama tiada. Suara Fakhrul yang sebak tetapi penuh dengan kegembiraan itu tidak pernah dia dengari sepanjang hayat anak lelakinya itu.

“Thank you for praying for me” kalau ibu lain mungkin kata – kata itu sudah acap kali mereka dengari tetapi itu adalah kali pertama Fakhrul berterima kasih dengannya.

Bukan salah Fakhrul. Secubit pun bukan salah anaknya. Kesemua salah adalah pada dia. Kegagalan dia sebagai seorang ibu membentuk peribadi Fakhrul. Membuatkan anak lelakinya menjadi takut untuk merasai bahagia. Entah berapa kali dia memohon ampun kepada Tuhan atas kekhilafan dia sebagai seorang ibu tetapi rasa itu tidak akan pernah pergi.
*********************************

“Ibu sayang Fakhrul. Remember that ok” Puan Sri Maria merenung ke arah Fakhrul yang sedang diribakan Datin Fatimah. Wajah anak lelakinya dikucup berkali – kali Datin Fatimah. Air mata isteri sahabat baik suaminya itu ditahan supaya tidak mengalir.

“You can come back here anytime you want ok. Ibu and Abi will always welcome you home. This is your home too” Dato` Karim mengusap rambut tebal Fakhrul sambil memujuk anak susuannya. Potongan rambut yang sama seperti Dato` Karim.

“Like Abi” ayat Fakhrul setiap kali mereka pergi ke kedai gunting rambut.

Puan Sri Maria mengawal reaksi wajahnya melihat wajah Fakhrul yang dibasahi dengan air mata. Dia tidak mampu menjaga Fakhrul selepas bersalin kerana keadaan emosinya yang tidak stabil. Kerana itu apabila Tan Sri Fadhil menyerahkan Fakhrul kepada sahabat baiknya yang baru kehilangan anak itu dia tidak pernah membantah.

Datin Fatimah bersalin awal sebulan daripada dia. Mereka sama – sama mengandung tetapi anak sahabat baik suaminya lahir pramatang. Anak sulung Datin Fatimah hanya hidup selama satu minggu sebelum meninggal dunia kerana komplikasi jantung. Sewaktu suaminya memberi cadangan untuk meletakkan Fakhrul di bawah jagaan Datin Fatimah dan Dato` Karim, Puan Sri Maria yang sedang dalam keadaan depresi itu tidak mampu memberi apa – apa reaksi. Fikirannya waktu itu hanyalah kelam dan penuh dengan kedukaan.

Hampir dua tahun dia perlu mengikuti rawatan dengan pakar psikiatri untuk tekanan yang dia hadapi selepas melahirkan Fakhrul, baru setahun lebih ini emosinya sudah stabil. Tan Sri Fadhil tidak mahu dengan adanya Fakhrul keadaan dirinya akan menjadi lebih buruk. Dalam masa hampir empat tahun itu, hanya Tan Sri Fadhil yang melawat Fakhrul sehinggalah hari raya tahun ini. Itulah kali pertama dia menjenguk anak keduanya.

“Who is this abi?” saat Fakhrul bertanya tentang status dia kepada Dato` Karim, Puan Sri Maria nekad mahu mengambil semula anak lelakinya.

“I don’t want to go. I`m sorry for breaking the vase ibu. I won’t run inside the house anymore” suara anak lelaki yang sudah petah bercakap dalam usia tiga tahun itu berjanji.

“Ibu tak marah sayang. You can run all you want and break anything, I will never abandoned you for something that foolish” Datin Fatimah mengesat air mata Fakhrul yang mengalir semakin deras itu.

“Then why?” Datin Fatimah mengucup pipi Fakhrul lama mendengar pertanyaan Fakhrul yang berusia tiga tahun itu.

“Because that`s your mama and papa” Fakhrul menggelengkan kepalanya laju.

“I want ibu and abi only” Fakhrul menyembamkan wajahnya ke dada Datin Fatimah. Puan Sri Maria semakin tidak senang duduk apabila Datin Fatimah yang semenjak tadi menahan air matanya daripada mengalir akhirnya kecundang.

“Sayang” Dato` Karim memujuk isterinya.

“I think we need to make a move. Tonight, you have the gala remember” Puan Sri Maria memaniskan wajahnya sambil berbicara supaya mereka dapat lekas bergerak dari situ.

“Yeah. I totally forget about it. Sorry Im. We need to make a move. Weekend ni I`ll send him here” Puan Sri Maria menahan rasa melihat Fakhrul yang asyik memeluk Datin Fatimah itu. Sampai ke saat Datin Fatimah meletakkan Fakhrul di tempat duduk belakang kereta BMW itu, tangan Fakhrul tidak mahu melepaskan wanita itu.

“Fakhrul good boy ibu. So, you have to promise ibu you will behave ok sayang. Ibu loves you so much” Datin Fatimah memeluk erat buat kali terakhir sambil menitipkan pesanan.

“Please ibu” suara kecil Fakhrul meminta sebak.

“I love you so much” Datin Fatimah mengucup ubun – ubun Fakhrul lama sebelum dia melepaskan rangkulan Fakhrul di lehernya.

“He`s not use to sleeping on his own. He always sleeps with us. So first few days he might have some trouble sleeping” Datin Fatimah memberitahu Puan Sri Maria sebelum berlalu ke dalam rumah. Mereka bertiga memandang ke arah Datin Fatimah yang memakai gaun separas betis itu berlalu ke dalam rumah.

“Sorry Maria, Dil. She`s very attach to Fakhrul. It`ll get better by time” Dato` Karim tersenyum tetapi kelihatan amat tawar saat itu.

“I`m the one who is sorry Im. Thank you for everything” Tan Sri Fadhil memeluk erat sahabat baiknya. Lama mereka berpelukan.

“I`m the one who is thankful. Kalau tak ada Fakhrul, I don’t even know what will happen to Imah after our first born” sebak suara Dato` Karim kedengaran.

“I`ll send him here as much as possible. He`s your son too” Tan Sri Fadhil memeterai janji sebelum mereka merenggangkan pelukan. Janji yang tidak digemari Puan Sri Maria.

“Big boy abi take care. Abi will buy that cycle you want for your birthday, ok?” Fakhrul tidak membalas sepatah. Wajahnya dihalakan ke arah bertentangan, tidak mahu memandang Dato` Karim.

“Ok Im. Kitorang gerak dulu. Anything I`ll call you” kereta baru suaminya itu melangkah meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat di ibu kota itu.

Kesunyian menyelubungi sepanjang perjalanan itu. Esakan Fakhrul yang tadi kedengaran semakin lama semakin hilang sebelum hanya kedengaran bunyi kereta melintasi mereka. Tan Sri Fadhil meneruskan pemanduan dalam kebisuan. Puan Sri Maria sesekali merenung ke arah Fakhrul. Pandangan Fakhrul hanya dihalakan ke arah luar jendela

“You want to eat anything angah. Got McD , KFC, or you want to buy toys?” Tan Sri Fadhil memecahkan kesunyian mereka tetapi Fakhrul hanya diam membisu.

“You can play with Along at home. Along has been wanting to meet you after your last raya? Angah still remember Along?” Tan Sri Fadhil mencuba lagi tetapi sekali lagi kesunyian yang dia terima.

“Next week papa send you to Abi`s house ok?” kali ini Fakhrul membalas. Anggukan dia berikan. Tan Sri Fadhil tersenyum lebar apabila Fakhrul mulai mahu berinteraksi. Jelingan Puan Sri Maria tidak dia endahkan.

“Mama prepared a room for you already. There`s so many toys for you there” Puan Sri Maria pula memujuk.

“I want Ibu. I don’t want toys” jawapan pendek Fakhrul cukup untuk mematikan niat Puan Sri Maria yang mahu berborak tadi. Masing – masing diam membisu selepas itu.

“Why do I have to live with you? I want Abi and Ibu” pertanyaan polos Fakhrul itu menaikkan lagi amarah Puan Sri Maria.

“Because we are your parents” Tan Sri Fadhil menjawab tenang.

“What is parents?” Fakhrul bertanya lagi.

“Papa, Mama, Along and Angah is one family” Tan Sri Fadhil membalas lagi.

“Like The Simpson” Tan Sri Fadhil tertawa mendengar analogi Fakhrul yang berumur tiga tahun itu.

“Yes. Like the Simpson” Tan Sri Fadhil membalas ceria.

“But Abi , Ibu and me is family” jawapan polos Fakhrul sekali lagi membuatkan mereka terdiam membisu.

“Ibu and Abi won`t be around anymore. After this there`s only mama and papa” kata putus Puan Sri Maria memecahkan kesunyian di dalam kereta itu. Tan Sri Fadhil menggelengkan kepalanya mendengar jawapan balas isterinya.

“Where did they go?” Fakhrul bertanya sebak.

“Are they mad at me?” sekali lagi Fakhrul bertanya tetapi tiada jawapan yang dia terima. Akhirnya sekali lagi air mata Fakhrul gugur kerana tidak memahami apa yang berlaku.

Sepanjang hari itu, Fakhrul hanya terperuk di dalam bilik barunya. Mainan yang memenuhi bilik itu lansung tidak dia sentuh. Tan Sri Fadhil hanya sempat singgah sebentar di rumah sebelum pergi menghadiri gala penting yang dianjurkan syarikat rakan niaganya.

Puan Sri Maria awalnya cuba untuk berinteraksi tetapi melihat sikap Fakhrul yang hanya membisu tidak menjawab pertanyaannya, dia terus berputus asa. Dia yang asalnya menolak untuk mengikuti suaminya kerana mahu menghabiskan masa dengan Fakhrul memaklumkan Tan Sri Fadhil yang dia mahu ikut serta. Suaminya menghantar kenderaan untuk menjemput Puan Sri Maria. Fakhrul dan Fakhih di tinggalkan bersama Mak Zah pembantu rumahnya.

Lewat malam itu apabila dia pulang, Puan Sri Maria menjenguk Fakhrul di bilik anaknya itu. Fakhrul sedang tidur mengiring memandang ke arah jendela bilik itu. Bibirnya mengukir senyuman bahagia kerana keluarganya sudah kembali lengkap. Bantal di tangannya di pandang sekilas sebelum dia menutup kembali pintu bilik.

“Datin Sri. Puan Fatimah datang ni. Katanya nak bagi barang Fakhrul” beberapa jam lepas dia mendapat panggilan daripada pembantu rumahnya. Hatinya yang masih sebal membayangkan ayat Fakhrul tadi menyuruh Mak Zah memberitahu yang mereka semua tiada di rumah dan meninggalkan sahaja barangan kepada pembantu rumahnya itu.

“Boleh je tidur without this thing” Puan Sri Maria mengomel sendiri sebelum mencampakkan bantal tidur kegemaran Fakhrul di dalam bilik stor. Tadi pembantu rumahnya sempat menyampaikan pesanan Datin Fatimah yang menyuruh wanita itu memberi bantal itu kepada Fakhrul kerana anaknya tidak boleh tidur tanpa bantal itu.
******************************************

“Ma” Hana Aishah yang sedang asyik ketakutan membayangkan reaksi bapanya itu baru menyedari kehadiran ibu mertuanya. Wajah sugul Puan Sri Maria membuatkan dia risau kembali.

Kerongkong Hana Aishah terasa menyempit saat dia melihat pemilik suara itu. Kehadiran Emir akan membawa seribu satu persoalan yang tidak mampu dia jawab. Hal itu membuatkan debaran di dada Hana Aishah semakin kuat tetapi yang membuatkan bibirnya benar – benar kelu saat salam itu disahut tuan empunya rumah itu sendiri. itu membuatkan jantungnya gugur sebentar. Hana Aishah bimbang mahu membayangkan reaksi ahli keluarganya terutamanya bapanya.

Walaupun Kapten Azam menjemput Emir masuk, dia terlalu arif dengan sikap bapanya. Dia memang manja tetapi kalau hal berkaitan agama memang tiada kompromi. Sewaktu dia dirangkul Emir, mindanya yang terus hilang keresahan itu tidak dapat mencerna segalanya. Walaupun hal itu disaksikan ibu mertuanya yang masih merenung ke arah dalam rumah dengan wajah yang menanggung kesakitan itu yang Hana Aishah rasai adalah kelegaan. Terasa seperti bebannya hilang sebentar.

“Mama. Ok tak ni” Hana Aishah bertanya lagi. Panggilannya kali ini mengejutkan ibu mertuanya daripada terus dibuai perkara yang membuatkan Puan Sri Maria berduka.

“Ok. Ok” cepat – cepat ibu mertuanya membalas sebelum wajah yang tadi merenung ke dalam rumah itu dilarikan dan merenung Hana Aishah. Sepasang mata yang sudah bertakung air mata itu membuatkan Hana Aishah dibelenggu rasa bersalah.

“Mama. Are you really ok?” Hana Aishah melabuhkan semula punggungnya di sebelah ibu mertuanya. Sepasang tangan yang sudah berkedut itu digenggamnya. Dia merenung ke dalam anak mata coklat yang lebih gelap daripadanya.

“Mama ok. Hana dah balik. I`ll be ok” Hana Aishah memeluk erat Puan Sri Maria saat mendengar jawapan balas ibu mertuanya. Saat itu matanya bertembung dengan lelaki itu. Itulah yang direnung Puan Sri Maria semenjak tadi. Fakhrul yang sedang merenung kea rah Emir yang sudah memasuki ruang tamu rumah itu.

“Ya Allah. Kenapa susah sangat?” hatinya berbisik melihat wajah lelaki itu. Kerana itu ibu mertuanya bersedih. Anak lelaki yang Puan Sri Maria terlalu mahu lihat bahagia itu sedang memikul satu kedukaan di wajah.

“You are the happiness that he`s been searching for. Janji dekat mama, Hana jangan tinggal Fakhrul. I don’t want to lose my son again” janji yang dia pernah meterai satu masa dahulu kembali bermain di mindanya. Kalaulah dia dapat melihat masa depan, bibirnya tidak akan berjanji sebegitu kerana sekarang dia sudah tidak mampu bertahan lagi.

“Jom masuk mama. Dah start panas dah ni” Hana Aishah mengajak ibu mertuanya masuk ke dalam rumah yang dia sendiri sudah tidak tahu bagaimana keadaan dengan kehadiran Emir.

Hana Aishah membantu Puan Sri Maria untuk berdiri sebelum tongkat ibu mertuanya yang bersandar di dinding di ambil. Perlahan – lahan mereka meniti masuk ke dalam rumah keluarganya.

“How long have you been using walking stick mama? Mama tak pegi physio ke?” Hana Aishah bertanya sambil dia memerhatikan kaki kiri ibunya yang kelihatan keras itu.

“I went tapi tak ada semangat. Tapi sekarang Hana dah balik, mama dah naik semangat. Plus I want to carry Adam” Hana Aishah mengigit bibirnya menahan sebak mendengar harapan ibu mertuanya.

“Mama rasa kena kerapkan lagi physio mama baru boleh cepat jalan kan?” suara Puan Sri Maria penuh semangat saat mereka memasuki pintu utama mahligai Kapten Azam.

“Tahu pun Ria. Puas I nasihat suruh physio tak nak” suara Tan Sri Fadhil yang sedang duduk di ruang tamu itu menegur.

“Previously I don’t have an aim. Now I want to carry our grandson. Nanti Adam dah dapat kaki, Ria nak chase after him too” suara ceria Puan Sri Maria memberitahu sambil menuju ke arah suaminya.

“Tak payah tunggu jumpa kaki, Ria tengok speed dia crawling” Tan Sri Fadhil membalas bahagia sambil menyambut isterinya. Dia membantu Puan Sri Maria untuk duduk. Wajah ibu mertuanya berkerut saat Puan Sri Maria mendudukkan dirinya.

“Macam tak physio je mama. Duduk pun muka dah berkerut. Your limbs are all stiff already” wajah Hana Aishah berkerut kerisauan.

“Physio dekat mana?” Hana Aishah memandang ke arah Fakhrul bertanya. Lelaki itu yang semenjak tadi asyik merenung ke arah mereka itu terkejut mendengar pertanyaan Hana Aishah.

“Emm. Emm” Hana Aishah menggelengkan kepalanya melihat Fakhrul yang tergagap – gagap. Sah lelaki itu masih berperangai sama. Tidak mengambil peduli tentang kedua orang tua sendiri.

“Seriously Fakhrul, you don’t even know that” suara Hana Aishah kedengaran tegang.

“Franchis Rehab. Sayang tanya tiba – tiba terkejut abang” Fakhrul menjawab laju. Hana Aishah menjulingkan matanya ke atas.

“Terkejut apanya. Kaki mama stiff sampai sekarang memang tak physio la. Tak kan you tak monitor kot Tengku Fakhrul” walaupun kena marah sebegitu di hadapan keluarganya, Fakhrul tersenyum bahagia.

“Ya rabbi. Yang you senyum waktu I tengah tanya serius tu kenapa?” Hana Aishah menjelingkan matanya ke arah Fakhrul.

“Dah lama tak kena marah dengan sayang, it felt nice” Fakhrul menjawab selamba dan Hana Aishah membuat muka menyampahnya.

“Gosh. Annoying. Mama tunggu sini jap. Hana pegi dapur letak pinggan kotor. You want anything to drink tak?” Puan Sri Maria yang tersenyum lebar melihat interaksi menantu dan anaknya itu menggelengkan kepalanya.

“Abang nak ice lemon” Fakhrul menyelah.

“Ada kaki, ada tangan pegi ambik sendiri” Hana Aishah membalas sebelum melangkah menuju ke dapur rumah.

“Em. Wait for awhile ya” Hana Aishah sempat memesan pada Emir yang sedang duduk kekok di sofa bersebelahan dengan Kapten Azam.

“Ya Allah mengadanya. Ada jugak kena terajang kejap lagi” Hana Aishah mengomel sambil melangkah melintasi ruang keluarga sebelum menuju ke dapur.

Dia sempat melihat anaknya yang sedang bermain dengan anak – anak saudaranya sambil diperharikan Wazir dan Lateef.

“Monyok nya muka Kak Dik tu kenapa?” Hana Aqilah yang sedang mencuci pinggan mangkuk kotor itu bertanya.

“Ada orang nak mintak kena terajang” Hana Aishah membalas kegeraman.

“Abang Fakhrul leteww” Hana Aqilah mengusik.

“Achik nak masuk list ke?” Hana Aishah yang meletakkan pinggan kotor di singki itu bertanya geram.

“Garangnya Kak Dik ni sekarang” Hana Aqilah mencebikkan bibirnya.

“Kak Wa tengah buat air untuk diorang ke?” Hana Aishah bertanya apabila dia melihat Hana Azuwa yang sedang menuangkan air panas di dalam jug.

“A`ah. Siapa tu dik?” Hana Azuwa bertanya sambil meneruskan membuat air.

“Kawan” pendek jawapan Hana Aishah.

“Daddy baru Adam ke?” mulut Hana Aqilah yang memang tiada lesen itu selamba menyampuk.

“Hana Aqilah!” suara Hana Azuwa naik satu oktaf.

“Achik cakap je ok. Kak Wa tengoklah tadi, sikit lagi abah nak keluar parang tadi tengok dia peluk Kak Dik” Hana Aishah mengeluh berat mendengar komen adik perempuannya.

“Budak ni mulut macam bertih jagung patutlah basuh pinggan sampai sejam” Hana Azuwa membebel saat dia melihat wajah keruh Hana Aishah.

“Achik cuma…” sebelum sempat Hana Aqilah menghabiskan bicara, sudu yang sedang digunakan untuk mengacau air nescafe yang dibuat itu sudah melayang ke tubuh Hana Aqilah.

“Kak Wa. Sakitlah” Hana Aqilah menjerit tidak puas hati.

“One more word from you, Kak Wa sula lidah tu” Hana Azuwa menjeling sambil memberi amaran. Hana Aqilah menghentakkan kakinya sebelum meneruskan proses membasuh pinggan mangkuk.

“Adik bawakkan air tu ke depan. Kak Wa potong Kek Pisang ni kejap” teguran Hana Azuwa mengejutkan Hana Aishah daripada dibuai kerisauan. Hakikat yang baru dilemparkan Hana Aqilah membuatkan dia semakin gusar.

“Dik. Dengar tak ni” Hana Azuwa memanggil lagi sekali lembut. Renungan kakaknya yang penuh tanda soal tetapi dalam masa yang sama menenangkan menggerakkan kaki Hana Aishah untuk ke menuju ke arah Hana Azuwa.

“Careful. Its hot” Hana Aishah tersenyum tawar sambil menganggukkan kepalanya.

Kakinya melangkah berhati – hati menuju ke ruang tamu yang sekarang sudah dipenuhi dengan Fakhih dan isterinya. Wazir yang tadi duduk di ruang keluarga melayan budak – budak yang sedang menonton TV itu turut berada sama di ruang tamu itu. Nafas berat dia hela sebelum dia menuju ke arah meja yang terletak di tengah ruangan itu.

“Saw your dad yesterday. He didn’t know you`re here” perbualan antara Emir dan bapa mertuanya sampai ke telinganya.

“No wonder Datin Paduka called. Uncle bagi tau” Emir membalas sinis. Hana Aishah tersenyum sendiri mengingatkan sejarah dia dan ibu Emir.

“That`s why you look familiar. Anak Datin Paduka Raf is it?” ibu mertuanya pula mencelah.

“That I am” Emir membalas malas.

“Kak Wa buat nescafe. Ok kan Em?” Hana Aishah bertanya sambil menghulurkan cawan yang berisi nescafe panas.

“I`ll drink it later” Hana Aishah menganggukkan kepalanya sebelum dia memandang ke arah Kapten Azam yang semenjak tadi diam membisu.

“Abah nak minum sekarang” Kapten Azam menggelengkan kepalanya. Hana Aishah mengetap bibirnya merenung ke arah bapanya.

“Lama dah kenal Hana” bapanya memulakan sesi dengan Emir tetapi masih merenung ke arah Hana Aishah yang berdiri memegang cawan nescafe.

“Since she was pregnant with Adam uncle” Emir menjawab tenang. Hana Aishah tidak pernah menceritakan tentang keluarganya dan untuk Emir muncul sewaktu tengah kekusutan sebegini dia benar – benar buntu.

“I`ll have a cup Hana” Tan Sri Fadhil memanggil Hana Aishah menyelamatkan Hana Aishah seperti selalu. Walaupun berat kakinya melangkah menuju ke arah Tan Sri Fadhil.

“How did you guys meet?” Kapten Azam meneruskan persoalannnya.

“Its hot pa” Hana Aishah memberitahu sewaktu dia menghulurkan cawan antik itu.

“We work in the same hospital uncle” Emir membalas yakin.

“Come sit beside me” sebelum sempat Hana Aishah bergerak pergi, Tan Sri Fadhil menarik Hana Aishah duduk di sebelahnya. Tangan kiri bapa mertuanya memegang tangannya yang sejuk itu erat.

“I haven’t distributed the drink” Tan Sri Fadhil menggelengkan kepalanya mendengar jawapan balas menantunya.

“If they want, they can take it themself” sejujurnya memang dia memerlukan kekuatan yang selalu dia dapat daripada Tan Sri Fadhil saat itu kerana itulah dia tidak membantah kata – kata Tan Sri Fadhil. Tangannya sudah berpeluh – peluh berdebar menanti bicara bapanya.

“Thank you” tenang suara bapanya menyambung bicara. Emir memandang ke arah Hana Aishah dengan satu pandangan yang hanya mereka faham.

“Jaga anak cucu uncle. Thank you for that” air mata yang ditahan Hana Aishah gugur jua.

“Hana and Adam are my family. So, no need for uncle to say thanks” Emir menjawab dengan senyuman lebar sambil merenung Hana Aishah.

“But both of them are not your family. Ikut hukum agamanya tidak” Emir terdiam mendengar kata – kata tegas Kapten Azam.

“I failed as her father. And for that I`m both sorry and thankful that Allah sent someone to protect both of them” suara yang tadi tegas bertukar sebak.

“Papapapa” suara anak kecil itu memecahkan ketegangan pagi itu. Bunyi hentakan yang semakin lama semakin kuat itu kedengaran menuju ke arah mereka.

“Adam” Emir terus bangun sebelum menuju ke arah Adam yang sedang merangkak laju menuju ke arahnya. Bibir itu becok memanggilnya sambil tersenyum lebar menampakkan sebaris gigi yang tersusun cantik.

“I miss you baby boy” Emir memeluk erat Adam.

“Papa” Emir tertawa kuat saat Adam mengucup segenap wajahnya sehingga habis dibasahi air liur sambil mengulangi perkataan itu.

“You miss papa? Did you miss me?” Emir mengagah dan segenap ruang tamu itu bergema dengan tawa Adam. Sakit di dada Hana Aishah hilang sebegitu sahaja saat mendengar suara Adam tertawa mengekek.

“I`m sorry if I sound rude but I don’t have to be blood related to love both of them” tenang Emir menjawab sambil merenung Kapten Azam. Adam sudah membaringkan kepalanya di dada Emir. Mata itu merenung ke dalam mata Kapten Azam.

“Uncle tahu tapi Uncle tak boleh ketepikan hukum agama. Dosa tetap dosa” Kapten Azam menjawab tegas.

“I`ll take care of both of them. Sampai akhir nyawa uncle. Because that’s my responsibilities” Kapten Azam merenung Hana Aishah yang sedang tertunduk merenung ribanya. Air mata anaknya menitik lebat ke riba.

“Uncle tak larang Emir untuk kawan dengan Hana tapi uncle kena cakap sebab ini tanggungjawab uncle. As long as both of you jaga batas, uncle tak akan halang” kata putus Kapten Azam mengunci bibir mereka semua.

“Abah tak akan paksa adik dah. Adik boleh pilih jalan hidup yang adik nak tapi kena ikut landasan yang betul. Until you decide about your life, adik dengan Adam duduk rumah abah. Abah mampu lagi nak jaga Adik dan Adam” Kapten Azam cuba menahan sebaknya tetapi dia tidak mampu.

Esakan Hana Aishah kedengaran. Tangannya menggenggam kuat tangan Tan Sri Fadhil. Terlalu banyak perkara bermain di mindanya. Pelbagai senario dia bayangkan tetapi untuk mendengar nada sedih bapanya, Hana Aishah tidak dapat hadamkan.

“Abah yang salah. Abah lepas tangan adik. I let your hand go” kata – kata itu cukup untuk menggerakkan kaki Hana Aishah menuju ke Kapten Azam sebelum tubuh bapanya itu dipeluk erat. Hana Aishah menggengam erat tubuh yang dia terlalu rindu.

“Adik anak solehah abah. Abah tahu. No one need to prove me otherwise” Kapten Azam mengusap rambut belakang badan anaknya yang sedang menangis teresak – esak.

“I`m sorry” berulang kali bibir Hana Aishah mengulangi kata – kata itu. Kapten Azam merenggangkan pelukan anaknya. Wajah Hana Aishah yang sudah banjir dengan air mata itu ditenung penuh sayu. Memikirkan nasib anak perempuannya dengan cucu dia bimbang tetapi dia menguatkan dirinya. Untuk dua insan yang memerlukannya. Air mata anaknya dilap kering sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar. Air matanya ditahan daripada mengalir.

“Adik duduk dengan abah. No matter what happen rumah ni tetap ada untuk Hana Azuwa, Hana Aishah, Hana Aqilah dan Alif Haziq. Semua anak cucu abah ada tempat dekat rumah ni. Walaupun nyawa abah dengan mak dah berpisah dari jasad kami” kata – kata itu diucapkan sebelum ubun – ubun anak perempuannya dikucup lama.

“Ya Allah. Kau ampunkan dosa anak aku. Dia tak berdosa. Aku yang berdosa kerana melepaskan dia pergi menanggung semuanya sendiri. Kau panjang kan umur aku untuk jaga mereka berdua” hatinya berdoa pagi itu.

“Mimi. Mimi” Adam sudah mulai merengek melihat ibunya yang sedang menangis.

“Mi go. Mi go” Emir membawa Adam yang sudah menggeliat di dalam pelukannya itu. Jeritan Adam semakin kuat. Sampai dia selamat di riba ibu yang sedang menyembamkan wajahnya di dada Kapten Azam.

“No. No. Mi no” Adam merengek kuat sambil memeluk tubuh Hana Aishah.

“Tok Bah ada. Tok Bah jaga Adam and Umi ok. I`ll take care of both of you” Kapten Azam mengusap rambut lebat Adam yang sedang memeluk ibunya.

Pandangan Kapten Azam bertaut dengan Fakhrul. Kemaafan yang Fakhrul pohon dia sudah tidak tahu masih bernilaikah setelah melihat nasib anak cucunya saat itu. Terlalu banyak persoalan tentang perkahwinan Hana Aishah dan Fakhrul yang dia tidak tahu bagaimana mahu dirungkai. Tetapi saat itu dia sudah nekad. Segala keputusan di tangan Hana Aishah. Apa pun jalan yang Hana Aishah pilih dia akan berada di sisi anaknya.
***********************************************

“Promise me” kata – kata Emir sewaktu dia singgah mengambil bagasinya di bilik hotel bersama Fakhih bermain di minda Hana Aishah.

“Don’t ever make a stupid decision because of others. Please think about you” Hana Aishah mengeluh berat petang itu.

Tadi dia terpaksa bertegas yang dia akan pergi bersama Fakhih untuk mengambil barang dia dan Adam. Kalau bapanya tahu yang dia dan Emir duduk sebumbung, dia tidak tahu apa akan terjadi.

“Abah tak izinkan adik pergi berdua dengan Emir. Adik bawak one of your brothers then” akhirnya keputusan di capai, Fakhih akan membawanya.

Emir tidak berpuas hati dengan segala yang terjadi tetapi Hana Aishah tidak tahu mahu berbuat apa. Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Ini belum lagi mereka tahu kewujudan Mikhail dan Scott. Denyutan di kepalanya kembali.

“Along nak Hana tahu something” perbualan dia dengan Fakhih kembali bermain di mindanya.

“Nobody wants you to sacrifice your feeling anymore. Everyone nak Hana happy” Hana Aishah tersenyum pahit.

“Eventhough its without Angah” Hana Aishah dapat lihat betapa sukarnya Fakhih untuk menuturkan kata – kata itu.

“Hana dah bagi adik Along yang Along tunggu for more than 30 years. You gave me my brother for that I will always be thankful” Fakhih meneruskan bicaranya tenang.

“Tapi Along tak nak Hana sacrifice diri Hana sebab Angah. You deserve to be happy and Along nak Hana happy” kata – kata Fakhih yang ikhlas membuatkan air matanya kembali mengalir di dalam kereta Range Rover abang iparnya.

“So, choose happiness whichever way it is. Hana bukan ada satu, tapi dua family behind your back. I will always be your Along no matter what fate decide for you and Angah” kata – kata akhir Fakhih sebelum menurunkan dia di lobi hospital.

Hana Aishah sedang duduk termenung di tangga hospital. Melarikan diri daripada keluarganya yang riuh di dalam bilik ibunya. Ini belum lagi adik beradik ibunya datang. Memang mereka sepakat tidak mahu pelawat datang melihat ibunya yang sedang uzur itu.

“Nanti mak dah sihat baru abah bagi orang datang ziarah. She is not is a good state. Abah tak nak orang datang tengok mak dengan tak ada tudung macam tu” pesanan Kapten Azam sewaktu Teacher Basirah di CCU tidak sedarkan diri.

Hana Aishah pelik juga kerana neneknya tidak hadir. Neneknya itu pantang kalau anak dia sakit, memang orang tau itu akan pastikan anak dia sembuh baru dia balik ke rumah sendiri. Mungkin mereka tidak memberitahu neneknya kerana tidak mahu merisaukan ibu Teacher Basirah itu.

Lega hati dia melihat Teacher Basirah yang sudah mahu makan. Senyuman tidak hilang dari bibir itu. Lagi – lagi apabila Adam sudah mahu duduk diriba Teacher Basirah. Anaknya itu kalau disogok kartun dan makanan ringan memang laju sahaja pergi.

Hari ini penuh bilik itu dengan keluarganya dan keluarga mertuanya. Nasib baik Dr Kamal itu boleh bertolak ansur. Esok pembedahan ibunya, hari yang penting. Hari yang membimbangkan mereka sekeluarga oleh itu hari ini sekurang – kurangnya dia mahu mereka semua dapat bersama. Doanya bukan untuk kali terakhir.

“Sayang tak makan dari pagi. I ordered your favourite. Abang tak sempat masak” Hana Aishah mengeluh berat saat suara lelaki itu muncul sebelum anak tangga yang disedang labuhkan punggung itu terasa sempit.

“Abang suap nak?” Hana Aishah merengus kasar. Tubuhnya dijauhkan daripada lelaki itu. Menyemak betul. Lagi sesak otaknya dirasakan dengan kehadiran punca segala masalah ini.

“Later you`ll get gastritis if you don’t eat. You have a sensitive tummy” niat Hana Aishah mahu membalas keras tetapi saat haruman makanan Itali kegemarannya itu menusuk ke rongga hidungnya, terus perutnya berbunyi kuat.

“Kan lapar tu. Sayang makan ok” Hana Aishah mahu menolak tapi sejujurnya dia sedang kelaparan kerana dari semalam dia tidak menjamah sangat apa – apa. Dengan Adam yang menyusu itu seperti bila – bila masa dia boleh tumbang.

“Tak payah lah nak suap – suap. I ni bukan kudung tau” Hana Aishah menarik kasar Tupperware bewarna putih itu yang mengandungi makanan kegemarannya, Amatriciana.

Fakhrul tersenyum bahagia melihat Hana Aishah yang menjamah penuh selera spaghetti itu. Tadi dia memesan pada cef di salah sebuah hotel di ibu kota untuk menyediakan makanan itu untuk isterinya. Walaupun penat mencari akhirnya dia berjaya menemui cef yang sanggup memenuhi permintaannya.

“Comot” komen Fakhrul sekaligus tangannya mengesat sos yang terpecik di pipi kiri Hana Aishah yang sedang menikmati makanan itu dengan segala bunyi keenakan.

“I lapar lah” bibir Hana Aishah dicebekkan sebelum suapannya diteruskan.

“Ye abang tahu. That’s why I brought this for you. Tapi kunyahlah dulu betul – betul sayang. Nanti tercekik baru tahu” Hana Aishah yang sedang asyik mengunyah itu tidak mengendahkan Fakhrul lansung.

Fakhrul menongkatkan dagunya di atas lututnya sebelum pandangannya di halakan ke arah isterinya yang sedang gelojoh menelan spaghetti itu. Untuk tika itu segala pemasalahan tadi di biarkan pergi. Wajah kecewa bapa mertuanya hilang untuk seketika. Yang ada hanyalah kepolosan Hana Aishah yang sedang rakus menikmati makanan kegemaran wanita itu.

“Ya Allah sedapnya” Hana Aishah memberitahu selepas melicinkan bekas Tupperware itu. Hana Aishah kembali merenung ke arah bangunan KLCC yang jelas kelihatan di sebalik tingkap di tangga itu. Fakhrul pula tanpa penat merenung ke arah isterinya.

Raut wajah yang masih kelihatan sisa kesembapan akibat menangis tanpa penat beberapa hari kebelakang ini ditenungnya penuh asyik. Anak rambut degil yang terkeluar daripada sisi selendang yang dililit kemas itu diperhatikannya sebelum tangannya dengan arif menyisipkan kembali rambut – rambut degil itu.

Hana Aishah yang sedang mengelamun kekenyangan itu terus memalingkan wajahnya saat tangan Fakhrul menyentuh wajahnya. Renungan mereka bertaut seperti dahulu tanpa bicara. Untuk seketika itu Hana Aishah membiarkan saat itu berlalu. Anak mata hitam yang pernah menjadi punca ketenangannya di tenung.

Persoalan yang sama bermain di mindanya. Kenapa baru sekarang lelaki itu membuka rasa? Kenapa bukan dahulu pabila dia masih mahu mempertahankan perkahwinan mereka? Kenapa bukan sewaktu biar pun sakit tubuh dan emosinya didera dia masih bertahan di sisi lelaki itu? Kenapa sekarang apabila segalanya sudah berubah?

“I miss you” mata Hana Aishah tidak berkedip memandang lelaki itu saat kata – kata penuh rindu itu dituturkan bibir yang sama meluahkan sayang dan kata cacian.

“We are over Fakhrul. Saya dengan awak dah tak ada apa – apa hubungan” air mata Hana Aishah bertakung saat kata – kata itu meniti di bibirnya. Sakit itu ada tetapi yang mengatasi segalanya saat itu adalah kelegaan. Dia sudah penat tergantung seperti itu.

“Saya tak akan halang hubungan awak dengan Adam. You are Adam`s babah. But there`s no more ties between you and me anymore” Hana Aishah menahan dirinya daripada kecundang saat melihat kesakitan yang ditanggung sepasang anak mata hitam yang dia sentiasa mahu lindungi daripada derita.

“Please sayang. Just this one. Sekali je” untuk Fakhrul merayu adalah satu perkara yang sangat ajaib. Diab oleh kira guna jari berapa kali lelaki itu perlu merayu sepanjang dia mengenali insan bernama Fakhrul.

Wajah Hana Aishah dipalingkan ke arah bangunan KLCC tadi. Lama dia merenung mengumpul kekuatan. Dengan lelaki bernama Tengku Fakhrul, Hana Aishah sentiasa kalah. Dia tidak pernah menang walaupun sekali kerana setiap perlumbaan di dalam kehidupan mereka syaratnya ditentukan lelaki itu. Tetapi untuk kali ini dia tidak boleh kalah.

“Saya nak selesai cara baik. Awak lepaskan saya” Hana Aishah menarik nafas dalam sebelum meneruskan bicaranya. Tanpa dia perlu lihat dia tahu lelaki itu sedang menggelengkan kepalanya laju.

“If not I have to bring our things to court” getaran di suaranya dikawal.

“Please sayang. Sekali je abang mintak. I cant live without you. I know I`m selfish to say this but that the truth. I need you” suara sebak lelaki itu dimatikan daripada deria pendengarannya. Hatinya dikebalkan seperti mana dia telah berlatih selama tiga tahun ini.

“Fine kalau ini jalan yang awak nak I have no choice. Once mak operation is settle I will file for divorce” suara Hana Aishah kedengaran tenang dan yakin saat itu.

“You cant. Please don’t. Abang tak akan lafaz that thing. I told you there will be no divorce in this marriage” suara Fakhrul kedengaran terdesak saat itu.

“You dah tak bagi nafkah dekat I dah lebih dari tiga bulan Fakhrul. Dah jatuh talak taklik dah pun” Hana Aishah memberitahu sinis.

“Abang tak tahu sayang dekat mana, that doesn’t apply” suara sayu Fakhrul cuba menolak segala kemungkinan yang Hana Aishah dan dia sudah lama berakhir.

“Fakhrul tak pernah putus bagi nafkah dekat Hana” suara Tan Sri Fadhil membalas pula. Balasan itu membuatkan Tupperware yang dipegang Hana Aishah terlepas daripada pegangannya.

Air matanya mengalir untuk kali itu. Bapa mertuanya yang dia sangka selama ini cuba melindungi dia dan Adam pun sama sahaja. Tan Sri Fadhil yang semenjak tadi mendengar perbualan Hana Aishah dan Fakhrul terpaksa mencelah.

“How could you papa? After everything?” kekecewaan jelas disuara Hana Aishah petang itu.

Fakhrul merenung Tan Sri Fadhil yang sedang berdiri dibelakang mereka. Renungan itu membawa segunung harapan. Kali kedua dia merenung bapanya dengan renungan itu seumur hidupnya.
*********************************************

“You said I`m going back to Abi and Ibu today” suara Fakhrul bertanya saat dia melihat kereta papanya menghala ke arah Selatan. Dia sudah hafal jalan ke rumah Dato` Karim sewaktu mereka membawanya ke rumah Tan Sri Fadhil.

“We have to postpone that to next weekend” Tan Sri Fadhil merenung ke arah Fakhrul yang duduk di kerusi penumpang di sebelahnya. Puan Sri Maria sedang meribakan Fakhih yang sudah terlelap di kerusi belakang.

“But you promise” Fakhrul membalas.

“I`m sorry for breaking my promise to you” Fakhrul merenung Tan Sri Fadhil dengan renungan penuh pengharapan.

“But I count the day. Today is suppose to be the day” suara itu meminta lagi penuh pengharapan.

“Its going to be fun. We are going to the beach. Don’t you like the beach?” Tan Sri Fadhil memujuk sambil sesekali dia merenung ke arah Fakhrul yang masih merenungnya tanpa penat.

“I like beach but today I need to be meet Ibu and Abi” suara Fakhrul yang akan memasuki umur empat tahun dalam beberapa minggu lagi masih bertegas.

“Abi said I have to keep my promise. So, you need to keep yours” bibir itu masih petah berbicara.

Tan Sri Fadhil tidak tahu bagaimana lagi mahu menerangkan kepada Fakhrul. Dia tersangkut antara Puan Sri Maria dan Fakhrul. Isterinya bertegas tidak mahu Fakhrul terlalu bergantung pada Dato` Karim dan Datin Fatimah tetapi dia sudah berjanji pada Fakhrul.

“You broke your promise to me. You are naughty like Pinocchio” renungan yang penuh pengharapan itu bertukar kecewa sebelum Fakhrul mengalihkan pandangannya ke luar jendela kereta.

Dia memandang ke arah isterinya melalui cermin hadapan. Wajah Puan Sri Maria masih keras seperti semenjak seminggu ini. Tan Sri Fadhil terkejut saat melihat keadaan Fakhrul sewaktu pagi pertama mereka bersarapan sekeluarga.

Lingkaran mata gelap mengelilingi mata Fakhrul. Wajah itu kelihatan lesu seperti tidak tidur sepanjang malam. Apabila ditanya pada isterinya, Puan Sri Maria meyakinkannya bahawa Fakhrul akan membiasakan dirinya dengan norma baharu itu. Cumanya teori isterinya seperti tidak betul sahaja kerana semakin hari dia lihat Fakhrul semakin menyendiri.

“Abi is good. You are naughty. I don’t friend with naughty boy like Pinocchio” suara Fakhrul memutuskan pagi itu sewaktu mereka dalam perjalanan untuk ke sebuah pulau di selatan tanah air.

“Ria” Tan Sri Fadhil cuba untuk memujuk isterinya tetapi satu jelingan daripada Puan Sri Maria cukup untuk menzip mulutnya.

Semenjak itu Fakhrul berhenti meminta. Anak lelaki keduanya melakukan segalanya sendiri. Bibir itu tidak pernah meminta walaupun satu perkara, hanya menerima apa yang diberi.
*******************************

“Because Adam deserve both of his parents. Adam deserves a complete family. Because papa tak nak musnahkan hidup Adam like how I ruin my second born” Fakhrul menelan air liur kesat petang itu.

Sekali pun papanya tidak pernah berkata begitu seumur hidupnya atau dia sahaja sebenarnya membutakan mata dan memekakkan telinganya daripada mendengar kata kebenaran yang cuba diberitahu papanya kepadanya.

Memori masa kecil yang penuh dengan kekecewaan dijadikan satu tembok besar untuk menghalang dirinya daripada terluka sampaikan dia tidak sedar penjara yang dia telah bina untuk Hana Aishah. Dia menyimpan Hana Aishah di dalam tembok penjaranya supaya Hana Aishah tidak akan pergi meninggalkannya seperti mereka semua.

“But instead of loving her you broke her till there`s nothing left anymore” hatinya membisikkan kenyataan itu.

Share this novel

azulaikha
2021-05-16 01:05:37 

pls buat Hana tu protes.. buat Hana tu luahkan all yang dia rasai... buat semua org terdiam.. buat semua org faham kenapa dia xnak dengan fakhrul lagi.. please

Rabiatul Biey
2021-05-03 03:03:05 

bila nk update nie.. dh lama sgt

Nilmieyannie Frederic
2021-04-27 23:58:53 

nk Fakhrul ga


NovelPlus Premium

The best ads free experience