Bab 35
“Macam-macam.”
“Jiya…”
Aku tengok mama. Mama senyum. “Boleh tak Jiya pergi ambil aiskrim dekat bahagian sejuk beku? Mama nak pergi bahagian sabun kejap. Nanti mama pergi dekat Jiya,” arah mama dan aku angguk.
Daniel ikut aku dan Lut ikut mama. Sempat lagi budak berdua tu lambai tangan sebelum berpisah. Berpisah kejap pun tak boleh. Macam manalah agaknya Lut dengan Daniel time besar nanti. Rapat gila. Rasanya semua benda diorang kongsi.
“Kak Jeeeeeeeeeeya.”
Ya.
“Kak Jeeeeeeeya,” ulang dia lagi.
Daniel gelak. “Daniel sssssssuuukkkka nama akak. Sedap.”
Dan ini merupakan kali pertama aku berbual dengannya meski aku tak mampu bercakap dengan dia. Ini kali pertama aku dukung dia tapi dia langsung tak kekok nak berbual dengan aku. Aku memang tak tahu langsung pasal dia. Tarikh lahir dia dengan Lut pun memang aku tak ingat. Tarikh lahir sendiri pun kadang-kadang aku boleh lupa. Eheh.
Aku turunkan Daniel..
“Kak Jeeya nak makan aiskrim apa? Meh Daniel belanja.” Petah dia tuturkan kata.
Kepala kugeleng.
“Daniel suka perisa keladi. Lut banyak mulut suka perisa coklat. Mama suka perisa jagung. Kak Jeeya suka perisa durian. Kita nak beli aiskrim perisa apa ya?” gumam dia sendirian.
Belilah perisa apa pun. Semua aku makan. Muahaha.
Saat aku sedang perhatikan gelagat Daniel, bahuku disapa seseorang. Aku kalihkan tubuh dan darah berderau tatkala anak mata insan itu menikam anak mata aku. Wajahku jadi pucat seseolah tidak akan berdarah walau ditoreh dengan pisau. Dia ukir senyuman manis dan aku jadi kaku. Langsung tidak tergerak untuk membalas senyumannya.
“Najya.”
Aku benci dengar suara dia.
“Lama kita tak jumpa,” ujar Din ceria dan kutahu dia hanya berpura-pura gembira.
Suka ke nak jumpa orang bisu macam aku? Bukan kau tak suka ke dengan orang bisu? Kenapa nak tegur aku? Just mind your own business. Kalau terjumpa tengah jalan sekalipun, tak perlu nak tegur aku. Just move on with your life tanpa hiraukan aku. I don’t need you. Aku boleh lagi survive dekat dunia ni tanpa manusia yang berpura-pura jadi kawan aku.
Sabar, Najya. A humbe person is a sobr person. Control your anger.
“Kenapa tak pergi sekolah?” tanya dia lembut.
Mata aku julingkan.
“Awak tak suka eh pergi sekolah?”
Memang aku tak suka sebab ada manusia yang suka nak khianati orang macam kau. Depan baik, belakang kata. Tolonglah. Kalau tak suka orang bisu macam aku, tak payahlah nak kawan dengan aku. Tak pernah pun aku koma dua minggu sebab tak ada kawan.
…bersambung
Bab akan datang:
Adakah Najya tidak mahu lagi berkawan dengan Din?
Share this novel