BAB 26

Romance Completed 67139

        “JAGA diri dekat sana. Sampaikan salam nenek dekat mama nanti.” Pesan Nek Kalsum kepada Adara dan Aiden. Aiden mengangguk lembut. Sebelah tangannya menarik beg pakaian mereka berdua. Sebelah tangannya lagi memimpin kemas tangan Adara.

“Jaga nenek dengan Adila sepanjang aku tak ada. Apa-apa call aku dengan Dayyan. Kalau aku tak angkat, call Aryan. ” Pesan Aiden kepada Irsyad. Dia mengenakan sepasang kaca mata hitam yang disangkut pada poket bajunya.

“Baik, Tuan.” Adara melambaikan tangan kepada Nek Kalsum dan Adila. Mereka berpamitan. Pengumuman yang bergema di dalam lapangan terbang itu menandakan pesawat mereka yang seterusnya adalah milik mereka.

“Flight kita ke?” Tanya Adara yang berjalan disebelah suaminya. Dia mengemaskan lagi pegangan tangan Aiden pada tangannya. Aiden bergumam mengiyakan.

“Jalan cepat sikit. Nanti lambat. Kata nak jumpa mama?” Adara segera mempercepatkan langkah. Sempat dia menjeling Aiden apabila ditegur sebegitu. Aiden hanya mempamerkan riak muka biasa.

“Mana ada aku lambat.” Rungut Adara geram. Aiden merenung sekilas wajah Adara yang sudah mencebik. Mereka berjalan berpegangan tangan.

“Don't make that face, Adara.” Aiden menyerahkan passportnya dan Adara kepada petugas di situ. Adara mengerutkan wajah.

“Have a safe flight, sir.” Passport tadi dikembalikan semula pada Aiden. Aiden hanya mengangguk lembut sebagai balasan. Mereka berdua berjalan menuju ke kawasan pelepasan.

Adara menarik tangan Aiden seperti mahukan sesuatu. Aiden segera memberhentikan langkah. Dia menoleh ke arah isterinya.

“Kenapa?” Soal Aiden ingin tahu. Adara cuba menilik wajahnya pada skrin telefon apabila ditegur Aiden tadi. Elok saja awning dia terbentuk. Lipstik yang dipakai pun elok saja tercalit pada bibirnya. Tak ada pula comot.

“Muka aku ada apa-apa ke? Nampak comot ke apa?” Adara membetulkan lilitan tudung di kepalanya. Aiden mengangkat dagu Adara agar fokus pada wajahnya.

“There's only beauty on your face, dear. Don't make me kiss you in front of everyone here.”

Aiden merenung ke dalam anak mata Adara yang kini membulat. Melihat pipi Adara yang sudah memerah, Aiden menarik tangan Adara terus berjalan.

“Mulut tu! Cuba jangan cakap benda merepek.” Marah Adara, lengan Aiden dipukul-pukul. Kakinya mengikuti langkah suaminya. Sebelah tangannya cuba mengibas mukanya yang terasa panas membahang dengan kata-kata Aiden tadi.

“You're looks so red. Panas?” Suara Aiden kini terselit nada mengusik. Tahu effect dirinya kepada Adara. Mereka kini sudah berada dalam pesawat. Aiden meletakkan beg pakaian mereka di atas tempat yang disediakan.

Klik! Bunyi ruangan beg itu diselak untuk dikunci. Adara memincingkan mata ke arah Aiden sejak dari tadi. Tangannya disilangkan ke dada. Sesekali matanya akan bergerak pada otot lengan Aiden yang bergerak-gerak di sebalik lengan baju yang dipakai.

“Quit staring.” Aiden mengambil tempat di sebelah Adara. Adara mengalah. Tahu takkan dapat menang dengan suaminya. Ada saja nanti balasan yang diberikan Aiden membuatkan dia terdiam seribu bahasa.

Perlahan-lahan, Aiden menarik kepala Adara supaya dilentokkan pada bahunya. Tangannya mengenggam kekura tangan kecil milik Adara.

“Aku tak mengantuklah.” Adara masih tak mengangkat kepala. Terasa selesa pula bersandar pada tubuh Aiden sebegini. Tapi mulut kata lain.

“Diam, jangan bising. Tidur.” Aiden menyelimutkan tubuh Adara dengan jaket yang dipakai. Tak mahu Adara penat sepanjang penerbangan.

“Kau tak nak tidur?” Adara mengangkat sedikit kepalanya cuba memandang Aiden. Tetapi kepalanya terhantuk dengan rahang suaminya.
Adara mengerutkan dahi menahan sakit. Tangannya naik menggosok kepala.

“Aku tidur nanti siapa nak jaga kau? Dah tidur. Nanti dah sampai aku kejut.” Aiden mencium dahi Adara sekilas. Tangannya menarik tubuh Adara merapat pada sisinya. Aircond yang terasa sejuk tadi kini tidak lagi apabila terasa kehangatan tubuh Aiden pada Adara.

“Okay.” Adara membalas perlahan. Dia menahan senyum. Lengan Aiden dipeluk erat. Kelopak matanya yang memberat kini tertutup ingin berlayar ke alam mimpi.

Bahu yang kini terasa memberat membuatkan Aiden menahan kepala Adara daripada jatuh tersengguk. Pipi tembam isterinya yang jelas kelihatan apabila diletakkan pada bahu Aiden membuatkan Aiden tersenyum.

Aiden segera mengambil peluang itu untuk mengambil gambar Adara yang jelas masih lena diulit mimpi. Senyuman lebar kini terukir pada wajah Aiden apabila melihat wajah polos Adara yang kelihatan comel pada skrin telefonnya.

He's already in love with her but he doesn't know it yet.

Seraya itu, Aiden menetapkan gambar tersebut sebagai skrin wallpaper iphone miliknya. Dia mengusap tangan Adara sebelum mengenggamnya kemas dalam pegangan.

Pandangannya tak lepas daripada memandang Adara cuba memberitahu sesuatu yang tak diungkapkan dengan kata-kata. Dia hanya menunjukkan perasaannya dalam setiap tindakannya.

“I will never let you go, angel. So please stay, no matter what happens. ”

        “LEO, mi manchi tanto, figliolo.(Leo, I miss you, son).” Kelihatan seorang wanita berusia 40-an menarik tubuh Aiden ke dalam pelukan. Mahu melepaskan kerinduan.

Rambut wanita itu yang hitam keperangan seperti Aiden membuatkan Adara menyedari bahwa itulah Puan Rossa, ibu mertuanya. Nampaknya Aiden mewarisi warna rambut ibunya.

Adara hanya sekadar menjadi pemerhati. Terasa asing disitu dengan persekitaran baru. Belum lagi ditambah dengan bahasa asing yang digunakan oleh penduduk di situ membuatkan Adara semakin jauh ketinggalan.

“Adara?” Panggil Rossa dengan nada yang lembut. Adara segera menoleh ke arah ibu mertuanya apabila menyedari namanya dipanggil. Senyuman manis milik Rossa membuatkan Adara teringat pada arwah ibunya, Puan Alyssa.

Rossa mengelus lembut wajah Adara. Dia menghadiahkan ciuman hangat pada kedua-dua belah pipi Adara dan dahi menantunya. Lalu, tubuh kecil Adara dipeluk seperti anaknya sendiri. Membuatkan Adara sedikit sebak.

“Leo, lei è bellissima. ( Leo, She's beautiful.)” Bisik Rossa kepada Aiden. Aiden mengangguk lembut tanda mengiyakan kata-kata ibunya. Hatinya terasa senang melihat dua wanita kesayangannya bersama.

“Adara sayang, Leo jaga Adara baik ke? Dia ada buat Adara sakit hati ke hmm? Bagitahu mama.” Soal Puan Rossa lembut kepada Adara. Dia meleraikan pelukan. Adara berasa lega apabila ibunya fasih berbahasa melayu. Penat nanti dia nak kena guna Google Translate.

Adara mempamerkan riak muka keliru apabila menyedari Puan Rossa menyebut nama Leo. Siapa Leo?

“Mama...” Tegur Aiden apabila menyedari wajah Adara yang keliru dengan nama gelaran Leo yang digunakan oleh Puan Rossa. Puan Rossa tersenyum kecil apabila tersedar dengan kesilapannya.

“Sorry, mama lupa. Maksud mama, Aiden jaga Adara baik ke sayang? Adara sihat?” Tanya Rossa sekali lagi. Adara mengangguk kecil.

“Adara sihat. Mama sihat?” Adara membalas mesra. Senyuman tak lekang daripada wajahnya. Terlalu teruja berjumpa dengan ibu Aiden.

“Alhamdulilah sihat. Jom masuk. Mesti Adara penat kan. Kesian menantu mama ni. Biar Leo bawak barang masuk bilik.” Pelawa Rossa kepada Adara. Aiden pula menarik beg pakaian mereka menuju ke dalam bilik tidur seperti yang diarahkan ibunya tanpa banyak tanya.

Ruangan tamu yang penuh dengan hiasan barang antik membuatkan Adara sedikit terpesona. Pasu-pasu vintaj yang bercorak bunga milik Puan Rossa mengingatkan Adara pada taman bunga di rumah agam Aiden.

“Mama, Adara nak tanya boleh?” Adara mula membuka mulut. Rossa yang sedang menghidangkan air minuman untuk mereka berdua menghentikan tindakannya. Dia mengambil tempat di sebelah Adara.

“Adara nak tanya apa sayang?” Balas Rossa ingin tahu. Adara tersenyum kekok. Matanya mencari kelibat suaminya dahulu. Kerana soalan ini berkaitan dengan Aiden.

“Urm, kenapa mama panggil Aiden, Leo?” Tanya Adara betul betul ingin tahu. Soalan yang keluar dari mulut Adara serta-merta membuatkan Puan Rossa tergelak kecil.

“Betul Adara nak tahu?” Adara mengangguk laju. Macam menarik je sejarah nama Leo yang mamanya guna untuk Aiden. Puan Rossa tersenyum kecil.

“Itu nama manja Aiden masa kecik dulu.” Puan Rossa tak henti senyum apabila mengenangkan memori anak lelakinya Aiden pada waktu dulu yang cukup bahagia. Adara menahan tawa.

“Nama manja? Aiden? Suami Adara?” Tanya Adara tak percaya. Dia sudah mengigit bibir menahan tawa. Puan Rossa mengangguk tanda mengiyakan.

“Adara tahu maksud Leonardo tu apa?” Adara geleng.

“Leonardo tu maksudnya singa dalam bahasa itali. Aiden suka sangat singa masa kecil dulu sampai nak tukar nama jadi Leo. Itu sampai sekarang melekat nama tu. Mama je yang panggil Aiden Leo.” Cerita Puan Rossa yang akhirnya membuatkan Adara menghamburkan tawa kecil. Puan Rossa sempat menunjukkan sekeping gambar Aiden yang memakai sepasang kostum anak singa comel pada waktu kecil.

Adara tersenyum suka melihat wajah si cilik Aiden pada waktu kecilnya. Tak sangka comel sungguh suaminya pada usia semuda itu. Tak hairanlah mengapa wajah suaminya yang tampan sekarang. Macam bapak singa pun ada.

“Adara rehatlah dulu. Lama kan naik flight sampai sini. Mesti penat. Tak apa, Adara rehat dengan Leo dekat atas dulu, ya? Nanti bila nak makan, mama panggil.” Pujuk Puan Rossa. Dia menyimpan semula gambar Aiden. Tangan Adara diusap lembut.

Tahu Adara kepenatan walaupun tak ditunjukkan. Lagipun mengambil lebih kurang 16 jam jugalah perjalanan mereka ke sini.

“Baik, ma. Mama kalau nak Adara tolong apa-apa, mama panggil je Adara tau? Adara tak nak susahkan mama.” Rossa mengganguk. Adara tersenyum lega. Bersyukur mempunyai ibu mertua sebaik Puan Rossa.

Dia mengatur langkah menaiki tangga menuju ke bilik tidurnya dengan Aiden. Terasa lenguh seluruh badannya apabila duduk terlalu lama di dalam pesawat. Mungkin kesan jetlag.

Adara meliarkan pandangan pada ruangan tingkas atas itu yang hanya ada satu saja pintu bilik yang berada di belah kanan. Langkah diatur ke situ. Dia membuka tombol pintu sebelum merebahkan badan atas katil empuk milik suaminya.

“Leganya.” Adara menghela nafas lega. Tubuhnya sengaja digolekkan diatas katil. Pancuran bilik air yang terhenti menandakan Aiden sudah siap habis mandi.

Tak lama kemudian, Aiden keluar dari pintu bilik air dengan sehelai tuala hitam yang dililitkan pada pinggangnya sahaja. Rambutnya yang basah melekat pada dahinya bersih. Titisan air dari tubuhnya jatuh membasahi lantai.

“Leo... Aiden Leo...” Panggil Adara dengan nada mengusik. Dia sudah tersengih kerang langsung tak takut pada pandangan tajam daripada Aiden.

“Adara, don't. Mama bagitahu kau kan?” Tanya Aiden yang meraup rambutnya ke belakang. Tangannya sudah mencekak pinggang melihat wajah ceria Adara. Tahu isterinya suka apabila mendapat peluang ini untuk mengenakan dia.

“Alololo. Comelnya dia suka singa. Meh sini meh. Aum! Hahaha.” Adara galak mentertawakan Aiden. Aiden sekadar menjeling isterinya.  Tangannya mengambil sehelai shortpant berwarna kelabu untuk dipakai.

“Ha. ha. ha. Laugh at me as long as you want, dear.” Nada sarkastik digunakan Aiden. Dia mendekati Adara.  Namun, kata-katanya cuma mengundang tawa lagi daripada Adara dengan sengaja.

“Then, let's see who's still laughing when I'm done with you on my bed, babe.” Ugut Aiden semakin dekat dengan Adara. Adara bingkas bangun. Faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh suaminya.

Dia penat. Jadi baik dia diam sebelum Aiden geletek dia sampai tak cukup nafas. Tolonglah, jangan hari ni. Mati dia nanti.

“Mama!”

      “KENAPA kau bawak aku pergi sini?” Adara meliarkan pandangan pada setiap pelusuk kedai yang dimasuki oleh dia dan Aiden. Pakaian gadis-gadis muda yang keluar masuk dari kedai itu yang tak cukup kain membuatkan Adara pula yang terasa malunya.

“Kau nak jual aku ke? Aku bagitahu mama.” Ugut Adara mula merepek. Aiden mengerutkan dahi mendengar kata-kata isterinya.

“Are you crazy, woman? Of course not.” Aiden menarik kerusi. Adara ditarik duduk di sebelahnya. Dia membetulkan bajunya sekilas.

Aiden berjalan ke arah seorang lelaki yang berada di belakang mini bar yang berada disitu. Adara memerhatikan tindakan Aiden dari tempat dia berada. Langsung tak tahu atau mengenal sesiapa di negara Eropah ini.

“Dov'è lui? ( Where's him?)” Tanya Aiden kepada jejaka yang berbangsa Itali itu mahu mencari seseorang. Lelaki itu kelihatan memandang Aiden atas bawah. Melihat reaksi lelaki itu, Aiden menyelak kemeja yang dipakai. Menunjukkan sepucuk pistol yang tersarung di pinggangnya.

“Cerchi Ariano vero? (You search for Aryan right?)” Aiden mengangguk. Lelaki yang bernama Fredo itu segera bergegas ke satu tempat. Aiden menunggu di situ. Sesekali dia akan menoleh ke arah Adara yang masih berada di tempat tadi.

“Yow, Aiden!” Suara seseorang membuatkan Aiden menoleh ke arah pemilik suara itu. Adara turut menoleh ke arah lelaki yang memanggil nama Aiden. Aryan membuka kaca mata hitam yang dipakai.

Dia mengatur langkah ke arah Aiden dengan senyuman lebar di bibir. Kelihatan butang bajunya yang terbuka dan berkedut membuatkan Aiden menjulingkan mata. Tahu aktiviti kegemaran yang dilakukan oleh Aryan sebelum berjumpa dengan dirinya.

“Finalmente sei tornato! (Finally, you're back!)” Aryan menerpa ke arah Aiden. Memeluk tubuh Aiden. Sementara, Aiden cuba melepaskan dirinya daripada pelukan Aryan. Tubuh Aryan yang terlalu kuat dengan bau wangian wanita itu membuatkan Aiden naik loya.

“Lasciami andare, playboy. ( Let me go, playboy.)” Aiden menolak tubuh Aryan yang melekat pada dirinya. Aryan mengangkat tangan. Dia tersenyum nakal. Pandangannya beralih pada Adara. Adara tersenyum kekok. Tak tahu mahu memberi reaksi apa.

Lagipun, senyum kan sedekah?

“Che bella donna. ( What a beautiful woman.)” Puji Aryan apabila melihat kecantikan Adara. Dia mengambil tempat di hadapan Adara mahu mencuba nasib. Adara hanya memandang pelik ke arah Aryan.

Langsung tak faham dengan apa yang dikatakan oleh Aryan. Donna? Siapa Donna? Dia Adara. Aiden menarik kerusi Aryan jauh daripada isterinya.

“What the- Aiden,” Rungut Aryan betul-betul tak suka apabila Aiden merampas peluangnya untuk berkenalan dengan Adara. Atau dengan lebih tepat goda Adara.

“Lei è la mia donna. (She's my woman.)” Aiden menunjukkan tangan Adara yang bersarungkan cincin perkahwinan mereka berdua. Aryan terpempan.

Shit.

“Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal, dia isteri kau, idiot!” Marah Aryan geram. Kaki Aiden disepak. Namun, Aiden sempat mengelak. Adara hanya tersenyum kecil melihat Aryan.

Handsome tapi slow.

“Well, you never asked.” Bersahaja saja jawapan Aiden membuatkan Aryan ingin menumbuk saja wajah Aiden.

“Go to hell.” Carut Aryan. Dia membetulkan pakaiannya. Butang bajunya dikancingkan satu persatu. Rambut blonde yang sudah serabai diraupkan ke belakang. Habis rosak imej dia di hadapan Adara.

“Jaga isteri aku kejap.” Pesan Aiden kepada Aryan. Mahu menyelesaikan urusannya disini yang sudah ditinggal lama. Aryan mengangguk.

“Stay with this idiot okay, hun?” Aiden menundukkan sedikit badannya mahu memandang Adara. Adara tersenyum sambil menunjukkan jari yang membentuk tanda okay.

“Kau ingat aku tak dengar ke?” Sampuk Aryan yang mendengar pesanan Aiden kepada Adara. Idiot kau panggil aku?

“That's my girl.” Puji Aiden pada Adara yang mendengar kata, langsung tak mengendahkan Aryan. Dia berjalan semula ke dalam mini bar tadi. Adara hanya menghantar pemergian suaminya dengan pandangan.

“So, macam mana boleh kahwin dengan Aiden? Kau cantik. Nampak macam perempuan baik jadi takkan kau goda Aiden kan?” Aryan menyoal Adara seolah cuba mencari niat jahat yang disorokkan oleh Adara. Bagi dia, bukan semua perempuan boleh dipercaya.

“Erm, kenapa tanya soalan macam tu? Salah ke kalau kami berdua dah kahwin?” Tanya Adara kembali. Hairan dengan soalan yang ditanya Aryan.

“Tak salah. Tapi satu je sebabnya aku tanya kau pasal ni. Aiden tu bukan pernah bergaul dengan perempuan. Tapi sekarang ni tiba-tiba dah ada isteri? Kau berdua dah kahwin lama tanpa pengetahuan semua orang ke?” Duga Aryan lagi cuba menguji Adara. Wajah manis Adara yang kelihatan polos itu mungkin boleh memperdayakan sesiapa. Tetapi bukan dia.

Dia dah masak sangat dengan permainan perempuan. Sama ada nak duit atau tubuh dia saja.

Adara terdiam tahu nak cakap apa. Macam mana nak terangkan dia dengan Aiden hanya kahwin kontrak.

“Tell me. Aiden ugut kau? Culik kau? If yes, then you lied. Cause Aiden never woman. Ever. Takkan kena tangkap basah? Shit, that's too cliche. Siapa lagi pakai trick tu sekarang.” Teka Aryan tak berputus asa. Adara meraup muka. Kepalanya digelengkan tanda menafikan semua tuduhan Aryan kepada dia.

“Contract. Marriage. Is that answer your question?” Aryan menjongketkan kening mendengar jawapan Adara.

“Are you joking?” Aryan mahu menghamburkan tawa palsu. Tapi melihat Adara yang mengeleng, dia batalkan saja niat itu. Damn.

“Tapi kenapa?” Aryan ingin tahu. Adara diam tak mahu menjawab lagi. Aryan yang seakan menyedari dirinya yang mendesak Adara meraup muka.

“Sorry, aku tak ada maksud nak masuk campur urusan kau dengan Aiden. Aku cuma takut kau mainkan dia. That's all.” Jelas Aryan, tak mahu Adara salah faham. Adara cuma tersenyum kecil faham dengan maksud Aryan.

“So let me introduce myself properly. Aku Aryan. Aryan Qalish. Not the idiot. ” Aryan bangun menunduk memperkenalkan dirinya bersama senyuman di bibir.

“Adara. Adara Qalyssa. Panggil Ara pun tak apa.” Balas Adara memperkenalkan dirinya pula. Terasa lega apabila tidak disoal Aryan seperti tadi. Aryan melebarkan senyuman. Dia cuba membisikkan sesuatu kepada Adara. Ingin memberitahu sebuah rahsia Aiden kepada gadis itu.

“Wanna hear some secret about Aiden?” Adara sudah senyum sampai ke telinga. Kepala dianggukan. Wajah teruja mahu mengetahui perkara yang ingin diberitahu Aryan. Kalau fikirkan balik, Aryan bukanlah seteruk yang disangka.

“When you're become his, contract marriage or not, you're always his. Trust me.”

Writing this chapter in my car ;) Don't worry I'm not the one driving it Kalau rajin, malam ni saya tulis next chap Kalau tak, doakan saya rajin tau Stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience