BAB 5

Horror & Thriller Completed 7342

Keesokan hari, kami terus berfikir untuk buat tandas dalam pejabat. So saya pun upah la orang untuk buat tandas di dalam pejabat kami.

Hari-hari seterusnya memang kami tak guna dah tandas kat luar tu. Kami cuma guna tandas di pejabat sahaja.

Sedang saya siapkan kertas yang perlu dicetak esok pagi, saya rasa haus dan terfikir nak buat minuman. Masa itu isteri saya dah pun saya hantar balik ke rumah kerana kakak ipar beritahu anak kami meragam.

Selepas hantar isteri, saya kembali semula ke pejabat. Sebab kerja tak siap lagi. Ketika kembali semula ke pejabat baru jam 9 lebih kurang. Kira masih awal lagi dan saya fikir kerja yang disiapkan pun bukannya banyak lagi. Jika tinggal sekejap pastinya tak ada masalah.

Rupanya saya ralit menyiapkan kerja dan sedar saja dah pukul 11.45 malam. Baru saya perasan dah lebih masa saya duduk situ. Aku pun berhenti simpan semua kerja dan bersiap untuk balik. Kerja pun sudah siap sempurna. Esok boleh terus cetak.

Sambil tunggu laptop tutup, tiba- tiba saya terdengar bunyi dari ruang tempat makan kami di pejabat ni. Saya dengar dari dalam ruang tu, sebab masa tu sunyi, memang jelaslah bunyi seperti ada orang buat air!

Dengar bunyi dia tuang air dalam cawan dan kacau air minuman menggunakan sudu. Sudu berlaga! Saya jadi cuak. Tapi saya nak tahu siapa yang ada di situ ketika itu. Saya pun memberanikan diri menghampiri ruang itu untuk melihat.

Saya nampak seorang perempuan, rambut panjang ke pinggang dan tak berkaki. Dia terapung-apung sambil tangan tengah kacau air. Entah air apa dia buat, mungkin kopi kerana kalau tak silap saya itulah aroma minuman yang saya bau ketika itu.
Tak tunggu lama dah. Saya pun terus ambil kunci kereta dan kunci pejabat dan lari ke luar. Lari terus dari pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience