BAB 15

Drama Completed 5869

“ Maksud kamu,budak muda yang duduk sebelah kiri Dato Ikhmal tu. Itu Fezrol,”

Kata-kata Tengku Hafizi hanya dijawab dengan anggukan oleh Datin Mariam. Tengku Hafizi tersandar apabila melihat anggukan menantunya itu. Tidak sangka pemuda yang memberikan jelingan tajam ketika dia menyebutkan syarat itu adalah Fezrol.

Majlis akad nikah yang diadakan dengan penuh adat tertib di rumah Dato Mumtaza dihadiri oleh ramai saudara mara Dato Mumtaza dan Datin Liyana. Dari sebelah keluarga Laila,hanya Datuk Badlyshah yang datang. Mereka yang lain tidak dibenarkan datang oleh Tengku Hafizi.

Sebelum majlis akad nikah dijalankan,Datuk Badlyshah sempat berjumpa dengan Laila,” Issabella …bapa minta maaf sebab buang Issabella dulu. Bapa tak sangka anak perempuan bapa dah nak kawin dah,”

“Issabella dah lama maafkan bapa,ibu,atuk dan semua orang. Tak pernah ada dendam dalam hati Issabella pa,” kata Laila lalu mendakap tubuh bapa nya erat.

“Lepas nie Issabella kena patuh arahan suami. Jaga maruah suami Issabella,jangan melawan cakap suami ye sayang,”

“ Insyaallah pa,” pelukan Datuk Badlyshah dan Laila disambut oleh Fezrol sambil melemparkan senyuman manis.

Datuk Tafiuq tersenyum melihat anak lelakinya itu. Dia memeluk dua tubuh itu dengan erat bagi melepaskan rindu dendam yang berada dihati hampir dua belas tahun tahun. Pelukan terlerai apabila mak andam mula bising kerana muka Laila comot dengan air mata

“ Aku terima nikahnya Laila Issabella binti Badlyshah dengan mas kawin RM2500 tunai,” dengan sekali lafaz Laila sah menjadi permaisuri dihati Airel.

Pipi Laila dicium bertalu-talu oleh ibu mertuanya, maksu, mak Hasanah dan Nurul. Air mata kesyukuran mula turun dipelupuk mata Laila. Tiba-tiba ada tangan yang menyapu air mata itu. Laila memandang Hasby seketika sebelum menunduk malu. Segan rasanya melihat pandangan mata hazel Hasby ketika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience