Bab 10

Romance Completed 13383

Bab 10

Seperti yang dijanjikan,Lim mengajak Susanti keluar pada malam itu.Susanti yang berasa tidak sabar sudah merangka berbagai rancangannya.Dia akan pastikan apa yang dia hendak dari Lim akan tercapai.Dia tahu Lim akan lemah dengan pujuk rayunya. Kali ini dia akan menyuruh Lim memasukkan sejumlah wang kedalam akaunnya.

“Sayang,hari ni kita nak pergi makan kat mana?”Susanti berlagak seperti biasa dan tangannya memegang tangan Lim sambil mengusap manja. Lim yang mengerling,berasa sangat mual mendengar suara Susanti yang berpura-pura manja itu. Tiba di sebuah tempat yang sunyi dan gelap,Lim memberhentikan keretanya. Tindakkan itu, membuatkan Susanti berasa hairan.

“Sayang,kenapa berhenti disini?Kalau ya pun sayang tak sabar hendak I layan,kita ke hotel le dulu.Aik,orang rumah dah lama tak layan ke?Kenapa ni sayang?U marah I ke? I gurau le.Jangan muka masam macam ni.Cakap le sayang .kenapa ni?”

Lim keluar dari kereta,lalu menarik Susanti keluar dari kereta.Dia menolak Susanti kedalam hutan dan memukul Susanti beberapa kali lalu merogol Susanti.Susanti tidak dapat melawan kudrat seorang lelaki.Setelah dia berasa puas,baru dia melepaskannya.

“Kau nak tahu kenapa aku buat semua ini pada kau?Kerana kau menipu aku selama ini.Telah banyak aku habiskan duit untuk kau tapi apa yang aku dapat.Kau curang dengan aku.Kerana kau aku sanggup abaikan isteri aku dirumah.Dasar perempuan murahan.” Satu penampar lagi dihadiahkan untuk Susanti.Susanti tidak dapat berbuat apa-apa.Dia hanya menangis sahaja.Lim terus meninggalkan Susanti disitu dan terus berlalu pergi.

Sementara Aliana yang berada dirumah,berasa tidak sedap badan.Hatinya berdebar-debar.Dia mundar-mandir menanti suaminya pulang.Selagi Lim belum pulang,selagi itu hatinya tidak tenang.Dia berdoa semoga suaminya sentiasa selamat. Apabila melihat cahaya lampu kereta suaminya memasuki halaman rumah,hatinya berasa tenang kembali.

“Eh,kenapa tak tidur lagi?” Lim berasa hairan melihat isterinya belum tidur lagi. Aliana tersenyum memandang suaminya.Sudah lama suaminya tidak menegurnya.Malam ini,dia tidak menyangka yang suaminya kan menegurnya.

“Saja Liana tunggu abang.Lagipun mata ni tak mahu lelap.Jadi Liana tunggu le abang.Abang nak minum?”

“Tak apa.dah lewat ni.Jom kita masuk tidur.” Lim menarik tangan isterinya menuju kedalam bilik dan menutup lampu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience