Bab 9

Horror & Thriller Completed 790

Mereka mencari kelibat Danial. Tiada. Di dalam kereta pun tiada.

"Eh, mana pula si Danial ni?" soal Faroq.

Muka Rania dan Raihana kelihatan merah menahan terik matahari. Telefon Faroq berdering.

"Hello, Danial. Kau dekat mana? Cepatlah panas ni. Aku dahlah sedia hitam. Sekejap lagi rentung aku." ujar Faroq.

"Apasal aku call Rania tak angkat? Banyak kali aku call. Buat habis kredit aku je. Kau tunggulah sekejap. Aku datang ni. Assalamualaikum." balas Danial panjang lebar.

Talian diputuskan oleh Danial.Faroq kelihatan agak terkejut dengan soalan Danial yang bertubi-tubi itu.

"Eh, Rania. Cuba kau check phone kau. Ada masuk call tak?." soal Faroq.
"Tak ada. Kenapa?" soal Rania kembali.

"Tak ada apa-apalah." balas Faroq.


**************

"Kau pergi mana tadi?" soal Rania kepada Danial.

"Aku pergi toilet tadi. Yang kau tu kenapa tak angkat call aku? Menghabiskan kredit aku je." kata Danial.

"Masalahnya aku dah check phone aku tak ada pun kau call." balas Rania.

"Aku call kau banyak kalilah mangkuk! Bukan sekali dua! Kau tau tak?! Kalau aku call sekali tak akan habislah kredit aku!!!" gertak Danial.

"Yang kau jerit-jerit dekat aku ni apahal?! Kau ingat aku ni pekak ke?! Dan kau apa masalah nak panggil aku mangkuk?! Macamlah kau tu bagus sangat!!!" jerit Rania.

" Eh, sudahlah! Tak habis-habis bergaduh. Bingitlah! Memang bagus pun korang tak jadi kahwin. Kalau tak hari-hari bergaduh mahu runtuh rumah dibuat korang!" . Marah Faroq yang sudah tidak tahan dengan mereka.

"Danial. Kau berhenti dekat depan sana." arah Faroq.

" Kenapa pula?" soal Danial.

"Aku kata berhenti, berhenti jelah!" gertak Faroq.

Danial memberhentikan keretanya. Faroq keluar daripada kereta lalu membuka pintu sebelah pemandu.

"Keluar." arah Faroq.

"Kenapa dengan kau ni?" soal Danial dengan riak wajah yang terkejut.

"Aku kata keluar, keluar jelah!" gertak Faroq lagi.

Mereka semua terdiam dengan perubahan Faroq. Faroq bukanlah seorang yang baran tetapi tidak pada hari itu. Danial keluar lalu pergi ke sebelah penumpang hadapan. Faroq meneruskan pemanduan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience