BAB 6

Horror & Thriller Completed 2300

Hamiza langsung tidak mengenali orang yang bernama semua itu. Tetapi kenapa pengirim itu menghantar kepadanya? Apakah maksud pengirim itu? Adakah pengirim itu mahu memberitahu sesuatu? T

etapi kalau mahu memaklumkan sesuatu, kenapa tidak berterus terang sahaja? Tidak usahlah berbelit-belit. Akhirnya, Hamiza akur. Pengirim itu cuma mahu mempermainkannya. Dia yakin itu!

Hamiza menarik bagasinya sambil matanya tertancap pada dada surat khabar yang baru dibelinya. Dia baru sahaja selamat tiba di Malaysia pada lima minit yang lalu.

Walaupun ketika menjejakkan kaki di atas bumi Malaysia ini, remang senja sudahpun melabuhkan tirainya, dia tetap mahu mengetahui tentang isu-isu semasa yang berlaku di sekitarnya.

Sebaik sahaja dia ternampak restoran makanan segera di satu sudut bangunan itu, dia menapak masuk ke dalam untuk mengisi perut. Dia sudah kelaparan walaupun sudah menikmati hidangan di dalam pesawat.

Selesai dia membuat pesanan dan pembayaran, dia melabuhkan punggung di sebuah meja yang terletak di penjuru restoran.

Matanya masih ralit memerhati setiap perkataan yang tercetak di kertas itu sambil menyuap kentang goreng ke dalam mulut. Satu tajuk berita menarik perhatiannya. Dia membaca keseluruhan cerita itu dengan penuh minat dan teruja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience