4

Drama Series 1372

Shaza dan shakira mengambil tempat paling hadapan sekali. Sewaktu hendak melabuhkan punggung, kira berkerut dahi dan agak terganggu dengan perkataan pada kerusi itu.

"VIP!

Kira lantas menegur shaza, "Sha ni kerusi vip kan? Bukankah orang khas je boleh duduk?"

Sha memusingkan kira ke hadapan dan lantas menarik hingga dia terduduk.

"Abaikan! Destiny yang penting!" Balas sha acuh tidak acuh saja.

Kira berkerut. 'Tak apa ke ni? Risaulah aku nanti kalau kena tegur tak tahu malu, pasal duduk dekat tempat yang salah!' gumam dia sendiri.

Suara pengacara mengejutkan shakira. Dia lantas melihat ke hadapan. Exco pengawas, Amir diberikan tugas menjadi mc. Suaranya menyapa.

     "Assalamualaikum w.b.t."

"Waalaikumusalam w.b.t."

Jawab audiens serentak dengan semangat. Kira terasa berdebar. Semangat seperti disuntik padanya.

Amir menyambung bicara, "Yang dihormati...."

'Pembuka kata mesti tak boleh dilupakan!'

Suara macho amir menawan jiwa kira. 'pandai diaorang pilih mc!' gumamnya lagi.

"Pengetua, Sekolah Menengah Tinggi Harapan, Puan Shahirah Abdul kadir, pendidik-pendidik yang berideologi tinggi, Barisan-barisan pelajar yang tercinta... Tujuan kita berkumpul hari ini untuk menyambut kumpulan idola, destiny yang baru kembali ke tanah air...."

Suara teriakan dan sorakan pelajar bergema. Shaza dan shakira berpandangan sambil tersenyum. Amir meneruskan ucapan,

" dan...sukacitanya dimaklumkan, Destiny mewakili negara kita memenangi tempat pertama dalam pertandingan antarabangsa di korea buat julung-julung kalinya. Mereka memenangi rekaan lagu dan tarian ciptaan sendiri."

Shakira hampir melopong.

'Pandai nyanyi dalam bahasa korea ke diaorang ni? Tabik ar..!' Hati membisik

"Tanpa melengahkan masa lagi,saya ingin menjemput mereka naik ke atas. Mempersilakan... "destiny....!"

Suara lantang amir didengari di hujung ayat. Dia beredar turun kemudian.

Suara pelajar-pelajar bersorak dan berteriakan bergema lagi.

"Destiny...Destiny...Destiny!"

Kira dan shaza sama-sama berasa teruja. Lampu pentas digelapkan mengejutkan.
Jantung kira makin berdegup pantas.

'Wah, menarik! Ada hantu nak muncul sekali ke?' omel kira.

Lampu sorot dinyalakan kepada salah seorang destiny yang berdiri di atas pentas sambil memetik jari.

"Fandi...fandi..." Teriak audiens dengan ghairah.

Kira turut tertawan. 'Namanya fandi ke?hensem! Dia nampak segak! '
senyuman diukir kira.

'Menarik!' Muzik latar dimainkan.
Mikrofon didekatkan lalu suara bergema.

Ti....dak...pernah ku merasa...

Kira terpukau dengan suara harmoninya.

' Bukankah ni verse pertama lagu forteen, "dekat tapi jauh" .Diaorang mulakan lagu dengan melankolik. Ala-ala creepy, unik!'

Tak tentu arah batinku menyiksaaa
Sejak ketemu dirimuuu
Degup jantungku makin lajuu

Fandi memanjangkan nada di setiap hujung ayat. Bunyi piano bergema. Sorot lampunya terpadam lalu lampu sorot menyala di sebelah.

"Adam! Adam!" teriakan bergema.

Kira lagi tertawan. Lelaki itu lebih tinggi lampai. Verse dijadikan rancak. Suara vokalnya terpancar.

Kira dibayangi mimpi indah tika itu. 'tak rugi duduk depan!' gumamanya.

Aku tak suka berpura
Sekiranya mahu akan ku kejar
Tetapi teragak juga
Andai terjatuh air muka.

Petikan jari bergema lagi. Kali ini lampu sorot menyuluh kelima-lima ahli destiny. 'Hensemnya! Patutlah popular!' bisik kira teruja.

Masing-masing menunggu korus masuk. Muzik mulai bermain rancak. korus dinyanyikan dengan suara vokal.

Kamu di depan mataku
Dekat tapi jauh
Jauh dari dakapanku
Namun teringin ku mengenali
Mengenali hati.....

'Eh! Tu macam syukur.' kira perasan seperti salah seorang dari destiny mirip seorang sepupunya. 'Tak kot!' hati berdalih.

Kali ini ahli lain bernyanyi pula. Teriakan dan sorakan bergema bertambah kuat.

"Asyraf............! "

Dewan itu seperti hendak meletup dengan suara teriakan pelajar-pelajar perempuan .

'Erk...sakit telinga...apasal jerit mengalahkan tarzan?!' gumam jiwa kira sebal.

Asyraf, ketua kumpulan menyanyikan lagu dengan nada lebih tinggi.

Aku cuba menghampiriii
Dekat tapi jauh
Jauh dari pantauanmu~ kempat-empat ahli menyanyikan latar
Harus ku mencuba lebih lagiii
Mengenali kasiiiihhh

Dekat tapi jauh~ destiny serentak menyanyikan verse  akhir. Muzik dihentikan dengan rancak.

Tbc.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience